INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG
KOMPILASI LAPORAN
INOVASI INTERNSHIP
SISWA GURU
SIRI
2
G Visi
“IPG Peneraju
Kecemerlangan
Pendidikan Guru”
U Misi
“Institut Pendidikan
Guru melahirkan guru
R yang kompeten dan
berjiwa pendidik
melalui program
pembangunan guru
yang dinamik ke arah
U pendidikan sekolah
bertaraf dunia”
Diterbitkan oleh:
Siri Penerbitan Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Persiaran Tunku Kudin 11700 Gelugor
Pulau Pinang.
@ 2021 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Hak cipta terpelihara. Tidak
dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan kompilasi
ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.
KOMPILASI LAPORAN INOVASI INTERNSHIP BAGI AMBILAN JUN 2015 dan JUN 2016
IPG KAMPUS PULAU PINANG
Jilid 02, September 2021
Penaung
Dr. Azman bin Jusoh
Pengarah
IPG Kampus Pulau Pinang
Penasihat
Dr. Mohd Azhar bin Bahari
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Pulau Pinang
Ketua Editor
Kamil Nasuruddin bin Darus
Ketua Unit Praktikum
Penolong Ketua Editor / Penyelaras / Penyusun
Nazri bin A Bakar
Editor
Nor’aziah binti Ahamad Shatar
Wan Mohd Azihan bin Wan Ali
Grafik
Kamil Nasuruddin bin Darus
Cetakan
Mohd Hanaffi bin Md Yusoh
i
KANDUNGAN MUKA SURAT
Senarai Isi kandungan ii
Sekapur Sirih Tuan Pengarah iii
Kata Alu-aluan Ketua Unit Praktikum iv
Katakan Tidak Kepada Buli (Muhamad Afiq Syukri Bin Arni) 1
Katakan Tidak Kepada Buli (Aisswarya A/P Siva Subramaniam) 8
Cita-Cita Saya (Annabel Sherry Sylvester) 14
Secret Nature (Dewi Syahirah Bt Asgami) 25
Secret Nature (Harry Jade Victor) 31
Aurasma Kerjaya (Ahmad Hishamudin Bin Ahmadun) 42
Revitalize Spirit (Kalaivani A/P Murugayah) 50
Katakan Tidak Kepada Buli (Khairunnisa Nadiah Binti Yusuf) 56
Secret Nature (Khalishah Niirkira Binti Ag Ahmad) 62
Secret Nature (Lee Sing Kiat) 68
‘Red-Faced Roses’ (Lingeswarry A/P Ramasamy) 74
Aurasma Kerjaya (Maria Mariana Binti Geriem) 81
Bimbingan Berunsurkan KBAT (Rosfinie Suking) 90
Inside Out (Sandra Suria A/P S Krishnamoorthi) 98
“Memory Tickling” (Thavamalar A/P Selvaraj) 105
Pre-Gue Membantu Dalam Penguasaan Istilah Sains 111
(Adillin Aqilah Binti Ruzi)
Penggunaan Digital Tech Classroom (DTC) Transformasi 121
Dalam Pdpc Matematik (Ahmad Syiham Nubli Bin Sha’ari)
Digital Tech Classroom (DTC) (Ahmad Fahmi Bin Mohd Razali) 131
139
Curious Cat Dan Catch Me If U Can (Debby Lee Yun Ting) 146
Hot Pinwheel (Kevin Tiang Soon Ming) 155
Pencil Shavings Fire Starter (Lau Wee Meng) 166
Berani Katakan Tidak (Lee Xin Yen @ Vivian) 177
“Bijak Itu Keselamatan” (Su Sze Sze 186
Penghargaan
ii
Sekapur Sirih
Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit Praktikum kerana telah berjaya
menerbitkan Kompilasi Laporan Inovasi Internship Siri 2 bagi Ambilan Jun 2015 dan Jun 2016.
Kejayaan menerbitkan kompilasi ini akan menambahkan lagi koleksi bacaan dan rujukan
kepada pelajar guru.
Penerbitan Kompilasi Laporan Inovasi Internship Siri 2 ini menunjukkan iltizam dan
kesungguhan Unit Praktikum untuk meningkatkan profesion keguruan khususnya kualiti
pelajar guru yang dididik oleh IPG Kampus Pulau Pinang. Objektif utama ialah untuk
melahirkan bakal guru yang cemerlang dan berjiwa pendidik. Oleh itu, usaha menerbitkan
kompilasi laporan ini diharap menjadi usaha berterusan yang akan menambahkan koleksi
bahan bacaan dan rujukan untuk dimanafaatkan oleh semua pelajar guru.
Semoga Kompilasi Laporan Inovasi Internship Siri 2 ini dapat memberi input yang berguna
kepada pelajar guru dan semua warga pendidik serta dapat meningkatkan kualiti Amalan
Profesional pelajar guru yang akan berinternship kelak. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan
tahniah dan syabas kepada Ketua Unit Praktikum, Sidang Editor serta semua yang terlibat
dalam penerbitan kompilasi laporan ini.
Sekian. Terima kasih.
DR AZMAN BIN JUSOH
Pengarah
IPG Kampus Pulau Pinang
iii
Kata Alu-aluan
Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Kompilasi Laporan Inovasi Internship Siri 2 yang diterbitkan ini memuatkan koleksi penulisan
laporan pelajar guru yang dikompilasikan dalam bentuk buku. Penghasilan kompilasi laporan
ini merupakan inisiatif Unit Praktikum untuk memberikan penghargaan kepada pelajar guru
dan sebagai rujukan kepada pelajar guru yang akan menjalani internship. Kompilasi laporan
ini memuatkan pelbagai projek inovasi pelajar guru semasa menjalani internship. Banyak
perkongsian pengalaman dan pelaksanaan projek telah dibincangkan dalam kompilasi
laporan ini. Hal ini sangat membanggakan saya dan berharap semangat untuk menghasilkan
kompilasi laporan yang mempunyai idea yang menarik dan menyeronokkan ini akan terus
menjadi amalan dalam jiwa para pelajar guru semasa menjalani internship.
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada penyelaras
dan sidang editor buku ini yang telah mencurahkan usaha yang bersungguh-sungguh serta
komitmen yang tinggi dalam merealisasikan kelahiran kompilasi laporan ini. Saya percaya
bahawa penghasilan kompilasi laporan ini dapat memberi manafaat kepada semua pelajar
guru dalam meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu semasa menjalani
internship. Harapan saya agar kompilasi laporan ini dapat menjadi bahan perkongsian ilmu
dan pengalaman dalam kalangan pelajar guru.
Diharapkan penerbitan kompilasi laporan ini dapat menjadi khazanah ilmu dan rujukan
kepada para pensyarah dan pelajar guru semasa menjalani internship nanti. Semoga usaha
murni dalam menghasilkan dan menerbitkan kompilasi laporan ini akan menambahkan koleksi
pembacaan dan dapat dimanafaat sepenuhnya.
Sekian. Terima kasih.
KAMIL NASURUDDIN BIN DARUS
Ketua Unit Praktikum
iv
KATAKAN TIDAK KEPADA BULI
NAMA PELAJAR : Muhamad Afiq Syukri Bin Arni
PROGRAM : PISMP Ambilan Jun 2015
NAMA SEKOLAH : SK Bukit Gelugor
NAMA PROJEK INOVASI : Katakan Tidak Kepada Buli
TARIKH PELAKSANAAN : 4 Mac 2019 hingga 7 Mac 2019
OBJEKTIF:
1. Murid-murid mengetahui tentang jenis-jenis buli.
2. Murid-murid dapat panduan dan bimbingan bagi menangani isu buli.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Sebelum pelaksanaan program/aktiviti
Sebelum melaksanakan program “Katakan Tidak Kepada Buli” ini dilaksanakan, terdapat
beberapa strategi dirancang bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Strategi yang pertama adalah melalui perbincangan. Perbincangan ini dilakukan
bersama pelbagai pihak. Antaranya adalah sesama guru pelatih. Saya dan rakan-rakan
berbincang bagi pengagihan tugas, pelaksanaan tugas dan perancangan pengisian
sepanjang program berlangsung. Pengagihan tugas dibuat mengikut kemahiran serta
kemampuan masing-masing. Sebagai contohnya, saya akan mengambil alih tugas berkaitan
bidang ICT dan teknologi maklumat. Kuiz dan pelaksanaan program akan diketuai
sepenuhnya oleh saya dengan bantuan rakan-rakan. Dari aspek jawatan pula, kami sebulat
suara melantik saya sebagai pengerusi program, Aisswarya sebagai naib pengerusi program
dan Khairunnisa sebagai setiausaha program. Kami uga telah melakukan jadual dan senarai
semak perancangan program agar segala gerak kerja dapat berjalan dengan lancar.
Perbincangan yang kedua pula adalah perbincangan bersama mentor iaitu Cik
Farawahida. Perbincangan bersama beliau ini lebih berfokus kepada pembentangan aktiviti
yang akan dijalankan. Kami bersyukur kerana mempunyai mentor yang sentiasa menyokong
dalam perancangan aktiviti yang kami ingin laksanakan. Beliau juga memberi cadangan
penambahbaikan tentang cara pelaksanaan program dan pengisian aktiviti agar lebih efisyen.
Selepas dipersetujui oleh beliau, kami memulakan gerak kerja dengan membuat kertas kerja
program.
Perbincangan yang terakhir adalah perbincangan bersama guru besar tentang
pelaksanaan program serta mendapatkan kelulusan beliau untuk melaksanakan program ini.
1
Beliau memberi sokongan penuh dalam melaksanakan aktiviti ini dan memberikan kata-kata
dorongan sebagai galakan untuk melakukan yang terbaik sepanjang melaksanakan aktiviti ini.
Di samping itu, Guru Besar sendiri juga memberi cadangan terhadap pelaksanaan semasa
program berlangsung di mana Guru Besar meminta kami agar menguji kefahaman murid
tentang isu buli. Hal ini kerana terdapat sebilangan murid yang masih tidak memahami tentang
perbezaan buli dan pergaduhan.
Setelah diluluskan oleh Guru Besar, kami mula melakukan gerak kerja bagi
melaksanakan aktiviti sepanjang program ini. Persediaan teks bagi pengumuman program,
kuiz tahap satu dan kuiz Kahoot tahap dua juga mula dibuat. Selain itu, dengan bantuan
rakan-rakan, hadiah dan cenderamata dibeli untuk pemenang bagi setiap kelas. Makmal
komputer juga ditempah untuk memastikan kelancaran sepanjang program nanti. Sebagai
permulaan, kami merangka soalan-soalan kuiz bagi murid-murid tahap 1. Soalan kuiz tahap
1 perlu berbeza dengan soalan kuiz tahap 2. Hal ini kerana aras pemikiran mereka tidak sama
dan memerlukan konsep struktur soalan yang berbeza. Soalan-soalan kuiz juga berbentuk
santai dan bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman murid tentang gejala buli. Kuiz ini
dilaksanakan sebagai salah satu program penilaian dan santai bersama murid-murid.
Setelah segalanya selesai, kami merujuk semula kepada guru pembimbing untuk
melihat semula segala perancangan program yang telah dilakukan. Nasihat serta
penambahbaikan yang dicadangkan terus dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan
program yang akan dilaksanakan.
2. Semasa pelaksanaan program/aktiviti
4 Mac 2019 (Isnin) Aktiviti Tempat Catatan
Masa Makluman kepada murid
tentang program “Katakan Perhimpunan Guru Pelatih
7.40 pagi
Tidak kepada Buli” Bimbingan dan
8.40 pagi Edaran Risalah QR Code
Kaunseling
Kelas
5 Mac 2019 (Selasa) Aktiviti Tempat Catatan
Masa 1M1S Padang Semua Guru
Kuiz 1 Baiduri Makmal Cik Aisswarya
7.40 – 8.40 Kuiz 1 Delima Komputer En Afiq Syukri
8.40 - 9.10 Rehat
9.10 – 9.40 Rehat
9.40 – 10.00
2
10.00 – 10.30 Kuiz 1 Mutiara Cik Khairunnisa
10.30 – 11.00 Kuiz 1 Nilam Cik Aisswarya
11.00 – 11.30 Kuiz 2 Baiduri En Afiq Syukri
11.30 – 12.00 Kuiz 2 Delima Cik Khairunnisa
12.00 – 12.30 Kuiz 2 Mutiara Cik Aisswarya
12.30 – 1.00 Kuiz 2 Nilam En Afiq Syukri
6 Mac 2019 (Rabu) Aktiviti Tempat Catatan
Masa Kuiz 3 Baiduri Makmal Cik Khairunnisa
Kuiz 3 Delima Komputer Cik Aisswarya
8.10 – 8.40 Kuiz 3 Mutiara Cik Khairunnisa
8.40 - 9.10 Rehat Rehat
9.10 – 9.40 Kuiz 4 Baiduri Cik Aisswarya
9.40 – 10.30 Kuiz 4 Delima Cik Khairunnisa
10.30 – 11.00 Kuiz 4 Mutiara En Afiq Syukri
11.00 – 11.30 Kuiz 4 Nilam En Afiq Syukri
11.30 – 12.00
12.00 – 12.30
7 Mac 2019 (Khamis) Aktiviti Tempat Catatan
Masa Kuiz 5 Baiduri Makmal Cik Aisswarya
Kuiz 5 Delima Komputer En Afiq Syukri
8.10 – 8.40 Kuiz 5 Mutiara Cik Khairunnisa
8.40 - 9.10 Rehat Rehat
9.10 – 9.40 Kuiz 6 Baiduri Cik Aisswarya
9.40 – 10.30 Kuiz 6 Delima En Afiq Syukri
10.30 – 11.00 Kuiz 6 Mutiara Cik Khairunnisa
11.00 – 11.30 Kuiz 6 Nilam Cik Aisswarya
11.30 – 12.00
12.00 – 12.30
Semasa program diaksanakan, kami telah memastikan setiap aktiviti mengikut
perancangan yang telah dirancang. Pada hari pertama kami mula memperkenalkan dan
mempromosikan program “Katakan Tidak Kepada Buli” ini kepada semua murid di
perhimpunan. Kemudian, risalah yang mengandungi QR Code diedarkan kepada semua
murid. Tiga QR Code ini dihasilkan sebagai inovasi dari program asal iaitu ceramah. QR Code
ini mengandungi video-video interaktif yang memberi penerangan secara menyeluruh tentang
isu buli. Murid-murid diminta untuk mengimbas QR Code ini di rumah sebagai rujukan pada
3
masa akan datang. Bagi memastikan murid mengimbas dan menonton video yang terdapat
pada QR Code, kuiz akan diberi kepada semua murid. Kami telah bekerjasama dan
menguruskan kuiz mengikut jadual yang telah dipersetujui bersama. Setiap pemenang akan
diberi hadiah.
3. Selepas pelaksanaan program/aktiviti
Selepas semua program dilaksanakan, kami telah membuat sebuah laporan kepada unit
bimbingan dan kaunseling dan laporan projek inovasi kami telah direkodkan dalam fail
internship serta melengkapkan semua keperluan bagi internship kami pada kali ini. Segala
dokumen serta maklumat yang diberi akan dimasukkan ke dalam fail internship. Selain itu,
kami juga telah melakukan perbincangan bersama guru pembimbing dan pensyarah sebagai
salah satu cara untuk kami berkongsi dan mengenal pasti masalah yang kami hadapi. Banyak
ilmu dan pengalaman yang diberi kepada kami setelah melaksanakan projek inovasi ini.
Projek inovasi ini memberi pengajaran yang besar bagi kami sebagai bakal guru bimbingan
dan kaunseling untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang di sekolah nanti.
REFLEKSI
1. Kekuatan program/aktiviti
Antara kekuatan dan kelebihan projek inovasi yang dijalankan pada kali ini adalah memberi
peluang kepada guru pelatih untuk belajar prosedur yang sebenar dalam melaksanakan
sesuatu program di sekolah. Perkara ini merupakan satu perkara yang penting untuk dipelajari
khasnya kepada kami sebagai bakal guru bimbingan dan kaunseling nanti. Pastinya semua
prosedur yang perlu dilalui adalah berbeza dengan pelaksanaan program di IPG. Namun
begitu, bimbingan dan bantuan yang diberi oleh mentor kami banyak membantu dalam
melaksanakan program kami ini.
Selain itu, projek inovasi ini juga membantu murid untuk menggunakan kaedah terkini
yang lebih sesuai dengan peredaran zaman. Ceramah sudah tidak berkesan kepada
sesetengah murid. Oleh itu, QR Code yang diberi menggantikan ceramah bagi
menyampaikan maklumat tentang isu buli kepada murid-murid. Respon daripada murid
kebanyakannya sangat suka dan gembira menggunakan QR Code ini.
Seterusnya, melalui projek ini juga, kami dapat menimba pengalaman dan membina
hubungan bersama guru-guru yang lain. Sebagai contohnya, kami belajar cara dan prosedur
untuk melaksanakan program semasa waktu rasmi Pdp. Kami perlu berinteraksi bersama
4
guru lain semasa melaksanakan program ini. Kami bernasib baik kerana guru-guru di SK Bukit
Gelugor ini sangat memahami dan banyak membantu memudahkan urusan kami.
Peluang-Dalam pelaksanaan program ini, kami berpeluang untuk membina hubungan
bersama guru-guru yang terlibat dalam program ini. Kami berpeluang menimba ilmu serta
pengalaman dalam pelaksanaan program di sekolah pada situasi yang sebenar. Sebagai
contohnya, kami telah berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tentang
prosedur-prosedur yang perlu kami patuhi untuk melaksanakan suatu program. Selain itu,
saya juga berpeluang belajar cara pengurusan murid di dalam bilik-bilik khas seperti makmal
komputer. Seperti yang kita telah sedia maklum, murid-murid biasanya akan berasa gembira
apabila dibawa masuk ke dalam makmal komputer. Oleh itu, kemahiran mengawal murid perlu
ada bagi mengawal dan memastikan program berjalan dengan lancar.
2. Kelemahan program/aktiviti
Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah lokasi yang kurang sesuai. Sememangnya
apabila melaksanakan kuiz interaktif yang menggunakan komputer dan jaringan internet,
makmal komputer merupakan lokasi yang paling sesuai. Namun begitu, makmal komputer di
sekolah mempunyai beberapa masalah seperti kekurangan kerusi dan status kerosakan
komputer. Hal ini mungkin berlaku kerana kuantiti murid dalam sebuah kelas yang terlalu
ramai dan kualiti komputer yang diberi kepada sekolah.
Selain itu, kekangan masa juga menjadi halangan dalam pelaksanaan program ini.
Tempoh 30 minit merupakan satu tempoh yang sangat singkat bagi melaksanakan sebuah
kuiz. Perkara ini mungkin berlaku kerana tempoh 30 minit juga termasuk tempoh pergerakan
murid dari kelas ke makmal komputer, penerangan ringkas dan memberi tunjuk ajar cara
menggunakan kuiz Kahoot di komputer.
Ancaman- Terdapat situasi di laman bekalan internet tiba-tiba hilang dan
mengganggu kelancaran program. Hal ini merupakan satu isu yang tidak dapat dijangka
kerana sepanjang perancangan program, kami tidak menyediakan perancangan tambahan
sekiranya sesuatu perkara seperti ini berlaku secara tiba-tiba. Namun begitu, isu ini dapat
diselesaikan dengan jayanya apabila guru teknologi maklumat sekolah sendiri yang
membantu untuk mengatasi masalah ini.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah dengan membuat persediaan awal
sebelum memulakan kuiz. Sebagai contoh, guru pelatih perlu memeriksa dan menyemak
5
jumlah murid yang akan sampai dan menyediakan kerusi yang cukup untuk murid-murid
tersebut. Komputer juga boleh dipasang dan diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan
program untuk memastikan semua komputer berfungsi dengan baik.
Selain itu, tempoh masa juga boleh dipanjangkan bagi setiap aktiviti. Hal ini akan
memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada murid dan memberi peluang kepada
murid menggunakan kuiz Kahoot dengan lebih mahir. Video juga boleh ditayangkan sebagai
persediaan bagi menjawab soalan kuiz.
Inovasi Dalam Projek- Program “Katakan Tidak Kepada Buli” merupakan sebuah program
yang menggunakan inovasi QR Code dan kuiz interaktif Kahoot sebagai medium
menyampaikan maklumat kepada murid. QR Code digunakan sebagai pengganti ceramah
buli yang sering diadakan di sekolah-sekolah. QR Code yang diberi juga mempunyai video-
video yang menarik sebagai salah satu cara untuk menarik minat murid untuk mendapatkan
maklumat. Selain itu, murid akan memerlukan bantuan ibu bapa mereka untuk mengimbas
QR Code. Ibu bapa boleh membantu melihat serta meningkatkan kepekaan mereka terhadap
anak-anak mereka.
Ilustrasi di atas merupakan QR Code yang digunakan dalam inovasi ini
Pengimbas QR Code ini akan disambungkan kepada video-video interaktif yang telah
dihasilkan dan dimuatnaik oleh kami ke dalam laman sosial Youtube. Bilangan individu yang
telah menontonnya ataupun bilangan “Views” yang terdapat pada setiap video menunjukkan
bahawa video yang dihasilkan telah ditonton oleh murid.
Keusahawanan
Bagi elemen keusahawanan, projek inovasi ini boleh digunakan sebagai salah satu alternatif
bagi program-program yang lain. Pakej inovasi ini dapat digunakan dalam program-program
seperti ceramah motivasi dan pertandingan kuiz. Sebagai contoh, guru pelatih boleh membina
6
sebuah set program yang memiliki kualiti yang lebih baik dan menjual dengan harga yang
berpatutan. Hal ini boleh digunakan bagi program-program yang wajib dilaksanakan oleh
setiap unit bimbingan dan kaunseling di setiap sekolah seperti program anti buli.
Di samping itu, aktiviti luar yang memerlukan peserta program bergerak aktif juga
boleh menggunakan konsep yang sama seperti QR Code ini. Sebagai contohnya, aktiviti
eksplorasi. Kebiasaannya aktiviti eksplorasi akan menyediakan aktiviti pada setiap stesen.
Konsep QR Code boleh diaplikasikan di mana setiap stesen tidak memerlukan Ahli
Jawatankuasa lagi untuk menjaga setiap stesen. Hanya QR Code diberikan pada setiap
stesen. Aktiviti seperti kuiz dan arahan melalui video akan diberikan kepada peserta untuk
melakukan tugasan.
KESIMPULAN
Sesungguhnya program inovasi ini banyak membantu saya menimba pengalaman sebenar
dalam pelaksanaan sesuatu program di sekolah. Pengalaman sebagai pengelola sesuatu
program di kampus sangat berbeza dengan situasi sebenar di sekolah. Kami mempelajari
banyak perkara baru di mana prosedur-prosedur yang lebih ringkas tetapi padat perlu
dilakukan sebelum melaksanakan sesuatu program. Kami juga mempelajari bahawa sesuatu
program perlu dirancang dengan teliti dan teratur agar pelaksanaan program dapat berjalan
dengan lancar.
7
KATAKAN TIDAK KEPADA BULI
NAMA PELAJAR : AISSWARYA A/P SIVA SUBRAMANIAM
PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SK BUKIT GELUGOR
NAMA AKTIVITI : KATAKAN TIDAK KEPADA BULI
TARIKH PELAKSANAAN : 4 MAC 2019 – 7 MAC 2019
OBJEKTIF :
1. Murid-murid mengetahui tentang apa itu buli.
2. Murid-murid dapat mengetahui tentang jenis-jenis buli.
3. Murid dapat mengetahui tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan
buli.
4. Murid-murid dapat panduan dan bimbingan bagi menangani isu buli.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Perbincangan dengan Guru Besar dan Guru Kaunseling Sk Bukit Gelugor
Berjumpa dan berbincang dengan Encik Edi Osman bin Ahmad serta Cik Farawahida untuk
menerangkan dan mendapatkan kebenaran tentang intipati projek yang akan menjalankan.
Tarikh yang dirancangkan ialah 4 Mac 2019 – 7 Mac 2019 yang melibatkan semua murid SK
Bukit Gelugor.
2. Membuat perancangan dan persediaan
Saya dan rakan-rakan telah membuat kertas kerja untuk mendapatkan tandatangan
persetujuan daripada Guru Penolong Kanan dan Guru Besar SK Bukit Gelugor. Selepas
kertas kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan antara kami
bertiga. Kami telah menyediakan risalah untuk diedarkan kepada setiap kelas di mana risalah
itu mengandungi bar code untuk diimbas untuk mereka menonton video tentang buli.
Kami juga menyediakan soalan kuiz Kahoot kepada murid-murid untuk dijawab dalam
aktiviti yang akan dijalankan nanti. Sebelum pengedaran risalah dilakukan, saya selaku wakil
kepada program buli telah memberikan sedikit penerangan dan informasi kepada semua
murid dan warga sekolah tentang pelaksanaan program di perhimpunan sekolah pada 4 Mac
2019 bersamaan dengan hari Isnin.
8
3. Menjalankan aktiviti di makmal komputer SK Bukit Gelugor
Kami telah menjalankan aktiviti ini selama tiga hari berturut-turut di mana kami mengagihkan
program ini mengikut tahun dan kelas masing-masing. Kuiz ini dalam berbentuk pengunaan
teknologi ICT di mana soalan akan dipaparkan di skrin besar di hadapan. Murid-murid perlu
menjawab kuiz tersebut dengan menekankan jawapan yang betul di komputer masing-masing
dalam had masa yang ditetapkan. Prosedur kuiz ini ialah siapa yang jawab pantas dan betul
dalam waktu yang ditetapkan. Langkah ini akan diulangi bagi semua dua puluh soalan yang
ditetapkan. Pada hari Selasa iaitu 5 Mac, murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 telah menjalani
kuiz tersebut. Setiap kelas diberi masa selama 30 minit untuk menjawab kuiz tersebut.
Sebelum kuiz dijalankan, murid-murid diberi sedikit pendedahan dan diimbas kembali tentang
apa yang mereka menonton dalam video tersebut. Kami juga telah menayangkan ketiga-tiga
video yang dapat mereka tonton setelah diimbas menggunakan telefon bimbit. Aktiviti ini telah
pun berjaya dilakukan pada hari pertama dan diteruskan lagi pada dua hari yang berikutnya
dengan murid Tahun 3 , 4, 5 dan 6.
4. Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz
Setelah program tamat, kami telah memberi hadiah kepada para pemenang sebagai tanda
penghargaan kepada mereka dalam melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh dengan
mengimbas dan menonton video yang diberikan.
REFLEKSI
1. Kekuatan projek/aktiviti
Antara kekuatan yang saya dapati melalui projek ini ialah memberi satu peluang yang baik
kepada guru pelatih untuk mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu program
meningkatkan disiplin dan sahsiah diri yang melibatkan banyak murid iaitu dari Tahun 1
sehingga Tahun 6. Projek ini juga mampu menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif
dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik
dengan rakan-rakan guru lain. Selain itu, program ini juga menyediakan satu peluang yang
sangat baik kepada murid-murid untuk mempelajari apa itu buli, jenis-jenis buli, faktor-faktor
yang menyebabkan buli serta langkah-langkah mengatasi gejala buli. Murid tahap 1
terutamanya gembira dan teruja kerana pertama kali video berbentuk animasi.
Melalui program buli ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat
dieratkan lagi. Semua ahli jawatankuasa telah memainkan peranan mereka masing-masing
dan tidak membantah. Program ini tidak akan berjalan lancar tanpa sokongan dan komitmen
semua guru-guru yang lain. Program ini juga telah memberi satu peluang yang baik kepada
9
guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek
dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah.
Saya juga telah tahu bagaimana untuk menguruskan peruntukan yang diberikan untuk
mengendalikan sesuatu pertandingan. Menurut Guru Besar kos perbelanjaan bagi projek buli
ini ialah RM 180.00. Namun saya telah dapat mengurangkan kepada RM 150.00 sahaja
kerana banyak bahan dan alatan boleh diperolehi di kedai yang murah. Projek ini juga telah
dapat memberi kesan motivasi dalaman kepada murid untuk mengelakkan dan mengatasi
gejala buli dalam kalangan mereka.
2. Kelemahan projek/aktiviti
Kebanyakan aktiviti seperti ini memerlukan dana dan modal yang menjadi penghalang setiap
kali mahu menjalankan pertandingan. Jadi semasa internship saya mengambil peluang untuk
mengadakan pertandingan ini walaupun dengan mendapat modal yang sedikit daripada pihak
sekolah. Masa untuk mengadakan pertandingan singkat dan terlalu terhad kerana saya
mengikut waktu pengajaran dan pembelajaran dalam jadual mereka. Segalanya perlu
dilakukan tepat pada masa bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran
seterusnya terganggu atau terlewat.
Penyediaan tempat kurang saya titik beratkan di mana kurangnya kerusi dan juga
komputer menyebabkan murid tidak dapat untuk duduk dan diminta untuk berkongsi satu
komputer dua atau tiga orang. Saya terpaksa mencari kerusi dari tempat lain. Hal ini
menyebabkan masa pertandingan terpaksa dimulakan lewat 10 minit. Walau bagaimanapun
pertandingan berlangsung seperti yang dirancang. Kebersihan semasa tamat pertandingan
adalah kurang memuaskan walaupun telah dipesan supaya mengemaskan meja kumpulan
masing-masing khususnya kelas-kelas yang masuk dalam makmal komputer selepas waktu
rehat. Plastik makanan dan penyedut minuman yang berlebihan masih bersepah di bawah
meja keadaan ini agak kotor. Mereka berbuat demikian walaupun mereka tahu bahawa
mereka dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam makmal komputer. Langkah
keselamatan kurang dititikberatkan kerana terdapat murid yang bermain dengan wayar
elektrik komputer dan ini boleh mendatangkan kecederaan dan bahaya kepada murid
tersebut. Seharusnya aspek keselamatan hendaklah saya utamakan semasa berlakunya
sesuatu pertandingan.
Semasa melakukan pertandingan berlaku gangguan internet menyebabkan murid
terpaksa membuat kerja dengan lambat dan terdapat segelintir murid perlu mula dari awal
dalam menjawab kuiz tersebut. Kelemahan projek ini juga apabila terdapat beberapa orang
murid tidak mengimbas bar code yang terdapat dalam risalah itu yang menyebabkan mereka
tidak dapat menjawab soalan kuiz yang sediakan. Selain itu, ada juga murid yang tidak hadir
10
ke sekolah semasa taklimat dan penerangan diberikan dan akibatnya mereka tidak mendapat
risalah itu dan juga tidak mengetahui tentang kandungan dan perjalanan program yang
dirancang.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kami berharap agar mendapat masa yang lebih untuk mengadakan pertandingan ini pada
peringkat sekolah pula. Hal ini kerana penganjuran pada semua murid mendapat sambutan
yang sangat menggalakkan dan kami beranggapan bahawa jika dibuat demikian suasana
pasti akan menjadi lebih meriah.
Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksanaan juga penting jika saya mahu
mengadakan pertandingan yang melibatkan semua tahap. Sebagai contoh untuk tahap 2
guru-guru sekolah berasa kurang minat kerana kami mengambil waktu pengajaran dan
pembelajaran murid-murid tersebut. Mereka mencadangkan kepada kami untuk menjalankan
aktiviti tersebut selepas waktu persekolahan. Kami tidak dapat berbuat demikian kerana
aktiviti ini melibatkan semua murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Jika kami meminta murid-
murid untuk tinggal di sekolah selepas waktu persekolahan, kami mungkin akan hadapi
masalah dari pihak ibu bapa. Oleh itu, guru-guru sekolah perlu memberi sokongan dan
komitmen kepada kami dalam menjalankan program ini dengan berjaya.
Di samping pelaksanaan yang baik, saya akan meningkatkan mutu pengadilan dan
pembelian bahan dan alatan. Hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan
sesuatu kos yang diberikan untuk sesuatu pertandingan. Kos yang digunakan untuk
pertandingan kuiz yang saya jalankan ialah RM 150.00 sahaja. Jika saya mahu melaksanakan
pertandingan pada peringkat sekolah, peruntukan yang diperlukan juga akan bertambah
besar dan saya haruslah cekap dalam menguruskan kewangan yang telah diberikan.
Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa permulaan sesuatu
pertandingan akan memainkan peranan yang penting. Jika lewat maka guru akan terganggu
emosinya kerana banyak lagi perkara lain yang harus dilakukan selepas itu. Persediaan yang
rapi haruslah dirangka dahulu sebelum memulakan sesuatu pertandingan. Pada pertandingan
tersebut saya telah memulakan pertandingan tersebut 10 minit lewat kerana mahu
mengaturkan kedudukan murid semasa dalam bilik makmal komputer. Kesannya
pertandingan tersebut telah tamat lewat dan murid terpaksa balik lewat. Namun segalanya
berjalan seperti yang dirancang tetapi pengurusan masa saya terhadap sesuatu pertandingan
haruslah ditingkatkan.
11
KESIMPULAN
Melalui program “Katakan Tidak Kepada Buli” ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengendalikan sesuatu
aktiviti senamrobik yang melibatkan banyak murid. Saya juga dapat memahami betapa
pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan guru lain
untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa semangat ini, mestilah tidak berjaya aktiviti
dijalankan dengan begitu lancar. Dengan selesainya aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu
pengetahuan dan pemahaman tentang kepentingan menjaga kesihatan dan aplikasikan
kecergasan pada kehidupan seharian. Di samping itu, aktiviti menonton video serta kuiz ini
juga mempertingkatkan kesedaran murid akan kepentingan mengatasi gejala buli dalam
kalangan murid-murid.
Secara umumnya program seperti ini memberi satu peluang yang baik kepada guru
pelatih untuk mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu program kecergasan
yang melibatkan banyak murid. Selain itu, program ini juga menggalakkan guru pelatih
berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan dan
bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan guru lain. Hasil projek ini telah dapat memberi
satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan
melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama
dan berpasukan di sekolah. Beberapa bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi
hubungan dengan murid-murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta
pekerja-pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini. Mentor kami juga
telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk
beliau jika menghadapi masalah walaupun beliau kurang sihat dan sering kali masuk keluar
wad.
Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini bukan suatu
kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti menguruskan
perbelanjaan membeli barangan manual. Saya juga telah belajar cara untuk berinteraksi
dengan pembekal. Saya berharap agar dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam
mengendali sesuatu projek kerana pengurusan masa adalah berbeza jika dibandingkan
dengan masa semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.
Saya juga mempelajari sesuatu bahawa penyediaan tempat hendaklah dilakukan awal
kerana perkara tersebut akan memakan masa dan menyebabkan pertandingan bermula
lewat. Pada pertandingan tersebut kerusi dan komputer untuk murid tidak mencukupi dan
saya terpaksa mengambil kerusi dan juga meminta murid-murid untuk berkongsi satu
komputer dua atau tiga orang dalam satu kelas. Sepuluh minit telah berlalu untuk
12
mengaturkan murid sahaja. Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami
berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat
berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Bukit Gelugor dan rakan-rakan saya. Oleh yang
demikian, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang
dipelajari pada masa yang akan datang. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua warga sekolah SK Bukit Gelugor dalam membantu kami dalam menjayakan
program ini.
13
CITA-CITA SAYA
NAMA PELAJAR : ANNABEL SHERRY SYLVESTER
PROGRAM : PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN
JUN 2015
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN MINDEN HEIGHT, PULAU
PINANG
NAMA PROJEK/ AKTIVITI : CITA-CITA SAYA : PROGRAM AKTIVITI KELOMPOK
BIMBINGAN BERUNSURKAN KBAT
TEMPOH PELAKSANAAN : 18 FEBRUARI 2019 - 15 MAC 2019
OBJEKTIF:
1. Menghasilkan modul kelompok bimbingan yang berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) bagi kegunaan unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di sekolah.
2. Menjalankan program kelompok bimbingan berdasarkan modul aktiviti yang
menerapkan KBAT.
3. Menyemai pembudayaan KBAT dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling (BNK).
STRATEGI PELAKSANAAN :
1. Sebelum program internship bermula, kami telah diberi taklimat oleh pihak Unit
Praktikum dan pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Ilmu Pendidikan tentang program dan
aktiviti wajib yang harus kami jalankan semasa berada di sekolah nanti. Kami telah diminta
untuk melaksanakan sebuah projek inovasi dalam bidang BNK. Kami juga telah diberikan
panduan bagi melaksanakan projek tersebut mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Kami dimaklumkan bahawa guru pembimbing di sekolah akan memberi markah sebanyak
60% bagi projek ini manakala pensyarah pembimbing pula sebanyak 40%. Kedua-dua
markah ini kemudiannya akan dicampur bagi menghasilkan 100%. Pada kali ini, kami sekali
lagi dihantar ke SK Minden Height untuk menjalani internship selama sebulan.
2. Saya dan juga rakan saya, Rosfinie Suking, telah bercadang untuk menjalankan
sebuah program BNK yang melibatkan inovasi yang menerapkan unsur KBAT. Rasional kami
memilih unsur KBAT untuk dijadikan sebagai inovasi ialah kerana KBAT semakin relevan
dalam pembelajaran abad ke-21. Seperti yang kita ketahui, KBAT adalah satu bentuk
keupayaan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. Pada masa ini, unsur KBAT ini sememangnya semakin tidak asing lagi
dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas. Oleh itu, kami turut
14
hendak melihat pelaksanaan KBAT ini dalam sesebuah sesi atau program BNK. Kami yakin
bahawa kalau ianya boleh dilaksanakan dengan jayanya dalam PdPc dan pasti akan
menunjukkan hasil yang sama bagi program BNK. Maka, kami membuat keputusan untuk
melaksanakan idea kami ini sebagai projek inovasi bagi internship kali ini. Dalam projek ini,
kami bercadang untuk memasukkan jenis-jenis aktiviti KBAT seperti Round Table, Stay &
Stray, dan Hot Seat.
3. Tema yang telah dipilih bagi projek ini ialah ‘Cita-cita Saya’. Kami juga telah memilih
untuk menjalankan program tersebut dalam bentuk kelompok bimbingan. Hal ini
kemudiannya, kami usulkan kepada pensyarah penyelia kami iaitu Encik Kamil Nasuruddin
bin Darus dan beliau bersetuju dengan usul tersebut. Setelah itu, kami juga turut usulkan
projek ini kepada guru BNK sekolah yang juga guru pembimbing kami iaitu, Puan Mazli binti
Mohd Yusof dan Encik Mohd Syabil Farhan bin Mohd Yousop untuk disesuaikan dengan
program-program Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) yang telah ada dalam takwim
sekolah.
4. Dengan persetujuan pihak UBK sekolah, kami telah menetapkan untuk
melaksanakan projek ini mengikut ketetapan berikut :-
Tarikh : 5 Mac 2019 (Selasa)
Masa : 11.10 pagi-1.10 petang
Tempat : Bilik MMIM SK Minden Height
Sasaran : 25 orang murid Tahun 5 Mutiara (rujuk Lampiran 1)
5. Ahli jawatankuasa pelaksana :
Penaung Puan Salizawati binti Omar
Penyelaras i. Puan Nalina bt Abd Rahman
ii. Encik Abdul Wahab bin Mohamad Shukor
Penasihat iii. Puan Ooi Phaik Kooi
i. Encik Kamil Nasuruddin bin Darus
Pengerusi ii. Puan Mazli binti Mohd.Yusof
Naib Pengerusi Cik Annabel Sherry Sylvester
Setiausaha Cik Rosfinie Suking
Bendahari Cik Rosfinie Suking
Cik Annabel Sherry Sylvester
15
6. Ahli jawatankuasa kerja program :
AJK Persediaan Tempat : Cik Farah Liyana bt Mohd Hasnan
AJK Teknikal : Cik Aidatul Fitriah bt Hilaluddin
AJK Penyampaian Hadiah : Cik Nur Aifaa bt Mohd Ashri
AJK Juru Kamera : Encik Mohd Syabil Farhan bin Mohd. Yousop
7. Berikut adalah tentatif bagi projek yang telah dilaksanakan :-
Masa Aktiviti
11.10 pagi- 11.25 pagi Ketibaan, pendaftaran pelajar, pembahagian
kumpulan, dan taklimat aktiviti.
11.25 pagi- 11.30 pagi Set Induksi
11.30 pagi -11.50 pagi Permulaan: - Pengenalan kepada cita-cita
11.50 pagi -12.10 tengahari - Memikirkan cita-cita
Perkembangan: Perbincangan cara-cara
12.10 tengahari -12.30 mencapai cita-cita (Round Table)
tengahari Stay & Stray (Pembentangan hasil aktiviti Round
12.30 tengahari -12.50 Table)
tengahari Hot Seat (Soal jawab keseluruhan aktiviti)
12.50 tengahari - 1.00 petang
1.00 petang - 1.05 petang Penutup (Refleksi dan rumusan)
1.05 petang – 1.10 petang Penyampaian Hadiah
Sesi bergambar dan bersurai
8. Jadual gerak kerja projek :
Bil. Tarikh Perkara Catatan
1 18.2.2019 (Isnin) Perbincangan mengenai pelaksanaan
projek inovasi internship bersama guru
2 19.2.2019 (Selasa) pembimbing.
Perbincangan mengenai pelaksanaan
3 28.2.2019 (Khamis) projek inovasi internship bersama
pensyarah pembimbing.
Membuat penyelarasan akhir mengenai
perancangan ‘Aktiviti Kelompok
16
Bimbingan Berunsurkan KBAT’ bersama
4 1.3.2019 (Jumaat) guru pembimbing.
5 5.3.2019 (Selasa) Penghantaran kertas kerja bagi ‘Aktiviti
6 6.3.2019 (Rabu) Kelompok Bimbingan Berunsurkan KBAT’
Pelaksanaan ‘Aktiviti Kelompok Bimbingan
Berunsurkan KBAT’
Pelaporan & Penilaian ‘Aktiviti Kelompok
Bimbingan Berunsurkan KBAT’
7 13.3.2019 (Rabu) Laporan penuh projek inovasi internship
dihantar kepada Guru Pembimbing
8 15.3.2019 (Jumaat) Laporan penuh projek inovasi internship
dihantar kepada Unit Praktikum
9 18.3.2019. (Isnin) Laporan penuh projek inovasi internship
dihantar kepada Pensyarah Pembimbing
REFLEKSI
1. Kekuatan projek/aktiviti
Sepanjang proses kami menyiapkan projek ini, terdapat beberapa kekuatan yang
menyumbang kepada kejayaan projek ini. Antaranya ialah kami dapat membudayakan KBAT
yang lazimnya digunakan semasa PdPc ke dalam sebuah program BNK. Hal ini
sememangnya belum lagi pernah dilakukan oleh mana-mana GBK di luar sana. Oleh itu, kami
berdua berpendapat bahawa inilah kekuatan terbesar yang ada pada projek ini. Bukan itu
sahaja, melalui projek kami ini, kami juga dapat menjadi sebuah medium yang dapat memberi
pendedahan dan menggalakkan murid-murid untuk saling berbincang dan mencapai satu kata
sepakat, maju ke hadapan dan membentangkan idea-idea mereka serta bertanyakan
sebarang soalan kepada rakan mereka dan sebagainya. Sebagai contohnya, melalui aktiviti
‘Round Table’, murid-murid didapati saling berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan
lembaran kerja yang telah diberikan. Dalam aktiviti tersebut, murid-murid dapat belajar untuk
menerima dan memberi pendapat sesama ahli bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Melalui aktiviti ‘Stay-Stray’ pula, murid dapat belajar untuk saling berkongsi info-info
dengan rakan-rakan mereka daripada kumpulan yang berlainan. Pembentang dalam
kumpulan tersebut juga dapat mempelajari nilai kepimpinan. Dalam aktiviti ‘Hot Seat’ pula,
murid-murid juga digalakkan untuk mengusulkan soalan-soalan aras tinggi bagi rakan mereka
yang di hadapan. Rakan mereka yang berada di hadapan juga belajar untuk menjawab
17
soalan-soalan aras tinggi. Secara keseluruhannya, projek ini adalah berpusatkan murid
selaras dengan pembelajaran abad ke-21 di mana murid-murid meneroka dan mendapatkan
jalan penyelesaian sendiri dengan hanya bantuan minima daripada GBK.
Seterusnya, di akhir projek ini juga, kami berdua mendapati bahawa murid-murid yang
pada awalnya belum pasti tentang cita-cita mereka kini lebih yakin dengan apa yang mereka
hendak jadi bila mereka besar nanti. Melalui pemerhatian kami, mereka juga didapati berubah
menjadi lebih bermotivasi pada akhir projek tersebut. Mereka kelihatan lebih yakin dengan diri
mereka sendiri dan mereka kelihatan mempunyai matlamat dan betul-betul pasti dengan apa
yang mereka mahukan.
Selanjutnya, antara kekuatan lain bagi projek ini juga ialah sokongan guru-guru di SK
Minden Height yang menjadi rujukan utama kami dalam penyediaan, perancangan dan
pelaksanaan projek inovasi ini. Sokongan utama kami khususnya daripada barisan GBK SK
Minden Height iaitu Puan Mazli binti Mohd Yusof dan Encik Mohd. Syabil Farhan bin Mohd
Yousop yang telah memberi laluan kepada kami untuk mengambil alih slot-slot program BNK
yang sudah tersedia dalam takwim sekolah dan menggantikannya dengan projek inovasi ini.
Selain itu, sokongan daripada pihak pentadbir sekolah juga telah melicinkan perjalanan projek
kami. Di samping itu, bantuan daripada semua rakan-rakan pelajar guru yang lain juga telah
banyak membantu dalam menjayakan projek ini.
2. Kelemahan projek/aktiviti
Terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan sepanjang melaksanakan projek ini.
Antaranya ialah kekangan daripada aspek masa. Projek ini terpaksa dijalankan pada minggu
ketiga dengan menggunakan waktu PdPc murid Tahun 5 Mutiara. SK Minden Height
merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi yang sememangnya penuh dengan aktiviti-
aktiviti serta program-program akademik dan juga bukan akademik. Dalam hal ini, saya dan
juga rakan saya, Rosfinie Suking terpaksa berurusan dengan guru mata pelajaran kelas
tersebut untuk meminta kebenaran bagi mengambil murid-murid berkenaan.
Seterusnya, aspek masa turut menjadi kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan
projek ini. Program ini dijalankan pada dua masa terakhir di sekolah dan hal ini telah
menyebabkan beberapa aktiviti terpaksa dipercepatkan agar semua aktiviti yang dirancang
tetap dapat dilaksanakan. Tempat projek ini dijalankan turut memberi pengaruh kepada
kelancaran projek ini. Bilik tersebut telah tersedia dengan kerusi dan meja bagi 35 orang
murid. Memandangkan kelas Tahun 5 Mutiara hanya mempunyai 25 orang murid, kerusi dan
meja yang berlebihan tersebut telah menjadi pengganggu yang menghadkan pergerakan
murid-murid khususnya semasa aktiviti ‘Stay-Stray’.
18
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Melalui kelemahan-kelemahan yang telah dinyatakan tersebut, beberapa cadangan
penambahbaikan telah dinyatakan dan antaranya ialah dengan memilih ruangan yang lebih
sesuai untuk projek ini dilaksanakan. Tempat tersebut haruslah mempunyai keluasan yang
sesuai dan yang paling penting ianya cukup kondusif untuk aktiviti yang memerlukan banyak
pergerakan dijalankan. Selain daripada dapatan kelemahan yang kami dapati, kami turut
mengambil beberapa langkah dan kaedah lain untuk membuat penilaian terhadap projek ini
bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan dari sudut pandangan murid
dan juga GBK sekolah yang turut ada semasa projek tersebut dijalankan.
Dalam projek ini, kaedah-kaedah yang telah digunakan ialah soal selidik, temu bual
dan juga pemerhatian. Bagi kaedah soal selidik, sebuah borang soal selidik yang
mengandungi 10 item telah diberikan kepada kesemua murid untuk diisi sejurus selepas
program tamat. Borang soal selidik tersebut menilai tiga bahagian dalam keseluruhan
program iaitu bermula dengan penilaian terhadap fasilitator, penilaian pelaksanaan program
dan penilaian keberkesanan program terhadap murid. Item-item tersebut juga menggunakan
4 skala Likert. Skala 1 untuk ‘Sangat Tidak Bersetuju’, skala 2 untuk ‘ Tidak Setuju’, skala 3
untuk ‘Setuju’ dan skala 4 untuk ‘Sangat Setuju’. Selain itu, peserta juga boleh memberi
cadangan penambahbaikan pada ruangan yang disediakan. (rujuk Lampiran 2).
Seterusnya, penggunaan kaedah temu bual juga telah dilaksanakan dengan memilih
GBK sekolah, Puan Mazli binti Yusof sebagai responden. Lima item soalan telah diajukan
kepada beliau untuk melihat keberkesanan program tersebut daripada sudut pandangan
seorang GBK sekolah yang turut berada bersama mengikuti program tersebut sebagai
seorang pemerhati. Contoh-contoh soalan yang telah diberikan ialah ‘Adakah pengisian
program sesuai dengan keperluan murid?’ dan ‘secara keseluruhannya , adakah program ini
berjaya dan bermanfaat?’. Perbualan dalam sesi ini dicatat dan ditranskripkan untuk dijadikan
sebagai sebuah bahan bukti penilaian program.
Akhir sekali, kaedah pemerhatian turut digunakan dengan melihat reaksi murid
sepanjang program berjalan. Selanjutnya, terdapat juga satu bahagian dalam borang soal
selidik yang disediakan di mana peserta diminta untuk menggambarkan perasaan mereka
sepanjang program dijalankan. Sekiranya mereka berpuas hati maka mereka boleh
melukiskan simbol senyum, namun sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan program
tersebut, maka mereka boleh melukiskan simbol sedih.
19
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, projek ini berjalan dengan amat lancar dan boleh dikatakan amat
berjaya walaupun terdapat serba sedikit kelemahan yang dianggap masih boleh
dipertingkatkan lagi. Ianya juga telah mencapai objektif, matlamat dan tujuan yang sudah pun
ditetapkan di awal pelaksanaan projek ini. Projek ini juga telah memberi manfaat kepada saya
di mana saya belajar untuk melaksanakan sesebuah program di sekolah bermula daripada
memikirkan tajuk projek yang sesuai, perancangan projek, membuat perundingan dengan
pihak pentadbir dan juga guru-guru dan akhir sekali pelaksanaan projek tersebut. Hal ini
sememangnya telah sedikit sebanyak memberi saya pendedahan kepada tugas sebenar
seorang GBK di sekolah kelak.
Pengalaman ini juga sememangnya telah banyak mengubah saya secara
keseluruhannya bagi melahirkan sifat untuk sentiasa peka dengan keperluan murid-murid
yang ada di sekolah. Secara keseluruhannya juga, semua pihak yang terlibat dalam projek ini
turut berpuas hati dengan kelancaran projek ini dan pihak GBK sekolah pun mengatakan
bahawa mereka akan menyimpan modul projek ini dan akan laksanakannya pada masa akan
datang.
LAMPIRAN 1
BIL. NAMA
1 AFIFAH MARDHIAH BT MOHAMAD SANUSI
2 AHMAD AFHAM ELLMI BIN ADRIL ELLMI
3 ALYA AFIQAH BT MOHAMMAD KHAIRUL
4 AUNI BALQIS BT MOHD YUSOF
5 AVINESH
6 INTAN QISTINA HANUM BT SYAMSULLIZAMUDDIN
7 KAVEENA ANNAPOORNI PHILIP
8 KEERTHIGHA A/P PUROSHOTHAMAN
9 KEESHANTHBALA A/L BALASUBRAMANIAM
10 MIKHAIL RAYYAN ISKANDAR BIN REMI ISKANDAR
11 MOHAMAD AFIF AIMAN BIN SHER MOHAMAD
12 MUAZ BIN MUZAIDI
13 MUHAMAD JAVID IQBAL BIN MUHAMAD ALI
14 MUHAMMAD DANIEL HAIDAR BIN KHAIDZRUL FIKRIE
15 MUHAMMAD FARISH HAKIMI BIN MOHD HAFIZ
20
16 MUHAMMAD NAUFAL ISKANDAR BIN MUHAMMAD RIZWAN
17 MUHAMMAD RAFIQ BIN ROZAN
18 MUHAMMAD SULAIMAN BIN ISMAIL
19 NUR ADREANA SYAFEA BT MUHAMMAD ZAIDI
20 NUR ALYA ALISYA BT MOHAMAD ZAIDI
21 NURBATRISYA BT MOHAMAD NAIM
22 NURUL SYIFA BT NORHELMI
23 SAH-HAZIM SAH-HADIYATAN
24 SITI RANIA HUMAIRA BT RUZAIMI
25 SYIFA’ BT TAUFIK
LAMPIRAN 2
BORANG SOAL SELIDIK / MAKLUM BALAS PROGRAM
CITA-CITA SAYA : PROGRAM AKTIVITI KELOMPOK BIMBINGAN
BERUNSURKAN KBAT
Tarikh Aktiviti: 5/3/2019
Kelas: 5 MUTIARA
Sangat Tidak Setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju
3 4
12
Sila nyatakan pandangan anda terhadap program yang telah anda ikuti ini dengan menanda
(/) pada ruangan yang sesuai di bawah berpandukan kepada skor di atas.
BIL ITEM 1234
Penilaian Fasilitator
1. Penyampaian yang baik
2. Penggunaan bahan-bahan aktiviti yang berkesan
Penilaian Pelaksanaan Program
3. Suasana tempat program yang selesa
4. Program telah dijalankan dengan lancar
5. Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi adalah sesuai
Penilaian Keberkesanan Program Terhadap Peserta
6. Aktiviti dalam program dapat meningkatkan motivasi saya
21
7. Saya berasa lebih jelas dengan cita-cita saya
8. Melalui program ini, saya dapat menyelesaikan masalah yang
berlaku dalam hidup saya.
9. Saya berpuas hati dengan bahan-bahan yang disediakan dalam
program ini.
10. Saya berpuas hati sepanjang mengikuti program ini.
Ulasan Peserta
Cadangan penambahbaikan:
Reaksi Sepanjang Program
LAMPIRAN 3
KEPUTUSAN PENILAIAN PROGRAM CITA-CITA SAYA : AKTIVITI KELOMPOK
BIMBINGAN BERUNSURKAN KBAT DALAM BENTUK CARTA PAI
BIL ITEM 12 3 4
Penilaian Fasilitator
5 20
1. Penyampaian yang baik 9 16
2. Penggunaan bahan-bahan aktiviti yang berkesan
Penilaian Pelaksanaan Program
3. Suasana tempat program yang selesa 4 21
4. Program telah dijalankan dengan lancar 4 21
5. Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi adalah sesuai 10 15
Penilaian Keberkesanan Program Terhadap Peserta
22
6. Aktiviti dalam program dapat meningkatkan motivasi saya 1 2 22
7. Saya berasa lebih jelas dengan cita-cita saya 1 2 22
8. Melalui program ini, saya dapat menyelesaikan masalah yang
9 16
berlaku dalam hidup saya.
9. Saya berpuas hati dengan bahan-bahan yang disediakan 11 14
dalam program ini. 6 19
10. Saya berpuas hati sepanjang mengikuti program ini.
LAMPIRAN 4
KEPUTUSAN PENILAIAN PROGRAM CITA-CITA SAYA : AKTIVITI KELOMPOK
BIMBINGAN BERUNSURKAN KBAT DALAM BENTUK CARTA PAI
Penilaian Penceramah
28%
72%
Sangat Setuju Setuju
Rajah 1 : Peratusan bagi penilaian pensyarah
23
Pelaksanaan Kursus
24%
76%
Sangat Setuju Setuju
Rajah 2 : Peratusan bagi pelaksanaan kursus
Keberkesanan Program Terhadap Peserta
1.6%
24%
74.4%
Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju
Rajah 3 : Peratusan bagi keberkesanan program terhadap peserta
24
SECRET NATURE
NAMA PELAJAR : DEWI SYAHIRAH BT ASGAMI
PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2015
NAMA SEKOLAH : SK SUNGAI ARA, BAYAN LEPAS. PULAU PINANG
NAMA PROJEK : PROJEK INOVASI SECRET NATURE
TEMPOH PELAKSANAAN : 18 FEBRUARI 2019 – 15 MAC 2019
OBJEKTIF:
Pelaksanaan Projek Inovasi Secret Nature ini adalah berdasarkan beberapa objektif
antaranya ialah:
1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan
murid-murid.
2. Memupuk sikap keusahawanan dalam diri murid seiring dengan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menyalurkan idea kreatif dan inovatif
melalui aktiviti yang disertai.
PENGENALAN
Semasa menjalankan Internship, kami pelajar guru PISMP Ambilan Jun 2015 telah diarahkan
untuk melaksanakan satu program atau projek yang mempunyai unsur inovasi mengikut
subjek major masing-masing. Sehubungan itu, semasa menjalankan Internship di Sekolah
Kebangsaan Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang kami seramai empat orang pelajar guru
major Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan satu projek inovasi yang merangkumi
bidang pembangunan diri murid. Pemilihan projek berteraskan bidang ini adalah disebabkan
pembangunan diri murid yang diperhatikan di sekolah ini tidak memberangsangkan
terutamanya melibatkan kesedaran untuk menjaga kebersihan dan persekitaran sekolah.
Justeru, projek ini telah dipilih untuk dilaksanakan dalam tempoh menjalankan Internship
bermula dari pengumpulan sisa makanan di kantin sekolah untuk dijadikan baja kompos.
Pengumpulan sisa makanan ini adalah bertujuan untuk melatih murid-murid untuk menjaga
kebersihan kantin sekolah terutamanya selepas waktu rehat dan memberi pendedahan
kepada murid-murid tentang kegunaan sisa makanan yang tidak digunakan untuk kegunaan
seharian agar tidak dibazirkan.
Kesinambungan daripada penyediaan baja kompos daripada sisa makanan tersebut,
satu taman yang diberi nama Taman Secret Nature telah dibina dengan menggunakan bahan
kitar semula untuk menanam sayur-sayuran dan membaja sayur-sayuran tersebut
menggunakan baja kompos yang telah disediakan. Pelaksanaan projek ini juga telah
25
melibatkan 42 orang murid tahap dua yang dipilih untuk menjadi Green Ranger serta
menjalankan tugas-tugas tertentu semasa projek dijalankan. Antaranya mengumpul sisa
makanan menggunakan bekas yang disediakan, menyiapkan tapak projek serta menanam
dan menyiram sayuran mengikut jadual yang disediakan. Pemilihan Green Ranger ini juga
masih menitikberatkan bidang pembangunan diri kerana murid-murid yang dipilih ini adalah
dalam kalangan murid-murid yang tidak berpeluang menyandang jawatan tertentu di sekolah
seperti Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya atau Pengawas Pusat Sumber
dengan tujuan untuk melatih dan memupuk sikap kepimpinan dalam diri mereka.
STRATEGI PELAKSANAAN
Beberapa strategi pelaksanaan projek telah dilakukan mengikut jadual yang teratur dalam
memastikan projek ini berjalan dengan lancar serta dapat mencapai objektif-objektif yang
telah ditetapkan. Strategi pelaksanaan bermula dari melakukan perbincangan mengenai
pelaksanaan projek bersama rakan-rakan yang lain. Perbincangan ini meliputi aspek
pemilihan projek yang dianggap bersesuaian sebagai projek inovasi serta melakukan
perbincangan untuk membuat pemurnian setelah menetapkan projek yang akan dilaksanakan
dalam tempoh Internship. Perlantikan jawatankuasa dalam kalangan rakan-rakan juga telah
dilakukan dengan menetapkan beberapa jawatan penting antaranya Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari Jurugambar, AJK peralatan, AJK Publisiti dan AJK
dokumentasi. Perlantikan ini adalah bertujuan untuk memastikan semua kerja dapat
dilaksanakan dengan baik mengikut bidang tugas masing-masing. Selain itu, dalam
perbincangan ini anggaran perbelanjaan turut dibincangkan untuk memastikan kos dan
sumber kewangan yang diperlukan semasa menjalankan projek ini.
Seterusnya, strategi pelaksanaan diteruskan dengan menyediakan kertas cadangan
untuk membuat kerangka idea tentang projek yang akan dilaksanakan. Kertas cadangan
tersebut telah ditunjukkan kepada guru pembimbing untuk membuat penambahbaikan serta
penambahan idea untuk memurnikan lagi projek yang akan dijalankan. Beberapa idea
daripada guru pembimbing juga telah digunakan untuk menaiktarafkan lagi idea sedia ada
yang telah kami bincangkan sebelum ini. Perbincangan bersama pensyarah penyelia turut
dilakukan untuk mendapatkan beberapa nasihat dan cadangan tentang kertas cadangan yang
disediakan. Perbincangan tersebut membuahkan hasil yang baik kerana pensyarah sangat
bersetuju dengan projek yang akan dilaksanakan tetapi perlu menambahbaik beberapa aspek
seperti tempoh pelaksanaan, objektif yang ditetapkan serta memperincikan lagi aspek
anggaran perbelanjaan dan sumber kewangan.
Setelah melakukan perbincangan bersama guru pembimbing dan pensyarah penyelia,
kami telah bekerjasama untuk menyediakan satu kertas cadangan untuk projek yang akan
26
dilaksanakan mengikut skop-skop yang ditekankan dalam kertas cadangan sebelum ini tetapi
mengambil kira penambahbaikan yang telah disarankan. Apabila kertas cadangan tersebut
telah siap, kami telah membentangkan kertas cadangan tersebut kepada pihak pentadbir iaitu
kepada Guru Besar sekolah untuk mendapat kelulusan untuk menjalankan projek. Guru Besar
bersetuju untuk membenarkan dan memberi kelulusan agar projek ini dijalankan di sekolah
kerana mendatangkan banyak manfaat terutamanya kepada murid-murid. Menurutnya lagi
projek ini sesuai dilaksanakan bukan sahaja untuk meningkatkan skop pembangunan diri
murid tetapi juga menyokong beberapa dasar pendidikan yang ditekankan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Oleh kerana projek ini telah mendapat kelulusan, maka strategi yang dilakukan adalah
bermula dengan mengumpul sisa makanan menggunakan bekas khas yang disediakan
menggunakan bahan kitar semula di kantin sekolah untuk dijadikan baja kompos. Aktiviti
diteruskan dengan melawat ke kawasan tapak projek untuk meninjau suasana persekitaran
tapak projek sebelum membuat lakaran pelan untuk projek yang akan dijalankan. Setelah itu,
perbincangan mengenai pelan susunan penanaman pokok telah dilakukan bersama rakan-
rakan yang lain dengan mengambil kira saiz tapak dan jenis sayuran yang akan ditanam.
Pemilihan bahan untuk menyiapkan tapak projek juga telah ditetapkan selepas pelan
disediakan iaitu dengan menggunakan bekas botol minuman, tayar terbuang dan bata-bata
rosak yang terdapat di kawasan sekolah.
Selain itu, oleh kerana projek ini menekankan tentang penglibatan aktif murid
bertujuan untuk melatih sikap kepimpinan mereka maka pemilihan Green Ranger telah
dilakukan. Pemilihan ini difokuskan kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 seramai dua orang
untuk setiap kelas yang tidak mempunyai jawatan khas di sekolah tetapi menunjukkan
kesungguhan untuk menjalankan tugas dan amanah dengan baik. Pemilihan Green Ranger
ini juga tidak terhad kepada jantina tertentu tetapi terbuka kepada mana-mana jantina selagi
memenuhi kriteria yang ditetapkan. Selepas pemilihan Green Ranger berakhir, perjumpaan
bersama murid-murid ini telah dilakukan untuk memberikan taklimat berkaitan dengan tugas-
tugas yang akan mereka lakukan sebagai Green Ranger dan matlamat penglibatan mereka
iaitu menarik lebih ramai murid-murid untuk menjaga kebersihan sekolah serta mencintai alam
sekitar untuk mengekalkan kelestarian sekolah. Perjumpaan bersama Green Ranger ini juga
dimanfaatkan dengan menerangkan tentang peranan mereka semasa Majlis Perasmian yang
akan diadakan pada minggu berikutnya.
Strategi pelaksanaan projek ini diteruskan lagi dengan mengadakan Majlis Perasmian
Projek Inovasi Secret Nature yang telah dirasmikan oleh guru besar sekolah. Dalam majlis ini
perlantikan rasmi Green Ranger turut dilakukan sebagai simbolik bermulanya tugas-tugas
mereka dalam projek ini. Selepas majlis perasmian selesai, aktiviti penanaman pokok sayuran
27
telah dilakukan dengan melibatkan kerjasama daripada pihak pentadbir dan murid-murid.
Tambahan pula, projek ini berterusan selama seminggu untuk aktiviti menanam sayuran,
menyiapkan tapak projek yang belum siap sepenuhnya serta mengecat bahan-bahan kitar
semula yang digunakan untuk tujuan mencantikkan lagi tapak projek. Namun begitu,
pelaksanaan projek ini tidak berakhir di situ kerana pemantauan tugas-tugas Green Ranger
telah dilakukan untuk memastikan mereka meneruskan aktiviti yang telah dirancang dengan
berkesan mengikut jadual yang telah disediakan.
REFLEKSI
1. Kekuatan projek/aktiviti
Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti semasa pelaksanaan projek ini ialah dari aspek
kerjasama antara rakan-rakan pelajar guru untuk memastikan projek yang dirancang dapat
direalisasikan dengan berkesan. Oleh kerana pelajar guru major Bimbingan Kaunseling yang
menjalankan Internship di sekolah ini adalah seramai empat orang, maka kami tidak berdepan
masalah pembahagian tugas secara adil untuk projek yang dilaksanakan. Hal ini kerana
semua pelajar guru menjalankan tugas dengan baik serta penuh toleransi mengikut skop
tugas masing-masing dan mengamalkan sikap ringan tangan untuk membantu rakan-rakan
lain walaupun tugas tersebut bukan dalam bidang tugasnya. Sebagai contoh bekerjasama
dalam menyiapkan kertas cadangan walaupun tugas hakiki untuk menyiapkan kertas
cadangan ini merupakan tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiausaha. Kerjasama yang
ditunjukkan ini bukan sahaja membantu dalam menyiapkan projek mengikut tempoh
perancangan yang ditetapkan tetapi juga mampu meringankan beban rakan-rakan yang lain.
Selain itu, kekuatan lain yang dapat dikenalpasti adalah dari aspek hubungan baik dan
kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbiran, guru-guru dan murid-murid membantu
dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya. Antara bentuk kerjasama yang diberikan oleh
pihak pentadbir adalah dari aspek sokongan dan dorongan untuk memastikan projek ini
dilaksanakan dengan baik serta memberikan sumber kewangan dalam memastikan bahan-
bahan yang diperlukan dapat diperolehi tanpa perlu berdepan dengan masalah kewangan.
Guru-guru juga memberi kerjasama yang baik kerana membenarkan murid-murid yang terlibat
sebagai Green Ranger untuk turut serta dalam pelaksanaan projek ini walaupun ada kalanya
mereka terpaksa masuk lambat ke kelas kerana menjalankan tugas-tugas di Taman Secret
Nature. Kerjasama yang diberikan oleh murid-murid pula adalah dari aspek kesudian
menyumbangkan bahan terpakai seperti botol untuk kegunaan pembinaan tapak projek.
28
2. Kelemahan projek/aktiviti
Terdapat beberapa kelemahan sepanjang pengendalian projek ini, antaranya adalah yang
melibatkan tugas-tugas sebagai Green Ranger. Oleh kerana murid-murid yang dipilih ini
adalah dalam kalangan murid yang kurang dari aspek pembangunan diri, maka masalah
seperti sukar mematuhi jadual waktu tugas sering berlaku. Masalah ini telah berlaku diawal
penglibatan Green Ranger dalam projek ini kerana mereka belum terbiasa untuk mengikuti
jadual waktu tugas yang disediakan kerana kurang peka dan tidak mempunyai pengalaman
menjalankan tugas-tugas tertentu di sekolah. Masalah tidak menjalankan tugas ini juga bukan
hanya berlaku disebabkan kesukaran mengikuti jadual tetapi juga disebabkan oleh masalah
kehadiran mereka ke sekolah. Ini telah menyebabkan rakan-rakan lain yang tidak dijadualkan
untuk bertugas pada hari tersebut perlu menjalankan tugas rakannya untuk memastikan
kawasan taman sentiasa terjaga.
Tambahan pula, kelemahan yang berlaku juga adalah dari aspek kawalan yang kurang
di kawasan tapak projek. Kawalan yang kurang ini menyebabkan murid-murid telah memasuki
kawasan tapak sesuka hati. Murid-murid yang terlibat adalah majoritinya dalam kalangan
murid-murid tahap 1 kerana mereka sering berlari-lari di kawasan tapak projek. Perkara ini
berlaku disebabkan oleh tapak projek sebelum ini merupakan kawasan lapang yang
digunakan oleh murid-murid untuk bermain sementara menunggu waktu pulang. Oleh kerana
ketiadaan pagar di kawasan tapak projek murid-murid menganggap tiada halangan untuk
mereka memasuki tapak projek serta bermain-main di kawasan tersebut walaupun beberapa
jenis sayuran telah ditanam di situ. Ini telah menyebabkan kawasan projek sering mengalami
masalah seperti tanaman dipijak dan batas yang dibuat menggunakan botol sering dicabut
oleh murid-murid sesuka hati.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi masalah kesukaran Green Ranger untuk mematuhi jadual tugas yang
disediakan adalah dengan cara melaksanakan kaedah ganjaran dan dendaan kepada murid-
murid ini untuk memastikan mereka menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh.
Kaedah ganjaran boleh dilakukan dengan cara menetapkan ganjaran yang akan mereka
perolehi sekiranya mereka dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan
mengikut jadual yang ditetapkan. Antara bentuk ganjaran adalah seperti pemberian sijil atau
hadiah untuk menaikkan lagi semangat Green Ranger semasa menjalankan tugas. Namun
kaedah dendaan juga boleh dilaksanakan dengan cara melucutkan jawatan Green Ranger
yang tidak menjalankan tugas dengan baik serta menggantikan jawatannya dengan murid lain
yang lebih bertanggungjawab. Melalui kaedah ini murid-murid akan lebih terdorong untuk
melaksanakan tugas dan amanah dengan baik sebagai Green Ranger.
29
Selain itu, bagi isu masalah kurangnya kawalan tapak projek boleh diatasi dengan cara
memberi amaran secara lisan kepada murid-murid yang sering bermain dan memusnahkan
tanaman di tapak projek. Amaran lisan ini perlu diberikan secara langsung kepada murid-
murid yang terlibat agar mereka dapat menyedari bahawa tindakan mereka bermain di
kawasan tapak projek adalah salah. Peringatan lisan juga boleh diberikan kepada murid-murid
lain sebagai langkah pencegahan iaitu dengan cara memberi peringatan kepada semua murid
semasa perhimpunan sekolah untuk mengingatkan mereka agar tidak menjadikan tapak
projek sebagai kawasan untuk bermain-main. Kaedah lain yang boleh dilakukan adalah
dengan mewujudkan pagar dan papan tanda larangan masuk kepada murid-murid kecuali
bagi murid-murid yang ingin melawat tapak projek untuk tujuan yang baik untuk memastikan
kawasan tapak projek sentiasa terjaga dan tanaman yang ditanam dapat tumbuh dengan
subur. Melalui cara ini kepekaan murid-murid untuk tidak mengganggu kawasan tapak projek
dapat dipupuk dan masalah kawalan ini tidak akan berlaku lagi pada masa-masa yang akan
datang.
KESIMPULAN
Pelaksanaan Projek Inovasi Secret Nature ini sememangnya memberi banyak manfaat
kepada sekolah dan kepada murid-murid. Ini dapat dinilai daripada penilaian keberkesanan
pelaksanaan projek yang menggunakan instrumen soal selidik, pemerhatian dan temubual
bersama guru-guru. Selepas projek ini dilaksanakan, masalah pengurusan sisa makanan di
kantin sekolah semakin berkurang kerana murid-murid mula sedar tentang kepentingan
menguruskan sisa makanan dengan betul. Dari aspek sikap kepimpinan Green Ranger pula
walaupun pada awal penubuhan Green Ranger pelbagai masalah yang timbul namun
masalah tersebut dapat diatasi dengan segera mengikut cadangan penambahbaikan yang
telah diberikan. Justeru, pelaksanaan projek inovasi ini sememangnya meningkatkan skop
pembangunan diri melalui aktiviti-aktiviti yang diterapkan secara langsung dalam projek ini.
Oleh itu, projek ini perlu diteruskan oleh pihak sekolah untuk memastikan murid-murid
khasnya mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek ini dapat dikekalkan dalam tempoh
yang lebih lama.
30
SECRET NATURE
NAMA PELAJAR : HARRY JADE VICTOR
PROGRAM : PISMP
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEB. SUNGAI ARA, PULAU PINANG
NAMA PROJEK / AKTIVITI : PROJEK INOVASI SECRET NATURE
TEMPOH PELAKSANAAN : 18 FEBRUARI 2019 – 15 MAC 2019
OBJEKTIF:
Objektif projek ini (Projek Inovasi “Secret Nature”) ialah :
1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam
kalangan murid-murid.
2. Memupuk sikap keusahawanan dalam diri murid seiring dengan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menyalurkan idea kreatif dan inovatif
melalui aktiviti yang disertai
PENGENALAN
Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Saya telah
menjalani sesi internship di sekolah asal saya menjalani sesi praktikum fasa 2 dahulu iaitu di
Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, Pulau Pinang. Dalam tempoh saya menjalani sesi
internship di sekolah tersebut, saya dikehendaki untuk merancang, melaksana dan menilai
projek inovasi yang berkaitan dengan kursus major saya iaitu Bimbingan dan Kaunseling (SK).
Seperti yang kita sedia maklum, dalam bimbingan dan kaunseling di sekolah, biasanya ia lebih
terarah kepada beberapa bidang seperti pelaksanaan sesi (kaunseling individu, kaunseling
kelompok), bimbingan kelas, pengurusan serta pelaksanaan program bimbingan dan
kaunseling (tidak ada sesi PdPc dengan murid. Hanya fokus terhadap aktiviti bimbingan dan
kaunseling). Saya telah memilih untuk melaksanakan projek inovasi ke atas bidang
pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. Pada peringkat ini, saya perlu menunjukkan
daya kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan program di sekolah.
Pada dasarnya, internship merupakan suatu program latihan kepada pelajar guru yang
bertujuan untuk memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan kompetensi diri,
keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepimpinan serta memupuk nilai
profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi. Sehubungan dengan itu,
saya telah memilih untuk melaksanakan satu projek inovasi bimbingan dan kaunseling di
sekolah yang berkaitan dengan bidang pembangunan diri murid yang bertajuk Projek Inovasi
31
“Secret Nature” ke atas murid tahap dua. Pemilihan bidang ini adalah berdasarkan kepada
keperluan pembangunan sahsiah murid dari aspek kebertanggungjawaban terhadap
kebersihan persekitaran sekolah serta memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar.
STRATEGI PELAKSANAAN
Dengan merujuk kepada lampiran 2 : jadual perjumpaan/perbincangan pelaksanaan projek,
dapatlah saya nyatakan bahawa terdapat tiga peringkat utama yang telah dilalui dalam usaha
ke arah pelaksanaan projek saya ini (Projek Inovasi “Secret Nature”).
Antara tiga peringkat strategi pelaksanaan tersebut ialah :
1. Peringkat sebelum pelaksanaan projek
2. Peringkat semasa pelaksanaan projek
3. Peringkat selepas pelaksanaan projek.
1. Peringkat sebelum pelaksanaan projek
Strategi pelaksanaan di peringkat sebelum ini merujuk kepada sebelum projek saya iaitu
Projek Inovasi “Secret Nature” dilancarkan dan dijalankan di sekolah. Memandangkan projek
yang dirancang boleh dilaksanakan secara berkumpulan (penulisan laporan secara individu),
maka projek yang dilaksanakan ini telah saya laksanakan secara berkumpulan bersama
dengan tiga orang rakan (opsyen bimbingan dan kaunseling) yang berinternship di sekolah
ini.
Dengan merujuk kepada lampiran 2 – jadual perjumpaan/perbincangan pelaksanaan
projek : minggu pertama berinternship, pada tarikh 18 Februari 2019 iaitu bersamaan dengan
hari Isnin, saya bersama dengan tiga orang rakan seprofesion yang menjalani internship telah
berjumpa dengan pihak sekolah dan guru pembimbing iaitu Pn Siti Aminah Bt Mohd Noor bagi
membincangkan status dan tema projek yang akan dilaksanakan iaitu bertemakan
pembangunan diri murid. Gambaran kasar pelaksanaan projek ini mendapat sambutan yang
tinggi daripada pihak sekolah lebih lebih lagi daripada Unit Kokurikulum sekolah kerana pihak
sekolah juga bercadang untuk melaksanakan projek yang sama.
Seterusnya, pada 20 Februari 2019 (Rabu) sehingga 25 Februari 2019 (Isnin), saya
bersama dengan tiga orang rakan seprofesion yang menjalani internship di sekolah ini telah
mengadakan perbincangan dalam penghasilan dan penulisan kertas kerja projek. Banyak
aspek yang telah kami bincangkan dalam penulisan kertas kerja projek tersebut. Antaranya
ialah dari segi penetapan tajuk, penetapan matlamat dan objektif projek, penetapan kumpulan
sasaran projek serta jumlah anggaran kos yang terlibat dalam pelaksanaan projek. Setelah
menjalani perbincangan yang agak panjang, akhirnya kami telah berjaya mencapai kata
32
sepakat dan berjaya menyempurnakan kertas kerja projek tersebut dengan tajuk utama projek
iaitu Projek Inovasi “Secret Nature” di bawah tema pembangunan diri murid yang mencakupi
kumpulan sasaran yang terdiri daripada murid tahap dua (tahun 4, tahun 5 dan tahun 6).
Setelah itu, pada minggu kedua berinternship iaitu pada 26 Februari 2019 (Selasa),
saya bersama dengan rakan seprofesion yang berinternship ini telah berjumpa dengan guru
besar sekolah iaitu En Muhammad Dzulkifli Bin Sha’aban bagi tujuan mendapat pengesahan
kertas kerja projek yang dihasilkan seterusnya mendapatkan kelulusan pelaksanaan projek
yang dirancang secara rasminya di sekolah. Hasil daripada perjumpaan dengan guru besar
sekolah, kertas kerja projek yang dihasilkan ini mendapat sedikit pemurnian dari aspek objektif
di mana guru besar sekolah mahukan projek yang dilaksanakan benar-benar berpusatkan
murid dan tidak hanya berpusatkan kepada guru semata-mata. Setelah pembetulan dibuat ke
atas objektif kertas kerja yang dihasilkan (pemurnian objektif kertas kerja adalah dengan
berdasarkan kepada hasil perbincangan dengan guru besar sekolah), akhirnya kami telah
mendapat pengesahan kertas kerja projek serta turut mendapat kebenaran untuk
melaksanakan projek secara rasminya di sekolah.
Dengan mendapat kelulusan secara rasmi daripada pihak sekolah untuk menjalankan
projek ini, pada 27 Februari 2019 (Rabu) saya dengan tiga orang rakan seprofesion yang
berinternship di sekolah ini telah memulakan proses pecah tanah terlebih dahulu di kawasan
lokasi projek ingin dijalankan iaitu di kawasan lapang tepi bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling
sekolah. Proses pecah tanah bagi tujuan pembangunan projek inovasi yang dilaksanakan ini
mengambil masa kira-kira seminggu iaitu bermula daripada kertas kerja projek diluluskan
sehinggalah 1 Mac 2019 (Jumaat). AJK projek yang terdiri daripada murid sasaran juga
dilantik namun belum secara rasmi lagi. Setelah tempoh seminggu melaksanakan proses
pecah tanah dalam minggu kedua berinternship, akhirnya projek kami telah dilancarkan pada
4 Mac 2019 (Isnin) di minggu ketiga berinternship. Pelancaran ini dilakukan semasa hari
perhimpunan rasmi sekolah. Dengan pelancaran dan perasmian projek oleh guru besar
sekolah bersama dengan pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang iaitu Dr Khoo Bee Lee, maka bermulalah episod perlaksanaan projek
ke arah yang lebih komprehensif lagi.
2. Peringkat semasa pelaksanaan projek
Di peringkat ini, ia bermula sebaik sahaja projek yang dirancang dan dikelolakan dilancarkan
dan dirasmikan oleh guru besar dan semua warga Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, Pulau
Pinang beserta pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang dalam perhimpunan rasmi sekolah pada 4 Mac 2019 (Isnin). Sebaik projek
33
dilancarkan, yang pertama sekali, saya dan tiga orang rakan yang lain lakukan ialah dengan
melantik ahli jawatankuasa “Green Rangers” projek secara rasmi. Sememangnya, AJK
“Green Rangers” ini sudah pun dilantik sejak dari awal lagi namun tidak secara rasmi dan
menyeluruh. AJK “Green Rangers” yang dilantik secara rasmi ini meliputi murid kumpulan
sasaran (murid tahap dua) yang terdiri daripada dua orang wakil bagi setiap kelas. Amnya,
AJK “Green Rangers” yang dilantik ini adalah bagi tujuan membantu kami untuk mengurus,
mengelola dan mengendalikan projek yang dilaksanakan serta mengetuai murid-murid lain
untuk menjalankan projek yang kami laksanakan. Dalam erti kata yang mudah, sebaik AJK
“Green Rangers” ini dilantik, tugas kami sebagai perancang dan pengelola projek hanyalah
sebagai fasilitator (pembimbing) manakala AJK “Green Rangers” yang dilantik bersama
dengan murid lain berperanan sebagai pelaksana sepenuhnya kepada projek yang
dijalankan.
Setelah AJK “Green Rangers” dilantik, mereka diberi taklimat mengenai tugas,
peranan dan tanggungjawab mereka selaku ketua pelaksana projek (rujuk lampiran 3,4,5)
seterusnya, mereka (dengan bantuan kami sebagai fasilitator) diminta untuk menyebarkan
maklumat kepada semua murid tahap dua sekolah untuk membawa dan memberikan
sekurang-kurangnya satu botol terpakai kepada AJK “Green Rangers” dan kami (fasilitator)
dalam pelaksanaan projek pada keesokan harinya bagi tujuan pengurusan dan pengelolaan
projek. Botol-botol terpakai ini digunakan bagi tujuan memurnikan tapak projek.
Sebagai makluman, projek yang dilaksanakan ini ialah dengan menggalakkan murid
sasaran (murid tahap dua) untuk menggunakan sisa makanan mereka selepas rehat
seterusnya menghasilkan baja kompos bagi tujuan penanaman tumbuh-tumbuhan di
kawasan tapak projek (tapak projek yang telah dihasilkan meliputi batas yang dibuat semasa
aktiviti pecah tanah). Jesteru itu, botol-botol terpakai digunakan bagi membentuk pembatas
kepada batas yang dibuat pada tapak projek tersebut.Setelah itu, AJK “Green Rangers”
bersama dengan kami (sebagai fasilitator/pembimbing) menggunakan botol terpakai yang
diberikan oleh murid tahap dua yang lain untuk menghasilkan bekas tempat pengumpulan
sisa makanan murid di kantin. Bekas yang dihasilkan ini seterusnya diletakkan di beberapa
sudut di kawasan kantin sekolah bagi memudahkan murid-murid untuk meletakkan sisa
makanan ke dalam bekas yang disediakan tersebut (semasa penyediaan dan peletakan
bekas tersebut di kawasan kantin sekolah, pengumuman sudah pun dibuat kepada seluruh
murid-murid tahap dua untuk meletakkan sisa makanan mereka selepas makan ke dalam
bekas tersebut).
Selepas proses menggumpul sisa makanan tersebut, AJK “Green Rangers”, kami
(pembimbing murid) bersama dengan beberapa murid tahap dua yang lain, dengan
kebenaran guru yang mengajar murid pada masa tersebut mula menghasilkan baja kompos
34
menggunakan sisa makanan yang dikumpul (baja kompos dihasilkan dengan mencampurkan
sisa makanan dengan tanah). Baja kompos yang dihasilkan seterusnya diletakkan pada batas
tapak projek. Setelah itu, kami dan murid-murid sasaran pun mulalah menyemai benih sayur-
sayuran ke atas batas yang bercampur dengan baja kompos sisa makanan murid yang
dihasilkan. Antara benih tumbuhan yang disemai bersama dengan murid-murid sasaran ialah
lada, sayur kangkung dan juga sayur sawi.
Walaupun projek ini boleh dikira sebagai sudah dianggap selesai namun, ia masih
berterusan bagi mencapai objektif projek iaitu pembangunan diri murid. Selepas benih
disemai, murid sasaran seterusnya diberikan tugasan untuk menjaga seperti (membersihkan,
menyiram) tumbuh-tumbuhan yang telah mereka semai mengikut jadual bertugas yang
diberikan (rujuk lampiran 3,4,5).
Selain itu, dengan peranan AJK “Green Rangers” yang telah dilantik bagi memimpin
murid tahap dua yang lain, mereka masih mengekalkan tindakan yang telah dilakukan sejak
dari awal iaitu mengumpul sisa makanan selepas makan di kantin sekolah seterusnya
meletakkannya di batas tapak projek sebagai baja kompos kepada benih yang ditanam oleh
mereka sendiri. Amnya, segala tindakan daripada mereka ini adalah bagi tujuan untuk
memupuk kesedaran dalam kalangan mereka dalam penjagaan kebersihan, memberi celik
akal kepada murid bahawa mereka juga boleh menyumbang dalam pembangunan lestari
alam sekitar, memberi mereka input baru bahawa dalam kehidupan atau rutin seharian tidak
semua benda terbuang akan menjadi bahan buangan tetapi boleh dikitar semula untuk
menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat, memupuk rasa bertanggungjawab
murid dalam menjaga kebersihan diri dan persekitaran serta memupuk sikap kerajinan dan
bekerjasama dalam kalangan murid.
3. Peringkat selepas pelaksanaan projek
Pada 11 Mac 2019 (Isnin) bersamaan dengan minggu keempat (minggu terakhir menjalani
sesi internship di sekolah), pelaksanaan projek telah mencapai ke penghujungnya. Namun
begitu, masih terdapat beberapa tindakan dan aspek yang diambil kira selepas daripada
pelaksanaan projek ini. Antara tindakan yang telah diambil ialah dengan membuat penilaian
ke atas projek yang telah dilaksanakan. Penilaian ini dibuat ke atas murid sasaran dan juga
guru sekolah murid. Jesteru itu, satu set penilaian telah dijalankan dengan menggunakan tiga
kaedah penilaian iaitu soal selidik, pemerhatian dan juga temu bual. Set soal selidik
mengandungi 10 item yang menilai 3 bidang konstruk murid iaitu kesedaran diri, sikap dan
tingkah laku dan bidang kepimpinan.
35
Bagi kaedah pemerhatian pula, 5 aspek diberi perhatian dan kesemua aspek ini
merujuk kepada pembangunan diri murid selepas daripada melibatkan diri dalam projek. Bagi
temu bual pula, ia ditujukan kepada guru sekolah dan murid serta masing-masing mempunyai
3 soalan temu bual yang utama. Selepas penilaian dibuat, seterusnya analisis ke atas hasil
tiga instrumen yang digunakan dalam penilaian telah dilaksanakan (rujuk lampiran 6 : hasil
analisis tiga instrumen penilaian projek). Dengan merujuk kepada hasil analisis penilaian
dengan menggunakan tiga instrumen penilaian di lampiran 6, dapatlah disimpulkan bahawa
projek yang dilancarkan telah memberi implikasi yang memberansangkan lebih-lebih lagi
mencapai objektif projek. Buktinya, dalam analisis keseluruhan soal selidik ke atas murid,
rata-rata memberikan skala yang tinggi dalam penilaian tiga bidang konstruk yang dinilai.
Begitu juga dengan hasil analisis hasil pemerhatian ke atas murid.
Kelima-lima aspek yang diberi perhatian dalam penilaian terhadap murid telah dicapai
oleh murid. Kedua-dua hasil analisis instrumen penilaian ke atas projek yang dilaksanakan ini
dikuatkan lagi dengan hasil temu bual dengan guru dan murid. Melalui temu bual, saya dan
rakan yang melaksanakan projek ini mendapat maklum balas secara terus daripada
responden sasaran. Jelas dan nyata, jawapan daripada responden ini menjadi satu bukti
kukuh yang membuktikan bahawa projek yang dilaksanakan benarbenar mencapai objektif
pelaksanaannya (rujuk lampiran 6). Secara keseluruhan selepas daripada pelaksanaan projek
ini, saya mengambil tindakan untuk memberi taklimat akhir kepada murid sasaran bagi
memastikan murid sasaran sentiasa menjalankan dan meneruskan tanggungjawab mereka
sebagai pelaksana program iaitu menjaga dan memastikan kebersihan projek yang
dilaksanakan walaupun saya dan rakan-rakan seprofesion sudah menamatkan sesi internship
di sekolah.
REFLEKSI
1. Kekuatan projek/aktiviti
Kekuatan projek yang dilaksanakan ini ialah kepada diri saya sendiri, saya telah dapat
mengetahui dan mempelajari tugas sebagai seorang guru bukanlah suatu kerja yang mudah.
Saya telah mendapat banyak pengalaman seperti aspek pengurusan organisasi. Bukan
mudah mengurus gerak kerja sesebuah organisasi yang melibatkan penglibatan ahli yang
ramai. Saya juga telah mempelajari cara dan prosedur yang betul untuk melaksanakan
sesuatu projek dimana saya telah mendapat celik akal bahawa untuk melaksanakan sesuatu
projek atau program di sekolah, ia tidak boleh dilakukan secara suka hati tanpa mendapat
kelulusan dan kebenaran daripada pihak atasan.
36
Selain itu, saya juga telah mempelajari erti nilai sikap bertanggungjawab dan juga
semangat kerjasama dalam pengurusan sesuatu organisasi atau projek. Sepertimana yang
sedia maklum, projek ini dilaksanakan secara berkumpulan dan dalam projek yang
dilaksanakan juga, saya telah memegang jawatan sebagai bendahari. Adalah bukan mudah
dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab tersebut lebih-lebih lagi ia sangat
memerlukan sifat rasional dan keterbukaan dalam pelaksanaan tugasan dan peranan yang
melibatkan ahli kumpulan lain. Jesteru itu, melalui projek ini, ia bukan sahaja telah mengajar
saya erti sikap kerjasama tetapi juga mengajar saya untuk lebih bersifat terbuka dan bersabar
dalam sebarang perbincangan idea di samping meningkatkan komunikasi antara saya dan
rakan yang menjalankan projek ini serta dengan seluruh warga sekolah khususnya.
Kekuatan daripada pelaksanaan projek ini pula (Projek Inovasi “Secret Nature”) ialah
melalui projek yang dilaksanakan ini ia dilihat telah mencapai objektif utama pelaksanaan
projek iaitu pembangunan diri murid. Selepas daripada pelaksanaan projek, didapati bahawa
murid mula mendapat kesedaran (celik akal) akan pentingnya untuk menjaga kebersihan di
persekitaran mereka. Buktinya, walaupun projek ini telah sempurna dilaksanakan namun,
dilihat murid-murid sudah tidak membuang sisa makanan secara merata tempat di kantin
semasa rehat. Saya juga telah mendapati bahawa murid telah mendapat satu input atau
pengalaman baru dalam diri mereka. Misalnya, sebelum pelaksanaan projek ini, murid tidak
sedar dan tahu bahawa sisa makanan mahu pun botol-botol terpakai yang tidak digunakan
lagi boleh dikitar semula untuk menghasilkan sesuatu yang berguna. Pemerhatian yang dibuat
mendapati bahawa selepas daripada terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek,
murid telah tahu bahawa sisa makanan daripada makanan yang mereka makan setiap hari di
kantin boleh digunakan untuk menghasilkan baja kompos. Mereka juga telah mengetahui
bahawa selain digunakan untuk menyimpan air, sisa botol air yang mereka guna sehari-hari
juga boleh dikitar semula.
Selain itu, saya juga telah mendapati bahawa murid telah mempelajari dan mengusai
sikap keusahawanan dalam diri mereka selepas daripada pelaksanaan projek ini.
sepertimana yang kita tahu, sikap keusahawanan adalah meliputi sikap seperti kerajinan,
bertanggungjawab, berusaha dan sebagainya. Melalui projek ini, murid telah mempelajari dan
menguasai sikap-sikap tersebut melalui penglibatan secara langsung. Contohnya, ia
ditunjukkan oleh murid itu sendiri melalui peranan, tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka oleh kami (fasilitator projek) (rujuk lampiran3,4,5). Saya telah
mendapati bahawa kumpulan murid sasaran telah menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan di sepanjang dan selepas pelaksanaan program.
Di akhir sekali, kekuatan projek yang dilaksanakan ini juga dapat dilihat di mana ia
telah memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat, kebolehan
37
dan daya kreativiti mereka. Hal ini adalah kerana kumpulan murid sasaran terlibat dan
memainkan peranan yang sepenuhnya dalam pelaksanaan projek. Dalam projek yang
dilaksanakan, saya dan rakan yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini hanya berperanan
sebagai fasiliattor sahaja. Segala usaha dan pelaksanaan projek adalah bergantung kepada
idea murid itu sendiri.
2. Kelemahan projek/aktiviti
Kepada diri sendiri, kelemahan yang jelas kelihatan daripada pelaksanaan projek ini ialah
aspek kerjasama dalam diri saya. Saya akui bahawa sememangnya saya kurang
bekerjasama dengan ahli kumpulan saya sendiri hanya disebabkan oleh ketidakserasian
terhadap beberapa ahli kumpulan tertentu. Jesteru itu, kelemahan yang disedari ini telah
menyebabkan kesukaran dalam mencapai kata sepakat dalam perbincangan idea baik di
peringkat sebelum, peringkat semasa mahu pun di peringkat selepas pelaksanaan projek.
Keadaan ini ditambah lagi dengan adanya sikap pentingkan diri sendiri (melaksanakan kerja
sendiri-sendiri tanpa memberikan arahan peranan dan tugas kepada ahli kumpulan lain, suka
membanding-banding peranan, tugas dan kerja – kesannya, ada ahli yang kurang memahami
apa yang perlu dilakukan).
Dari aspek projek yang dilaksanakan, saya mendapati kelemahan pada aspek masa
pelaksanaan projek. Masa pelaksanaan projek yang singkat iaitu terhad di sepanjang tempoh
menjalani sesi internship iaitu selama 4 minggu menyebabkan saya dan rakan-rakan tidak
dapat melihat hasil kejayaan projek yang dilancarkan secara lebih komprehensif. Tambahan
pula, dengan keadaan masa pelaksanaan projek yang agak lewat dimana projek hanya mula
dilaksanakan di minggu ketiga menjalani sesi internship di sekolah. Jesteru itu, saya
berpendapat bahawa saya dan rakan-rakan hanya membuang lebih banyak masa di minggu
pertama dan minggu kedua berinternship dengan hanya melaksanakan perbincangan dan
penghasilan kertas kerja projek semata-mata.
Daripada projek yang dilaksanakan ini juga, saya turut mendapati kelemahan dalam
aspek diri murid itu sendiri. Saya telah mendapati bahawa terdapat murid terutamanya dalam
kalangan AJK projek yang bersifat sambil lewa dalam melaksanakan tugas dan peranan yang
diberikan kepada mereka. Sebagai contohnya, ada beberapa AJK yang dengan sengaja tidak
menjalankan peranan mereka walaupun mereka tahu bahawa jawatan mereka ini akan
mendapat imbalan di mana mereka akan diberikan sijil penghargaan. Kesannya, beberapa
murid lain cuba untuk mengkuti langkah mereka sehingga kadang kala saya dan rakan-rakan
terpaksa menggunakan murid yang tidak seharusnya bertugas pada hari tersebut untuk
mengambil alih tugas dan peranan mereka.
38
Di samping itu, saya juga telah mendapati bahawa projek yang dilaksanakan ini
memerlukan komitmen yang lebih dalam pelaksanaannya. Memandangkan projek
dilaksanakan di kawasan terbuka iaitu berhampiran dengan kawasan laluan murid untuk pergi
dan balik dari sekolah serta berhampiran dengan tapak perhimpunan menyebabkan ia sering
menjadi persinggahan kepada murid lain iaitu murid tahap satu sehingga beranggapan
bahawa tapak projek tersebut merupakan tapak taman tema atau tapak permainan bagi
mereka. Kesannya, ia menyebabkan sedikit kerosakan kepada projek seperti ada tanaman
yang dipijak, botol-botol pembahagi batas tanaman juga dicabut dan sebagainya. Keadaan ini
sememangnya amat mencabar emosi guru dan semua warga yang terlibat dan berusaha
keras dalam penyempurnaan projek tersebut.
Di akhir sekali, kelemahan juga dapat saya rasakan pada beberapa instrumen
penilaian projek yang saya hasilkan khususnya pada bahagian instrumen soal selidik ke atas
kumpulan murid sasaran. Saya mendapati bahawa bidang penilaian konstruk dan jumlah bagi
setiap item dalam borang soal selidik yang digunakan untuk menilai keberkesanan projek ke
atas murid adalah terhad dan tidak dapat menilai aspek-aspek insaniah seperti bidang
komunikasi, bekerjasama dan sebagainya. Kesannya, dapat saya nyatakan bahawa implikasi
projek yang dilihat dan dinilai adalah tidak bersifat menyeluruh.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan kepada kelemahan yang dikenal pasti, beberapa aspek penambahbaikan ingin
dicadangkan. Dalam aspek semangat kerja kumpulan, saya merasakan bahawa setiap ahli
seharusnya berupaya dan lebih bersifat profesional. Dalam erti kata lain, sifat keterbukaan
dan kerendahan nilai ego pada diri masing-masing di setiap ahli seharusnya amat perlu
kerana jika perkara ini dibiarkan berlaku, ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri setiap
ahli tetapi juga turut memberikan implikasi yang kurang baik ke atas pengurusan, pelaksanaan
dan organisasi projek secara keseluruhannya.
Dari aspek penambahbaikan ke atas kekangan masa, saya mencadangkan agar pada
masa akan datang, perbincangan dan pemilihan projek yang ingin dilaksanakan seharusnya
dibuat sebelum menjalani sesi internship lagi. Hal ini kerana sebelum internship bermula,
pelajar guru sudahpun diberikan pendedahan awal daripada pihak Unit Praktikum di Institut
Pendidikan Guru. Dengan adanya perancangan awal sebelum menjalani sesi internship di
sekolah, sudah semestinya ia lebih menjimatkan masa pelaksanaan projek.
Seterusnya, saya dan rakan dapat menumpukan perhatian lebih kepada pemurnian
dalam pelaksanaan projek dan bukannya pada kertas kerja projek semata-mata ketika berada
di lapangan. Bagi aspek komitmen murid yang di tahap rendah pula, saya mencadangkan
39
agar menarik balik jawatan yang diberikan kepada murid yang kurang serius dalam
menjalankan peranan dan tugas yang diberikan seterusnya memberikan jawatan tersebut
kepada murid lain yang lebih bersungguh-sungguh dan benar-benar layak serta berupaya
memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Bukan itu
sahaja, saya juga berpendapat bahawa penarikan pemberian sijil penghargaan kepada murid
yang tidak menjalankan tugas juga merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan
sebagai penambaikan kepada isu murid yang tidak memberikan komitmen dalam
menjalankan tugas dan peranan mereka selaku AJK “Green Rangers”.
Seterusnya, penambahbaikan dalam isu gangguan daripada murid tahap satu di
sepanjang pelaksanaan projek bersama dengan kumpulan murid sasaran (murid tahap dua).
Pada pandangan saya, isu permasalahan yang dikenal pasti ini dapat diatasi dengan cara
memberi amaran rasmi kepada murid tahap satu mengenai larangan untuk bermain di
kawasan tapak projek bagi mengelakkan kerosakkan dan gangguan pada projek yang
dilaksanakan. Sebagai contohnya, amaran ini dapat dilakukan dengan memberi penerangan
dan pendedahan semasa perhimpunan rasmi sekolah, berkolaborasi dengan guru kelas murid
bagi mengingatkan murid ataupun meminta para AJK “Green Rangers” yang dilantik untuk
mengawasi kawasan tersebut. Yang terakhir sekali ialah penambahbaikan dalam instrumen
soal selidik penilaian keseluruhan hasil pelaksanaan projek.
Saya mencadangkan agar di masa yang akan datang, kandungan bidang penilaian
projek tidak seharusnya memberi fokus kepada bidang tertentu sahaja bagi mengelakkan isu
ketidaksahan penilaian keseluruhan hasil sesuatu projek yang dilaksanakan. Jesteru itu,
dalam penilaian yang dibuat, ia seharusnya meliputi penilaian dalam semua bidang konstruk.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapatlah saya simpulkan bahawa bukan mudah dalam
mengendalikan sesuatu projek. Kemahiran komunikasi, pengalaman memimpin dan memberi
kerjasama adalah antara elemen penting yang sangat diperlukan. Banyak cabaran yang perlu
dihadapi. Pengalaman dalam mengendalikan program ini amat bermakna kepada saya. Saya
perlu memikirkan banyak perkara dalam suatu peruntukan masa yang terhad. Ini amat
menguji kemahiran menbahagikan masa dan kemahiran mendahulukan perkara yang lebih
penting untuk diutamakan. Kata orang, pengalaman adalah guru yang berkesan. Saya amat
bersyukur kerana sebelum ini, saya pernah diberi peluang untuk mengendalikan program
sukan di peringkat kampus. Melalui pengalaman mengurus dan memimpin ini, telah dapat
saya aplikasikan semasa dalam pelaksanaan projek di sepanjang tempoh internship di
sekolah.
40
Amnya, kepimpinan dan organisasi yang baik dapat menanam nilai, etika, integriti,
akauntabiliti dan ketelusan kepada saya dan rakan-rakan seprofesion yang berintenship.
Walaupun masa yang diperuntukan tidak banyak namun, saya dan rakan-rakan berjaya
menyempurnakan projek ini dengan jayanya atas dasar kerjasama dan semangat kerja
berpasukan yang diberikan daripada semua warga sekolah. Apa yang telah saya perolehi di
sepanjang pelaksanaan projek semasa menjalani internship di sekolah ini, akan saya jadikan
sebagai satu pengalaman yang cukup bermakna dan tidak terlupakan serta akan saya
aplikasikan di masa-masa yang akan datang. Semoga hasil dokumentasi ini akan menjadi
rujukan bukan sahaja kepada diri saya sendiri tetapi juga kepada generasi di masa yang akan
datang.
41
AURASMA KERJAYA
NAMA PELAJAR : AHMAD HISHAMUDIN BIN AHMADUN
PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2015
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GELUGOR
NAMA PROJEK/AKTIVITI : AURASMA KERJAYA
TEMPOH PELAKSANAAN : 11.03 2019 (ISNIN)
OBJEKTIF :
1. Memberi bimbingan kerjaya kepada murid sekolah rendah.
2. Memberi pendedahan maklumat-maklumat dan tugas mengenai sesuatu kerjaya
secara visual kepada murid sekolah rendah.
3. Membantu murid untuk menetapkan matlamat dan cita-cita.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Fasa Sebelum pelaksanaan program/aktiviti
Projek ini dijalankan adalah untuk mengatasi isu yang terdapat dalam Bimbingan dan
Kaunseling. Kebanyakan murid sekolah rendah tidak mahu mengambil berat tentang kerjaya
kerana menganggap mengetahui sesuatu kerjaya bagi mereka adalah tidak perlu dan tidak
penting bagi lingkungan umur mereka terutamanya di sekolah rendah. Mereka lebih gemar
untuk bermain permainan digital bahkan apabila ditanya mengenai cita-cita, mereka
mengatakan mereka tidak pasti cita-cita yang mereka inginkan. Hal ini memberi kesan negatif
kepada mereka apabila melangkah masuk ke alam sekolah menengah atau alam dewasa.
Murid sebegini cenderung untuk terjebak dalam gejala sosial seperti merokok, membuang
masa di kafe siber dan ponteng sekolah kerana mereka tiada cita-cita ataupun visi bagi
mencapai cita-cita. Menurut Khalid (2013), salah satu faktor gejala ponteng adalah sikap
murid yang menghadapi masalah konflik kendiri di mana mereka kurang jelas dengan peranan
diri sendiri sebagai seorang murid dan murid sebegini juga tidak mempunyai cita-cita.
Melihat keperluan dunia kaunseling kerjaya pada hari ini kami telah merancang idea
untuk menjadikan kaunseling kerjaya ini lebih mudah untuk diterima dalam kalangan murid
sekolah rendah. Kerjaya merupakan satu perkara yang besar bagi diri murid sekolah rendah
maka kami tampil dengan menganalisis keperluan sekolah untuk membimbing murid dalam
mengetahui kepentingan mempunyai pemilihan cita-cita. Setelah mengenalpasti keperluan
tersebut saya dan rakan sepasukan telah membuat perbincangan sesama kami untuk
membuat keputusan awal mengenai produk tersebut dan seterusnya menerangkannya idea
utama produk ini kepada guru pembimbing untuk tujuan mendapatkan sokongan. Seterusnya,
42
idea ini kami bentangkan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk memohon kebenaran bagi
menjalankan produk ini dengan melibatkan beberapa orang murid di sekolah tersebut.
Akhirnya idea ‘Aurasma Kerjaya’ ini telah diterima dan mendapat kebenaran dari pihak
sekolah.
Selain itu, produk ini dibangunkan untuk membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling
(GBK) dalam memberikan perkhidmatan kaunseling kerjaya kepada murid-murid di sekolah.
Produk ini juga membantu murid untuk mendapat kefahaman berkaitan kerjaya-kerjaya yang
wujud di Malaysia dalam bentuk teknologi terkini iaitu menggunakan telefon pintar. Murid akan
lebih tertarik dan teruja untuk menggunakan produk ini kerana ianya berbentuk video dan
audio. Kaunseling kerjaya merupakan proses menolong yang memberi fokus kepada
kesedaran kendiri, minat dan sikap yang melibatkan individu terlatih dan berlesen (Abdullah,
2006). Aktiviti yang dirangka dan dilaksanakan adalah berkaitan dengan proses menolong
klien untuk memilih kerjaya sepanjang kehidupan. Oleh yang demikian, dengan adanya
produk ini, GBK akan membantu klien memilih laluan kerjaya yang sesuai dengan minat,
potensi dan personalitinya agar klien mendapat kepuasan dalam kerjaya yang bakal diceburi.
Seterusnya, produk ini kami menggunakan aplikasi Aurasma ataupun nama terkininya
ialah HP Reveal. Dengan perkembangan pantas era peranti pintar, Aurasma digunakan
secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang pendidikan. Aplikasi ini antara
aplikasi yang mudah didapati dan digunakan kerana ianya boleh diakses apabila sudah
dimuat turun di ‘Play Store’ secara percuma. Kami menggunakan aplikasi kerana membuat
pertimbangan bahawa murid-murid hari ini lebih meminati sesuatu produk yang berbentuk
visual dan audio, maka aplikasi ini kami rasakan aplikasi yang sangat sesuai untuk membantu
mereka. Hanya memerlukan kos yang sedikit sahaja untuk dikeluarkan oleh GBK.
2. Fasa Semasa pelaksanaan program/aktiviti
Projek ini kami jalankan secara berasingan agar memudahkan kedua-dua pihak menjalankan
projek dengan cara masing-masing dan membuat laporan. Oleh yang demikian, saya telah
berbincang dengan beberapa orang guru yang mengajar untuk mendapatkan seorang murid
yang sesuai untuk dijadikan sebagai klien dalam menjalankan projek tersebut. Semasa
pelaksanaan projek, saya dapati bahawa murid teruja untuk menggunakan aplikasi tersebut
yang pada asalnya berbentuk gambar, apabila murid tersebut mengimbas gambar tersebut
menggunakan aplikasi Aurasma tersebut maka gambar tersebut bertukar menjadi video yang
menarik minatnya. Dalam video tersebut ada menerangkan berkaitan kerjaya-kerjaya yang
diimbas. Saya telah menyediakan kad imbas kerjaya untuk polis, doktor, juruterbang,
jururawat, petani, bomba dan sebagainya.
43
Sidek (1998), menegaskan bahawa cita-cita dan impian semasa kecil merupakan satu
inspirasi pemilihan kerjaya. Justeru, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pemilihan
kerjaya seseorang. Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personaliti
seseorang merupakan perkara utama bagi menjamin seseorang itu kekal lebih lama dalam
bidang pekerjaan yang diceburi. Semakin hampir keserasian antara ciri-ciri personal dengan
keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang
itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. Motivasi kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian
dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keserasian atau darjah kongruen antara jenis
personaliti dengan persekitaran kerja.
Ahli-ahli teori perkembangan kerjaya berpendapat bahawa minat kerjaya, nilai
pekerjaan, nilai keperluan dan ciri-ciri personaliti seseorang itu dapat menentukan
penglibatan, penumpuan dan pengekalan seseorang itu dalam sesuatu bidang pekerjaan
dengan bermatlamatkan kendiri. Selepas mengimbas dan melihat setiap satu kerjaya, saya
membuat soal jawab berkaitan apakah dapatan info yang murid dapat semasa menonton
video tersebut. Murid dapat menerangkan secara jelas dan terang berkaitan video yang
ditonton kerana menurut beliau info yang diterangkan mudah difahami dan menarik.
Seterusnya, saya meminta murid untuk memilih kerjaya yang diingini dan sesuai dengan
minat, potensi dan bakat yang ada dalam dirinya.
44