The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najahnaufal, 2021-09-27 10:40:35

FOLIO PERMAINAN TRADISIONAL

FOLIO PERMAINAN TRADISIONAL

FOLIO
PERMAINAN
TRADISIONAL

NAMA: NUR NAJAH BINTI MUHAMMAD
NAJIB
KELAS: 5 SUCCESS
SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK
SENA

PENGENALAN

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada
pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana
hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ikatan
masyarakat terus dikukuhkan dan dieratkan dengan acara-acara keramaian dan juga
hiburan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak
banyak berbeza. Situasi ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang
sama. Malah, sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang
demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan
nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh
ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk
mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu pertandingan permainan diadakan di sesebuah kampung,
penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar
memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial
di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh sebab itu, permainan
tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Terdapat permainan ini yang sekarang
tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.
Namun, terdapat permainan yang terus kekal digemari lagi oleh kanak-kanak sehingga
hari ini termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

 Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.

 Hanya memerlukan kawasan gelanggang yang sederhana luas.
 Tidak memerlukan banyak peralatan. Selain kayu yang dibenamkan ke dalam

tanah, setiap pemain perlu memiliki getah induk masing-masing.

 Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong'.
GSeterusnya menggunakan kaedah 'wan tu som' bagi penentuan pemain
terakhir. GALAH

PANJANG Setiap pemain meletakkan getah taruhan masing-masing di atas para.

 Pemain giliran pertama melakukan bidasan menggunakan getah induk.

 Getah yang jatuh; diambil menjadi miliknya.

Geta Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua
kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap
kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan
kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua sahaja.
Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk
dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan
tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala, permain hanya menjaga
garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh
kedua-dua ketua pasukan. Sesiapa yang menang akan menjadi pasukan
penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih
dahulu, sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan
menangkap pemain.

 h yang mengena para tidak





 BATU



 SEREMBAN












Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau
Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu
dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat
orang atau lebih. Kemahiran semasa bermain Batu Seremban ialah
melambung dan menangkap.









 bol. Dibiarkan begitu saja.

 Setiamain berusaha mengambil getah taruhan bagi menambahkan kolek

SEPAK
RAGA

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu
bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-
giliran menimbang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke lantai. Jika
bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

KETINGTING

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga
empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi
setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang,
permainan akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng-teng.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu berada di dalamnya,
sama da kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika terpijak permain itu akan dikira
mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

CONGKAK

a. Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa.
Kedua-dua mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan
congkak tersebut diletakkan di tengah. Mulanya, kedua dua pemain akan mencapai
semua biji yang terdapat di salah satu lubang yang berderetan di depan masing-
masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji pada waktu permulaannya, tetapi akan
berbeza setelah permainan tersebut mula.

b. Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang,
mengikut daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan
congkak itu dipanggil ‘rumah’. Setiap pemain akan memilih ‘rumah’ mereka sebelum
mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga
akan letakkan satu di rumah masing-masing.

c. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya
sudah habis diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,
pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil biji yang masih ada di
mana-mana deret sendiri. Sekiranya biji yang terakhir itu jatuh di lubang kosong
pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati. Kadangkalanya, apabila salah satu
daripada pemain sudah pun kalah, yang ‘pemenang’ itu mengambil kesemua biji-biji
yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke dalam ‘rumahnya’.
Pemenangnya adalah dia yang telah mendapat lebih biji.

d. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
lubang kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti,
Pemain itu boleh menembak lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu
mengaut kesemua biji (jika ada) di dalam kampung tersebut dan meletakkannya di
‘rumah’ mereka.

WAU

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang
akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau atau layang-layang tersebut tinggi
di udara.

LOMPAT
GETAH

Lompatan melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang rendah
sememangnya melegakan. Tetapi apabila ketinggian ditingkatkan, kita pasti
memikirkan teknik terbaik untuk melakukan lompatan di atas rantaian gelang
getah tersebut. Kadang kala kita perlu berlari dari jauh untuk mendapatkan
impak lompatan yang tinggi bagi melepasi gelang getah.

Pasti seronok jika kita dapat bermain permainan lompat getah ini bersama anak.
Pergerakan dalam permainan ini dapat melatih kemahiran motor kasar anak dan
membantu anak untuk membina otot yang lebih mantap.

BALING
SELIPAR

Tiga belah selipar akan disusun menjadi bentuk piramid, manakala satu lagi
selipar akan digunakan untuk membaling pramid selipar tersebut. Permainan ini
terbahagi kepada dua kumpulan, seorang wakil dari 1 kumpulan akan membaling
selipar bagi meruntuhkan piramid selipar tersebut, dan kumpulan 2 pula perlu
menjaga dan menghalang kumpulan 1 untuk membina semula piramid tersebut.

PENUTUP

Saya berharap permainan tradisional yang terdapat di Malaysia tidak
akan pupus di telan zaman kerana terdapat pelbagai faedah yang boleh kita dapat
daripadanya. Permainan tradisional dapat mengeratkan hubungan persahabatan,
sebagai warisan budaya dan dapat mengisi masa lapang. Sekian ,terima kasih.

SAYA SAYANG PERMAINAN
TRADISIONAL


Click to View FlipBook Version