The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-11-22 18:38:17

MINIT MESYUARAT EXCO BIL 1

MINIT MESYUARAT EXCO BIL 1

MINIT MESYUARAT EXCO BIL.1/ 2018

TARIKH : 10 April 2018 (Selasa)

MASA : 3.00 petang

TEMPAT : Kelas Tahun 6, SK Sabena, Daro

KEHADIRAN : 14 orang ( Rujuk lampiran 1 )

HADIR BERSAMA : tiada

AGENDA :

1) Ucapan Yang Di Pertua

2) Kos Pengangkutan Urusan Kewangan

3) Perancangan Aktiviti Tahunan 2018

4) Hal-hal lain

5) Ucapan Penangguhan

1) Ucapan Yang Dipertua
Yang Di Pertua selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kesudian
barisan exco kerana sanggup hadir meluang masa waktu petang untuk hadir ke
mesyuarat pertama exco PIBG tahun 2018. Pengerusi berharap agar semua exco
memberi kerjasama dan respon sepanjang mesyuarat diadakan bagi melancarkan
kelangsungan mesyuarat tersebut.

2) Kos Pengangkutan Urusan Kewangan
a) Penasihat 1 iaitu En. Masaad bin Ahmad Rais menyatakan bahawa bayaran
sedia ada pengangkutan khususnya kos menggunakan perahu ke Kampung
Sedau ialah RM20 perkepala. Sepertimana sedia maklum, En. Ahmad
Taruna merupakan individu yang berkhidmat menjadi pemandu yang biasa
digunakan oleh pihak sekolah.
b) Daripada itu, En. Affendi menyatakan bahawa kos RM20 perkepala seperti
yang ditetapkan oleh En. Taruna sememangnya berbaloi dengan harga
minyak sedia ada. Tambahnya lagi, bayaran tersebut juga sebenarnya agak
rendah dan untung yang minima kepada En. Taruna. Lebih-lebih lagi jika turut
1

membawa murid bersama. Mengikut pengalamannya, lebih banyak jumlah
minyak digunakan jika berat dalam perahu bertambah lebih-lebih lagi jika
menggunakan enjin kuasa kuda lebih tinggi. Jadi, kita kena mengambil kira
harga minyak dan khidmat beliau dan mencadangkan bayaran yang lebih
tinggi seperkepala. Cadangan ini disokong oleh En. Mortada.
c) Seterusnya, Pn. Norizan mengatakan bahawa, setakat ini bayaran
seperkepala murid untuk pergi sehala ke Kampung Sedau adalah RM10.
d) En. Masaad bersetuju terhadap pendapat dan cadangan En. Affendi, namun
begitu beliau menyatakan bahawa pihak sekolah mungkin tidak dapat
membayar khidmat yang mengenakan bayaran yang tinggi. Selain daripada
tahap kedudukan kewangan yang rendah, faktor terhadap program sekolah
yang masih banyak bakal diadakan di peringkat zon perlu diambil perhatian.
Oleh itu, pasti ianya memerlukan dana daripada PIBG secara khususnya.
Tambahan beliau lagi, kita sebolehnya lebih berjimat agar dapat digunakan
untuk mengadakan aktiviti atau program lain demi kebaikkan persatuan dan
ehwal murid khususnya.
e) Tambahan Penasihat I lagi, sebagai pengguna kita pasti akan memilih
khidmat yang lebih murah dan berkualiti. Pihak sekolah tidak menetapkan
hanya khidmat En. Taruna sahaja yang mesti digunakan namun, ianya
terbuka kepada mana-mana orang kampung yang sanggup memberi khidmat
dengan bayaran yang dipersetujui kedua-dua pihak.
f) Pn. Hasanah bersetuju dengan pendapat En. Masaad. Beliau mengatakan
usul bayaran ini merupakan persetujuan bersama di antara pihak sekolah dan
individu berkenaan. Dalam pada itu, budi bicara kedua-dua pihak merupakan
kunci terhadap bayaran kos pengangkutan perahu ini. Semua ahli persatuan
bersetuju dan menyokong pendapat YDP tersebut.
g) Akhirnya, semua ahli sebulat suara untuk mengekalkan bayaran RM20
seperkepala untuk dewasa dan RM10 bagi murid untuk perjalanan sehala ke
Kampung Sedau.

2

h) Selain itu, kos bayaran menggunakan kereta dari Kampung Sedau turut
dibincangkan. En. Masaad menyatakan bahawa, secara lazimnya kereta
guru-guru sekolah merupakan pilihan yang ada. Dengan mengambil kira
aspek jarak destinasi, minyak kereta dan kuasa enjin, setiap ahli bersetuju
menetapkan bayaran seperti di Jadual 2.1. Dalam mesyuarat tersebut juga,
bayaran kos perbelanjaan bagi aspek makanan turut ditetapkan. Tuntutan ini
khusus bagi urusan rasmi PIBG dan atau terdapat aktiviti rasmi di luar
sekolah yang melibatkan murid sahaja.

Bil. Kos Bayaran
1 Perahu Tambang dibayar mengikut perkepala iaitu :

(sehala) Dewasa : RM 20

Murid : RM 10

*Tambang keseluruhan bergantung kepada jumlah penumpang dan budi

bicara pemandu perahu.

2 Kereta Kpg. Sedau ke Daro RM 50
(ulang
alik) Kpg. Sedau ke Matu RM 70

Kpg. Sedau ke Mukah RM 120

Kpg. Sedau ke Dalat RM 100

Kpg. Sedau ke Igan RM 80

Kpg. Sedau ke Semop RM 20

Kpg. Sedau ke Serdeng RM 20

Kpg. Sedau ke Tanjung Manis RM 40

Kpg. Sedau ke Belawai RM 60

Kpg. Sedau ke Sibu RM 70

3 Makanan Sarapan pagi sahaja RM 5

Sarapan pagi dan makan tengahari RM 10

Sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam RM 25

Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan RM 30

makan malam

Jadual 2.1 : Kos Bayaran Tuntutan Rasmi

3

3) Perancangan Aktiviti Tahunan 2018

3.1 Selepas mengambil kira tarikh-tarikh penting yang melibatkan aktiviti sekolah,

aktiviti anjuran PPD, aktiviti zon dan tarikh ujian sekolah, Jadual 3.1 merupakan

perancangan aktiviti tahunan yang telah dipersetujui oleh semua ahli.

Bil. Aktiviti Tarikh

1 Gotong Royong Perdana Belum ada tarikh
ditetapkan
2 Lawatan Penanda Aras ke SK Abg Ali, Sibu (exco sahaja)
3 Lawatan Muhibbah ke Serikin (exco dan guru sahaja) Belum ada tarikh
ditetapkan

4 Kejohanan Merentas Desa 12 April 2018

5 Hari Guru Peringkat Sekolah 16 Mei 2018

6 Sukaneka PIBG 21 Julai

Jadual 3.1 : Perancangan Aktiviti Tahunan PIBG

4) Hal-hal lain
4.1 Penasihat 1- En. Masaad bin Ahmad Rais
4.1.1) Projek Keceriaan Sekolah
 En. Masaad bin Ahmad Rais menyatakan bahawa projek terbaru barisan
guru yang sedang dijalankan ialah Projek Keceriaan Sekolah di mana
tujuannya berfokus kepada aspek keceriaan. Ini berikutan persekitaran
sekolah yang kurang kondusif dan kelihatan suram. Keadaan ini turut
ditegur oleh Tuan PPD Daro iaitu En. Mortadza ketika di dalam
lawatannya ke sekolah tahun lepas.
 Guru-guru telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diketuai oleh
penolong kanan iaitu kumpulan 1(Penolong Kanan 1), kumpulan
2(Penolong Kanan HEM) dan kumpulan 3(Penolong Kanan KK). Setiap
guru telah bersetuju untuk menyumbangkan RM500 setiap seorang
untuk menjalankan projek tersebut dan disalurkan secara beransur-ansur
di dalam kumpulan masing-masing. Wang tersebut digunakan untuk
membeli segala keperluan seperti cat, berus cat, paku, kertas warna,
polisterin, pasu bunga, asbestos dan lain-lain yang berkaitan.

4

 Projek keceriaan Sekolah ini dilaksanakan sepanjang tahun sehingga
bulan November.

 Oleh itu, beliau memohon kepada barisan exco bukan guru bagi
membantu bersama untuk menyiapkan projek tersebut. Pada masa yang
sama, para exco dialu-alukan untuk memberi pendapat dan idea sebagai
penambahbaikkan usaha ini. Beliau mencadangkan lagi agar ahli
persatuan turut dilibatkan bersama secara langsung. Cadangan ini
dipersetujui oleh semua exco PIBG yang hadir. Setelah berbincang dan
bersetuju, Jadual 5.1.1 merupakan pembahagian ahli persatuan
mengikut kumpulan masing-masing.

Kumpulan 1
Ketua : Pn. Zuraidah bin Jerani

Ahli-ahli :
En. Maling anak Encharang

En. Abdul Rani bin Bakar
Pn. Hasanah bt Seli dan En. Wai bin Deli
Pn. Nora bt Obil & Pn. Mortada bin Bilon
En. Wong Leong Sing & Pn. Pauline anak Angum
En. John bin Rajak & Pn. Idrawaty bt Salleh
En. Matrang bin & Pn. Fatimah binti Abdullah

Kumpulan 2
Ketua : Pn. Razaah binti Boo

Ahli-ahli :
Pn. Norizan binti Roslan
Cik Noor Nadiana binti Nawi
En. Mohd. Raphi bin Bakar
En. Affendi bin Tani&Pn. Norjanah bt Bujang
Pn. Aisah binti Tajudin
Pn. Hamimah binti Matrang&En. Mardi bin Samidi
En. Mohd. Daud bin Aron &Pn. Asnawati bt Kisto
En. Hussien bin Bujang Mula&Rosita anak Siah
Pn. Rahmah binti Awan

5

Kumpulan 3
Ketua : En. Abg Zulfikar bin Abg Masalus

Ahli-ahli :
En. Ghazali bin Johnny

Pn. Devina ak Lidom
Pn. Sandandong bt Sepawi&En.Ebit@Mohd. Epie bin

Nabari
Pn. Rabiah binti Seli&En. Muhammad bin Abdullah
En. Rolyani bin Abdullah&Pn. Siti Hazizah binti Zakaria
En. Ismail bin Juhai&Pn. Noor Fazia Atika binti Haria

Pn. Siti Huzaimah binti Haria

4.1.2) Program Smart Learning
 Aktiviti akademik akan diadakan pada 18-19 April 2018 di SK Kpg.
Penasu. Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan
murid tahun 6 khusus kepada persediaan UPSR akan datang. Semua
murid tahun 6 SK Sabena telah dijemput sebagai peserta program
tersebut. Dua orang guru subjek tahun 6 iaitu Pn. Zuraidah dan Pn.
Devina akan pergi bersama sebagai guru pengiring. Murid-murid dan
guru pengiring akan tinggal bermalam di SK Kpg. Penasu di tempat yang
telah disediakan oleh pihak penganjur.

4.1.3) Yuran tahunan PIBG
 Semua exco bersetuju untuk mengekalkan yuran tahunan PIBG iaitu
RM20 bagi setiap keluarga.
 Tuan Penasihat I berharap agar semua exco bertindak bersama-sama
mewar-warkan kepada semua ahli persatuan lain untuk membuat
bayaran yuran tersebut. Bayaran ini boleh diserahkan kepada Bendahari
PIBG iaitu En. Maling anak Encharang.

6

4.1.4) Penglibatan ahli PIBG
 Merujuk kepada surat yang dihantar oleh pihak KPM yang berkaitan akan
penglibatan pihak pibg, tuan penasihat meringkaskan kandungan arahan
tersebut iaitu meminta pihak sekolah menyampaikan maklumat bagi
memberi kesedaran kepada ibu bapa atau penjaga yang boleh
menyumbangkan kepakaran atau kemahiran mereka yang bersesuaian
dan diperlukan oleh pihak sekolah. Ini adalah tanda inisiatif ibu bapa
menyokong usaha pihak sekolah ke arah peluasan penglibatan ibu bapa
dan komuniti di dalam ekosistem sekolah 2018.

4.1.5) Hubungan Komunikasi Exco PIBG
 Transformasi dunia global menjadikan teknologi merentas dunia dengan
adanya telefon pintar yang memudahkan setiap individu berhubung
dengan individu yang lain secara terus tanpa mengira masa. Rentetan itu,
beliau mencadangkan bagi menubuh satu kumpulan atas talian melalui
mana-mana aplikasi telefon pintar yang mempunyai akses paling mudah
di kalangan ahli. Cadangan ini disokong dan kemudiannya aplikasi
whatsApp dipersetujui oleh semua ahli.

 Beliau menjelaskan bahawa ini merupakan salah satu usaha untuk
memudahkan komunikasi secara langsung di antara exco PIBG
terutamanya dalam mencapai kata sepakat dengan segera. Di samping
itu, jika terdapat mana-mana exco mendapat cetusan idea secara tiba-
tiba, maka mudahlah untuk exco ini berkongsi ideanya secara langsung di
atas talian itu kelak. Manfaat ini khusus untuk meningkatkan prestasi
persatuan dan sekolah amnya.

 Pn. Norizan dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kumpulan
whatsApp exco PIBG seperti yang telah dibincang dan dipersetujui
bersama.

7

4.1.6) Harapan Penasihat I
 Beliau berharap semua exco PIBG memberi kerjasama dengan
melibatkan diri dengan lebih aktif dan komited untuk memartabatkan dan
mengaktifkan persatuan kita.

a. Penasihat 2 – En. Affendi bin Tani
5.2.1 Jambatan
 En. Affendi mengusulkan isu jambatan yang akan dirobohkan.
Sebagaimana yang dipersetujui di dalam mesyuarat JKKK Kampung
Sabena pada 4 April 2018 yang lepas, sebahagian besar papan dan tiang
jambatan lama diderma kepada pihak sekolah tanpa bayaran bagi
membina semula jambatan baru menghubungkan barn terus ke sekolah.
Untuk makluman semua exco, pihak kontraktor telah datang untuk projek
membina jambatan baru kampung. Pekerja berkenaan akan
menggunakan mesin jenteranya, jadi beliau bimbang jika pekerja tersebut
melakukan kerjanya dengan kasar dan merosakkan papan yang ada.
Beliau mencadangkan agar beberapa individu turut sama bekerja bagi
memastikan kerosakan papan dan tiang yang lebih minimum.
 Selepas perbincangan, semua ahli bersetuju untuk memberi kerja-kerja
meroboh, mengangkut papan dan tiang terus ke sekolah secara kontrak
sebanyak RM300. Bagi membayar kontrak ini, setiap 18 keluarga diminta
membayar RM10 dan baki selebihnya dibiayai oleh semua staf sekolah
serta guru besar.

5) Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran barisan exco dan
memberi kerjasama serta respon sepanjang mesyuarat diadakan. Beliau juga
memohon maaf sekiranya tersasul bahasa sepanjang mesyuarat diadakan.
Mesyuarat ditangguh pada pukul 5.50 petang sehingga pada tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.

8

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ _________________
(NORIZAN BINTI ROSLAN) (HASANAH BINTI SELI)
Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG
SK Sabena, Daro
Sesi 2018-2020 SK Sabena, Daro
Sesi 2018-2020

9


Click to View FlipBook Version