ROAD TO 30 AL-QURAN Anjuran : UNIT PENDIDIKAN ISLAM, SEKTOR PEMBELAJARAN PPD PETALING UTAMA Dengan Kerjasama : MASJID KOLEJ ISLAM UNIVERSITI MALAYA, PETALING JAYA & SEKOLAH-SEKOLAH PPDPU ZON 3 20 September 2023 7.45 pagi – 12.30 tengah hari Masjid Kolej Islam Malaya KEMENTERIAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA
Program Road to 30 Khatam Jamaei Al-Quran merupakan salah satu daripada inisiatif dan usaha langkah proaktif PPD Petaling Utama menyahut saranan dan seruan dari pihak Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan pencapaian penguasaan dan peningkatan KPI bagi Khatam Al Quran. Program j-QAF telah diserap sepenuhnya ke dalam program bersepadu Pendidikan Islam. Program Road to 30 Khatam al-Quran ini mengambil kira dari keputusan berdasarkan prestasi semasa murid-murid di sekolah pada tahun lepas. Diharap program ini akan menjadi kesinambungan cinta Al-Quran dalam kalangan generasi Islam kita apabila mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat kelak. PENGENALAN
1. Menanam minat murid secara berterusan dalam bacaan Al-Quran dan sentiasa mendampinginya. 2. Memastikan semua murid tahun 6 dapat menguasai kemahiran membaca Al-Quran sebelum merekamenyambung pelajaran ke sekolah menengah. 3. Mewujudkan jaringan ukhwah mahabbah antara sekolah-sekolah terdekat. 4. Meningkatkan peratus khatam dan menguasai al-Quran murid Tahun 6 dalam daerah Petaling Utama. OBJEKTIF
11 BUAH SEKOLAH ZON 3 • SK Satu Sultan Alam Shah • SK 2 Sultan Alam Shah • SK Sri Petaling • SK (L) Bukit Bintang 1 • SK Tropicana • SK La Salle PJ • SK Sri Damai • SK 1 Jalan Selangor • SK 2 Jalan Selangor • SK Assunta Satu • SK Assunta 2 (M)
JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI : Pn. Haniza binti Mohd Jabar @ Ibrahim (PPD Daerah Petaling Utama Utama) TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Noor Lina binti Mohd Yusof (Tim.PPD, Sektor Pembelajaran) SETIAUSAHA : En. Najamuddin bin Khalani (Pen.PPD Unit Pendidikan Islam) : Pn. Noor Lizawati binti Ibrahim (Pen.PPD Unit Pendidikan Islam) SEKOLAH PENGELOLA : Pn. Ruzaiton binti Abdul Jalil Guru Besar SK Satu Sultan Alam Shah En. Jamali bin Said Guru Besar SK Damansara Jaya 1 En. S.Ardy bin Hanadi Guru Besar SK Dato’ Harun 2 Pn. Sabariah binti Sapari Guru Besar SK Jalan Selangor 1 Pn. Rohanim binti Shahari Guru Besar SK 2 Petaling Jaya Pn. Azatulakmal binti Abd Razak Guru Besar SK Petaling Jaya
JAWATANKUASA NAMA GURU TUGAS Ketua Fasilitator Jurulatih Utama PPD PU Mengetuai Program Khatam AQ. Bacaan Doa SK Satu Sultan Alam Shah Mengetuai Doa pembukaan majlis. Juruacara Sk Tropicana Mengacara majlis dari awal hingga akhir. Buku Program / Buku Khatam AQ SK Assunta Satu Menyediakan pamplet & Buku Panduan Khatam AQ untuk guru & peserta. Pendaftaran SK Sri Damai -Memastikan pendaftaran murid & guru pengiring berjalan dengan lancar. Siaraya Khatam AQ SK Satu Sultan Alam Shah -Memastikan PA system & microfon berfungsi dengan baik. Sijil SK Assunta 2 Menyediakan Sijil Khatam Al-Quran. Cenderahati , PengurusPeserta & Hadiah Sk L Bukit Bintang 1 - Menyediakan cenderahati kepada semuapeserta. -Menguruskan peserta ketika perarakanmasuk -Melancarkan acara penyerahan cenderhati kepada peserta JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA PELAKSANA Pentas & Banner SK Satu Sultan Alam Shah Menyiapkan hiasan pentas & backdrop. Persiapan Dewan Sk 2 Sultan Alam Shah Menyiapkan kelengkapan berikut: -Rehal -Meja: Sijil & Cenderahati, Jamuan Murid / Guru SK 1 Jalan Selangor Memastikan kelancaran Jamuan murid di kantin berjalan dengan lancar Disiplin / pengurusan murid SK 2 Jalan Selangor Memastikan murid terkawal ketika berada di masjid dan semasa majlis berjalan. Jurugambar Sk Sri Petaling Mengambil gambar sepanjang perjalanan majlis. Dokumentasi Sk La Salle PJ Dokumentasi Majlis Khatam AQ
7.30 pagi : Pendaftaran dari sekolah-sekolah jemputan. 8.00 pagi : Semua murid dan guru berkumpul di Masjid Kolej Islam Malaya Petaling Jaya 8.10 pagi : Bacaan Doa 8.15 pagi : Taklimat ringkas oleh Ketua Fasilitator 8.25 pagi : Pembahagian Kumpulan mengikut Fasilitator / Sesi 1 9.30 pagi : Sesi 2 12.00 pagi : Penyampaian Sijil & Cenderamata 12.30 pagi : Bersurai TENTATIF PROGRAM
PENUTUP Semoga program Road to 30 Khatam Al-Quran ini dapat menambahkan semangat dan mengukuhkan penghayatan murid-murid dalam pembacaan Al-Quran serta dapat membentuk sahsiah sejati yang bertaqwa. Menjadi harapan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama melalui program Road to 30 Khatam Al Quran ini akan mendapat agar program in dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi celik Al- Quran.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Unit Pendidikan Islam PPDPU, pihak pengurusan Masjid Kolej Islam Malaya, barisan Guru Besar & fasilitator, guru-guru serta murid-murid yang terlibat dalam menjayakan Program Road to 30 Khatam Al-Quran ini. Semoga kecintaan terhadap Al-Quran semakin subur dalam diri kita semua. SEKALUNG PENGHARGAAN ‘Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya’ HR Bukhari