PQI6004 Application of Development And Evaluation In Curriculum And Instructional Design Leong Car Yi 22097752
Minggu 2 • diperkenalkan dengan reka bentuk kurukulum dan model kurikulum dan Tyler dan Taba • Model kurikulum Tyler- segala pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola, dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan • Model kurikulum Taba- kurikulum seharusnya direka oleh guru-guru dan bukan ditentukan oleh pihak berkuasa atasan
1. Memberi pngenalan tentang reka bentuk kurikulum dan model kurikulum dengan jelas. 2. Pensyarah juga berkongsi pelbagai laman web yang berkaitan dengan topik. 3. Selepas itu, pensyarah akan memberi penerangan dan penjelasan atas isi kandungan topik itu.
Minggu 3 Topik dipelajari: cabaran dan isu dalam PdP, model penilaian kurikulum, pelaksanaan dan penggubalan kurikulum • Penilaian kurikulum bukan hanya perlu apabila program telah dilaksanakan tetapi juga dijalankan sepanjang pembangunan dan pelaksanaan. Ini akan melibatkan aktiviti pengenalpastikan aspek-aspek yang hendak dinilai, kaedah penilaian, kaedah penganalisaan, menginterpretasi penemuan dan membuat keputusan terhadap program. Refleksi: • Penilaian kurikulum amat membantu bagi seseorang pendidik untuk memastikan kurikulum dijalankan mematuhi kualiti danjuga memenuhi objektif yang ditetapkan.
Minggu 5 • Topik yang dipelajari: perubahan kurikulum, flipped classroom, Kemahiran berfikir aras tinggi aplikasi di sekolah, CIDS konsep, teknologi AI Refleksi: • Kurikulum telah banyak berubah disebabkan perubahan zaman. Kemahiran berfikir aras tinggi juga amat penting bagi pelajar untuk menguasai zaman teknologi ini dan harus dilihat penting oleh pendidik. • Teknologi AI pula memudahkan proses pendidikan dengan membantu mengumpul matklumat, membantu pelajar memahami subjek dan menyiapkan tugasan atau projek dengan lebih berkesan. • Flipped classroom boleh menarik minat pelajar dan mereka dapat belajar dari berbagai jenis konten pembelajaran.
Minggu 6 • Topik: Taksonomi bloom Refleksi: • Taksonomi bloom sangat berguna kerana dapat membantu pendidik merancang tujuan pembelajaran yang sesuai dengan tingkat kemampuan seorang pelajar. • Pendidik boleh membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar dalam aktiviti PdP. Ujian yang dijalankan dapat membantu seorang pendidik mengetahui tahap kognitif pelajar dan memberi bantuan yang sesuai kepadanya.
Minggu 7 • Topik: Web 2.0 tools, pengurusan bilik darjah Refleksi: • Penggunaan alat maya dapat menarik minat pelajar. Guru juga boleh menggunakan aplikasi untuk mencipta aktiviti pelajaran yang menarik. • Pengurusan bilik darjah amat berguna bagi seorang guru kerana dapat memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Selain itu, pengurusan bilik darjah juga dapat membantu meningkatkan penglibatan murid dalam PdP. Guru juga mampu menjalankan aktiviti PdP dengan lancar dalam masa yang ditentukan.
Minggu 8 Topik: Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) Refleksi: • Pelaksanaan PBD yang berkesan membolehkan guru mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran. • Dengan ini, guru dapat mencari jalan untuk meningkat pencapaian murid secara keseluruhan. • Panduan PBD ini telah memberi idea pendidik untuk mempelbagaikan kaedah pentaksiran, kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat membantu pendidik untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan.
Minggu 10 • Topik: Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) • Pelaksannan PdPR dapat membantu dalam keciciran pelajar dalam pembelajaran, mereka dapat belajar dalam palbagai situasi dan suasana yang kurang tekanan. • Guru harus merancang aktiviti PdPR dengan berstruktur dan objektif ditetapkan perlu memenuhi DSKP. • Guru mungkin bertekanan untuk menyediakan pelbagai bahan dan memerlukan banyak masa untuk memastikan murid menyiapkan kerja.
Minggu 11 • Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) • Kemahiran Membina Objektif Pengajaran Refleksi: • Pembangunan teknologi ICT dan internet yang pesat pada masa kini telah membawa kepada IR 4.0. Pembangunan ICT membawa perubahan kepada pendidikan. Pelajar harus berpengetahuan, berbakat, kreativiti dan inovasi untuk menghadapi zaman teknologi. • Guru harus mempunyai kemahiran membina objektif pengajaran kerana objektif yang ditentu akan menjadi panduan asas proses PdP, dan membolehkan guru menentukan strategi serta aktivit, ataupun sumber pembelajaran yang sesuai dan releven.
Minggu 12 Topik: • Isu dan Cabaran Semasa dalam Pendidikan • Peranan Ibu Bapa Membantu Guru • Domain Objektif Kognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai Penentu Pencapaian Murid Refleksi: 1. Pendidikan masa kini berbeza berubah. Sebelum ini, guru hanya berperanan untuk menyampaiilmu pengetahuan, memimpin dan mendidik murid. Manakala guru zaman ini berperanan untuk melahirkan murid mampu berfikir aras tinggi, berkomunikasi dan berpengetahuan teknologi. Peranan guru mencabar dan menghadapi masalah yang banyak dalam pengajaran. 2. Pelaksanna PdPR memerlukan bantuan ibu bapa. Mereka berperanan untuk:- • Penguasaan penggunaan teknologi dan peranti secara optimum • Memastikan kepatuhan anak mereka menghadiri sesi PdPR • Menjadi contoh untuk membentuk keperibadian dan karakter kepada anak-anak • sumbang saran dan cadangan penambahbaikan
Minggu 14 • Topik: Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara • 4IR bercirikan teknologi baharu yang memberi kesan kepada semua bidang, industri dan ekonomi. • Teknologi 4IR memberi kemudahan dalam pelbagai aspek termasuklah pendidikan. Ia dapat meningkatkan daya saing masyarakat untuk menghadapi cabaran dalam zaman teknologi ini.