The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cekgu Hai, 2021-02-15 02:14:04

Buku Pengurusan Kurikulum 2021 V1

Buku Pengurusan Kurikulum 2021 V1

Keywords: Kurikulum

1

UNIT KURIKULUM
SK JLN ONG TIANG SWEE

2

PENDAHULUAN
Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan.
Pengurusan Kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi
akademik sesebuah sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah
mencapai objektif dan matlamat penubuhannya

1. HALA TUJU SEKOLAH DAN KURIKULUM
1.1 Hala Tuju Sekolah :

✓ Fokus Kepada Kemenjadian dan Keberhasilan Murid yang Berkualiti
✓ Kenal Pasti Murid Lemah

1.2 Hala Tuju Kurikulum :
✓ Kearah Pendidikan Berkualiti

2. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.

3. DASAR
3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah
Kuching.
3.3 Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai
cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk
mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar
dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai
pelanggan.

3

3.4 Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik
hendaklah diberikan keutamaan.

4. MESYUARAT KURIKULUM
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut
standard piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru seminggu sebelum tarikh
mesyuarat dijalankan.
4.4 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah WAJIB kecuali dengan pelepasan dan
kebenaran guru besar sahaja.
5. SISTEM FAIL
5.1 Sistem fail yang digunakan oleh setiap panitia berdasarkan Klasifikasi Fail Urusan
Fungsian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.(600 – TADBIR URUS SEKOLAH)
5.2 Jenis fail diselaraskan kepada fail putih “hard file” bersaiz 50 mm.
5.3 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran
dan Setiausaha Kurikulum Sekolah.
5.4 Semua fail panitia diletakkan di bilik Dinamik SKJOTS untuk rujukan.
5.5 Ahli-ahli Panitia hendaklah membantu Ketua Panitia dan Setiausaha untuk
mengemaskini fail 2 Kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November.

4

6. MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN
6.1. Sistem KSSR (Semakan 2017) Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5.
6.1.1 Mata pelajaran Teras Tahun 1,2,3 : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan, Pendidikan Kesenian.
6.1.2 Mata pelajaran Teras Tahun 4 dan 5 : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Seni Visual, Pendidikan
Muzik, Reka Bentuk dan Teknologi, Sejarah

6.1.3 Mulai tahun 2020, mata pelajaran Pendidikan Kesenian dilaksanakan
secara berasingan sebagai mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan
mata pelajaran Pendidikan Muzik. (SPI KPM Bilangan 5/2019)

6.1.4 Mata pelajaran Tambahan : Bahasa Arab dan Bahasa Cina.

6.2 Sistem KSSR Tahun 6.

6.2.1 Mata pelajaran Teras : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan
Kesihatan. Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Reka Bentuk dan Teknologi, Sejarah

6.2.2 Mata pelajaran Tambahan : Bahasa Arab dan Bahasa Cina.

6.3 Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar tetapi mesti ditulis
dalam Buku/Fail BRPH/eRPH. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah
WAJIB sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar. Guru bimbingan
dan kaunseling akan mengambil kehadiran guru semasa perhimpunan rasmi.

5

7. BUKU / FAIL REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR / FOLDER eRPM

7.1 Perkara-perkara berikut hendaklah dicatatkan/disimpan/dilekatkan di dalam
Buku/fail Rekod Persediaan Mengajar atau eRPM

7.1.1 Butir-butir peribadi guru yang lengkap.

7.1.2 Takwim persekolahan 2021.

7.1.3 Jadual waktu peribadi dan kelas serta analisisnya. Jika berlaku perubahan, jadual
waktu yang terkini hendaklah dicatat.

7.1.4 Tajuk buku teks dan buku rujukan yang digunakan.

7.1.5 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Harian (RPH)/ eRPH ditulis mengikut
format panitia masing-masing.

7.1.6 Semua markah ujian/peperiksaan, Headcount/TOV, Pelaporan Pentaksiran Bilik
Darjah hendaklah direkodkan.

7.1.7 Mencatat perkara-perkara penting seperti perbincangan profesional, jawatan, tugas,
cuti, waktu teach in dan lain-lain.

7.1.8 Rancangan pengajaran harian (RPH) hendaklah disediakan sebelum PdPc
dijalankan bukannya ditulis selepas selesai PdPc.

7.1.9 Buku rekod/Fail hendaklah sentiasa dibawa oleh guru semasa mengajar di dalam
kelas dan boleh diserahkan pada bila-bila masa apabila diperlukan oleh pihak yang
berkepentingan (Pentadbir, PPD, JPN, Nazir).

6

7.1.10 Sukatan Pelajaran (DSKP) dan Rancangan Pengajaran Tahunan perlu
dilekatkan/diletakkan di dalam Buku rekod atau disimpan di dalam fail yang lain tetapi
mudah dicapai jika diminta.

7.1.11 Perkara-perkara asas yang perlu dicatat dalam Rancangan Pengajaran Harian
adalah
a) Mata pelajaran, kelas dan masa.
b) Tajuk
c) Objektif Pembelajaran (OP)
d) Kriteria Kejayaan (KK)
e) Aktiviti (ciri PAK21)
f) BBM
g) KBAT/ i-Think
h) EMK
i) Nilai
j) Refleksi/Impak

7.1.12 Waktu Perhimpunan Rasmi hendaklah dicatat dalam RPH.

8. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP), RANCANGAN
PENGAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

8.1 DSKP terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan setiap guru yang mengajar mata pelajaran
terlibat.

8.2 Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat
dari 31 Januari tahun berkenaan.

8.3 Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.

7

8.4 Semua guru mesti membawa BRM / E-RPM yang mengandungi Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) setiap kali masuk ke
kelas untuk tujuan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

8.5 Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri
kursus. Perancangan yang disediakan akan djalankan oleh guru yang diarahkan
mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut.

9. JADUAL WAKTU

9.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang
berkuatkuasa semasa. (SPI Bilangan 8/2016)

9.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.

9.3 Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran
guru.

9.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak
termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun
semasa.

10. GURU GANTI

10.1 Mana-mana guru yang tidak hadir ke sekolah disebabkan mengambil cuti, berkursus,
bermesyuarat, berbengkel atau menghadiri apa-apa program yang dianjurkan oleh PPD,
JPN atau KPM perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan
Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir serta mencatat pada papan notis dan Buku
Pergerakan Staf.

10.2 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan
menjual jadual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran, menyediakan
bahan untuk pengajaran guru ganti dan menggantikan pelajaran yang tertinggal pada
waktu yang lain.

10.3 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Setiausaha
Kurikulum/Penyelaras Jadual Guru Ganti.

8

10.4 Guru ganti yang tidak masuk ke kelas selepas 10 minit waktu PdPc, akan diberi surat
tunjuk sebab.

10.5 Guru ganti hendaklah menyemak latihan yang diberikannya kepada murid dalam
kelas ganti tersebut.

11. PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

11.1 Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki UPSR
mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

11.2 Bagi Sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBD KSSR dijalankan sepenuhnya tanpa
gagal dengan menggunakan instrumen dan borang-borang yang dikhususkan bagi
setiap mata pelajaran dan tahap murid itu sendiri. Instrumen, TP eviden dan showcase
eviden hendaklah difailkan ke dalam fail yang dikhususkan.

11.3 Mulai Tahun 2019, tiada peperiksaan untuk murid Tahap 1, Tahun 1,2 dan 3.(Surat
Siaran KPM Bil 14/2018)

11.4 Pentaksiran Sumatif akan dijalankan 2 kali setahun untuk murid Tahap 2 (Tahun 4, 5
dan 6)

• Sumatif 1/Peperiksaan Pertengahan Tahun – Mei

• Sumatif 2/Peperiksaan Akhir Tahun – November

11.5 Draf soalan perlu diserahkan kepada ketua panitia untuk semakan 2 minggu
sebelum pentaksiran dijalankan.

11.6 Format Pentaksiran.

11.6.1 Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-murid
tahap 2 iaitu tahun 4,5,dan 6.

11.6.2 Masa penilaian adalah mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.

11.6.3 Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar.

9

11.7 Jadual Pengawasan
10.7.1 Jadual pengawasan adalah mengikut jadual persendirian guru/ yang disediakan
oleh SUP.
10.7.2 Tempoh masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.

11.8 Penandaan Kertas Jawapan Murid
11.8.1 Guru mata pelajaran yang mengajar bertanggungjawab menanda kertas
jawapan murid bagi kelas yang diajar.
11.8.2 Jika guru yang mengajar bercuti panjang kerana cuti sakit, cuti bersalin atau
menunaikan haji, menjadi tanggungjawab ketua panitia mata pelajaran untuk
mengagihkan kertas jawapan murid kepada guru-guru yang mengajar mata
pelajaran yang sama.
11.8.3 Tempoh masa yang ditetapkan untuk menanda kertas jawapan adalah 1 minggu
selepas hari terakhir peperiksaan.
11.9 Rekod Markah
11.9.1 Markah peperiksaan hendaklah direkodkan ke dalam Buku BRM / fail guru.
11.9.2 Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara dalam
talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak atau Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.
11.9.3 Slip keputusan hendaklah dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam fail peribadi
murid. Slip bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun hendaklah diserahkan
kepada ibu bapa semasa Hari Pelaporan KemenjadianMurid bersama ibu bapa.

10

11.10 Gred Peperiksaan
11.10.1 Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut :

• A: 80-100

• B: 65-79

• C: 50-64

• D: 40-49

• E :0-39

• TH : Tidak Hadir
11.11 Jadual Spesifikasi Ujian
11.11.1 Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan
JSU mengikut tahap kesukaran semua murid.
11.11.2 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
11.11.3 Analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian/peperiksaan.
11.11.4 Semua soalan mesti disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh Penolong
Kanan Pentadbiran/ Guru Besar sebelum dicetak.
11.11.5 Analisis Peperiksaan perlu dibuat dan dihantar Laporan kepada Guru Besar dan
Penolong Kanan Pentadbiran seminggu selepas Peperiksaan dijalankan oleh Setiausaha
Peperiksaan.
11.12 Post Mortem/Dialog Prestasi Untuk Peperiksaan dalam mesyuarat Panitia.
11.12.1 Post Mortem/Dialog Prestasi secara bertulis disediakan oleh Setiausaha
Panitia dan Penyelaras Aliran setiap kali dialog prestasi dijalankan.
11.12.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu. Pelan
Intervensi hendaklah dirancang oleh setiap panitia bagi mengatasi setiap
kelemahan.

11

11.12.3 Laporan Post Mortem setiap Panitia dirumus oleh SUP untuk dilaporkan kepada
Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran.

11.12.4 Setiap guru ada fail murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil
tindakan sewajarnya.

11.12.5 Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK Pentadbiran,
PK HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah untuk tindakan.

12. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

12.1 Semua guru mata pelajaran mesti menjalankan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
secara berterusan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran bagi mendapatkan maklumat
tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Laporan PBD
hendaklah dimasukkan dalam Buku BRM / fail.

12.2 Semua Ketua Panitia perlu memastikan pelaksanaan PBD mengikut tempoh yang
ditetapkan.

12.3 PBD hendaklah dijalankan secara berterusan dan laporan hendaklah dibuat 2 kali
setahun iaitu pada bulan Mei dan Oktober menggunakan Borang Pelaporan Offline yang
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM.

12.4 Pentaksiran SEGAK hendaklah dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan
Ogos. Guru P.Jasmani bertanggungjawab mengisi markah SEGAK dalam sistem PAJSK.

12.5 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan slip peribadi PBD ada di dalam
fail peribadi bagi mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan.

12.6 Penyelaras PBD hendaklah bertanggungjawab untuk menyimpan Pelaporan PBD
bagi setiap kelas.

12.7 Dokumentasi berkaitan PBD hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh
dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh pencerap dalaman atau dari JPN,
PPD dan Jemaah Nazir untuk tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal.

12

13. PEMANTAUAN
13.1 Pencerapan PdPc
13.1.1 Pencerapan PdPc guru di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam setahun iaitu
April – Julai dan Ogos – November.
13.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong Kanan.
13.1.3 Jadual pencerapan boleh dirujuk dalam Buku Pengurusan Sekolah.
13.1.4 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai
untuk dicerap.
13.1.5 Semua Penolong Kanan dan Guru Cemerlang dicerap oleh Guru Besar.
13.1.6 Instrumen Standard 4 SKPMg2 digunakan sebagai instrumen untuk
pencerapan.
13.1.7 Semua guru hendaklah mengaplikasikan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21),
Google Classroom, I-Think dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
aktiviti PdPc.
13.2 Jawatankuasa Pemantauan
13.2.1 Guru Besar.
13.2.2 Penolong Kanan Pentadbiran.
13.2.3 Penolong Kanan HEM.
13.2.4 Penolong Kanan Ko Kurikulum.
13.2.5 Penolong Kanan Petang
13.2.6 Ketua Panitia Mata pelajaran

13

14. PANITIA MATA PELAJARAN

14.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua
guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah (Sekolah-sekolah
kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai
panitia matapelajaran).

14.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang
dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar sekolah.

14.3 Semua Ketua Panitia Mata pelajaran adalah secara automatik menjadi Ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah . Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-
masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung antara ahli panitia
dengan Guru Besar.

14.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-
perjumpaannya dengan isu-isu dan masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu
dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau penolong kanan, samaada untuk
mencapai penyelesaian atau untuk makluman.
14.5 Di sekolah-sekolah dimana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan,
ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar
bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan berhubung
dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

14.4 Tujuan Penubuhan Panitia Mata pelajaran

14.4.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

14.4.2 Berikhtiar dan berusaha utnuk mendapatkan strategi-strategi pengajaran yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap
pembelajaran.

14.4.3 Memperbaiki prestasi murid-murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan
awam) dalam matapelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi /
target yang ditujukan dalam rancangan akademik sekolah.

14.4.4 Mewujudkan semangat bekerjasama diantara panitia matapelajaran dengan
persatuan atau kelab akademik.

14

14.5 Peranan Panitia

14.5.1 Menyediakan rancangan mengajar kedua penggal dalam tahun persekolahan.
Rancangan mengajar ini diadakan di antara guru dalam sesuatu aliran dan juga
antara aliran di mana ada kaitan.

14.5.2 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran dan tahap kebolehan para murid
dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

14.5.3 Menyelaraskan soalan-soalan ujian peperiksaan (berasaskan sekolah) yang
disediakan bagi tiap-tiap aliran dan menubuhkan bank soalan.

14.5.4 Mengkaji dan menganalisakan keputusan peperiksaan murid-murid dalam tiap-
tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan tahun dan
akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
pengajaran dan pembelajaran.

14.5.5 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan –perjumpaan secara ad-hoc bila dan
jika perlu.
14.5.6 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal
atau tidak formal) untuk memikir atan membincangkan masalah-masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencadangkan penyelesaian
kepada masalah-masalah atau isu tersebut.

14.5.7 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli.

14.5.8 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran.

14.5.9 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau kawasan.

14.5.10 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantu dalam usaha ke arah
memajukan murid-murid yang lemah dan matapelajaran-matapelajaran
tertentu.

15

14.5.11 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia mesyuarat
surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan

14.5.12 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,
surat menyurat dan rekod-rekod berkaitan.

14.6 Pengurusan Panitia Mata pelajaran

14.6.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling
Iktisas Bil 4 / 1986, KSK 600-3/2 Pengurusan Panitia dan SKPMg2 Standard
3.1.2 Pengurusan Mata pelajaran.

14.6.2 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua
Panitia Mata pelajaran berkenaan.

14.6.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dua kali setahun dan
diletakkan di bilik Dinamik SKJOTS. Bilangan fail ditentukan oleh pihak sekolah
mengikut keperluan.(Surat Siaran KPM bertarikh 11 Januari 2019)

14.6.4 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan
Taktikal,dan Pelan Operasi bagi tahun 2021 - 2023.

14.6.5 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR
dan menyediakan headcount bagi mata pelajaran.

14.6.6 Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan
bagi tahun semasa.

14.6.7 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan
peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

14.6.8 Mesyuarat panitia perlu dijalankan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan “ad-hoc” bila dan jika perlu (SPI
Bilangan 4/1986). Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu
selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir
sebagai penasihat. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada
Penolong Kanan melalui Setiausaha Kurikulum.

14.6.9 Setiap panitia mesti menjalankan Profesional Learning Community (PLC)
4 kali setahun bagi mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Satu laporan
pelaksanaan PLC perlu diserahkan kepada Penolong Kanan melalui Setiausaha Kurikulum.

16

14.6.10 Semua panitia mata pelajaran mesti mengadakan sekurang-kurangnya 4
program setahun untuk peningkatan profesionalisme dan 4 program peningkatan
akademik setahun untuk murid.

14.7 Kewangan Panitia Mata pelajaran

14.7.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat
Kewangan Sekolah.

14.7.2 Setiap panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan selepas
mesyuarat panitia kali pertama bagi mengemukakan cadangan pembelian buku
dan peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan untuk diluluskan oleh
guru besar.

14.7.3 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan
mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

14.7.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan yang diturunkan.

14.7.5 Perbelanjaan Tahunan Panitia hendaklah dilakukan mengikut penggal/sukuan
dalam tahun berkenaan.

15. PENGURUSAN BILIK-BILIK KHAS

15.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru penyelaras dan panitia
mata pelajaran yang bertanggungjawab.

15.2 Penyeliaan dan pemantauan bilik khas adalah seperti berikut ;

• Pusat Sumber/Perpustakaan
• Surau
• Bilik Sains
• Bilik SPBT
• Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani
• Bilik Peralatan Sukan dan Kokurikulum
• Bilik Pemulihan
• Bilik Isolasi
• Bilik Bimbingan Kaunseling
• Bilik Komputer/ Pusat Akses
• Bilik Tayangan / Dinamik

17

15.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa serta jadual
penggunaan mesti disediakan oleh penyelaras.

15.4 Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan
jelas bagi setiap bilik khas.

15.5 Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat
dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.

15.6 Guru-guru yang mnggunakan bilik-bilik khas hendaklah merekodkan penggunaan di
dalam Buku Rekod Penggunaaan/Link/QRCode yang disediakan.

16. PENYELIAAN/PENYEMAKAN BUKU LATIHAN/BUKU KERJA MURID

16.1 Guru perlu mengisi Borang SPSK PK06/1 semasa menyemak buku latihan atau buku
kerja murid dan perlu dihantar setiap hujung bulan untuk semakan pentadbir.

16.2 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan
penyemakan dilakukan secara konstruktif. Jadual penghantaran buku latihan/buku kerja
murid boleh dirujuk di dalam Buku Pengurusan Sekolah.

16.3 Semua guru perlu menyerahkan semua buku bagi mata pelajaran yang diajar dari
setiap kelas untuk semakan pentadbir.

16.4 Ketua Panitia juga boleh menjalankan semakan jika diarahkan oleh Guru Besar.

16.5 Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid :

16.5.1 Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa.

16.5.2 Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata
pelajaran bahasa.

16.5.3 Minima 10 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran Bahasa seminggu.

16.5.4 Minima 4 latihan berbentuk kajiselidik / inferens / rumusan bagi mata pelajaran
Sains dalam seminggu.

16.5.5 Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian
dengan tajuk / unit semasa yang sedang diajar dalam 1 semester.

18

16.5.6 Minima 20 soalan seminggu bagi mata pelajaran Sains.

16.5.7 Minima 20 soalan seminggu bagi mata pelajaran Matematik.

16.5.8 Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran
Matematik.

16.5.9 Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkumi setiap
komponen.

16.5.10 Minima 2 penghasilan folio bagi 1 tahun untuk mata pelajaran Sejarah, TMK
dan RBT.

16.5.11.Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran RBT dan TMK
merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori.

16.5.12 Minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran
RBT.

16.5.13 Minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen dalam Pendidikan Seni
Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan.

16.5.14 Minima 1 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran
Pendidikan Muzik dalam seminggu.

16.5.15 Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindakan
susulan dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran.

17. PENGGUNAAN BUKU TEKS, BUKU KERJA, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN
BACAAN

17.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.

17.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.

17.3 Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap
pelajar dan guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat
dan pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.

19

17.4 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku
Teks. (SPI Bil 10/1991)

17.5 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Cina bagi Program NILAM.

17.6 Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan
pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Rekod Persediaan
Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu.

17.7 Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa
murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran
tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal.

17.8 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa.

17.9 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru bahasa.

17.10 Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Perpustakaan dan Media.

17.11 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

18. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

18.1 Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan
panitia.

18.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang
bertunjang ke arah kecemerlangan murid.

18.3 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua panitia
dalam merancang dan melaksanakan program akademik

18.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program
akademik panitia berkenaan.

18.5 Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan guru bimbingan dan kaunseling
adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.

20

19. KURSUS PERKEMBANGAN STAF (LADAP)

19.1 Kursus Dalaman dirancang mengikut keperluan dan permintaan guru.

19.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil
untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.

19.3 Semua guru dan staf mesti melengkapkan 5 latihan setahun namun begitu sasaran
7 hari latihan amat digalakkan. (Surat Siaran KPM bertarikh 5 Januari 2018)

19.4 Semua guru yang menghadiri kursus/taklimat/bengkel mesti memberikan taklimat
ringkas Kepada Guru Besar dan Penolong Kanan apabila pulang berkursus serta mengisi
borang minit curai dan dihantar sehari selepas berkursus. Kursus dalaman mesti
dijalankan dalam tempoh sebulan selepas selesai menghadiri kursus.

19.5 Bahan-bahan Ilmiah Kursus

19.5.1 Bahan-bahan ilmiah/kursus perlu diperbanyak untuk keperluan guru lain dan
disimpan untuk rujukan panitia.

19.5.2 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah dan hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan berkaitan.Guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri
dan guru lain.

20. KAJIAN TINDAKAN

20.1 Semua panitia mata pelajaran dan Unit Bimbingan dan Kaunseling disarankan
membuat 2 kajian tindakan setiap tahun.

20.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke PPD/jabatan untuk penyertaan
sekolah.

21. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdPc DAN PEPERIKSAAN

21.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font
Century Gothic 14 bagi Tahap 1 dan Times New Roman/Arial 11/12 bagi Tahap 2 dan set-
up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5 bagi setiap lembaran kerja dan
kertas peperiksaan.

21.2 Bahan-bahan yang hendak difotostat oleh guru perlu ditunjukkan dan mendapat
kebenaran daripada Guru Besar dan Penolong Kanan terlebih dahulu untuk difotostat.

21

22. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
22.1. Peperiksaan dalaman : Peningkatan 5% pada setiap kali peperiksaan.
22.2. UPSR : Peningkatan 3% pada setiap tahun.
23. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
23.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
23.2 Guru-guru yang telah dilantik sebagai jurulatih bertanggungjawab melatih murid dan
hendaklah memastikan murid-murid yang akan mewakili sekolah telah bersedia sebelum
memasuki sesuatu pertandingan.
23.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.
24. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
24.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
Pendidikan negara.
24.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan Guru Besar
melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39


Click to View FlipBook Version