The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 940-1-ainaa, 2023-02-22 08:16:16

BMMB1104 TUGASAN 1

BMMB1104 TUGASAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU C BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK


Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Program Ambilan Unit Nama Penyarah Tarikh Hantar Nurul Ainaa binti Abdul Latiff 2022232310070 040818080964 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Jun 2022 Bahasa Melayu C Puan Roziah binti Ramli 17 Februari 2023 Pengenalan Diri


Penghargaan Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Roziah binti Ramli, selaku pensyarah kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Turut membantu ialah rakan-rakan seperjuangan yang sudi menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Semoga dengan tugasan penghasilan produk ini dapat meningkatkan kefahaman saya dalam subjek ini.


ISI KANDUNGAN Kandungan Pengenalan Kesusasteraan Melayu Takrif Kesusasteraan Melayu Jenis Kesusasteraan Melayu Fungsi Kesusasteraan Melayu Manifestasi Akal Budi dalam Kesusasteraan Melayu Puisi Tradisional: Seloka Seloka Santap Istiadat Takrif Seloka Jenis Seloka Halaman 1 2 3 4-8 9-13 14-18 19 20-22 23 24-25


ISI KANDUNGAN Kandungan Jenis Seloka Santap Istiadat Bentuk Seloka Bentuk Seloka Santap istiadat Fungsi Seloka Santap Istiadat Manifestasi Akal Budi dalam Seloka Santap Istiadat Rujukan Halaman 26 27-28 29 30-31 32-34 35


Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, perkembangan dalam kalangan masyarakat yang pesat hari ini telah mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Perubahan ini telah menyebabkan sastera menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Sastera yang dahulunya menjadi hak milik bersama kini telah berubah menjadi kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta. Pengenalan 1


Melayu Kesusasteraan 2


Takrif Konsep Kesusasteraan Melayu Sastera bermaksud huruf atau buku indah. Mempunyai maksud yang sama dengan 'literature' dalam bahasa Inggeris. Memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan tertentu mengenai sekelompok masyarakat. Kesusasteraan bermaksud kumpulan bukubuku yang indah bahasanya dan isinya. Menurut Hajar Aziz (2011), kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu sastera. Kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri tertentu. 3


Jenis Kesusasteraan Melayu Prosa Tradisional Prosa Moden Puisi Moden Puisi Tradisional 4


Prosa tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa yang mudah pada zaman dahulu (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh karangan prosa tradisional ialah mitos, legenda, cerita rakyat. Prosa Tradisional 5


Menjadi alat yang menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang. Memberi gambaran tentang suatu zaman yang berhubung masalah sosial, polotik dan ekonomi. Prosa Moden Prosa moden merupakan karya sastera bahasa Melayu yang bebas dalam ciptaan, menggambarkan pengalaman, pemikiran situasi, persoalan isu atau kehidupan sebenar dalam bentuk tulisan karya bagi menyampaikan mesej tersirat. Prosa moden turut terbahagi kepada tiga iaitu cerpen, novel dan drama. Cerpen Novel Prosa rekaan yang panjang di dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan. Mengisahkan kejadian yang berlaku dipusatkan kepada sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. Drama Bentuk karya sastera yang menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan serta dialog. Sejenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara keselruuhan. 6


Contoh sajak adalah seperti berikut: Sifat bebas yang dimiliki oleh sajak ini bermaksud kesediaan dan keupayaan sajak dalam menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentukbentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sensitiviti. Puisi Moden Kepada Kota Di Perkampungan Ini Melihat sepintas mimpi di perkampungan kota murni menghimpun kita kembali menghampar ambal sejahtera, kususuri pekerti melabuh hadir di tengah gelombang suasana memetik ritma suara bersama. Sajak merupakan puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, rangkap rima dan sebagainya. Kebebasan sajak dalam aspek bentuk dapat dilihat melalui cara ianya ditulis atau disampaikan. 7


Contoh Pantun Gurung merpati di dalam sangkar, Baru sepurnama dapat dijerat; Kalau kita rajin belajar, Ilmu berguna banyak didapat. Puisi Tradisional Puisi tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya tertentu dan tanpa menurut aturan tatabahasa yang sepatutnya. Lazimnya, puisi tradisonal merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibacakan pembaca akan merasakan rentaknya. Puisi merupakan karya bercorak bukan naratif. Puisi tradisional terbahagai kepada empat kategori iaitu pantun, syair, seloka dan gurindam. Contoh Syair Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Contoh Gurindam Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. 8


Fungsi Kesusasteraan Melayu Hiburan Dakwah Pendidikan Kritikan Sosial 9


Hiburan Karya sastera yang berasaskan fungsi hiburan dapat memberikan rasa puas hati dan senang kepada pembacanya. Karya sastera yang baik tidak pernah membosankan pembaca, malah pembaca tidak berasa dipaksa untuk membacanya. Contoh : Pembaca tidak berasa dibebani dan senang melekakan dirinya dengan karya sastera yang berasaskan fungsi hiburan tersebut. Fungsi hiburan adalah untuk menyampaikan sesuatu atau menghiburkan masyarakat. Contohnya, seloka yang dijadikan sebagai lagu dapat menjadi hiburan kepada masyarakat apabila mendengarnya. Contoh seloka yang dijadikan lagu: Pandai-pandai wahai Pak Pandir, Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai. 10


Pendidikan Contohnya, seloka Bertuahnya Anak Mak Timah yang menerangkan tentang kelakuan seorang anak yang mempunyai ilmu yang banyak yang dikatakan sebagai sastera Melayu tradisional. Membolehkan masyarakat menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyrakatan dan kewarganegaraan. Memberi kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. Satu cabang ilmu yang dapat berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Dapat mencerminkan masyarakat tentang kesenian yang kreatif serta mampu mengkaji keindahan karya sastera. 11


Sastera dalam Islam itu perlu jelas berciri waqi'iy, realistik, 'dalam erti melihat apa adanya'. Menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral untuk menjelajahi medan makna dibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas. Dapat menyembunyikan pesan-pesan yang hendak dikomunikasikan kepada khalayak peembacanya, melalui aneka bentuk dan ragam estetik, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Dakwah Menilai sesuatu hakikat dengan menekankan peranan altawjih (membimbing) dan al-ta'dib (mendidik), pengisbatan ciri-ciri estetik, prinsip takamul dan takmilahnya. Proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah (Mad'u). Bahasa dakwah dalam kesusasteraan dapat menghibur dan menyatu metamorfosa roh manusia dalam jangkauan trensesdensi, spiritualitsa dan religuisitas. 12


Sastera adalah rakaman kehidupan yang menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang berbezabeza. Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Kritikan Sosial Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan mengur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. 13


Manifestasi Akal Budi Pemikiran Pertuturan Gaya Hidup Perlakuan 14


Pemikiran Perspektif pemikiran masyarakat Melayu ini secara historikal akan mengungkapkan perkembangan Melayu dari aspek budaya selaras dengan lama pemikiran mereka. Alam pemikiran ini merangkumi akal fikiran, akal budi, alam ilmu yang menggunakan akal dan hati untuk mendekati dan berinterkasi dnegan Tuhan. Membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar dalam menyelesaikan masalah seterusnya membina refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dilalui. Proses menggunakan minda untuk mencari makna dan memahami sesuatu dengan menerokai pelbagai kemungkinan idea. 15


Aspek pertuturan dapat dilihat melalui sifat kesantunan. Kesantunan merupakan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Pertuturan Kecantikan abadi pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah atau pakaian. 16


Baik Budi Emak Si Randang Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang. Akal budi masyarakat Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan seharian. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah baik. Contoh seloka yang mempamerkan perlakuan yang baik ialah seloka Mak Si Randang. Seloka di atas walaupun bersifat menyindir tetapi jelas menggambarkan citra masyarakat yang sangat mengutamakan tetamu. Perlakuan 17


Manakala kehidupan didefinisikan sebagai perihal hidup. Dalam konteks gaya hidup ini akal budi dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu agama serta keeprcayaan, adat isitiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni. Gaya Hidup Akal budi masyarakat Melayu juga tidak lengkap tanpa gaya hidup. Gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan kemampuan seperti mewah, sederhana dan sebagainya. 18


Puisi Tradisional : Seloka 19


Seloka Santap Istiadat 20


Seloka Santap Istiadat Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. 21


Seloka Santap Istiadat Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. 22


Seloka Santap Istiadat Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Takrif Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang berunsur jenaka, gurau senda, olokan, sindiran dan ejekan. Isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan oleh pengguna dan pembaca. Antara seloka yang popular ialah seloka Santap istiadat. Konsep Kesusasteraan Melayu dalam Seloka 23


Contoh Seloka Khayal Merah-merah buah rambutan Rambutan matang di keranjang Setitik cinta aku layangkan Berbunga-bunga untukmu sayang. Contoh Seloka Mengejek Di petang memasang lukah, Lukah dipasang lukah dijaga, Setiap tahun tetap ke Mekah, Hati kotor tak bersih juga. Jenis-jenis Seloka Seloka sindiran Seloka mengejek Seloka menempelak Seloka nasihat Seloka pendidikan Seloka khayal Seloka gurau senda Seloka turut terbahagi kepada beberapa jenis iaitu: 24


Contoh Seloka Gurau Senda Jika hendak kamu melamar, Jangan banyak tulis dihapus, Jika siswa rajin belajar, Sudah tentu pasti lulus. Contoh Seloka Nasihat Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Contoh Seloka Pendidikan Anak ayam turun sembilan, Mati satu tinggal delapan, Ilmu boleh sedikit ketinggalan, Tapi jangan sampai putus harapan. Contoh Seloka Sindiran Apa guna pergi ke pasar, Kalau tidak bawa keranjang, Apa guna berkereta besar, Kalau hutang keliling pinggang. 25


Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia memuliakan. Selain itu, seloka ini merupakan seloka jenis pendidikan kerana dapat memberi pengajaran dan banyak ilmu pengetahuan kepada masyarakat. . Misalnya: Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Jenis Seloka SantapIstiadat Seloka Santap Istiadat merupakan seloka jenis nasihat kerana mengandungi unsur moral yang dapat dipraktikkan oleh masyarakat. Contohnya: 26


Rima: rima akhir dalam serangkap tidak tetap. Tidak mempunyai pembayang. Bentuk Seloka Merupakan puisi bebas atau tidak terikat Digubah sama ada dalam bentuk pantun, syair atau pantun. Rangkap: bilangan baris dalam serangkap tidak tetap. Perkataan: bilangan patah perkataan dalam sebaris tidak tetap. Suku kata: jumlah suku kata dalam sebaris tidak tetap. 27


Contoh seloka bentuk bebas (Seloka Badut Politik) Kasihan sungguh badut politik Parti menang bangsa tergadai Bangsa luar hidupnya mewah Bangsa sendiri terus merempat Kocek sendiri sentiasa menggunung Kocek rakyat terkatung-katung Bahasa sendiri terus dibunuh Bahasa penjajah diangkat melangit Contoh seloka bentuk terikat Buah pinang buah belimbing, Ketiga dengan si buah mangga; Sungguh senang berbini sumbing, Walau marah ketawa juga. 28


Berbentuk bebas. Terdiri daripada lima rangkap. Bentuk Seloka Santapistiadat Rangkap pertama mempunyai lima baris, rangkap kedua mempunyai tujuh baris, rangkap ketiga mempunyai enam baris, rangkap keempat mempunyai empat baris, dan rangkap kelima mempunyai dua baris. Bilangan katanya dua hingga enam patah kata. Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata. 29


Alat Kawalan sosial dalam kehidupan seharian Seloka Santap Istiadat ini dapat memberitahu masyarakat tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Ia juga boleh dijadikan pengajaran atau panduan kepada masyarakat apabila menghadiri sebuah majlis. Fungsi Seloka Santapistiadat 30 Alat Pendidikan Seloka Santap Istiadat ini dapat dijadikan alat pendidikan kerana mengandungi unsur pengajaran, moral dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Kandungan seloka ini mampu memberi pendidikan dan dapat membentuk peribadi mulia dalam kalangan masyarakat.


Fungsi Seloka Santapistiadat 31 Hiburan Seloka Santap Istiadat ini dapat berfungsi sebagai hiburan kerana seloka ini dapat membawa keseronokan yang indah. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaaan kata-kata yang diungkapkan dan irama atau rentak yang tersusun dalam seloka tersebut.


Akal budi manifestasi masyarakat Melayu dalam seloka Santap Istiadat ini ialah ajaran beradab sopan dan tatacara makan serta minum di dalam majlis mengikut tertib dengan berpandukan didkan generasi dahulu. Hal ini demikian kerana, majlis santapan ini bukan hanya sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat. Selain itu, akal budi dalam seloka ini menekankan perlakuan kita semasa makan berdasarkan tatacara dan ketertiban yang betul, seperti baris "nasi disuap di tangan kanan" menunjukkan bahawa nasi hendaklah disuap menggunakan tangan kanan manakala "lauk dibinjat sopan siuman" membawa maksud lauk hendaklah diangkat secara sopan. Akal Budi Manifestasi Santapistiadat 32


Akal Budi Manifestasi Santapistiadat 33 Di samping itu, baris "sampai ke mulut mamah perlahan" dan "tanda tidak gelojoh makan" menunjukkan bahawa nasi di dalam mulut mestilah dikunyah dengan perlahan-lahan untuk menunjukkan tanda tertib dan tidak gelojoh ketika makan. Jika dibincang tentang baris "selesai santap nasi, diiringkan seteguk minuman, isyarat menghormat, mulia memuliakan" , baris ini pengarang ingin memberitahu bahawa tatacara ini amat penting untuk menghormati tetamu lain yang berada dalam majlis itu. Seterusnya, akal budi yang diterapkan dalam seloka ini ialah mengamalkan gaya hidup yang sederhana seperti pengarang mengajar pembaca untuk makan dan minum secara bersederhana dan bukannya makan secara berlebihan.


Akal Budi Manifestasi Santapistiadat 34 Oleh itu, akal budi manifestasi dalam seloka Santap Istiadat ini mengajarkan pembaca atau masyarakat tentang kepentingan dan tatacara untuk makan dan minum dengan beradab serta sopam dalam sebuah majlis.


Rujukan Harun Mat Piah. (2004). Puisi Melayu tradisional nasihat dan pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. 35 Hajar Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Azman Rahmat, Nazri Zainuddin, Shamsuddin Abu Bakar, Rani Hassan, & Hasnah Awang. (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. https://anyflip.com/cdvrj/nhjv/basic/ Cikgu Simile. (2017, Januari 11). Antologi bintang hati tingkatan 3: Seloka santap istiadat. https://cikgusimile.blogspot.com/2017/01/antologibintang-hati-tingkatan-3_11.html


Sekian, Terima Kasih!


Click to View FlipBook Version