Ruj.Kami : PPDK.UPA.700-13/1 Jld.3( 61 )
Tarikh : 4 Februari 2019
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu,
Jkr 579, Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
MEMOHON PELEPASAN PEGAWAI SEBAGAI FASILITATOR BENGKEL
PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DAN ITEM DAERAH KUANTAN 2019
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah
Kuantan dengan kerjasama Yayasan Pahang akan mengadakan bengkel di atas.
3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan untuk membenarkan MOHD
NAJIB BIN YA @ ZAKARIA dari SK Tanjong Mas, Kota Bharu di daerah tuan bagi
menjayakan bengkel berkenaan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 14 - 15 Februari 2019 (Khamis - Jumaat)
Masa : Seperti lampiran jadual
Tempat : Bukit Gambang Resort, Kuantan
4. Oleh hal yang demikian, besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama tuan dalam perkara
amat saya sanjungi dan saya hargai.
5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Encik Mat Ganti bin
Mansor (Pegawai Akademik (Bahasa) – PPD Kuantan) ditalian 014-8147702.
Sekian. Terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menjalankan amanah,
( HAJI MOHD RAZALI BIN MUSTAFAR.,SMP.,AMP )
Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan