MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM
E-FOLIO:
GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
(MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI
& PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA.)
NAMA PENSYARAH:
PUAN NURHIDAYU BINTI SALLEH
AHLI KUMPULAN:
BIL NAMA NO. MATRIK
1 AINNUR SURAYA BINTI 16DAT20F2016
ZAINON
2 NURAINA HANANI BINTI 16DAT20F2004
IBRAHIM
3 NUR SYAWANI BINTI 16DAT20F2005
MOHD NIZAR
1
PENGHARGAAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan
rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan
kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah subjek
Pengajian Islam ini iaitu Puan Nurhidayu Binti Salleh yang banyak
membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini melalui penjelasan
yang cukup jelas tentang cara membuat tugasan ini.
Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang
telah memberi kerjasama yang cukup efisien dan komitmen dalam
menyiapkan tugasan yang diberi ini. Mereka juga telah
mencurahkan idea-idea mereka dalam menyempurnakan tugasan
ini.
Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini
secara langsung atau tidak langsung. Kami amat hargai pertolongan
ini kerana ianya amat membantu kami dalam menyiapkan tugasan
ini. Semoga hasil daripada tugasan ini dapat memberi impak yang
positif kepada kita semua dan dapat dijadikan sebagai pengajaran
hidup.
2
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
2
1. PENGHARGAAN 4
5
2. PENGENALAN
6
3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH 7
PERGAULAN BEBAS
8
4. KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS 9
5. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 10
11
6. ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM 13
7. BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI &
PEREMPUAN YANG DIBENARKAN
8. KESIMPULAN
9. LAMPIRAN
10. SUMBER RUJUKAN
3
PENGENALAN
Masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT telah lama dibincangkan
dan menjadi salah satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan
masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik
kerana para remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak dapat
melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka pincanglah masa depan negara
yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibubapa dan pensyarah pula, masalah pergaulan
bebas dalam kalangan pelajar IPT mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan anak-
anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Pergaulan bebas sering dikonotasikan dengan sesuatu yang negatif seperti seks
bebas, dadah, kehidupan malam, dan lain-lain. Sememangnya istilah ini diadaptasi daripada
budaya barat yang mana manusia bebas melakukan perkara di atas tanpa rasa takut
melanggar norma yang ada dalam masyarakat. Berbeza dengan budaya timur yang
menganggap semua ini sebagai perkara tabu, kita sering mendengar ungkapan "menjauhi
pergaulan bebas".
Pada masa kini, penyelewengan dan masalah seksual khususnya di kalangan
remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing,
setiap penjaga kubur, menjadikan masalah dosa dan zina sesuatu yang pada awalnya
dipandang serong. Penyimpangan seksual iaitu zina adalah sesuatu yang amat keji dan
wajib dijauhi oleh setiap muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “...dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang sangat
keji dan suatu jalan yang amat buruk.
4
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH
PERGAULAN BEBAS
Diri Sendiri
Semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang
sangat ketara berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan
kepada kemahuan untuk merasai kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek
fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong pergerakannya serta pemikirannya.
Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan pergaulan
bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Keluarga
Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar terhadap perkembangan anak remaja.
Remaja yang sering menerima tekanan dan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli keluarga
sering memilih untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan masalah. Sebaliknya, keluarga yang
mampu memberikan kasih sayang yang mencukupi akan menyebabkan remaja merasai dirinya
lengkap bersama-sama dengan keluarga.
Rakan Sebaya
Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-
perkara yang berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial sering
berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan kepercayaan
diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang sama menyebabkan remaja
merasakan rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian
terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan begitu.
Pengaruh Media Massa
Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah
terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja,
namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak termasuklah
pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi
oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan
rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta mengambil
keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas. 5
KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS
Tersebarnya Penyakit-Penyakit Yang Membawa Maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan
wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Selain itu, orang
yang mengamalkan seks bebas juga akan cenderung untuk mendapat penyakit seperti Hespes Genital,
Siplis, Ganoroe, Klamida, Hipetitis B, Gwnital Wrats dan kanser serviks. Penyakit-penyakit tersebut
amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dari awal. Ia juga sangat
mudah merebak dengan orang lain terutama sekali yang mengamalkan pergaulan bebas. Penyakit ini
boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Pembuangan Bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal
ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja
yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang
baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.
Menjejaskan Masa Depan
Pergaulan bebas juga menjejaskan masa depan remaja. Masyarakat sukar menerima remaja
sekiranya remaja tersebut insaf. Ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan. Lebih
buruk lagi mereka disisihkan atau dibuang keluarga kerana sukar menerima perbuatan mereka dan
telah menconteng arang maruah keluarga. Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing
akhirnya bunuh diri kerana tertekan dan tiada tempat bergantung.
Peningkatan Kes Keguguran
Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam
kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut
terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan,jangkitan
pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan
mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan
mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah.
6
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Hubungan Berkualiti Di Antara Pelajar, Keluarga Dan Guru
Pelajar perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan
kehendak untuk berpasangan dengan matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan
mencapai cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja amat memerlukan
hubungan yang berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga dan guru-guru. Apabila hubungan
tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan dukanya.
Memilih Rakan
Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik
untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk
belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta
menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan. Rakan yang tidak baik pula
mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif serta tidak mengendahkan
nasihat ibubapa dan guru-guru.
Mengisi Waktu Lapang
Salah satu faktor yang turut memberi kesempatan bagi remaja dengan kehidupan
bebas adalah tersedianya banyak waktu luang. Apabila waktu luang tersebut diisi dengan
kegiatan yang positif dan berguna, maka tidak akan ada waktu untuk memikirkan hal – hal yang
menyimpang. Cara bergaul bagi orang pendiam dapat dilakukan dengan mengisi waktu melalui
kegiatan positif.
Memperluas Pengetahuan
Ada yang menyatakan bahawa knowledge is power, dimana pengetahuan adalah kekuatan yang
akan membuka minda dan wawasan yang luas. Seseorang akan mudah menentukan pilihan
hidupnya karena ia sudah mengetahui banyak tentang berbagai sisi dan dampak dari pilihan-
pilihan yang dia buat. Sebaliknya, apabila seseorang hanya memiliki sedikit pilihan, ia tidak
akan tahu bahwa ada banyak pilihan yang lebih baik untuk kehidupannya.
7
ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
Menundukkan Pandangan
Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah
berfirman :
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
Menutup Aurat
Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke
dadanya. (an-Nuur: 31)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis iaitu,
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan
melihat aurat wanita.
Tidak Berdua-duaan di Antara Lelaki dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan
menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
8
BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN
PEREMPUAN YANG DIBENARKAN
Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat.
Dalam syarah Sahih Muslim, aI-Imam al-Nawawi menyatakan tidak ada perbezaan
hukum berkhalwat antara perempuan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam
keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu
perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang
lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindunginya daripada bahaya.
Penjelasan al-Nawawi menyakinkan bahawa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang
dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan
perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain.
Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal, iaitu haram.
Pergaulan di Antara Lelaki Dan Perempuan Semasa Menjadi Saksi
Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang
ditentukan oleh syarak di mana perempuan dibolehkan menjadi saksi. Seperti, kes-kes harta dan
berkaitan.
Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Semasa Bekerja
Semasa melaksankan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan
wanita. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat kedua- dua pihak menjaga batas- batas syarak
seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak
mengandungi unsur- unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah Umar al- Khattab pernah
melantik al- Syafi, seorang wanita sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya
tidak berlaku penyelewengan. Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai terbabit bergaul
dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan wanita. Perlantikan wanita bekerja sebagai
penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak
dibolehkan pasti Khalifah Umar tidak melantik wanita bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat
kerja tersebut menuntut berlakunya pergaulan.
9
KESIMPULAN
Kesimpulannya, masalah pergaulan bebas di kalangan pelajar telah lama dibincangkan
dan menjadi salah satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat
memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana mereka
merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak dapat melahirkan generasi akan
datang yang berwibawa maka pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini. Daripada
perspektif ibubapa dan guru pula, masalah pergaulan bebas di kalangan pelajar mencerminkan
kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa
dan negara. Namun begitu, hasil kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik serta
pemerhatian masyarakat sendiri mendapati cabaran dalam menangani masalah ini perlu ditangani
bersama oleh semua peringkat, bukannya tertumpu kepada mana-mana individu atau agensi.
Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak seperti keluarga, institusi pendidikan,
peranan komuniti, media massa dan peranan pelaksana undang-undang adalah amat diperlukan
dalam usaha membendung pergaulan bebas remaja pada hari ini. Kesemua pihak ini harus mencegah
gejala ini bermula dengan pendidikan dan penghayatan kepada nilai-nilai agama, budaya dan moral.
Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga
boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia. Usaha kerajaan
mendidik mahasiswa yang mampu berdaya saing perlulah dilaksanakan segera. Ini akan memberi
ruang yang lebih luas kepada mahasiswa untuk terbabit dengan aktiviti belia dan tidak tertumpu
dalam alam kampus saja. Langkah ini dilihat sebagai satu pelaburan dalam pembinaan modal insan.
Pelaksanaan ini akan memberi faedah kepada negara dalam menyediakan masyarakat khususnya
mahasiswa dan mahasiswi yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkemahiran malah mempunyai
rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Peranan semua pihak sememangnya diperlukan dalam
mengurangkan seterusnya membendung gejala yang tidak sihat ini dari terus merebak ke dalam
saraf-saraf sosial mahasiswa pada masa akan datang.
10
LAMPIRAN
11
SUMBER RUJUKAN
http://www.myhealth.gov.my/cabaran-dalam-menangani-masalah-
pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja-sekolah/
http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulan-
bebas.html
http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/kesan-
kesan-pergaulan-bebas.html?m=1
http://penyiaranislamkumpulan1.blogspot.com/2017/03/pergaulan-
bebas.html?m=1
http://lamanislamik.blogspot.com/2016/10/batas-
pergaulan.html?m=1
12