The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by j04stm21f006, 2022-12-07 10:20:02

KAJIAN LAPANGAN (2)

KAJIAN LAPANGAN (2)

KAJIAN LAPANGAN
PENGAJIAN MALAYSIA

MPU 11012

NAMA AHLI :
- NUR AZIERA SOFIA BINTI SOFIAN (J04STM21F008)
- NURALIA NATASHA BINTI MOHD ASHEK (J04STM21F011)
- NOOR AZWALIZA BINTI WIRA (J04STM21F006)

KELAS: STM 3A
PENSYARAH: PN. NORHAZLINA BINTI SAHARI


ELEMEN PERPADUAN

MAKANAN WARISAN YANG MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

1. DEFINISI PERPADUAN NEGARA
- Hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan

kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama.
- Perpaduan adalah proses penyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu

identity untuk membentuk satu identity dan nilai bersama.
- Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina , India , Kadazandusun dan Iban.

2. PAKAIAN DI MALAYSIA
Baju Kurung & Baju Melayu

- Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk Wanita melayu. Baju Kurung terbahagi kepada
dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali
juga sebagai Baju Melayu. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak
mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis
agama, dan majlis rasmi. Pakaian masyarakat melayu ini dapat menyatukan perpaduan kaum
kerana pada majlis istiadat raja mereka yang berbangsa lain juga perlu memakai pakaian
masyarakat melayu.


Cheongsam & Samfoo

- Cheongsam merupakan pakaian tradisional cina yang dipakai oleh kaum wanita cina.
cheongsam dikenali sejak berkurun lagi iaitu sejak 1920 an, namun kewujudan pakaian
ini tidak pernah dipandang sepi , hal ini demikian kerana pakaian ini mempunyai nilai dan
identiti yang tersendiri. walaupun pakaian ini terpaksa bersaing dengan pakaian – pakaian
tradisional lain seperti pakaian tradisional kaum melayu iaitu baju kurung dan pakaian
tradisional kaum india iaitu sari , namun pakaian ini terus dipakai terutamaya pada majlis
– majlis rasmi. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai
sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri
daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat
daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh
lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

- Pakaian ini dapat menyatukan perpaduan kaum dengan semasa perayaan tahun baru
cina atau majlis rasmi, kaum melayu dan india juga sama-sama memakai bagi
memeriahkan lagi majlis.


Sari & Kurta
- Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut

dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran
semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter
mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Kurta selalunya
menjadi pilihan yang paling popular. Bagi mereka yang tidak begitu mengetahui kurta, it
merupakan baju yang dipakai longgar dan panjangnya sampai ke lutut kaki. Pakaian ini
dapat menyatukan perpaduan kaum dengan cara pada majlis perkahwinan melayu ,
pengantin perempuan akan menggayakan sari pada majlis malam berinai. Kurta pula
kebiasaannya dipakai oleh lelaki pada perayaan hari raya bagi kaum melayu. Selain itu,
ia juga boleh dijadikan pakaian untuk solat.


3. MAKANAN DI MALAYSIA
Nasi Lemak (Melayu)

- Nasi lemak terdiri daripada nasi yang dimasak bersama santan , sambal , timun , ikan bilis
, telur dan kacang. Cara pembungkusan nasi lemak menggunakan daun pisang.
Walaubagaimanapun , kaum cina dan tidak ketinggalan menjadi nasi lemak menu
sarapan pagi mereka. Bagi kaum cina, mereka akan menambah ayam goreng untuk
makan bersama. Manakala bagi kaum india pula , mereka menambahkan kari seperti kari
ayam atau kari kambing.

Kari (India)
- Kari menjadi makanan utama kaum india. Pada awalnya, kari dibawa masuk ke Malaysia

oleh pedagang India. Antara bahan yang digunakan untuk membuat kari ialah bawang
merah , bawang putih , halia , daun kari , lada , cili kering , kulit kayu manis , bunga lawang
dan rempah kari. Berbagai bahan yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia untuk
memasak kari. Antaranya, daging kambing, ayam , udang , sotong , ikan , kepala ikan ,
telur , terung ungu dan sayur campuran. Kari menyatukan masyarakat Malaysia. Bagi
masyarakat India, mereka biasanya makan kari bersama roti canai , tosei dan capati. Bagi
orang melayu pula , mereka menggunakan ikan tongkol untuk dimasak bersama kari.
Manakala masyarakat cina menggunakan ayam untuk dicampur bersama kari.


Nasi ayam (Cina)
- Nasi ayam bukan sahaja digemari oleh kaum cina tetapi diminati oleh semua rakyat

Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam
kukus. Bagi orang melayu, mereka lebih meminati ayam yang bergoreng. Bagi kaum cina,
memilih yang dikukus. Manakala, masyarakat india lebih gemar ayam yang dipanggang.

4. PERAYAAN DI MALAYSIA
Rumah Terbuka

- Di Malaysia, kerajaan telah menjayakan konsep rumah terbuka di mana setiap perayaan
akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut perayaan tersebut.Melalui
sambutan bersama perayaan-perayaan ini, akan wujud interaksi antara kaum. Melalui
interaksi dan suasana di upacara di hari perayaan tersebut, setiap etnik dapat
meningkatkan pemahaman mereka tentang budaya kaum lain. Perayaan sangat
memainkan peranan dalam meningkatkan kefahaman tentang budaya dan agama etnik
lain diMalaysia.Dapat dilihat di Malaysia, bukan sahaja etnik melayu Islam yang
merayakan Hari RayaAidilFitri, malah terdapat juga orang cina dan india turut sama
memeriahkan lagi sambutan perayaan tersebut. Pada hari Deepavali, orang melayu dan
cina juga tidak melepaskan peluang melihat kecantikan seni kolam.Begitu juga pada
Tahun Baru Cina, terdapat juga orang melayu dan india yang turut menyertai upacara
perayaan tersebut. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa tidak semua upacara perayaan
dapat disertai oleh etnik lain terutama upacara-upacara yang melibatkan kepercayaan
seperti semasa Hari Thaipusam.


5. TARIAN DI MALAYSIA
Zapin

- Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan
oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas
di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo
dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti
di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Tarian ini dapat menyatukan perpaduan
kaum kerana bangsa lain juga turut mempelajari tarian ini kerana mempunyai keunikan
yang tersendiri.

Tarian Singa
- Tahun Baharu Cina dengan tarian singa tidak dapat dipisahkan kerana selain merupakan

sebahagian daripada budaya masyarakat Cina, ia dipercayai memberi berkat dan
kesejahteraan.Apabila melihat persembahan tarian singa, pastinya tergambar
ketangkasan dua pemain yang mengenakan kostum singa melakukan tarian dan
akrobatik diiringi rentak paluan gong dan juga gendang khas. Masyarakat melayu dan
india turut menyertai tarian ini kerana tarian ini agak lasak dan mencabar kerana perlu
lompat dari satu tiang ke tiang yang lain.


Tarian Bharata Natyam
- Bharathanatyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana

untuk menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
pergerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap,penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Satu
persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali
sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat
ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nriya (tarian Ekspressi).

6. ALAT MUZIK DI MALAYSIA
GENDANG
Gendang merupakan suatu alat muzik yang diperbuat daripada kulit binatang seperti
kerbau, kambing atau lembu. Ia salah sebuah dari alat muzik dalam keluarga
genderang. Bangsa Cina, Melayu dan juga India mempunyai gendang dengan nama
yang tersendiri boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Bagi kaum Melayu
gendang digunakan untuk persilatan atau juga majlis walimatulurus manakala kaum
Cina serta india digunakan untuk majlis perayaan atau tarian. Gendang juga digunakan
untuk pertabalan Diraja.


SERULING
Seruling ialah sejenis alat muzik yang popular Cina. Ia dinamakan “Zhudi” kerana diperbuat daripada
sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan butang. Lubang pertama digunakan untuk meniup dan
aliran tiupan akan masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi. Alat ini berserta budaya
muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum
merdeka. Kaum Melayu dan juga india memiliki alat muzik seruling juga namun mempunyai rekabentuk
yang tersendirinya.

SITAR
Sitar adalah sejenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Ia alat muzik klasik Hindustan yang
menggunakan dawai atau tali. Sitar menggunkan dawai halus Bersama dengan dawai biasa dan ruang
resonansi menggunakan gourd iaitu sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya
sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni
muzik klasik Hindustan.


Click to View FlipBook Version