12 MAC 2023 (AHAD) 8:30 PAGI- 11 PAGI DEWAN APRESIASI, SKDHZ IBUBAPA/PENJAGA DAN MURID TAHUN 1 1
ATURCARA 08.30 PAGI - PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 - MURID BERGERAK KE KELAS SEMENTARA UNTUK MENDUDUKI UJIAN DIAGNOSTIK 9.00- 11 PAGI * TAKLIMAT PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH - BACAAN DOA - UCAPAN ALU-ALUAN TUAN HAJI AZIZI BIN ABU BAKAR GURU BESAR SK DATO’ HJ. ZAINUDDIN MENERANGKAN TENTANG PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 • TAKLIMAT KHAS TAHUN 1 – SUBJEK KSSR SEMAKAN, PBS DAN PBD (GPK1) • TAKLIMAT TENTANG DISIPLIN, PERATURAN SEKOLAH & PENJAGAAN BUKU TEKS (GPK HEM) • BERSURAI JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA KERJA PENASIHAT : TUAN HAJI AZIZI BIN ABU BAKAR(GB) PENGERUSI : PUAN AZURA BINTI ABU BAKAR(PK 1) NAIB PENGERUSI : ENCIK MUHAMMAD NADZRI BIN ABDUL SHUKOR (PKHEM) ENCIK ISA ANSARI BIN ABU BAKAR(PKKOKO) SETIAUSAHA : PUAN ZULIAWATI BINTI OTHMAN PENGACARA MAJLIS: PUAN SABARIAH BINTI HJ HASHIM PUAN ROHANI BINTI ABU BAKAR BACAAN DOA: USTAZ ZULKIFLI BIN AHMAD PENDAFTARAN PUAN RUSDA BINTI HJ SHAARI PUAN NIDA HUSNA BT ABD RAHMAN PUAN SUZANA BINTI ABDUL RAHMAN BUKU PROGRAM: PUAN NOOR SYUHADA BINTI MAT SERAT PUAN CAROLIN A/P ANTHONYSAMY@LAZAAR PERSIAPAN TEMPAT: ENCIK MOHD AZMI BIN YAAKUB ENCIK MUHAMAD THOHIR BIN BAKAR ENCIK AMIRNUDDIN BIN AHMAD SOKRI ENCIK MUHAMMAD BIN BASRI ENCIK MOHD AFIQ SYAZWAN BIN JAME’AN PEKERJA SEKOLAH ALAT SIARAYA/PA SISTEM: ENCIK MOHD AZMI BIN SANIP ENCIK MOHD RIDZUAN BIN ABDULLAH PENTAS/BACKDRO P/BANNER ENCIK MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF ENCIK MOHD SABRI BIN MOHD SHAARI PUAN ROZITA BINTI NAYAN PUAN CHE EMBUN BINTI BAHARI FOTOGRAFI PUAN LOH SZE SZE PUAN NORHAYATI BINTI ABD RAHIM KAWALAN MURID DAN UJIAN DIAGNOSTIK: CIK MYZATUL AKMAAR BINTI KAMARUDIN PUAN ZULIAWATI BINTI OTHMAN PUAN NOOR SYUHADA BINTI MAT SERAT CIK NORMAH BINTI MOHAMAD PUAN NOR ATIKA BINTI HARUN PUAN MURZAIELA BINTI MURAD PUAN RUSDA BINTI HJ SHAARI ENCIK MOHAMAD ZAMRI BIN MAT ISA DOKUMENTASI PUAN ZULIAWATI BINTI OTHMAN JAWATANKUASA KERJA 2
PENGENALAN MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH •Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. •Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Memastikan semua murid di Tahap 1 sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK). •Penyataan Dasar Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa, anak itu didaftarkan di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah. •Penalti Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Ibu bapa yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. • Tarikh Kuatkuasa 1 Januari 2003. DASAR PENDIDIKAN RENDAH WAJIB 3
4
Lokasi No telefon Media Sosial Channel Youtube Jumlah guru, staf dan murid Terletak di dalam pekan Serdang Kedah. Bersebelahan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baharu. Tel- 04-4078964 Faks- 04-4078501 Laman Facebook Sekolah – SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ HJ ZAINUDDIN Add friend- SK dato Hj Zainuddin Add friend- Ubk SK DHj Zainuddin Subscribe – SK DATO’ HJ. ZAINUDDIN https://youtube.com/@skdatohj.zainuddin626 Jumlah guru: 46 orang, Jumlah staf : 5 orang Prasekolah: 45 Thn 1: 83 Thn 2: 51 Thn 3: 73 Thn 4: 72 Thn 5: 82 Thn 6: 71, jumlah murid: 477 orang 5
TERAJU UTAMA SEKOLAH TUAN HJ AZIZI BIN ABU BAKAR GURU BESAR ENCIK ISA ANSARI BIN ABU BAKAR GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 6 ENCIK MUHAMMAD NADZRI BIN ABDUL SHUKOR GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PUAN AZURA BINTI ABU BAKAR GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
GURU DAN STAF 7
RASIONAL Hari pendaftaran Murid Tahun Satu diadakan bertujuan untuk mendaftar masuk bakal-bakal Murid Tahun 1 ke sekolah bersistem pendidikan formal bagi sesi persekolahan 2023/2024. Hari Pendaftaran ini juga bertujuan untuk menyesuaikan murid-murid dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam jangka masa yang singkat. Selain itu memberi peluang kepada ibu bapa untuk membeli keperluan persekolahan dan mendapatkan maklumat dari pihak sekolah berkaitan dengan pembelajaran dan peraturan sekolah. Murid tahun satu juga akan menjalani Program Transisi selama 4 minggu untuk proses penyesuaian diri dengan persekitaran baharu. OBJEKTIF 1. Ibu bapa dapat memahami konsep pentaksiran berasaskan bilik darjah yang akan dilalui oleh anakanak masing-masing. 2. Ibu bapa dapat melengkapkan data-data murid yang diperlukan oleh pihak sekolah. 3. Semua bakal Murid Tahun 1 bersedia untuk menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi daripada pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal. 4. Ibubapa/waris memahami persekolahan dan peraturan sekolah. MINGGU TRANSISI TEMPOH: 19 MAC 2023- 13 APRIL 2023 (4 MINGGU) Fasa Penyesuaian: 19 Mac 2023- 30 Mac 2023 Fasa Kesediaan: 2 April 2023 – 13 April 2023 PAKAIAN MURID: UNIFORM SEKOLAH DAN TAG NAMA MURID ALATAN/BUKU: ALAT TULIS, PENSEL WARNA, MODUL TRANSISI DAN BUKU TULIS SUBJEK WAKTU DATANG KE SEKOLAH: SELEWATNYA 7.30 PAGI WAKTU BALIK SEKOLAH: RUJUK JADUAL KELAS (TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN JADUAL) KELAS 1 BESTARI -AHAD - KHAMIS: 1:15 PETANG KELAS 1 CEMERLANG DAN 1 DINAMIS -AHAD-ISNIN: 1:15 PETANG -SELASA, RABU DAN KHAMIS : 12:45 TENGAHARI LAGU MINGGU TRANSISI: KAMI MURID BARU LAGU PERHIMPUNAN RASMI: LAGU SEKOLAH: SKDHZ GEMILANG LAGU NEGERI KEDAH: ALLAH SELAMAT SULTAN LAGU PENDIDIKAN NEGERI KEDAH: PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG LAGU BOLEH DITONTON DI CHANNEL YOUTUBE SK DATO’ HJ. ZAINUDDIN. 8
9
TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 KURIKULUM 10
TAKWIM CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024 KURIKULUM 11
BAYARAN YURAN PADA 12/3/2023 9-12 TENGAHARI (SELEPAS TAKLIMAT TAHUN 1) KURIKULUM 12
PEMBELIAN BUKU TULIS PADA 12/3/2023 9-12 TENGAHARI (SELEPAS TAKLIMAT TAHUN 1) KURIKULUM 13
KSSR SEMAKAN KELAS MATAPELAJARAN BILANGAN MATAPELAJARAN 1 CEMERLANG DAN 1 DINAMIS -BAHASA MELAYU (BM) -BAHASA INGGERIS (BI) -MATEMATIK (MT) -SAINS (SC) -PENDIDIKAN ISLAM (PI)& TASMIK (TQ) (MURID ISLAM SAHAJA) -PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJPK) -PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) -PENDIDIKAN MUZIK (MZ) -BAHASA ARAB (BA) -PENDIDIKAN MORAL (MURID BUKAN ISLAM SAHAJA) 9 SAHAJA 1 BESTARI -BAHASA MELAYU (BM) -BAHASA INGGERIS (BI) -MATEMATIK (MT) -SAINS (SC) -PENDIDIKAN ISLAM (PI)& TASMIK (TQ) (MURID ISLAM SAHAJA) -PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJPK) -PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) -PENDIDIKAN MUZIK (MZ) -BAHASA ARAB (BA) -PENDIDIKAN MORAL (MURID BUKAN ISLAM SAHAJA) BAHASA CINA SK (TAMBAHAN) 10 SAHAJA KURIKULUM 14
PBS DAN PBD PBS- PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS mula bertapak dalam sistem pendidikan kebangsaan sekolah rendah mulai tahun 2011, terdiri daripada 4 komponen iaitu, 1. Pentaksiran bilik darjah (PBD) 2. Pentaksiran Pusat (UPSR, telah dimansuhkan bagi sekolah rendah) 3. Pentaksiran Psikometrik (PPSI) 4. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) PBS telah melalui fasa penambahbaikan dan pemerkasaan sejak diperkenalkan. Sehingga kini, surat pekeliling ikhtisas terbaru PBS telah dikeluarkan pada 9 Januari 2023, rujukan surat KPM.100-1/3/1 Jld.8 (21) bertajuk Pemerkasaan PBS mulai sesi akademik 2022/2023. Surat pekeliling ini menggariskan hanya tiga komponen penting PBS seperti berikut: 1. Pentaksiran bilik darjah (PBD) 2. Pentaksiran Psikometrik (PPSI) 3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) PBD- PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH PPSI- PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK bertujuan mengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir,kemahiran menyelesaikan masalah, , minat, kecenderungan sikap dan personaliti murid. PPSi akan dijalankan kepada: Murid tahun 4- Aptitud Am Murid tahun 5- inventori kecerdasan (ikep) Murid tahun 6 - Instrumen Aptitud Khusus *Murid tahun 1 tidak terlibat dengan pentaksiran psikometrik. PAJSK- PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM PAJSK dilaksanakan untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum. Bagi aktiviti Jasmani, murid akan dinilai mengikut Standard Kecergasan Kebangsaan (SEGAK), dilaksanakan dua kali setahun, murid tahun 4,5 dan 6 sahaja. Perekodan data dalam sistem PAJSK. Bagi aktiviti Sukan dan Kokurikulum, hanya murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja terlibat. Perekodan data dalam sistem PAJSK. Murid berumur 5-9 tahun pula akan diukur BMI (body mass Index) di bawah komponen BMI 5-9T bagi menangani isu murid obesiti seawal umur 5 tahun. Perekodan data dalam sistem PAJSK. *Murid tahun 1 hanya terlibat BMI 5-9T sahaja. PBD adalah pentaksiran berterusan yang terdiri daripada pentaksiran sumatif dan pentaksiran formatif. Pentaksiran formatif dijalankan dalam kelas semasa sesi pembelajaran. Guru mengajar dan menguji pelajaran tersebut melalui pelbagai kaedah mengikut Buku Panduan Pentaksiran Bilik Darjah cetakan 2019. Pentaksiran formatif SKDHZ dijalankan mengikut kesesuaian guru matapelajaran, seperti jadual pembelajaran. Pentaksiran sumatif pula dijalankan dalam kelas selepas beberapa topik atau tajuk telah dikuasai. Pentaksiran sumatif tahun 1 SKDHZ dijalankan dua kali setahun iaitu jangkaan Ogos dan Disember. Dilaksanakan dalam kelas, bersama guru subjek tersebut. AMALAN PEPERIKSAAN bagi tahun 1,2 dan 3 telah dimansuhkan seperti surat siaran KPM bil 14 tahun 2018 Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir tahun murid tahun 1,2, dan 3. Oleh itu pentaksiran dijalankan secara bercerita, projek mudah, permainan, main peranan dan kuiz. Bagi murid tahun 4,5 dan 6 pentaksiran sumatif dan peperiksaan dijalankan dua kali setahun juga. Jangkaan Ogos dan Disember. Ogos: Ujian Pertengahan Sesi Akademik Instrumen Pentaksiran dibuat oleh guru subjek. Disember: Ujian Akhir Sesi Akademik Instrumen pentaksiran bagi subjek BM,BI,MT,Sc dan Sejarah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Instrumen subjek selain di atas disediakan oleh guru subjek. PELAPORAN PBD Tahun 1,2,3- dua kali setahun slip pelaporan akan diserahkan. September 2023 dan Januari 2024. (pertengahan dan akhir sesi akademik), hanya Pentaksiran Bilik Darjah sahaja. Tahun 4,5,6- dua kali setahun slip pelaporan akan diserahkan. September 2023 dan Januari 2024. (pertengahan dan akhir sesi akademik) merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah dan Ujian Akhir Sesi Akademik. TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN Murid ditaksir sebagai tahap penguasaan (TP). TP1, TP2, TP3, TP4, TP5, TP6. TP1 paling rendah dan TP6 paling maksimum. Tafsiran TP TP1- Tahu TP2- Tahu dan faham TP3- Tahu, faham dan boleh buat TP4- Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab TP5- Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji TP6- Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali 15
PBD- PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH 16
PBD- PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH 17
18
KELAS TAHUN 1 HAL EHWAL MURID (HEM) GROUP WHATSAPP KELAS ❑ KELAS 1 BESTARI ❑JUMLAH MURID- 30-33 orang ❑GURU KELAS: Puan Rusda Binti Hj. Shaari ❑ KELAS 1 CEMERLANG ❑JUMLAH MURID- 30-33 orang ❑GURU KELAS: Puan Noor Syuhada Binti Mat Serat ❑ KELAS 1 DINAMIS ❑JUMLAH MURID- 20-24 orang ❑GURU KELAS: Puan Zuliawati Binti Othman ❑Tujuan diwujudkan adalah untuk menyampaikan maklumat penting sekolah. ❑ Group Whatsapp kelas 1 Bestari, 1 Cemerlang dan 1 Dinamis akan mula beroperasi pada hari Rabu 15 Mac 2023. ❑Hanya seorang waris/ibu/bapa sahaja perlu berada dalam group Whatsapp. ❑Mohon tidak menghantar maklumat sensitif yang menyinggung perasaan ahli. ❑Sebarang pertanyaan peribadi boleh hantar mesej kepada guru kelas. ❑Maklumkan ketidakhadiran dalam group Whatsapp mengikut format berikut: Nama: Tarikh tidak hadir: Sebab tidak hadir: ❑Hormati guru-guru dan rakan ibu bapa yang berada di dalam whatsapp kelas. ❑Segala permasalahan boleh terus merujuk kepada pihak pentadbir sekolah. 19
HAL EHWAL MURID (HEM) SISTEM APDM BANTUAN ❑Sila kemaskini maklumat anak tuan/puan di dalam sistem APDM (Alamat, Nombor telefon, pendapatan dan lain-lain. ❑Log masuk melalui link : https://public.moe.gov.my/ ❑Kelayakan bantuan akan merujuk kepada pendapatan yang diisi oleh ibu bapa di dalam sistem APDM. ❑ Beri kerjasama kepada guru kelas untuk mendapatkan maklumat murid seperti maklumat penjaga dan gaji. ❑ RMT (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN) ❑ PROGRAM SUSU SEKOLAH ❑ KWAPM (KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN) ➢ Kelayakan bantuan di atas adalah seperti berikut: 1. Pendapata n isi Rumah: RM1169 2. Per Kapita: RM310 ❑ BAP (BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN) • Bantuan awal persekolahan RM150 diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023 • Proses agihan BAP (Fasa 2) bagi murid Tahun 1 sesi 2023/2024 akan dijalankan bermula bulan April sehingga Julai 2023. • Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut: • Murid warganegara Malaysia • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/24 ❑ BANTUAN DARI PEJABAT AGAMA (ZAKAT) ➢ Permohonan bantuan ini diuruskan oleh ibu bapa sendiri. Guru kelas akan maklumkan jika permohonan dibuka. ➢ Pengurusan penghantaran borang ke pejabat agama diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapa/ penjaga. ➢ Pihak sekolah hanya menerima senarai murid yang layak daripada pihak pejabat agama. BUKU TEKS DAN BUKU AKTIVITI ❑Buku teks dan buku aktiviti akan diedarkan seminggu sebelum program transisi tamat. ❑Buku teks hendaklah disampulkan dengan sampul plastik supaya tahan lama dan tidak mudah rosak. ❑Sekiranya buku teks hilang, waris ibu bapa perlu ganti dengan bayaran sama harga buku teks tersebut. ❑Buku teks Super Minds Bahasa Inggeris akan digunakan semasa tahun 1 dan tahun 2. Sekiranya hilang sebelum sempat diserahkan, waris perlu beli dan buku teks tersebut hendaklah digantikan ke sekolah. ❑Buku aktiviti akan disimpan di dalam kelas untuk mengelakkan beban berat beg sekolah. 20
KEHADIRAN KE SEKOLAH HAL EHWAL MURID (HEM) PENGURUSAN DIRI ❑Mohon murid hadir sebelum 7.30 pagi. ❑Ibu bapa dibenarkan menghantar anak sehingga di pintu pagar sekolah sahaja. ❑Pembonceng motosikal boleh masuk ke dalam sekolah melalui pintu B. Kereta dan van hanya boleh menghantar anak di luar pagar sekolah. ❑Jika murid tidak dapat hadir, sila kemukakan bukti bertulis dan maklumkan di dalam Whatsapp kelas untuk makluman guru kelas. ❑Jika anak bergejala, tidak dibenarkan hadir ke sekolah. ❑Ibubapa/waris hendaklah memastikan kelengkapan alat tulis anak-anak lengkap seperti, pensel, pensel warna, pemadam, pengasah pensel, pembaris, gunting, gam dan buku tulis. ❑Ibubapa/penjaga hendaklah membawa pulang murid mengikut waktunya. ❑Mohon pesan kepada murid untuk tidak merayau-rayau selepas waktu pulang. Pihak sekolah tidak mempunyai kuasa mengawal murid di luar pagar sekolah dan di luar waktu sekolah. ❑Waktu rehat murid tahap 1 (9:45 am – 10:15 am) ❑Murid boleh membawa bekal makanan dari rumah atau membawa wang saku untuk membeli di kantin. Anggaran wang saku (RM3.00 – RM5.00) ❑Murid akan berada di kantin sepanjang waktu rehat dengan pengawasan dari guru dan pengawas yang bertugas. ❑Bulan puasa: Murid digalakkan berpuasa. Kantin ditutup sepanjang bulan puasa. WAKTU REHAT ❑Murid hendaklah telah terlatih mengendalikan pakaian diri sendiri, sebagai contoh, memakai seluar, membuka tali pinggang, dan membutang baju. ❑Sekiranya ada murid yang masih belajar pengurusan diri, ibubapa bertanggungjawab mendedahkan mereka tentang pengurusan diri sebelum ke sekolah. ❑Murid juga hendaklah dididik untuk memastikan kebersihan diri semasa di tandas. ❑Pakaian murid hendaklah sentiasa bersih dan kemas. ❑Murid perlu belajar menggunakan tandas cangkung, tiada tandas duduk. ❑Tulis nama pada kasut sekolah bagi mengelakkan tertukar kerana murid akan buka kasut apabila berada di bilik khas. ❑Etika penggunaan barang- latih murid supaya tidak mengambil barang rakan-rakan. ❑ Selipar atau kasut selain kasut sekolah kecuali atas sebab kesihatan. ❑Kasut sukan dibenarkan untuk acara sukan sekolah, merentas desa dan lain-lain sekiranya diberitahu. ❑ Barang kemas/ aksesori hiasan diri termasuk anting-anting, gelang, gelang kaki dan lain-lain. ❑ Alat solek (murid tidak dibenarkan bersolek ke sekolah) ❑ Telefon bimbit/ Jam yang mempunyai fungsi seperti telefon bimbit. ❑ Barang mainan. (kereta mainan, lato-lato dan lainlain.) ❑ Senjata atau objek tajam dan berbahaya termasuk gunting yang mempunyai bucu tajam) BARANG LARANGAN 21
HAL EHWAL MURID (HEM) POTONGAN RAMBUT 22
HAL EHWAL MURID (HEM) UNIFORM SEKOLAH FATEH Murid LelakiKemeja putih, seluar biru hitam, tali leher marron. Murid Perempuan Islam Tudung dan baju kurung putih, kain biru hitam. PAKAIAN PJ Murid LelakiT shirt sekolah masukkan dalam seluar, seluar sukan biru gelap atau hitam. Murid Perempuan Islam T shirt sekolah lepas, seluar sukan biru gelap atau hitam, tudung sekolah. Kasut sekolah hitam dan sarung kaki hitam. Murid Perempuan Bukan Islam T shirt aktiviti Pendidikan jasmani boleh dibeli di kedai buku sekolah. 23
HAL EHWAL MURID (HEM) BAJU RUMAH SUKAN UNIFORM PENGAWAS SEKOLAH Murid LelakiT SHIRT kosong lengan pendek ikut warna rumah sukan (masuk dalam seluar), seluar sukan biru gelap atau hitam. Kasut sekolah hitam atau kasut sukan. Murid PerempuanT SHIRT kosong lengan panjang ikut warna rumah sukan (lepas keluar), seluar sukan biru gelap atau hitam. Kasut sekolah hitam atau kasut sukan. Murid bertudung pakai tudung sekolah. Baju rumah sukan boleh dibeli di kedai luar. LANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH KEPADA MURID TAHUN 3,4, 5 DAN 6. 24
HAL EHWAL MURID (HEM) UNIFORM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH LANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH KEPADA MURID TAHUN 3,4, 5 DAN 6. UNIFORM PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH LANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA BAGI MURID TAHUN 3,4, 5 DAN 6. 25
PENUTUP ❑ Terima kasih kerana memilih SK Dato’ Hj. Zainuddin sebagai tempat anak-anak tuan/ puan menyambung pelajaran di peringkat sekolah rendah. ❑ Semoga murid tahun 1 sesi 2023/2024 dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan dan sentiasa bersemangat ke sekolah. ❑ Semoga kerjasama yang baik dapat terjalin antara ibu bapa dan guru serta pihak sekolah. 26
LAGU KAMI MURID BARU 27 Kami murid baru Kami ingin maju Kami sayangkan diri sendiri Ayuh kawan-kawan Kita tunjuk bukti Rajin datang sekolah Setiap hari Kami sayang ibu Kami sayang ayah Sayang guru dan kawan-kawan Belajar ikut guru Kami tidak malu Kerjasama dalam kumpulan
TAMAT 28