The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missamniazhar, 2023-12-05 10:11:21

Haji Abdul Rahman Limbong

Sejarah

Keywords: Sejarah Melayu

Kumpulan 7


Penghargaan Biodata Tokoh Faktor penentangan Peristiwa penentangan Kesan penentangan Iktibar Rujukan ISI KANDUNGAN


Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan penuh sukses. Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nabilah, selaku Cikgu bagi matapelajaran Sejarah kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyempurnakan tugasan penting ini. Kami berdua juga ingin turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga serta rakan-rakan yang tidak jemu memberi semangat dan sokongan. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat kami hargai. Biar jasa jadi kenangan. Sekian, terima kasih Penghargaan


BIODATA Nama : Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir Tarikh Lahir: (1285 H [1868 M] – 14 Jamadilakhir 1348 H [16 November 1929 M]) Asal : Terengganu, Tanah Melayu ( Malaysia ) Seorang pendakwah dan pejuang yang berasal dari Terengganu. Beliau juga dikenali sebagai Lebai Deraman. Mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu, beliau mendapat pendidikan daripada Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya daripada Tok Ku Paloh. Haji Abdul Rahman Limbong juga, seperti gurunya Tok Ku Paloh, ialah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah


Tidak puas hati rakyat terhadap kuasa British dan kerajaan kerana mengenakan cukai hasil 1. British sebagai pendatang tiada hak untuk mengutip cukai di Tanah Melayu 2. dihalang membuka tanah dan memotong pokok tanpa izin 3. FAKTOR PENENTANGAN


Pada 23 Mei 1928, terjadinya pertempuran antara pihak pentadbiran negeri dengan penentang kuasa British. Gerakan penentangan tersebut diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Pertempuran tersebut berakhir dengan kekalahan pihak penentang, dan pemimpin-pemimpin gerakan penentangan tersebut dibicarakan di Istana Maziah dan dihukum penjara selama 5 hingga 15 tahun. Haji Abdul Rahman Limbong pula diperintahkan oleh Sultan Sulaiman untuk keluar negeri. Atas ehsan Sultan Sulaiman, pemimpinpemimpin gerakan yang lain dibebaskan dua tahun kemudian. Peristiwa Penentangan


Menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang negeri ke Singapura pada 23 Zulhijah 1346 H (13 Jun 1928) dan selanjutnya dibuang ke Mekah lalu tiba pada 29 Safar 1347 H [19 Ogos 1928]. Beliau meninggal dunia di Mekah setahun kemudian pada 14 Jamadilakhir 1348 H (16 November 1929 M) menurut kawat yang dikirim dari Jeddah pada 2 Syaaban 1348 H (3 Januari 1930). Kesan Penentangan


Iktibar Kita hendakhlah berani mempertahankan agama islam Kita hendaklah berani dalam mempertahankan hak dan keadilan Kita hendaklah saling bantumembantu antara satu sama lain.


Rujukan Buku Teks Sejarah https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Ab dul_Rahman_Limbong


DISEDIAKAN OLEH : Amni Nasuha & Puteri Najya Aleesya dari 3 KAA


Click to View FlipBook Version