Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS Zurich Takaful Malaysia Berhad (731996-H) Tingkat 12, No. 566, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 03-6287 6666 Faks: 03-6259 0088 www.zurich.com.my ZT0007/1/P/G/S/M The trademarks depicted are registered in the name of Zurich Insurance Company Ltd in many jurisdictions worldwide. Cara Penyertaan 1. Lengkapkan borang permohonan dan borang BPA 1/79. 2. Sertakan salinan slip gaji dan kad pengenalan (pemohon sahaja). 3. Poskan ke alamat: Medicare Assistance Sdn. Bhd. A-1-8, Pusat Perdagangan Intania Jalan Intan, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: MEDICARE ASSISTANCE SDN BHD (492830-K) Tel: 03-3371 4248 Faks: 03-3371 4258 Emel: [email protected] Nota: Risalah ini adalah untuk maklumat am sahaja. Ia bukanlah suatu perjanjian takaful. Terma dan syarat yang tepat bagi pelan takaful ini ada dijelaskan dalam Sijil Induk.
Sediakan Payung Sebelum Hujan Masyarakat zaman kini sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk mengekalkan daya saing. Dalam usaha giat untuk mencapai matlamat, seringkali kita kesuntukan masa untuk merancang masa depan dan menyiapkan diri untuk musibah yang bakal menimpa. Dengan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS, hidup anda terurus bagaikan sudah menyediakan payung sebelum hujan. Utusan Presiden CUEPACS CUEPACS adalah Gabungan Kesatuan Sekerja Sektor Awam negara ini yang mempunyai peranan yang besar dalam menjaga kepentingan dan kebajikan kakitangan Kerajaan, bukan sahaja dari segi tuntutan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan, tetapi juga dari segi kebajikan kakitangan Kerajaan dan keluarga mereka. CUEPACS kini telah memperkenalkan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS (CUEPACS PA) yang mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. Skim perlindungan ini adalah dengan kerjasama Zurich Takaful Malaysia Berhad. Dalam perjalanan kehidupan kita seharian, seseorang individu itu berkemungkinan akan mendapat kemalangan atau kecederaan semasa atau di luar waktu bertugas. Melalui Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS ini, ianya akan dapat membantu diri sendiri dan keluarga apabila ditimpa kemalangan atau musibah tertentu dari segi meringankan bebanan kewangan. Memandangkan sumbangan perlindungan ini tidak membebankan, maka saya berharap seluruh Anggota Sektor Awam akan merebut peluang keemasan ini untuk melindungi diri sendiri serta keluarga tersayang. Yang ikhlas, Datuk Azih Bin Muda Presiden CUEPACS
Dengan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS, keadaan kewangan anda dan keluarga anda dilindungi apabila kejadian tidak diingini berlaku. Apakah Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS? • Ia adalah Pelan Kemalangan Diri Menyeluruh yang merangkumi perlindungan kewangan untuk kematian, kecacatan anggota badan sama ada kecacatan kekal, penuh atau separa. • Ia menawarkan perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan jika berlakunya musibah akibat kemalangan. • Ia juga menawarkan Perbelanjaan Pengebumian (untukorang bukan Islam), serta Upah Haji dan Khairat Kematian (untuk orang Islam) jika berlakunya kematian disebabkan kemalangan atau kematian biasa. Kelayakan • Khas untuk kakitangan Kerajaan termasuk semua Anggota Sektor Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan serta ahli keluarga mereka. • Had umur ahli Ahli dan Pasangan : 18 tahun hingga 60 tahun. Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun. Anak ahli : Dari umur 30 hari hingga 18 tahun, dan akan dilanjutkan ke 23 tahun jika anak masih bujang dan masih belajar sepenuh masa. Keistimewaan • Khairat Kematian dan Upah Haji. • Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan. • Manfaat tambahan kepada mana-mana pelan insurans/Takaful lain (kecuali Manfaat F). • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia. • Manfaat wang tunai yang bebas cukai. Manfaat Keterangan Bahagian 1 - Kematian Dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan Pelan A Pelan B A Kematian Akibat Kemalangan Dalam Pengangkutan Awam Bagi kemalangan maut semasa dalam perjalanan dengan pengangkutan awam berlesen RM220,000 RM440,000 B Kematian Akibat Kemalangan Dalam Pengangkutan Sendiri Bagi kemalangan maut semasa dalam perjalanan dengan pengangkutan sendiri RM110,000 RM220,000 C Kematian Akibat Kemalangan Selain Daripada Yang Dinyatakan Di Atas Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada sebab-sebab berikut: • Pembunuhan atau Serangan yang tidak diprovokasi • Mogok, Rusuhan, Kekacauan Awam atau Perampasan • Keracunan Makanan • Kelemasan • Kilat • Pendedahan dan Kehilangan RM110,000 RM220,000 D Lumpuh Dari Leher Ke Bawah Atau Hilang Kewarasan Bagi kemalangan yang mengakibatkan kelumpuhan menyeluruh dari leher ke bawah atau ketidakwarasan menyeluruh dan tidak boleh diubati RM220,000 RM440,000 E Hilang Upaya Kekal Bagi Hilang Upaya Kekal (Skala kontinental penuh) RM110,000 RM220,000 Manfaat Keterangan Bahagian 2 - Perubatan Dan Kemasukan Ke Hospital Akibat Kemalangan Pelan A Pelan B F Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan Pembayaran balik bagi belanja perubatan akibat kemalangan yang ditanggung semasa dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta (termasuk perubatan, pembedahan, rundingan doktor, sinar-x, ujian makmal, caj bilik dan makan, dll) RM3,000 RM5,000 G Pendapatan Harian Hospital Pendapatan tunai harian semasa penghospitalan di manamana hospital kerajaan RM100 sehari sehingga RM2,000 RM100 sehari sehingga RM3,000 H Elaun Perjalanan Mingguan Elaun perjalanan mingguan untuk ahli keluarga melawat anda semasa anda di hospital RM50 seminggu sehingga RM500 RM100 seminggu sehingga RM1,000 Bahagian 3 - Manfaat Lain I Perbelanjaan Pengebumian (Untuk Orang Bukan Islam) Perbelanjaan pengebumian, penguburan atau pembakaran mayat RM3,000 RM6,000 J Upah Haji Dan Khairat Kematian (Untuk Orang Islam) • Upah Haji • Khairat Kematian • RM1,500 • RM1,500 • RM3,000 • RM3,000 Jadual sumbangan (termasuk CBP*) berdasarkan jenis pelan dan umur Orang Yang Dilindungi Tahunan Pelan A (RM) Tahunan Pelan B (RM) Bulanan Pelan A (RM) Bulanan Pelan B (RM) Peratus Manfaat Ahli 76.32 152.64 6.36 12.72 100% manfaat yang dinyatakan di atas Pasangan 76.32 152.64 6.36 12.72 100% manfaat yang dinyatakan di atas Kanak-Kanak: Umur 1-12 tahun Umur 13-18 tahun Umur 18 tahun ke atas 19.08 38.16 76.32 38.16 76.32 76.32 1.59 3.18 6.36 3.18 6.36 6.36 25% daripada manfaat ahli 50% daripada manfaat ahli 100% daripada manfaat ahli * Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang kini pada kadar 6%. Kadar semasa CBP adalah tertakluk kepada perubahan. Nota-nota: 1. Semua sumbangan untuk anak dan suami/isteri mesti dibayar melalui ahli. 2. Pasangan dikehendaki memberitahu pekerjaan sekarang (jika ada).
Skala Maanfaat Hilang Upaya Kekal JADUAL MANFAAT Peratus jumlah yang dilindungi Keterangan Hilang Upaya Pelan A Pelan B Hilang Anggota Badan (dua anggota badan) 100% 100% Hilang kedua-dua belah tangan, atau kesemua jari dan kedua-dua belah ibu jari tangan 100% 100% Sebarang kecederaan yang yang mengakibatkan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal 100% 100% Hilang tangan di paras bahu 100% 100% Hilang tangan diparas antara bahu dan siku 100% 100% Hilang tangan diparas siku 100% 100% Hilang tangan diparas antara siku dan pergelangan tangan 100% 100% Hilang tangan diparas pergelangan tangan 100% 100% Hilang kaki • diparas pinggul • diantara lutut dan pinggul • di bawah lutut 100% 100% 100% 100% 100% 100% Mata : Hilang • keseluruhan mata • Penglihatan • Penglihatan, kecuali persepsi mata 100% 100% 50% 100% 100% 50% Hilang empat jari dan satu ibu jari di sebelah tangan 50% 50% Hilang empat jari 40% 40% Hilang ibu jari • kedua-dua ruas • satu ruas 25% 10% 30% 15% Hilang jari telunjuk • tiga ruas • kedua-dua ruas • satu ruas 10% 8% 4% 10% 8% 4% Hilang jari tengah • tiga ruas • kedua-dua ruas • satu ruas 6% 4% 2% 10% 5% 2% Hilang jari manis • tiga ruas • kedua-dua ruas • satu ruas 5% 4% 2% 10% 7.5% 5% Hilang jari kecil • tiga ruas • kedua-dua ruas • satu ruas 4% 3% 2% 10% 7.5% 5% Hilang Metakarpus pertama • atau kedua (tambahan) • ketiga, keempat atau kelima (tambahan) 3% 2% 3% 2% Hilang jari kaki • kesemua ruas • ibu jari, pada kedua-dua ruas • ibu jari, satu ruas • selain ibu jari, jika lebih satu jari, setiap satu 15% 5% 2% 1% 15% 5% 3% 1% Hilang Pendengaran kedua-dua • belah telinga • sebelah telinga 75% 15% 75% 25% Hilang Pertuturan 50% 50% Bagi hilang upaya yang tidak dinyatakan di atas, Syarikat akan menggunakan peratusan yang tidak bercanggah dengan skala di atas. Pembunuhan atau Serangan yang tidak diprovokasi • Mogok, Rusuhan, Kekacauan Awam atau Perampasan • Keracunan Makanan • Kelemasan • Kilat • Pendedahan dan Kehilangan Pengecualian-pengecualian tidak berkenaan dengan Manfaat I dan Manfaat J (Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Sijil Induk untuk maklumat lanjut mengenai pengecualian-pengecualian.) Syarikat ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan: 1. Peperangan atau Peperangan saudara - sama atau diisytiharkan atau tidak. 2. Penglibatan secara langsung dalam rusuhan atau kekecohan awam. 3. Membunuh diri atau cuba membunuh diri atau sebarang percubaan untuk berbuat demikian sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman. 4. Perjalanan udara kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang. 5. Kehamilan, Kelahiran Anak, Keguguran. 6. Anggota berpakaian seragam dan bersenjata, perkhidmatan atau operasi angkatan tentera laut atau udara. 7. Memanjat batu atau mendaki gunung, meneroka gua, seni mempertahankan diri atau tinju, aktiviti dalam air yang melebihi lima puluh (50) meter dalam, aktiviti udara termasuk payung terjun, peluncuran gantung, terjun bungee atau sebarang jenis perlumbaan selain daripada yang menggunakan kaki. 8. Dipengaruhi oleh alkohol atau dadah. 9. Perbuatan jenayah atau sebarang kegiatan haram. 10. Keadaan sedia ada. 11. Sebarang perbuatan keganasan. 12. Sebarang aktiviti yang dilarang oleh prinsip-prinsip Shariah. Pengecualian-pengecualian yang berkenaan dengan Manfaat I dan Manfaat J Zurich Takaful Malaysia Berhad tidak akan bertanggungjawab terhadap tuntutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau berpunca daripada: 1. Sebarang aktiviti yang dilarang oleh prinsip-prinsip Shariah. 2. HIV dan/atau sebarang penyakit berkaitan dengan HIV termasuk AIDS atau Kompleks Berkaitan AIDS (ARC). 3. Percubaan membunuh diri dalam tempoh dua belas (12) bulan dari Tarikh Mula. Nota-nota Penting 1) Semua cukai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai barangan dan perkhidmatan, dan/ atau lain-lain bentuk cukai jualan atau kepenggunaan, sama ada yang berkuatkuasa pada masa ini atau dilaksanakan selepas tarikh sijil takaful akan dikenakan mengikut undang-undang yang berkenaan pada kadar semasa. Jika perlu, Zurich Takaful Malaysia Berhad akan meminda terma-terma sijil takaful untuk mengambil kira cukai-cukai sedemikian. 2) Pelan ini diuruskan oleh Zurich Takaful Malaysia Berhad (731996-H), pengendali takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. 3) Sila rujuk kepada Sijil Induk untuk senarai penuh berkenaan dengan manfaat, terma, syarat dan pengecualian yang terdapat dalam produk ini.