The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by srigani1277, 2021-09-28 10:05:45

Aktiviti Pemanasan&Penyejukan Badan

Aktiviti Pemanasan&Penyejukan Badan

2021





Tujuan
a. Memanaskan badan
b. Mengelakkan kecederaan pada otot dan sendi
c. Meningkatkan pengaliran darah ke jantung
d. Menyediakan tubuh badan, otot-otot dan
sendi serta meningkatkan kadar nadi untuk
menghadapi aktiviti seterusnya.

Lakukan senaman dengan mengerjakan otot-otot
besar dengan perlahan-lahan bersama-sama.
Regangkan otot dan sendi secara mudah serta
senang.

Memanaskan badan

a. Memanaskan otot-otot yang akan digunakan
seperti berjoging selama 8-10 minit, contohnya
seperti berenang atau berbasikal secara
perlahan-lahan.

b. Melakukan Regangan (15 minit) - lakukan
setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan
tetapi jangan memaksa sehingga boleh
mencederakan otot-otot

c. Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti
menendang, melontar atau aktiviti yang
menggunakan tenaga tinggi.

Menyejukkan badan

Bersenam tidak berakhir begitu saja. Jika
memanaskan badan adalah penting,

menyejukkan badan selepas bersenam juga
penting dan tidak boleh diabaikan.

Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu
digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu

dengan cara berjalan perlahan dan melakukan
teknik sama seperti memanaskan badan.

Menyejukkan badan memastikan darah mengalir
melalui otot dan sebarang asid laktik yang
terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan

melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti
bersenam secara mengejut, asid laktik yang
ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan

kekejangan..

Menyejukkan badan

Bersenam tidak berakhir begitu saja. Jika
memanaskan badan adalah penting,

menyejukkan badan selepas bersenam juga
penting dan tidak boleh diabaikan.

Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu
digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu

dengan cara berjalan perlahan dan melakukan
teknik sama seperti memanaskan badan.

Menyejukkan badan memastikan darah mengalir
melalui otot dan sebarang asid laktik yang
terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan

melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti
bersenam secara mengejut, asid laktik yang
ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan

kekejangan..

a. Penyejukan
Gunakan teknik sama seperti memanaskan
badan. Untuk melakukan regangan terhadap otot
tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan
kaki kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di
tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan.
Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga
lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki
kiri pula.
b. Memperlahankan kepantasan
Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama
beberapa minit memastikan darah bergerak
memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.
c. Menurun
Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha,
berdiri tegak dan kemudian turunkan tubuh
hingga kedudukan mencangkung tanpa
menggunakan tangan. Ulangi pergerakan ini
sebanyak lima kali.




Click to View FlipBook Version