Ucapan aluan
pengetua
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Semoga anak-anak SPM 2020 berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Tahniah kerana berjaya menduduki Peperiksaan SPM dengan jayanya
walaupun dalam suasana norma baharu sekarang ini.
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Seri Putra telah mengambil
inisiatif membantu para pelajar memilih bidang pengajian dan kerjaya yang
bersesuaian dengan kemampuan minat dan personaliti diri serta pencapaian akademik mereka,
dengan menganjurkan Program Hala Tuju Lepasan SPM 2020/ 2021 dalam norma baharu ini dalam
bentuk eBOOK.
eBook ini juga memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan segala informasi terkini
berkaitan dengan pengisian UPU Online, destinasi bagi lepasan SPM, pemilihan program pengajian
dan maklumat tentang laluan kerjaya.
Pilihan pendidikan kerjaya selepas SPM adalah sangat penting untuk masa depan yang cemerlang
agar pelajar tidak tersilap langkah dalam pemilihan kerjaya kelak. Sila berjumpa dengan kaunselor
anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Saya doakan semoga anda dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati.
sekian, terima kasih
Radin Hashimah binti Radin Hassan
Pengetua
SMK Bandar Seri Putra
matrikulasi
stpm
asasi
Ipg/pismp
Jika ada sebarang masalah berkaitan pengisian
kemasukan dalam UPU… boleh hubungi UPU
Online seperti di bawah: