The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ieykaa Syafikaa, 2019-12-14 23:22:36

KATA GANDA

Buku Kata Ganda

Kata ganda terbahagi kepada lima bahagian.

(a) Kata Ganda Seluruh
(b) Kata Ganda Separa
(c) Kata Ganda Berima/Bersajak
(d) Kata Ganda Menyaling
(e) Kata Ganda Semu

Setiap kata ganda (kecuali kata ganda separa) mesti dieja
dengan menggunakan
tanda sempang ( - ).

Kata dasarnya diulang dan digandakan.

Contoh
pagi-pagi, benar-benar, bulat-bulat,
guru-guru, baring-baring…...

1. Mata-mata itu sedang mengawal persimpangan
jalan.

2. Ular sawa itu menelan bulat-bulat seekor anak
kambing.

3. Pelajar itu rajin-rajin belaka.

Kata ganda separa mengalami pengulangan suku
kata pertama pada kata asalnya.

Contoh

bola-bola = bebola laki-laki = lelaki
daun-daun = daun
kuda-kuda = kekuda kabu-kabu = kekabu

layang-layang = lelayang

1. Ramai tetamu datang ke majlis hari lahirnya.
2. Gegendang telinganya pecah.
3. Bantalnya diisi dengan kekabu.

Kata ganda berima ialah perkataan yang ditambah
mengalami perubahan bunyi.

Contoh
huru-hara, kering-kontang, kuih-muih, mundar-mandir,
gunung-ganang, pindah-randah, bukit-bukau….

1. Pemandangan gunung-ganang sungguh indah
sekali.

2. Kuih-muih yang dibuat oleh Puan Aini sungguh enak.
3. Rakyat akan hidup dalam huru-hara sekiranya

berlaku peperangan.

Biasanya, salah satu perkataan yang mengalami
penggandaan berima tidak boleh digunakan secara
berasingan sebagai kata bebas.
Perhatikanlah bahawa perkataan yang berhuruf
condong itu tidak boleh digunakan secara berasingan.

Contoh  serta-merta
 warna-warni
 batu-batan  gilang-gemilang
 gunung-ganang
 mandi -manda

Justeru itu, ada juga kedua-dua perkataan yang
mengalami penggandaan berima tidak boleh
digunakan secara berasingan sebagai kata bebas.

Contoh  mundar-mandir
 porak-peranda
 gotong-royong  tungkus-lumus
 huru-hara
 huyung-hayang

Kata ganda semu membawa makna yang tertentu.

Contoh
api-api, anai-anai, anting-anting, epok-epok,
gado-gado, jentik-jentik, labi-labi, oleh-oleh……..

1. Agar-agar yang dijual di kedai Mak Limah sungguh
sedap rasanya.

2. Wajahnya iras-iras wajah ibunya.
3. Badannya gatal-gatal kerana digigit pijat-pijat.

Kata ganda semu bukan
membawa makna banyak
seperti kata ganda
yang lain.

Contoh Kesalahan Pembetulan

* dua orang budak-budak * dua orang budak
* beberapa buah * beberapa buah

kedai-kedai kedai
* semua negeri-negeri * semua negeri

Kata ganda semu bukan
membawa makna banyak
seperti kata ganda
yang lain.

Contoh Kesalahan Pembetulan

* Budak-budak itu * Budak itu nakal-
nakal-nakal belaka. nakal belaka.

* Pelajar-pelajar itu rajin- * Pelajar itu rajin-
rajin belaka. rajin belaka.

* Jalan-jalan di ibu kota * Jalan di ibu kota
lebar-lebar belaka. lebar-lebar
belaka.

kuih-muih sayur-mayur teka-teki
kusut-masai bukit-bukau hutan-belantara

1. ___K_u__i_h_-_m__u_i_h___ di gerai itu amat lazat.
2. ______S_a_y_u__r_-_m_a__y_u_r________yang dijual di pasar itu sangat segar.

kuih-muih sayur-mayur teka-teki
kusut-masai bukit-bukau hutan-belantara

3. Rambutnya ____k_u__s_u_t_-_m__a_s_a_i_____ kerana baru
bangun daripada tidur.

4. Tarzan tinggal di ____h__u_t_a_n_-_b_e__la_n__t_a_r_a____ bersama
binatang-binatang buas.

5. Jawapan bagi ________t_e_k_a_-_t_e_k_i________ amat mudah
sekali.


Click to View FlipBook Version