The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 834-6-anis, 2022-03-26 14:30:16

PENGHASILAN PRODUK BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PENTAKSIRAN BERTERUSAN 1

SOALAN TUGASAN

TUGASAN 1: Penghasilan produk (30%)
Karya-karya sastera memaparkanperutusan, amanat serta lontaran idea dan
fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir
pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu
terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk
iaitu e-book dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
serta memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair,
sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-
masing yang merangkumi tajuk-tajuk berikut:

takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu
fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah
dan kritikan sosial
manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam

II

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, terlebih dahulu pengkaji ingin mengucapkan rasa syukur ke
hadrat Allah kerana atas limpah kurniaanNya, pengkaji dapat
menyelesaikan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Pengkaji juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah pengkaji bagi kursus Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu
(BMMB1104) iaitu Dr Hasnah binti Awang, yang telah banyak membantu
dan memberi tunjuk ajar kepada pengkaji sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini.

Pengkaji juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu bapa
pengkaji yang sentiasa berada di belakang pengkaji untuk memberi
sokongan moral dan kewangan agar pengkaji tidak mudah putus asa untuk
menyelesaikan tugasan penulisan esei ini. Sejujurnya, sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini, pengkaji menghadapi pelbagai cabaran yang perlu
pengkaji tempuhi yang mana pengkaji perlu menyiapkan tugasan-tugasan
lain dan perlu dihantar dalam masa yang sama dengan tugasan ini. Namun
begitu, kekangan masa bukanlah sesuatu masalah yang besar bagi pengkaji
kerana pengkaji mampu membahagikan masa dengan baik untuk
menyelesaikan semua tugasan mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan oleh setiap pensyarah.

Seterusnya, tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas pengkaji iaitu unit X2 yang sentiasa bersedia membantu pengkaji
jika ada persoalan atau ketidakjelasan yang timbul semasa menjalankan
tugasan ini. Mereka juga banyak membantu pengkaji dari segi pengumpulan
maklumat yang diperlukan untuk tugasan ini. Semoga usaha ini mendapat
berkat dan sedikit sebanyak akan dapat memberikan sumbangan kepada
pertambahan dokumen kajian dalam bidang Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu.

III

ISI KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN ......................................................................................... II
PENGHARGAAN .............................................................................................. III
ISI KANDUNGAN ............................................................................................. III
1.0 PENGENALAN ........................................................................................... 1
2.0 TAKRIFAN KESUSASTERAAN MELAYU ................................................ 2
3.0 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU ........................................................ 3

3.1 Naratif ................................................................................................... 3
3.2 Bukan Naratif ....................................................................................... 3
4.0 BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU .................................................... 4
4.1 Prosa Tradisional ................................................................................ 4

4.1.1 Sastera rakyat (lisan) ................................................................. 4
4.1.2 Sastera istana (tulisan) .............................................................. 5
4.2 Prosa Moden ........................................................................................ 5
4.2.1 Cerpen ........................................................................................ 5
4.2.2 Novel ............................................................................................ 5
4.2.3 Drama ........................................................................................... 5
4.3 Puisi Tradisional .................................................................................. 6
4.3.1 Pantun .......................................................................................... 6
4.3.2 Gurindam ..................................................................................... 6
4.3.3 Syair ............................................................................................. 7
4.3.4 Seloka .......................................................................................... 7
4.4 Puisi Moden .......................................................................................... 7
5.0 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN .................................................................... 8
5.1 Keindahan ............................................................................................. 8
5.2 Mencerminkan pengalaman ................................................................ 8
5.3 Pengalaman seni .................................................................................. 8
5.4 Karya seni ............................................................................................. 8
6.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU ...................................................... 9
6.1 Hiburan .................................................................................................. 9
6.2 Pendidikan ............................................................................................ 9
6.3 Dakwah .................................................................................................. 9
6.4 Kritikan sosial ....................................................................................... 9
7.0 MANIFESTASI AKAL BUDI ...................................................................... 10
7.1 Syair .................................................................................................... 10
7.2 Pantun ................................................................................................. 10
7.3 Seloka .................................................................................................. 11
7.4 Gurindam ............................................................................................ 11
RUJUKAN ........................................................................................................ 12

IV

1,0 PENGENALAN

Kesusateraan Melayu merupakan hasil karya dan ciptaan seni yang
terdapat dalam kalangan masyarakat melayu. Pada era teknologi dan
maklumat yang semakin berkembang pesat ini, telah berjaya
mengubah dan mewujudkan jurang dalam hubungan sastera dengan
kehidupan masyarakat Melayu. Sastera yang dulu dianggap bersifat
kolektif dan menjadi hak milik bersama masyarakat Melayu kini telah
berubah menjadi kegiatan yang berkaitan dengan pernyataan diri dan
hak cipta sesuatu individu atau pihak. Dalam masyarakat Melayu
tradisional, sastera memainkan peranan yang besar dan tidak
terpisah secara lahiriah daripada kepercayaan, kegiatan mencari
nafkah, pekerjaan, permainan dan sebagainya.

1

2.0 TAKRIFAN
KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa.
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011)

Kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan
dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri

keistimewaan yang tertentu.
(Kamus Dewan, 1988)

Kesusasteraan mempunyai maksud yang sama dengan literature
dalam Bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan literate

yang bermaksud huruf atau abjad manakala dalam bentuk
asalnya literature digunakan untuk tatabahasa dan puisi.

(Harun Mat Piah, 2000)

Kesusasteraan merupakan karya asal yang ditulis dalam Bahasa
Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada dalam
bentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi
tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi, dan jasmani di
samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

(pendidikan)

2

3.0 JENIS-JENIS KESUSASTERAAN MELAYU

NARATIF BUKAN
NARATIF

3.1 KESUSASTERAAN MELAYU NARATIF

Merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot.
Dengan kata lain adalah bahan sastera yang menceritakan suatu
peristiwa yang mengandungi unsur
- watak
- masa berlaku
- tempat berlaku
Kesusasteraan Melayu naratif terdiri daripada mitos, lagenda dan
cerita rakyat.




3.2 KESUSASTERAAN MELAYU BUKAN NARATIF

Merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi
plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi
pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif.
Kesusasteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi dan
terdiri daripada puisi rakyat

3

4.0 BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU

PROSA PROSA
TRADISIONAL MODEN

PUISI PUISI
TRADISIONAL MODEN

4.1 PROSA TRADISIONAL

Prosa tradisional ini berbeza dengan sastera lama kerana sastera
lama bersifat sementara.
Prosa tradisional merupakan sebuah hasil karya seni yang
disampaikan melalui bahasa yang bertujuan untuk menyampaikan
falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu.
Prosa tradisional dapat dibahagikan kepada dua genre iaitu sastera
rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).




4.1.1 Sastera Rakyat
(lisan)

Sastera rakyat merupakan hasil karya yang telah diinspirasikan dan
disampaikan secara lisan.
Sastera rakyat merupakan ungkapan dari mulut ke mulut yang terhasil
daripada kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang isinya
dapat disejajarkan dengan sastera tulisan dalam masyarakat moden.
Sastera rakyat dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu naratif dan
bukan naratif.

4

4.1.2 Sastera Istana
(tulisan)

Sastera hikayat dapat dibahagikan kepada tiga jenis mengikut unsur-unsur
yang terdapat di dalamnya seperti unsur Islam, Hindu dan Hindu-Islam.
Sastera undang-undang dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem
pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama.
Sastera epik merupakan sastera pahlawan dan bersifat sejagat.
Sastera panji merupakan karya yang isinya berkisarkan tengtang kisah
pengembaraan, percintaan dan peperangan.
Sastera agama berfokuskan kepada cerita-cerita yang menggambarkan
kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam ke
seluruh dunia walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan.

4.2 PROSA MODEN

Selepas tahun 1800 Masihi, hasil karya sastera telah digolongkan dalam
sastera moden. (Annas Hj Ahmad, 1988).
Pembahagian dari segi masa ini semata-mata bertujuan untuk
memudahkan kita untuk memahami bentuk dan unsur perbezaan sastera
Melayu
Beberapa komponen sastera moden yang ada seperti cerpen, novel dan
drama.

4.2.1 Cerpen 4.2.3 Drama

Sebuah gabungan dua Drama merupakan jenis karya sastera yang
perkataan iaitu cerita dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu
dan pendek. kesatuan yang membentuk karya keseluruhan.
(Erwan Juhara, 2014)

4.2.2 Novel

Prosa rekaan yang panjang yang di dalamnya tersimpan
sebahagian daripada sebuah kehidupan.
Novel merupakan satu bentuk pentafsiran rencam kehidupan
manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka.
(Shahnon Ahmad, 1972).

5

4.3 PUISI TRADISIONAL

Puisi merupakan genre sastera yang paling awal bagi semua bangsa
di dunia.
Antara genre yang terdapat dalam puisi tradisional yang paling utama
ialah pantun, gurindam, syair dan seloka.

4.3.1 Pantun ialah kaedah rangkapan yang
Pantun tertua dan memang asal usulnya
kepunyaan masyarakat Melayu.
Sebelum orang Melayu belum tahu surat
menyurat pun mereka telah pandai
berpantun dan terbiasa berbalas-balas
pantun antara mereka. (Za’ba, 2002).
Dalam pantun terdapat unsur
pembayang maksud dan maksud.

4.3.2 Gurindam merupakan salah satu bentuk puisi
Gurindam Melayu tradisional seperti mana yang
diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui
Gurindam Dua Belas yang dikarang pada
tahun 1846.
Bahasa yang digunakan juga bernas dan
serius manakala isinya mengandungi nasihat,
pengajaran, kebenaran serta pernyataan
perasaan cinta.

6

4.3.3 Syair merupakan sebah puisi berlagu yang
Syair berasal daripada Parsi dan
Syair dikatakan berasal daripada puisi Arab
iaitu sy’ir tetapi bentuk syair Melayu amat
berbeza dengan bentuk syair
kesusasteraan Arab. (Mohd Yusof Md Nor,
1985).

4.3.4 Istilah seloka berasal daripada perkataan
Seloka Sanskrit ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh,
berjenaka atau menyindir. (Harun Math Piah,
1989). Seloka mula dikenali di alam Melayu
semasa perkembangan agama Hindu di Asia
Tenggara. Dipercayai bahawa teks
Mahabharata (100,000 rangkap) dan Rama.
Seloka bercorak karangan berangkap atau
bahasa berirama dan lebih kepada pepatah,
bidalan atau perumamaan yang mengandungi
unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan
dan sindiran.

4.4 PUISI MODEN

Sajak lebih mementingkan keberkesanan penyampaian perasaan
melalui pemilihan dan penggunaan kata-kata yang saling menumpang
dan terjalin menurut erti serta irama.
Sajak merupakan puisi baharu yang popular lahir sebagai pilihan kepada
puisi tradisional. (Hashim Awang, 1984).
Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan yang mendalam namun sajak
yang baik bukanlah mainan kata semata-mata.

7

5.0 CIRI-CIRI
KESUSASTERAAN MELAYU

Keindahan Mencerminkan Pengalaman Karya
pengalaman seni Seni

5.1 Keindahan

Keindahan bergantung kepada kesatuan unsur yang membentuk
suatu susunan atau struktur sehingga menjadi sesuatu yang bulat
dan utuh.




5.2 Mencerminkan pengalaman

Realiti ialah sesuatu yang dapat merangsang atau menyentuh
kesedaran manusia, sama ada yang berada di dalam atau di luar
dirinya.

5.3 Pengalaman Seni

Seorang pengkarya akan mendapat kepuasan sekiranya dia tahu
bahawa fikiran dan perasaan yang disampaikan melalui hasil karya
dapat diterima dengan baik oleh pembaca.

5.4 Karya Seni

Tiga perkara yang membezakan karya sastera dengan karya bukan
sastera iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang
khusus.

8

6.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Hiburan Pendidikan

Fungsi
Kesusasteraan

Melayu

Dakwah Kritikan
sosial

6.1 Hiburan

Melahirkan karya sastera yang membawa keseronokkan yang indah
hasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau
rentak yang tersusun untuk membelai emosi pembaca atau pendengar
unsur kelucuan dan sebagainya.

6.2 Pendidikan

Memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat dengan
menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa
kesedaran kepada masyarakat, mengubah cara pemikiran dan memberi
ruang untuk masyarakat menyerap segala nilai-nilai moral yang dapat
dibawa dalam karya sastera.

6.3 Dakwah

Proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tertentu
sahaja untuk disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami
sebagai satu objek untuk berdakwah.

6.4 Kritikan Sosial

Rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan
manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang
berbeza-beza.
Tindakan dan adab tatasusila dapat mempengaruhi tujuan menegur,
mengkritik serta menyampaikan mesej.

9

7.0 Manifestasi Akal Budi

7.1 Syair (Syair Nasihat)

Dengarkan tuan ayah berperi, Ayuhai anakanda muda remaja,
Kepada anakanda muda bestari, Jika anakanda menjadi raja,
Nasihat kebajikan ayahanda beri, Hati yang betul hendak di sahaja,
Amalkan jangan malas dan ngeri. Serta rajin pula bekerja.

(rangkap 1) (rangkap 2)

Akal Budi Dalam Syair

Si ayah memberi nasihat dengan cara Si ayahnya terus menasihatkan
yang sangat lemah lembut, tetapi anakandanya bahawa hendaklah
bernada tegas. Si ayah memulai menjadi pemimpin (raja), hendaklah
sentiasa mempunyai niat tulus dan
nasihat dengan mengungkapkan kata-
kata semangat yang berupa pujian ikhlas.selain itu, seseorang
pemimpin hendaklah menunjukkan
yang sederhana, kemudian barulah si
ayah menyatakan nasihat sebenar kesungguhan iaitu rajin bekerja
yang disampaikan dalam bentuk demi rakyat jelata.
arahan (amaran) iaitu jangan malas
dalam melakukan sebarang
pekerjaan.

7.2 Pantun

Kalau bertanak dengan menggulai, Akal Budi Dalam Pantun
Mengacau gulai pecah isinya,
Kalau geak nak jangan mengilai,
Kalau mengilai rendah budinya.

Pantun di atas menerangkan mengenai adab dan perilaku seseorang supaya
tidak ketawa dengan kuat sehingga menggilai. Ini kerana ia memberi gambaran
tentang adab yang tidak baik dan perlu dihindari. Ia bersesuaian dengan agama
Islam yang melarang kita daripada riak, sombong dan takbur. Sikap ketawa yang
kuat dan mengilai boleh menyebabkan seseorang itu mudah menjadi sombong
dan riak.

10

7.3 Seloka (Seloka Pak Pandir) Akal Budi Dalam Seloka

Anak dipijak dagang dijinjing, Akal budi dalam seloka ini ialah
Kucing dibunuh tikus dibela, menyindir individu yang bersikap
Harta habis badan tergadai, mengutamakan orang lain menyebabkan
Mendengar gelagak dagang, diri dan keluarganya kerugian.
Tak sedar bertelanjang, Sepatutnya mendahului keluarga sendiri
Mendengar guruh dilangit, dan bukannya orang luar yang hanya
Air di tempayan dicurahkan, mementingkan siri mereka sendiri
Mulut kena suap pisang, kerana tiada pertalian darah. Buktinya
Buntut kena cangkuk onak, apabila Pak Pandir bukan sahaja
Gunting makan di hujung, sanggup mengabaikan anaknya sendiri
Pak Pandir juga menanggung, malahan menyakitinya sebagaimana
Apa didengar gelagak dagang, kiasan frasa ‘anaknya dipijak’. Manakala
Gelagak rambutan jantan, pihak yang tiada pertalian dengan
Orang berbunga, dia berbunga, keluarganya pula diberikan layanan yang
Orang berbunga, dia haram, baik sebagaimana frasa ‘dagang
Kilat memancar hujan tak jadi. dijinjing’.

7.4 Gurindam (Gurindam Dua Belas) Akal Budi Dalam Gurindam

Barang siapa tiada memegang Akal budi yang terdapat dalam fasal
agama, satu ini ialah pengarang menjelaskan
sekali-kali tidak boleh dibilangkan apabila hidup tidak mengenal agama
nama, yakni Tuhan, maka hidup itu akan sia-
Barang siapa mengenal yang empat, sia tanpa ada tujuan. Ini akan
maka ia itulah orang yang ma’rifat. menyebabkan seseorang itu sentiasa
Barang siapa mengenal Allah, berada dalam kegelisahan dan
suruh dan tegahnya tiada ia kerisauan. Seterusnya, bagi mereka
menyalah. yang mengenal empat yang dikaitkan
Barang siapa mengenal diri, dengan ajaran tasawuf iaitu syari’at,
maka telah mengenal akan Tuhan ma’rifat, tarikat dan hakikat. Apabila
yang bahri. seseorang sudah mengal empat
Barang siapa mengenal dunia, perkara tersebut maka kehidupan
tahulah ia barang yang terpedaya. akan menjadi semakin terang tanpa
Barang siapa mengenal akhirat, adanya sedikitpun rasa keraguan.
tahulah ia dunia mudarat.

(fasal 1)

11

Rujukan

Annas Haji Ahmad. (1988). Sastera Melayu. Indonesia Literature. Masa
Enterprise

Azman Rahmat. Mohd Nazri Zainuddin. Et al. (2022). Pengenalan
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.

Erwan Juhara. (2014). Bandung Dalam Puisi. CV. Nuansa Jaya.
Harun Mat Piah. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan Bahasa

dan Pustaka.
Hashim Awang. (1984). Teman Pelajar Kesusasteraan. Fajar Bakti.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Yusof Md Nor. (1985). Puisi Melayu Tradisi. Fajar Bakti.
Raja Ali Haki. (1846). Gurindam Dua Belas. Kiblat Buku Utama.
Shahnon Ahmad. (1972). Rentong. Ahmad Randong.
Siti Hajar Abdul Aziz. 2011. Bahasa Melayu I. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. 2012. Bahasa Melayu II. Oxford fajar Sdn Bhd.
Za’ba. (2002). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

12


Click to View FlipBook Version