PENGHARGAAN Barisan pentadbir SK Senawang 3 Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Klinik Kesihatan Senawang SK Kampung Simunul, Semporna, Sabah Guru-guru SK Senawang 3 Ibu bapa / penjaga murid yang terlibat Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Jalinan Kasih Papa Mama Permata Hati Ukhwah Terjalin Intervensi B3M Jaringan Secara Atas Talian Bersama SK Kampung Simunul, Semporna, Sabah bagi tahun 2023. Segala usaha dan kerjasama yang disumbangkan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.
✓ Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang peranan mereka bagi membantu anak-anak menguasai 3M. ✓ Memberi taklimat berkaitan prosedur untuk membawa anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan pengesahan pakar tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan para pelajar, kita sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak diberi perhatian baik oleh para pendidik mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian, ‘Program Jalinan Kasih Papa Mama Permata Hati” ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Program ini juga diharap dapat memberikan idea dan pendedahan kepada ibu bapa mengenai teknik dan kaedah yang boleh dilaksanakan di rumah dengan memberi input penyediaan bahan bantu belajar. Ini bagi memastikan murid dan ibu bapa dapat meneruskan kesinambungan pembelajaran di rumah dari proses pembelajaran yang mereka perolehi di sekolah. Disamping itu, program ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang prosedur untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan bagi mendapatkan pengesahan tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka. PENDAHULUAN OBJEKTIF TENTATIF PROGRAM 1.45 petang : Pendaftaran ibu bapa 2.00 petang : - Bacaan doa - Ucapan alu-aluan dan taklimat daripada Guru Besar - Taklimat daripada Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Klinik Kesihatan Senawang - Taklimat Pelaksanaan Program GUMARID dan Buku Kecilku - Sesi Soal Jawab 5.30 petang : Bersurai Jawatan Kuasa Induk : Penasihat : Puan Normamisah binti Abd Rahman Guru Besar Pengerusi : Puan Hajah Shahrom binti Abdullah Guru Penolong Kanan Pentadbiran Timb. Pengerusi : 1. En. San Kamaruzzaman bin Rahim Guru Penolong Kanan HEM 2. En. Mohd Yazid bin Mohd Ali Guru Penolong Kanan Kokurikulum Penyelaras : Puan Noorlela binti Bundawan Penyelaras Program Pemulihan Penyelaras Bersama’: Puan Norafizah binti Mohd Ibrahim Guru Bimbingan dan Kaunseling Setiausaha : Puan Anang Nuria binti Jalilul Penyelaras Bestari 3M Jawatan Kuasa Kecil : AJK Kehadiran Ibu Bapa : Puan Siti Syahrun Nurul Ain binti Md Misan AJK Jamuan/ AJK Cenderahati/ AJK Buku Program: Puan Noorlela binti Bundawan AJK Persiapan Tempat : : 1. Puan Haslida binti Abu Kassim 2. Puan Anang Nuria binti Jalilul AJK Doa : Ustaz Wan Mohd Rozaidi bin Wan Kadir AJK Perakam Peristiwa : Puan Syaqiyah binti Haidzir AJK Teknikal dan Siaraya : 1. Puan Azlinawati binti Adnan 2. Puan Azreen Nur binti Zainal AJK PA Sistem : Encik Mohd Farhan bin Mohd Rodzik Pengacara Majlis : Puan Norafizah binti Mohd Ibrahim