Nama : ZUKRINA ATIQAH BINTI ZAFARUDDIN Angka Giliran : 2023212410014 Nombor Kad Pengenalan : 990319-06-5814 Kumpulan/Unit : PDPP BAHASA PERANCIS AMBILAN OKTOBER 2023 Kod dan Nama Kursus : EDUP 2122 PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH Nama Pensyarah : DR. MAN AH KEOW Tarikh Hantar : 08 DISEMBER 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 07/12/2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar. NAMA JABATAN / UNIT : JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) PDPP SEM 1/2023
2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 3 2.0 Jadual Spesifikasi Ujian 4 3.0 Pembinaan item dan skema pemarkahan 6 4.0 Metodologi ujian 7 5.0 Analisis dan Interpretasi data 7 6.0 Analisis indeks 10 7.0 Analisis distraktor 16 8.0 Refleksi 20 Rujukan 22 Lampiran 23
3 1.0) PENGENALAN Di Malaysia, pendidikan di sekolah ialah berasaskan kepada pentaksiran yang dilakukan di sekolah untuk menguji tahap pencapaian pelajar. Dalam erti kata lain, pentaksiran juga dapat didefinisikan sebagai “proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran.” (Ghafar, 2011, seperti dirujuk dalam Abd Aziz & Yamin, 2012). Berdasarkan petikan ini, pentaksiran merupakan komponen yang penting dalam pendidikan untuk melihat sama ada standard pembelajaran mampu untuk dicapai atau tidak. Seterusnya, guru dapat menganalisis keputusan secara holistik dan membuat penambahbaikan pasa masa akan datang (Airasian,2004 seperti dirujuk dalam Abd Aziz & Yamin, 2012). Semenjak tahun 2011, Malaysia sudah mengambil langkah proaktif dengan mengubah sistem peperiksaan kepada sistem pentaksiran berasaskan sekolah dan kemudian pentaksiran berasaskan bilik darjah. Perubahan yang seiring dengan negara-negara maju yang lain dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. dinilai. Menurut Nurfaradila, 2010, pentaksiran dapat ditafsirkan sebagai suatu proses bagi meningkatkan mutu pendidikan di mana ia dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat serta meningkatkan prestasi dalam konteks pendidikan (Said, 2020).Dengan ini jelaslah kita dapat lihat betapa signifikannya kualiti sistem pendidikan kepada negara. Pentaksiran dapat dilihat dari pelbagai kaedah dan bentuk. Seperti dikatakan oleh Linn & Miller, 2005, pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Abd Aziz & Yamin, 2012). Oleh yang demikian, penulisan laporan saya ini bertumpu kepada ujian berbentuk bertulis dengan menggunakan subjek Bahasa Melayu sebagai subjek pentaksiran kepada 13 orang pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Berasarama Penuh Integrasi Temerloh (SBPI TEMERLOH). Laporan ini merangkumi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), pentadbiran ujian dan analisis skor.
4 2.0) JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Sebelum memulakan proses penggubalan soalan, perkara penting yang perlu diambil kira dahulu ialah jadual spesifikasi ujian (JSU). Sebagai pencerahan, JSU merupakan blueprint yang menggambarkan suatu ujian secara terperinci dari segi huraian objektif, jenis item, sasaran, aras kesukaran dan jumlah item (Boon, Lee & Lawrence, 2017). Oleh itu, adalah amat penting untuk memulakan langkah dengan membina sebuah JSU kerana kita boleh mengenalpasti spesifikasi ujian. Dengan berbuat sedemikian, kita dapat merangka struktur soalan dengan lebih tepat mengikut standard pencapaian yang kita gariskan. Seperti dikatakan oleh Boon, Lee dan Lawrence, 2017, JSU ini merangkumi jadual yang menunjukkan topik yang ingin diuji dan aras kesukaran item berdasarkan Taksonomi Bloom dalam sesuatu ujian yang dibina. Bagi jadual 1.0, tiga topik telah dipilih daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, sebagai isi pelajaran yang akan diuji iaitu Pelestarian Alam, Utamakan Keselamatan dan Indah Seni Gah Budaya. Daripada tiga topik ini, saya mengira pembahagian markah bagi setiap topik berdasarkan masa mengajar setiap tajuk. Semakin banyak masa yang diperuntukkan bagi setiap topik, semakin banyak jumlah markah untuk setiap tajuk itu. Seterusnya, markah ini akan dapat menentukan jumlah item yang perlu dibina bagi setiap topik. Kaedah ini amat mustahak dalam memastikan soalan ini mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Guru atau penggubal soalan dapat memastikan soalan yang diajukan adalah releven dengan topik di kelas. Bagi jadual 2.0, saya membina item menggunakan Taksonomi Bloom untuk menentukan aras kemahiran item yang ingin diuji mengikut topik; mengingati, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Aras kemahiran Taksonomi Bloom untuk ujian saya disusun secara hampir seimbang antara topik-topik agar dapat memastikan murid dinilai daripada pelbagai aspek kemahiran di dalam ujian ini. Walau bagaimanapun, kemahiran menganalisis lebih ditekankan dalam pembinaan item saya ini. Untuk kemahiran aras tinggi seperti menilai dan mencipta, aras ini agak susah untuk diwujudkan di dalam soalan berbentuk aneka pilihan. Oleh itu, terdapat hanya aras mencipta dalam bahagian struktur soalan.
5 BIL. TOPIK MASA UNTUK MENGAJAR (JAM) PERATUS MARKAH MARKAH SEBENAR BILANGAN SOALAN BIL. ITEM 1 Pelestarian alam 4 4 12 × 24 = 8 8 8 24 × 12 = 4 4 2 Utamakan Keselamatan 3 3 12 × 24 = 6 6 6 24 × 12 = 3 3 3 Indah Seni Gah Budaya 5 5 12 × 24 = 10 10 10 24 × 12 = 5 5 Jumlah 12 24 12 Catatan 10 soalan aneka pilihan 1 item : 2 markah 2 soalan struktur 1 item: 2 markah 1 item: 2 markah Jadual 1.0 Topik Aras Kognitif Bloom (versi semakan) Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta Jumlah Item 1 1 1 1 1 4 2 1 2 3 3 1 2 1 1 5 Jumlah 1 3 3 4 0 1 12 Jadual 2.0
6 3.0) PEMBINAAN ITEM DAN SKEMA PEMARKAHAN Dengan berpandukan JSU yang telah dibina pada langkah pertama, item dibahagikan mengikut tiga topik secara berikut: topik 1 mempunyai 4 item, topik 2 mempunyai 3 item dan topik 3 mempunyai 5 item. Topik dengan bilangan item yang paling banyak mewakili nilai markah yang paling besar. Bagi kerja kursus ini, saya telah memutuskan untuk mengkonstruk dua bahagian dalam ujian saya. Bahagian pertama merupakan soalan berbentuk aneka pilihan yang terdiri daripada 10 soalan yang diwakili oleh 2 markah untuk setiap item. Bahagian kedua pula soalan berbentuk struktur atau subjektif yang mempunyai satu rangsangan sebagai bantuan untuk menjawab 2 soalan yang diberi, rujuk lampiran 1 (setiap soalan mewakili 2 markah). Sebelum membina soalan, saya telah merujuk DSKP Bahasa Melayu bagi Tingkatan 2 untuk mengenal pasti standard kandungan dan standard pembelajaran bagi subjek ini. Daripada maklumat itu, proses pembinaan item dapat dipastikan mengikut tahap prestasi yang ingin dicapai dalam kalangan murid serta disesuaikan mengikut topik-topik yang dipiih daripada buku teks. Selain itu, soalan-soalan yang terdapat dalam ujian ini juga dibina dengan bertemakan mesra budaya sebagaimana yang diminta oleh arahan kerja kursus ini. Di samping itu, proses pembinaan soalan juga mengambil kira aras-aras kemahiran dalam Taksonomi Bloom untuk memastikan murid akan dinilai kemahiran berfikirnya. Dalam erti kata lain, item-item ini dikonstruk selari dengan JSU yang telah dibuat sebelum ini. Selepas pembinaan item, saya membuat skema pemarkahan untuk soalan aneka pilihan serta soalan berstruktur, rujuk lampiran 2. Soalan aneka pilihan haruslah mempunyai hanya satu pilihan jawapan dan pastikan tiada pilihan jawapan yang berulang. Hal ini kerana, kesalahan seperti berikut boleh menjadi ralat kepada markah yang murid perolehi. Skema pemarkahan untuk soalan berstruktur pula perlu menyenaraikan beberapa jawapan yang boleh diterima untuk soalan tersebut. Hal ini kerana, kita akan mengira markah dengan melihat isi, huraian serta contoh yang diberikan oleh murid. Kita dapat lihat kepentingan menyediakan skema pemarkahan kepada penanda kertas sebagai panduan untuk menanda kertas jawapan. Kesannya, guru-guru mempunyai garis panduan pemarkahan yang sama antara mereka dan mengelakkan jurang perbezaan yang besar antara penanda kertas yang lain. Secara tidak langsung, kita dapat memastikan keobjektifan penskoran adalah tinggi bagi ujian ini.
7 4.0) METODOLOGI UJIAN Memandangkan kami tidak mempunyai peluang melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada semester ini, saya menggunakan platform Google Form sebagai medium untuk menjalankan pentaksiran dan pengumpulan jawapan daripada murid-murid sekolah. Medium ini amat berkesan dalam membuat pentaksiran kerana ianya sangat mudah untuk digunakan oleh murid dan senang untuk disebarkan. Oleh kerana kami tiada hubungan dengan sekolah, saya membuat keputusan untuk meminta tolong rakan-rakan sekolah adik saya iaitu murid-murid Tingkatan 2 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, SBPI Temerloh. Pentaksiran ini memperuntukkan 30 minit masa untuk menjawab dan melibatkan 13 orang murid. Masa yang diperuntukkan adalah mencukupi kerana tiada soalan yang ditinggalkan tidak berjawab. Sebelum mengedarkan pautan Google Form, saya memastikan bahawa soalan adalah cukup dan tiada kesalahan ejaan. Data dikumpul dan dianalisis setelah selesai 13 orang murid itu menjawab ujian yang diberikan. 5.0) ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Setelah semua murid telah menjawab ujian yang diberi, saya membuat pengumpulan data dan mengekstrak semua maklumat yang terdapat dalam skrip jawapan. Untuk laporan penulisan ini, saya memfokuskan analisis dan interpretasi data dengan markah daripada bahagian soalan aneka pilihan walaupun terdapat bahagian soalan berstruktur. Hal ini kerana, saya lebih cenderung untuk melihat interpretasi soalan aneka pilihan yang telah saya bina. 5.1) Analisis skor mentah Jadual 3.0 dibawah merupakan data markah yang telah diperolehi oleh setiap murid. Memandangkan hanya soalan aneka pilihan yang hendak dianalisis, markah yang direkod adalah daripada jumlah markah sebanyak 20. Responden ini telah disusun secara menurun mengikut data markah mereka untuk memudahkan mentafsir pencapaian mereka. Daripada 13 orang murid yang menjadi responden dalam kerja kursus ini, saya telah membahagikan mereka kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan
8 tinggi, kumpulan rendah dan kumpulan sederhana. Pembahagian ini menggunakan peratusan: 27% (T), 27% (R) dan 54% (S). Kumpulan Tinggi (T) Kumpulan Rendah (R) Kumpulan Sederhana (S) 5.2) Ukuran kecenderungan: Min, Mod dan Median Berdasarkan data yang terdapat dalam Jadual 3.0, berikut merupakan nilai min, mod dan median bagi markah-markah yang telah direkod. Min 16.77 Mod 16 Median 16 Tujuan kita mengira nilai-nilai ini adalah untuk memberi gambaran tentang tahap pencapaian pelajar (Abu Yamin, n.d). Jadual 3.0 Bil Nama Markah (20) 1 Emrin Nazif bin Akmal Hamdi 20 2 Muhammad Azib Fitri bin Hisham Azman 20 3 Muhammad Lutfi Hanadzlah Bin Hasbullah 20 4 Izzuddin bin Abdul Aziz 20 5 Darwisya Fataniah binti Ahmad 18 6 Muhammad Zafri Aqil bin Zarul Hayat 18 7 Nurul Aisyah Aleya binti Mohd Arman 16 8 Siti Marim binti Samsuri 16 9 Aisha Zahra binti Ezhar 16 10 Hanis Adriana binti Ahmad Tajudin 16 11 Nur Humairah binti Mohd Alias 16 12 Ahmad Zakiyuddin Wa'ie bin Affendi 12 13 Lubna Ezzah binti Sukiman 10
9 Dengan mendapatkan nilai min, kita mempunyai gambaran purata markah yang diperolehi oleh murid-murid ini. “ Dalam ukuran kecendurangan memusat, min paling kerap digunakan oleh guru-guru seperti untuk mencari nilai sisihan piawai” (Abu Yamin, n.d). Nilai mod pula menunjukkan nilai yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam set skor iaitu 16 bagi data ini. Kita dapat lihat bahawa majoriti murid mendapat markah sebanyak 16. Nilai median iaitu 16 merupakan nilai yang terletak di tengah-tengah skor-skor yang disusun secara menurun. 5.3) Sisihan piawai Sisihan piawai adalah ukuran kebolehubahan yang biasa digunakan untuk memberi gambaran yang lengkap terhadap pencapaian murid (Abu Yamin, n.d). Formula yang digunakan untuk mengira sisihan piawai adalah seperti yang berikut: Sisihan piawai √ ∑(−̄)²
10 Daripada kiraan diatas, kita mendapati bahawa sisihan piawai bagi skor-skor ini ialah 3.41. Nilai sisihan piawai ini adalah nilai yang kecil. Kita dapat tafsirkan bahawa skor-skor yang terdapat di dalam jadual kurang disebarkan atau tidak jauh berbeza antara murid-murid. Dalam erti kata lain, kita mendapati bahawa markah-markah yang diperolehi oleh murid ialah homogenus (Abu Yamin, n.d). Saya mendapati bahawa murid-murid ini mampu untuk mendapat markah yang baik kerana terdapat 4 murid yang memperolehi markah penuh daripada 13 orang murid yang menjadi responden. 6.0) ANALISIS INDEKS Selepas merekod semua data yang ada, saya meneruskan dengan analisis indeks. Untuk membuat perbandingan antara pelajar pandai dan lemah, saya menggunakan pembahagian Bil. Nama Markah (x) ( x - x̄ ) ( x - x̄ ) 2 1 Emrin Nazif bin Akmal Hamdi 20 3.23 10.4329 2 Muhammad Azib Fitri bin Hisham Azman 20 3.23 10.4329 3 Muhammad Lutfi Hanadzlah Bin Hasbullah 20 3.23 10.4329 4 Izzuddin bin Abdul Aziz 20 3.23 10.4329 5 Darwisya Fataniah binti Ahmad 18 1.23 1.5129 6 Muhammad Zafri Aqil bin Zarul Hayat 18 1.23 1.5129 7 Nurul Aisyah Aleya binti Mohd Arman 16 -0.77 0.5929 8 Siti Marim binti Samsuri 16 -0.77 0.5929 9 Aisha Zahra binti Ezhar 16 -0.77 0.5929 10 Hanis Adriana binti Ahmad Tajudin 16 -0.77 0.5929 11 Nur Humairah binti Mohd Alias 16 -0.77 0.5929 12 Ahmad Zakiyuddin Wa'ie bin Affendi 12 -4.77 22.7529 13 Lubna Ezzah binti Sukiman 10 -6.77 45.8329 Jumlah ( x - x̄ ) 2 116.3077 Jumlah soalan () 10 ∑( − ̄)² 11.63 Sisihan piawai 3.410279 Jadual 4.0
11 kumpulan yang telah dibuat ketika analisis skor mentah. Terdapat 3 murid di kumpulan tinggi (T) dan kumpulan rendah (R), selebihnya tergolong dalam kumpulan sederhana (S). 6.1) Analisis item objekif Untuk menganalisis item objektif, jadual 5.0 seperti dibawah perlulah dibina untuk melihat secara terperinci jawapan dan pilihan murid untuk setiap item objektif yang terdapat dalam kertas soalan. Data yang direkod ini sangat penting untuk membuat analisis item objektif serta indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Oleh itu, data perlilah diteliti beberapa kali supaya kesilapan dapat dielakkan. Jadual 5.0 Bil. Nama Jumlah Markah (20) Item Aneka Pilihan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 Emrin Nazif bin Akmal Hamdi 20 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 Muhammad Azib Fitri bin Hisham Azman 20 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 Muhammad Lutfi Hanadzlah Bin Hasbullah 20 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 4 Izzuddin bin Abdul Aziz 20 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 5 Darwisya Fataniah binti Ahmad 18 2 2 2 2 2 2 2 0 2 2 6 Muhammad Zafri Aqil bin Zarul Hayat 18 2 2 2 0 2 2 2 2 2 2 7 Nurul Aisyah Aleya binti Mohd Arman 16 2 2 0 0 2 2 2 2 2 2 8 Siti Marim binti Samsuri 16 2 2 2 2 0 0 2 2 2 2 9 Aisha Zahra binti Ezhar 16 2 2 2 2 2 0 2 0 2 2 10 Hanis Adriana binti Ahmad Tajudin 16 2 2 2 2 2 0 2 2 2 0 11 Nur Humairah binti Mohd Alias 16 2 2 2 2 0 2 2 2 0 2 12 Ahmad Zakiyuddin Wa'ie bin Affendi 12 2 2 2 0 0 2 0 0 2 2 13 Lubna Ezzah binti Sukiman 10 2 2 0 2 2 0 0 0 2 0 Berdasarkan jadual ini, kita dapat rumuskan bahawa terdapat 4 murid memperolehi 20 markah (markah penuh) dan markah terendah dalam skor ini ialah 10. Seorang murid dengan markah 20 terpaksa dikategorikan sebagai kumpulan sederhana (S) kerana pengiraan yang menunjukkan hanya 3 oranh layak berada di kumpulan tinggi (T). Hal ini juga terjadi terhadap pelajar, Nur Humairah yang terpaksa dikategorikan sebagai kumpulan rendah (R) walaupun mendapat 16 markah kerana kita memerlukan tiga orang di kumpulan rendah (R).
12 6.2) Indeks kesukaran item objektif (k) Indeks kesukaran item objektif digunakan untuk menganalisis dan mengukur tahap kesukaran sesebuah item yang telah dibina. Ini merupakan ciri pertama dalam menentukan kualiti sesuatu item ialah indeks kesukaran item (Ibrahim, Harun & Yassin, 2020). Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah atau sukar dijawab (Ibrahim, Harun & Yassin, 2020). Aras kesukaran dan pengelasan item ditentukan melalui Jadual 6.0, (Mehrens & Lehmann, 1984). Jadual 6.0 Nilai k Pentafsiran Keputusan 0.00 – 0.20 Terlalu sukar Digugurkan atau disemak semula 0.21 – 0.40 Sukar Boleh dikekalkan atau ditambah baik 0.41 – 0.60 Sederhana sukar Dikekalkan 0.61 – 0.80 Mudah Boleh dikekalkan atau ditambah baik 0.81 – 1.00 Terlalu mudah Digugurkan atau disemak semula Jadual 7.0 Item TB RB T+R k Interpretasi Keputusan 1 3 3 6 1 Terlalu mudah Digugurkan atau disemak semula 2 3 3 6 1 Terlalu mudah Digugurkan atau disemak semula 3 3 2 6 0.83 Terlalu mudah Digugurkan atau disemak semula 4 3 2 6 0.83 Terlalu mudah Digugurkan atau disemak semula 5 3 1 6 0.67 Mudah Boleh dikekalkan atau ditambah baik 6 3 2 6 0.83 Terlalu mudah Digugurkan atau disemak semula 7 3 1 6 0.67 Mudah Boleh dikekalkan atau ditambah baik 8 3 1 6 0.67 Mudah Boleh dikekalkan atau ditambah baik 9 3 2 6 0.83 Terlalu mudah Digugurkan atau disemak semula 10 3 2 6 0.83 Terlalu mudah Digugurkan atau disemak semula Melalui jadual 7.0 diatas kita dapat lihat soalan yang dibina kebanyakan berada pada tahap rendah. Majoritinya merupakan tahap terlalu mudah dan tiga merupakan tahap mudah. Kebanyakan soalan perlu digugurkan atau disemak semula bagi meningkatkan tahap kesukaran murid untuk menjawab soalan. Antara sebab utama terjadinya interpretasi sebegini adalah kerana
13 saya menggunakan murid-murid dari sekolah berasrama penuh. Sebagaimana yang semua orang tahu, sekolah ini mempunyai majoritinya murid-murid cemerlang maka mereka mampu untuk menjawab soalan yang telah saya berikan. Kita dapat lihat bahawa soalan ini bukanlah dikonstruk pada aras rendah kerana terdapat juga pelajar yang tidak mampu menjawabnya dengan baik. 6.3) Indeks diskriminasi item objektif (d) Indeks Diskriminasi digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar dengan menggunakan data yang telah direkod(Ibrahim, Harun & Yassin, 2020). Item yang baik dapat membezakan kumpulan pelajar berkeupayaan tinggi dengan pelajar berkeupayaan rendah (Ibrahim, Harun & Yassin, 2020). Aras kesukaran dan pengelasan item ditentukan melalui Jadual 8.0, (Ebel & Frisbie, 1986). Jadual 8.0 Nilai d Interpretasi Keputusan < 0.10 Teruk Item tidak sesuai dan tentu perlu digugurkan 0.10 – 0.19 Lemah Digugurkan atau disemak semula secara mendalam 0.20 – 0.29 Sederhana Item mungkin perlu disemak semula 0.30 – 0.39 Baik Cukup baik dan boleh ditambah baik 0.40 dan ke atas Cemerlang Kekal Jadual 9.0 Item TB RB T+R d Interpretasi Keputusan 1 3 3 6 0 Teruk Item tidak sesuai dan tentu perlu digugurkan kerana item bermasalah. 2 3 3 6 0 Teruk Item tidak sesuai dan tentu perlu digugurkan kerana item bermasalah.
14 3 3 2 6 0.33 Baik Item cukup baik dan boleh ditambah baik kerana item dapat mendiskriminasikan murid. 4 3 2 6 0.33 Baik Item cukup baik dan boleh ditambah baik kerana item dapat mendiskriminasikan murid. 5 3 1 6 0.67 Cemerlang Item dikekalkan kerana sesuai dan sangat bagus dalam mendiskriminasikan murid. 6 3 2 6 0.33 Baik Item cukup baik dan boleh ditambah baik kerana item dapat mendiskriminasikan murid. 7 3 1 6 0.67 Cemerlang Item dikekalkan kerana sesuai dan sangat bagus dalam mendiskriminasikan murid. 8 3 1 6 0.67 Cemerlang Item dikekalkan kerana sesuai dan sangat bagus dalam mendiskriminasikan murid. 9 3 2 6 0.33 Baik Item cukup baik dan boleh ditambah baik kerana item dapat mendiskriminasikan murid. 10 3 2 6 0.33 Baik Item cukup baik dan boleh ditambah baik kerana item dapat mendiskriminasikan murid. Berdasarkan jadual 9.0, kita mendapati bahawa kebanyakan item mampu untuk mendiskriminasikan pelajar dari kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Terdapat 3 item yang cemerlang dan boleh dikekalkan di dalam ujian kerana murid kumpulan tinggi dapat menjawabnya dengan baik dan murid kumpulan rendah kurang berkemampuan untuk menjawabnya.
15 Graf 1 Gabungan k dan d: Jadual 10.0 Item k Interpretasi d Interpretasi Keputusan 1 1 Terlalu mudah 0 Teruk Item tidak sesuai dan perlu digugurkan kerana tidak dapat mendiskriminasikan murid berpencapaian tinggi dan rendah. 2 1 Terlalu mudah 0 Teruk Item tidak sesuai dan perlu digugurkan kerana tidak dapat mendiskriminasikan murid berpencapaian tinggi dan rendah. 3 0.8 Terlalu mudah 0.3 Baik Item dapat mendiskriminasi dengan baik tetapi perlu digugurkan atau disemak semula kerana mempunyai tahap kesukaran yang paling rendah. 4 0.8 Terlalu mudah 0.3 Baik Item dapat mendiskriminasi dengan baik tetapi perlu digugurkan atau Indek diskriminasi Cemerlang Teruk Baik
16 disemak semula kerana tahap kesukarannya terlalu mudah. 5 0.7 Mudah 0.7 Cemerlang Item dapat mendiskriminasi dengan cemerlang tetapi tahap kesukarannya mudah. Item perlu disemak semula dan tingkatkan kesukaran. 6 0.8 Terlalu mudah 0.3 Baik Item dapat mendiskriminasi dengan baik tetapi perlu digugurkan atau disemak semula kerana mempunyai tahap kesukaran yang paling rendah. 7 0.7 Mudah 0.7 Cemerlang Item dapat mendiskriminasi dengan cemerlang tetapi tahap kesukarannya mudah. Item perlu disemak semula dan tingkatkan kesukaran. 8 0.7 Mudah 0.7 Cemerlang Item dapat mendiskriminasi dengan cemerlang tetapi tahap kesukarannya mudah. Item perlu disemak semula dan tingkatkan kesukaran. 9 0.8 Terlalu mudah 0.3 Baik Item dapat mendiskriminasi dengan baik tetapi perlu digugurkan atau disemak semula kerana mempunyai tahap kesukaran yang paling rendah. 10 0.8 Terlalu mudah 0.3 Baik Item dapat mendiskriminasi dengan baik tetapi perlu digugurkan atau disemak semula kerana tahap kesukarannya terlalu mudah. 7.0) ANALISIS DISTRAKTOR Analisis distraktor adalah untuk menentukan distraktor yang baik dan tidak baik dalam soalan yang dibina. Hal ini kerana, distraktor yang baik ialah distraktor yang mampu untuk mengelirukan murid lemah dan menarik mereka untuk memilihnya berbanding dengan murid pandai. Distraktor
17 tidak baik pula apabila ia mampu untuk mengelirukan murid pandai dan menarik mereka untuk memilih pilihan tersebut. Item Opsyen A B C D Kump. T Kump. R Kump. T Kump. R Kump. T Kump. R Kump. T Kump. R 1 3 3 0 0 0 0 0 0 2 3 3 0 0 0 0 0 0 3 0 0 3 2 0 0 0 1 4 0 0 0 0 3 2 0 1 5 0 0 3 1 0 0 0 2 6 0 0 0 0 3 2 0 1 7 0 0 3 1 0 0 0 2 8 0 1 0 1 0 0 3 1 9 3 2 0 1 0 0 0 0 10 0 0 0 1 0 0 3 2 Graf 2 Disini saya sertakan juga graf untuk menunjukkan perbandingan dengan lebih jelas antara pemilihan distraktor bagi setiap item mengikut kumpulan masing-masing. 0 2 4 6 8 10 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Analisis Distraktor Item Opsyen A Kump. T Opsyen A Kump. R Opsyen B Kump. T Opsyen B Kump. R Opsyen C Kump. T Opsyen C Kump. R Opsyen D Kump. T Opsyen D Kump. R
18 Rumusan: Jadual 11 Item Distraktor Interpretasi Keputusan 1 B Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar C D 2 B Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar C D 3 A Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar C Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar D Distraktor yang baik kerana boleh menarik minat dalam kalangan murid lemah untuk memilihnya dan tiada murid pandai memilihnya Kekalkan 4 A Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar B Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar D Distraktor yang baik kerana boleh menarik minat dalam kalangan murid lemah untuk memilihnya dan tiada murid pandai memilihnya Kekalkan 5 A Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar C Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar D Distraktor yang baik kerana mengelirukan murid lemah manakala murid pandai tiada masalah Kekalkan
19 6 A Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar B Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar D Distraktor yang baik kerana mengelirukan murid lemah manakala murid pandai tiada masalah Kekalkan 7 A Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar C Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar D Distraktor yang baik kerana mengelirukan murid lemah manakala murid pandai tiada masalah Kekalkan 8 A distraktor yang baik kerana mengelirukan murid lemah manakala murid pandai tiada masalah Kekalkan B distraktor yang baik kerana mengelirukan murid lemah manakala murid pandai tiada masalah Kekalkan C Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar 9 B distraktor yang baik kerana mengelirukan murid lemah manakala murid pandai tiada masalah Kekalkan C Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar D Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar 10 A Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar B distraktor yang baik kerana boleh menarik minat dalam kalangan murid lemah untuk memilihnya dan tiada murid pandai memilihnya Kekalkan C Distraktor ini tidak berfungsi kerana tiada murid yang memilihnya Harus ditukar
20 Melihat daripada rumusan ini, banyak distraktor harus ditukar. Hal ini kerana, ia tidak dapat menarik perhatian murid pandai dan lemah untuk memilihnya. Antara faktornya juga adalah kerana responden yang dipilih untuk kerja kursus ini kebanyakan daripada golongan murid cemerlang yang sudah pandai membezakan jawapan pengganggu dan yang betul. Keputusan untuk keseluruhan item: (merujuk kepada jadual 10.0 dan jadual 11.0) Item Keputusan untuk keseluruhan item 1 Harus digugurkan kerana item tidak sesuai dan distraktor harus digugurkan juga. 2 Harus digugurkan kerana item tidak sesuai dan distraktor harus digugurkan juga. 3 Item boleh dikekalkan tetapi perlu meningkatkan tahap kesukaran soalan dan beberapa distraktor harus diubah suai. 4 Item boleh dikekalkan tetapi perlu tingkatkan aras kesukaran dan beberapa distraktor perlu ditambah baik 5 Item boleh dikekalkan tetapi perlu tingkatkan aras kesukaran dan beberapa distraktor perlu ditambah baik 6 Item boleh dikekalkan tetapi perlu meningkatkan tahap kesukaran soalan dan beberapa distraktor harus diubah suai. 7 Item boleh dikekalkan tetapi perlu tingkatkan aras kesukaran dan beberapa distraktor perlu ditambah baik 8 Item boleh dikekalkan tetapi perlu tingkatkan aras kesukaran dan beberapa distraktor perlu ditambah baik dan diubah suai 9 Item boleh dikekalkan tetapi perlu meningkatkan tahap kesukaran soalan dan beberapa distraktor harus diubah suai. 10 Item boleh dikekalkan tetapi perlu tingkatkan aras kesukaran dan beberapa distraktor perlu ditambah baik 8.0) REFLEKSI Kesimpulannya, penulisan laporan ini banyak membantu saya dalam memahami langkahlangkah untuk membina sebuah ujian. Secara kesuluruhannya, saya dapat lihat bahawa item yang dibina kebanyakkan tidak baik kerana terdapat ramai murid yang mampu untuk menjawab dengan betul soalan-soalan yang diberikan. Mereka tidak terganggu dengan distraktor yang telah
21 diletakkan sebagai pilihan jawapan. Pada pendapat saya, keputusan ini bukan sahaja kerana item yang dibina tidak bagus. Perkara ini juga dipengaruhi oleh tahap kognitif responden itu sendiri. Berdasarkan skor yang diperolehi, saya melihat responden ini majoritinya tergolong dalam kalangan murid yang cemerlang dan mampu untuk menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Tiada responden yang mendapat kurang daripada 10 markah iaitu separuh daripada markah penuh untuk bahagian soalan aneka pilihan. Bagi distraktor pula, saya mendapati bahawa terdapat 47% distraktor yang telah dibina tidak berfungsi. Ini amatlah tidak baik bagi pembinaan sebuah pentaksiran kerana tidak dapat menarik perhatian mana-mana murid untuk memilih pilihan tersebut sebagai jawapan. Sebagai langkah penambahbaikan, soalan perlulah dilengkapi dengan pilihan jawapan yang lebih mengelirukan murid. Berdasarkan pentaksiran yang telah dibina, saya melihat kekuatan dalam item- item ialah indeks diskriminasi. Indeks diskriminasi yang dibina terbukti dapat membezakan murid kumpulan tinggi dan rendah dengan sangat baik. Ini juga dapat memenuhi tujuan sesebuan pentaksiran dilakukan iaitu untuk mendiskriminasikan dua kumpulan ini. Sebagai penutup, terdapat beberapa kekurangan di dalam pentaksiran yang dibina tetapi memandangkan ini kali pertama, terdapat banyak ruang dan peluang untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
22 9.0) RUJUKAN Abd Aziz, N. A., & Yamin, S. (2012). Pentaksiran alternatif: Menuju ke arah transformasi sistem pentaksiran di Malaysia. Abu Yamin, A. H. Nota tajuk 8 pentaksiran. (n.d.). Scribd. Retrieved December 8, 2023, from https://www.scribd.com/document/475410110/NOTA-TAJUK-8-PENTAKSIRAN Boon Pong Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ibrahim, D. A., Harun, A., & Yassin, M. M. M. (2020). Analisis kualiti item soalan aneka pilihan Kimia Organik peringkat Matrikulasi berdasarkan indeks diskriminasi, indeks kesukaran dan bilangan pengganggu tidak berfungsi. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 21, 217-227. Mehrens, W. A., & Lehmann, I. J. (1984). Mesurement and evaluation in education and psychology (3rd. ed.). Holt, Rinehart & Winston Holt-Saunders. Said, N. A. (2020). Alternative Assessments: Performance Assessment, Authenticity, Portfolios and Methods of Implementing Performance Assessments/Pentaksiran Alternatif: Pentaksiran Prestasi, Autentik, Portfolio dan Kaedah Pelaksanaan Pentaksiran Prestasi. Sains Humanika, 12(2-2). Vincent, P. A. F, Denis, A. D. L, Chin, K. E. @. S. C. (2008). PRINSIP ASAS PENGUJIAN DALAM PENDIDIKAN. In Tinta Pendidik (pp. 75–93). Universiti Malaysia Sabah.
23 LAMPIRAN 1 KERTAS SOALAN PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 NAMA:__________________________________________________________ BAHAGIAN A: SOALAN ANEKA PILIHAN Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1. Hari Kebangsaan pada tahun ini disambut dengan ____ oleh semua lapisan masyarakat di negara kita tanpa mengira bangsa dan agama. a) Meriah b) Megah c) Seronok d) Gembira 2. Ketika Pak Abu dan rakan-rakannya melakukan pertunjukkan silat, murid-murid di SJK(C) Hwa Lian ____ berminat dengan persembahannya yang amat teratur tanpa menggunakan senjata yang berbahaya. a) Sangat b) Sekali c) Nian d) Benar
24 3. ______ iban pada zaman dahulu sanggup menggadaikan nyawa mereka daripada menyerah kalah kepada pihak musuh demi mempertahankan negara. a) Perwira b) Pahlawan c) Pendekar d) Seniman 4. Orang ramai ____ ke pusat membeli belah untuk melihat Karnival Budaya Tempatan yang banyak mempersembahkan karya seni tempatan. a) Berpuak-puak b) Berasak-asak c) Berpusu-pusu d) Bertalu-talu Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan situasi dibawah. 5. Ah Cheong mempunyai bakat seperti ayahnya, Encik Lee Zii yang sangat berkemahiran dalam melakukan persembahan tarian singa. Mengikut jejak langkah ayahnya, kumpulan tarian singanya berjaya mengaut keuntungan yang banyak ketika perayaan Tahun Baru Cina. a) Melentur buluh biarlah dari rebungnya b) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi c) Kepimpinan melalui teladan d) Bagaimana acuan begitulah kuihnya
25 Soalan 6 dan 7 Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 6. Berhubung kes kemalangan yang sedang dibicarakan, kami pasti bahawa Encik Rahman bersalah kerana beliau memandu sambil menggunakan telefon bimbit. a) Berhubung kes kemalangan yang sedang dibicara b) Berhubung kes kemalangan yang masih dibicarakan c) Berhubung dengan kes kemalangan yang sedang dibicarakan d) Berhubung kes kemalangan yang sedang dibicarakan 7. Aktiviti mengasingkan sampah mengikut tong kitar semula memang menjadi kebiasaan saya sejak daripada kecil hasil didikan ibu bapa saya. a) kebiasaan saya semenjak daripada b) kebiasaan saya sejak c) kebiasaan saya semenjak daripada d) kebiasaan saya sejak daripada 8. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. I) Kedai muruku milik Pak Cik Muthu menjadi huru-hara kerana tidak dikunjungi ramai pelanggan. II) Negara itu masih berada dalam keadaan huru-hara walaupun perang sudah berakhir. III) Mei Chew menangis huru-hara kerana ibunya tidak membenarkannya melihat persembahan teater di Istana Budaya. IV) Fazura dinasihati agar jangan huru-hara ke sana ke mari pada larut malam selepas menghadiri latihan menari zapin. a) I, II dan IV b) III dan IV c) I dan III d) II dan IV
26 9. Program Penanaman Pokok Bakau di Kampung Bagan Datoh dapat ________ murid-murid dari pelbagai sekolah tidak mengira bangsa. a) Menghimpunkan b) Menggabungkan c) Merangkumkan d) Menimbunkan 10. Pilih ayat-ayat yang betul. I) Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak sekolah untuk menangani masalah vandalisme. II) Isu buli dalam kalangan murid tidak seharusnya dipandang remeh. III) Mesyuarat Persatuan Penduduk Taman Perpaduan ialah bertujuan untuk menyelesaikan masalah gejala sosial dan jenayah dalam kalangan remaja di kawasan tersebut. IV) Puan Dewi perlu pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kes ragut yang berlaku di hadapan majlis perkahwinan anaknya. a) II, III dan IV b) I, II dan III c) I dan II d) I, II dan IV
27 BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR Soalan struktur 1 dan 2 adalah berdasarkan petikan dibawah. PUTRAJAYA: Sembilan peratus atau 43 batang sungai di negara ini mengalami pencemaran, dengan sebahagian besar daripadanya berada di kawasan bandar, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata, daripada 473 batang sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar, 146 atau 39 peratus didapati mengalami sedikit pencemaran, manakala 244 atau 52 peratus lagi berada dalam keadaan bersih. (sumber: buku teks Bahasa Melayu Tingakatan 2) Dengan merujuk petikan di atas, 1. Huraikan kesan pencemaran sungai yang berlaku di negara kita. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ (2 markah) 2. 2. Cadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di negara kita. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ (2 markah)
28 LAMPIRAN 2 SKEMA JAWAPAN SOALAN ANEKA PILIHAN Soalan Jawapan 1 A 2 A 3 B 4 C 5 B 6 C 7 B 8 D 9 A 10 D SOALAN STRUKTUR (isi + huraian + contoh) 1) - kurang sumber air bersih - Membunuh flora dan fauna di sungai - Masalah kesihatan - Kurang sumber makanan dari sungai 2) - Mengadakan kempen kesedaran - Menguatkuasakan undang-undang - Peranan ibu bapa dalam menididik nilai murni menjaga alam sekitar - Papan “ dilarang membuang sampah” - Gotong-royong