The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerpen: Oh, Negaraku Malaysia!
Pantun

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1373-24-siti, 2022-01-15 10:39:10

CINTA AKAN NEGARA

Cerpen: Oh, Negaraku Malaysia!
Pantun

TEMA : KASIH SAYANG
KEPADA NEGARA

CERPEN

KUMPU
LAN 9

AHLI KUMPULAN 9

Rismayanti Nur Siti Aisyah Elisya Isabel bt
binti Nasir
binti Sabana Abd Rahman

oleh : kumpulan 9

Oh, Negaraku
Malaysia!

Aku memasukkan barang-barang keperluan ke dalam bagasi kerana aku akan
bercuti bersama abah dan ibuku di rumah atuk dan opah. Kami berangkat
sekitar pukul 7 pagi ke Melaka dari Kota Kinabalu, Sabah. Kampung Air Limau
menjadi destinasi kami sekeluarga kerana disanalah terletak perkampungan
atuk dan opah.

Perkampungan atuk dan opah sangat tenang dan damai. Suasana kampung
rumah atuk memang aku gemari sejak kecil lagi. Aku akan meluangkan masa
bersama atuk dan opah sebaik sahaja pulang ke kampung. Mereka berdua
telah mengajariku cara membuat wau, jika ada waktu yang terluang, aku dan
atuk memungut buah-buahan di kebunnya. Selepas itu, kami akan menikmati
hasil pungutan buah buahan bersama-sama.

Usai sahaja menunaikan solat asar, aku menapak ke ruang tamu rumah
atuk. Aku berdiri di balik jendela yang dihiasi langsir berwarna hijau.
Mataku mula meninjau di sekitar halaman rumah atuk. Dari jendela sahaja,
aku dapat menjamu penglihatanku dengan keindahan semula jadi ciptaan
Tuhan. Mataku beralih ke pondok buatan atuk. Kelihatan atuk sedang
melukis bendera Malaysia. Lagi beberapa hari saja hari kemerdekaan akan
tiba. Terdetik hatiku ingin mengetahui sejarah kemerdekaan dengan lebih
jelas daripada atuk.

Aku menghampiri atuk yang begitu khusyuk sekali melukis. Secara tidak langsung bibirku mengukir senyuman.

“Assalamualaikum atuk. Atuk tengah buat apa tu?" Aku bertanya. Lantas atuk berpaling, "waalaikumussalam, Hani.
Tengah buat bendera ni.. nak bawa masuk pertandingan. Dah lama atuk tak masuk pertandingan bendera ni. " ujar
atuk. Lalu, tangannya menyambung kembali melukis bendera di atas kain putih yang besar.

‘’ada apa kamu ke mari? Tak ada kerja sekolah ke Hani?" soal atuk. Aku hanya ketawa halus, seraya menjawab
"sudah siap atuk. Saja, datang ke sini.. hehehe ". Atuk menggelengkan kepala perlahan," datang sini mesti ada
hajat.. bagi tahu sajalah. Bukannya atuk tak kenal perangai kamu ni macam mana..". Aku mendekatkan diri ke arah
atuk,

‘’erm.. sebenarnya, Hani nak tanya tentang sejarah kemerdekaan.. boleh ke atuk?" kataku
meminta izin terlebih dahulu.

Atuk menongkat dagunya, seraya memandang ke langit. "Boleh saja, Hani. Hani tahu tak,
pada tahun 1511, Melaka dahulu pernah dijajah oleh orang Portugis. Hani tahu tak kenapa
Portugis jajah Melaka? " soal atuk, kepada aku.

Lantas aku pun menggeleng.

Atuk menyambung lagi, " orang Portugis menjajah Melaka itu adalah untuk menghancurkan
agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta untuk memecahkan monopoli
perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab untuk
melakukan perbuatan itu, ialah Alfonso de Albuquerque. Serangan ke atas Melaka bermula
pada 1 Julai 1511. Suhani rasa, orang Portugis berjaya ambil Melaka atau tak?"

" erm.. berjaya. Mereka dapat menakluki Melaka pada bulan Ogos 1511, kan atuk? " jawabku
dengan gigih. Atuk tersenyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun. " pandai cucu

atuk ni. ".
"tak adalah pandai mana pun.. lagi pun, atuk yang ajar, yang bagi ilmu kepada Hani.. erm,
selepas Portugis berjaya menakluki Melaka, kemudian Belanda merampas Melaka dari Portugis,

kan atuk?" soalku lagi.



Ingin mengetahui lebih lanjut. Atuk mengusap kepalaku perlahan, seraya berkata, "betul tu.
Beberapa kali percubaan Belanda untuk merampas Melaka dari Portugis, tetapi semua

rancangannya gagal. Namun, orang Belanda akhirnya dapat juga menewaskan Portugis
selepas enam bulan dikepung dan diserang.” Aku mengangguk tanda faham akan keterangan
yang diberikan oleh atuk. "British juga berminat untuk menakluki Tanah Melayu. Betul kan atuk?

Kalau tidak silap Hani, British tidak campur tangan. Namun, akibat kecuaian Tanah Melayu
sendiri, kerana terpedaya akan Sir Andrew Clarke untuk meluaskan pengaruh British di
Selangor.”

Atuk juga menganggukkan kepalanya,
"Betul tu. Akhir sekali, ialah jajahan dari Jepun. Jepun mula menyerang Tanah Melayu dan pada pertengahan

Februari 1941 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun. Kalau Suhani nak tahu, tentera Jepun
cukup terlatih, berpengalaman, bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik. Ketangkasan
Jepun juga, mereka telah menenggelamkan kapal perang orang British pada 10 Disember 1941. Pada waktu itu,

pentadbiran Jepun di tanah Melayu ialah Jepun memerintah tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan
dengan matlamat utamanya memulihkan keadaan awam, mewujudkan pemerintahan 'Asia untuk orang Asia'


dan memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu. "



Atuk menyambung lagi,

" banyak kesan yang ditinggalkan oleh mereka sehinggalah pada hari ini. Antaranya, lahirnya
masyrakat Serani beragama Kristian di Melaka iaitu hasil perkahwinan orang Portugis dengan
penduduk tempatan. Ada juga perkataan yang berasal dari Portugis yang digunakan dalam Bahasa

Melayu .....".

Belum sempat atuk menghabiskan ayatnya, aku mencelah atuk, " seperti almari, tuala, jendela dan

garfu. Betul kan?" soalku sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk

Atuk hanya menggelengkan kepala melayan karenah ku.

"Betul. Hani tahu tak kota A Famosa asal dari mana?" soal atuk kepadaku. Aku hanya menggeleng
kerana tidak tahu.

" Kota A Famosa adalah sebahagian binaan tinggalan Portugis. Suhani pun ada belajar tentang
propaganda yang telah digunakan oleh Jepun pada waktu itu iaitu' Asia untuk orang Asia". Jawabku

dengan gigih. Atuk pula menyambung, "Baguslah kalau kamu sudah tahu serba sedikit mengenai
Jepun.”

"Sudah, atuk . Terima kasih atuk. Ilmu yang atuk beri, akan farhan simpan di dalam memori hingga ke
akhir hayat." Jawabku dengan tenang. Lantas tersenyum, atuk juga mengangguk perlahan
mengiyakan kenyataanku itu.

"Sudah. Mari bantu atuk siapkan bendera ini. Persekolahan sudah pun bermula. Aku masih lagi termenung sementara
Esok kamu sudah mahu pulang bukan? " soal menunggu guru mata pelajaran Sejarah, masuk ke kelas.


atuk lagi.

"Amboi, jauhnya termenung. Sudah siap kerja rumah yang cikgu beri? " terjah
Aima sambil ketawa.
"Boleh saja. Haah atuk, esok sudah balik ke

Sabah. Nanti rindulah dekat atuk." kataku
"Sudah. Kau?" soalku pula. Dia hanya sekadar mengangguk. "Cuti sekolah hari
seakan-akan sedih. itu, kau pergi mana?" soal Aima pula. Wajahnya begitu teruja ingin tahu. Aku

tersenyum girang, "Aku pulang ke kampung atuk dan opah. Cuti kali ini sangat

"Atuk sajalah ya? Opah kamu ni tak rindu pula? " bermakna". Dahi Aima berkerut," paling bermakna? Kenapa pula? ".
tiba-tiba saja opah, ibu dan abah muncul. Ibu


menatang dulang yang berisikan kopi dan pisang “Aku minta kepada atuk supaya bercerita tentang jajahan di Tanah Melayu.
goreng. Lantas kami sekeluarga ketawa melihat Alhamdulillah, sungguh asyik atuk bercerita. Sangat seronok aku

wajah opah seperti merajuk. mendengarnya. Banyak pengajaran yang aku dapat. " jawabku dengan jelas.

Rindu pula aku kepada atuk dan opah. Sihatkah mereka?”



Lantas Aima terketawa kecil sambil menjawab “Aik, baru saja beberapa hari ke
sekolah, kau sudah merindui mereka? Ehh cikgu sudah datang tu." lalu Aima
berlalu ke mejanya.

Cikgu Rahim iaitu guru mata pelajaran Sejarah kami sudah sampai. Selesai saja
pembelajaran Sejarah, Cikgu Rahim mengetuk papan putih, tanda menyuruh kami ambil

perhatian sebentar.



“Baiklah, pelajar. Tidak lama lagi, hari kemerdekaan akan menjelma. Jadi, sekolah kita
ada membuat beberapa pertandingan yang anda semua boleh ikut serta Antaranya
ialah pertandingan bersajak, pertandingan menyanyikan lagu patriotik, pertandingan
silang kata dan banyak lagi. Tapi, saya ingin tekankan kepada kelas-kelas tingkatan 3

untuk menghantar seorang wakil, untuk menyertai pertandingan kuiz kemerdekaan yang
pihak sekolah akan hantar ke sekolah lain. Saya mahu seorang wakil dari kelas kamu,
dan datang ke bilik saya, esok. Pemenang akan mendapat hadiah yang lumayan.
Baiklah, itu sahaja, terima kasih semua." Terang Cikgu Rahim dengan lebih jelas dan
padat. Kami sekelas berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada cikgu. Aku terus
berdiri dan menghampiri meja Aima di sebelah pintu belakang.
Persekolahan sudah pun bermula. Aku masih lagi termenung sementara menunggu guru
mata pelajaran Sejarah, masuk ke kelas.

"Amboi, jauhnya termenung. Sudah siap kerja rumah yang cikgu beri? "

terjah Aima sambil ketawa.




"Sudah. Kau?"

soalku pula. Dia hanya sekadar mengangguk.

"Cuti sekolah hari itu, kau pergi mana?"

soal Aima pula. Wajahnya begitu teruja ingin tahu. Aku tersenyum girang,
"Aku pulang ke kampung atuk dan opah. Cuti kali ini sangat bermakna". Dahi Aima berkerut," paling bermakna? Kenapa pula? ".



“Aku minta kepada atuk supaya bercerita tentang jajahan di Tanah Melayu. Alhamdulillah, sungguh asyik atuk bercerita. Sangat

seronok aku mendengarnya. Banyak pengajaran yang aku dapat. "

jawabku dengan jelas. Rindu pula aku kepada atuk dan opah. Sihatkah mereka?”




Lantas Aima terketawa kecil sambil menjawab
“Aik, baru saja beberapa hari ke sekolah, kau sudah merindui mereka? Ehh cikgu sudah datang tu."

lalu Aima berlalu ke mejanya.



“Kau mahu masuk tak pertandingan kuiz tu? Aku teringin la nak masuk. Tapi, aku tak yakin.”

tanyaku kepadanya.



"Aku tak berapa minat tentang sejarah ni. Kau tahu lah kan. Terpulang, kalau kau mahu masuk, masuklah. Aku cuma sokong daripada

belakang je."

Jawab Aima, senada. Aku tersenyum sendiri, lantas mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku memberi tahu kepada ketua kelas 3

Arif tentang keinginanku menjadi wakil bagi kelas 3 Arif. Pulang saja ke rumah, aku membaca beberapa kisah tentang Sejarah.

Sedar tak sedar hari pertandingan sudah pun tiba. Dadaku dihambat dengan perasaan debaran
yang amat. Tanganku berpeluh. Namun, apabila kata-kata semangat yang atuk berikan kepadaku,
aku terus bersemangat. Perasaan cinta akan negara itu, mula hadir dalam diriku. Aku sudah
bersedia untuk dipanggil ke tempat yang telah disediakan. Perlawanan sudah pun bermula.

Aku amat bersyukur dan gembira kerana aku di pilih untuk ke kuiz kemerdekaan pusingan terakhir.

‘’Kini, dijemput Smk Bukit Indah yang diwakili oleh Suhani Binti Rahman akan berentap bersama Smk
Seri Alam yang diwakili oleh Nur Aqilah Binti Othman ke pusingan terakhir." Ucap juru pengacara
majlis.

Seperti tadi, seramai 3 orang guru akan memberi 4 soalan tentang Sejarah kepada kami. Jika mahu
menjawab, peserta perlu menekan loceng yang terdapat di atas meja. Pertandingan pun
berlangsung sengit diantara dua peserta. Masing-masing memberikan jawapan yang benar dan
tepat. Soalan tambahan pun diberikan kepada kedua peserta untuk menentukan pemenang. Aku
sudah bertawakal, tidak mengapa jika kalah. Aku masuk pun sekadar suka-suka.

‘’Johan bagi Kuiz Kemerdekaan Tahun 2017 dimenangi oleh......Suhani Binti Rahman dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah. Suhani telah menjawab jawapan bagi soalan
tambahan dengan tepat. Sila naik ke atas pentas bagi pemenang. " ucap juru acara.

Aku terkejut mendengar pengumuman yang diberikan pengerusi majlis sebentar tadi. Aku
melihat ke atuk yang tersenyum girang. Aku turut menayangkan senyuman tak terhingga
kepada atuk, opah dan kedua ibu bapaku. RM300 serta 6 keping tiket ke Muzium Negara
diberikan kepadaku sebagai hadiah bagi menduduki tempat pertama. Perasaan syukur ku
panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan dengan limpah kurnianya dapatlah aku pergi ke
muzium. Sekeping tiket lebihan itu, aku beri kepada Aima rakan baik ku. Aku ingin dia tahu
tentang Sejarah para pejuang pada waktu dahulu. Aku berharap, agar generasi akan
datang menghargai jasa para pejuang dan mencintai tanah air kita dengan lebih mendalam
lagi. Semoga, negara kita terus maju, aman dan makmur serta sifat cinta akan negara di
dalam hati setiap rakyat tidak akan pupus ditelan zaman. Oh! Negaraku Malaysia!

Pantun ( negara)
KUMPULAN 9 BMMB 1094

pergi ke kedai membeli
roti,

roti dimakan bersama
kaya ,

jasa pemimpin kita
ingati ,

agar negara kekal
merdeka.

Sungguh indah bunga
raya,

harum baunya berwarna
merah,

31 ogos hari merdeka ,
bersama diraikan
dengan meriah.

sejarah pahit sukar
dipadam,

sentiasa dikenang jiwa
membara,

semangat patriotik
harus ditanam,

supaya diri cintakan
negara.

hidup bekerluarga dalam
jagaan,

hidup bermasyarakat
saling membantu,
bendera Malaysia

bendera kebangsaan,
semangat patiortisme

tetap jitu

Sekian,
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version