The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aumairah2301, 2022-05-08 12:26:17

Kelebihan Bahan Asas Di Dalam Pencuci Mulut

Bahan asas di dalam pencuci mulut

e book percuma





























KELEBIHAN
BAHAN ASAS DI
DALAM PENCUCI

MULUT














BY ADIBAH UMAIRAH

TEPUNG

Terdapat dua jenis tepung yang digunakan untuk
membuat pencuci mulut seperti kek dan
sebagainya, iaitu tepung gandum dan tepung
penaik.

Tepung mengandungi lemak, karbohidrat, serat
dan protein. Pengambilan makanan yang tinggi
serat membantu meningkatkan kadar
metabolisme dan menyumbang kepada
mengekalkan berat badan.
Pengambilan tepung terbukti melindungi tubuh
risiko rintangan insulin yang boleh menyebabkan
obesiti visceral, tahap kolestrol HDL yang rendah
mencegah trigliserida tinggi dan tekanan darah
tinggi. Terdapat perlindungan yang mencukupi
terhadap masalah kardiovaskular.

TELUR

Telur ayam mengandungi banyak khasiat yang
bermanfaat untuk kesihatan kita. Telur
merupakan sumber bekalan protein terbaik.
Kajian mendapati bahawa telur ayam kaya dengan
vitamin A, folate, biotin dan iodin jika
dibandingkan dengan sumber protein yang lain
seperti tofu, ikan, daging dan ayam.
Telur juga dapat menurunkan berat badan.
Terdapat banyak kajian yang menumpukan
peranan telur yang dikatakan boleh memberikan
kesan satiety iaitu rasa kenyang yang
berpanjangan.

MENTEGA

Mentega adalah salah satu bahan masakan
makanan yang istimewa kerana ia boleh
menghasilkan pelbagai masakan yang sedap
seperti kek, cookies dan biskut.
Mentega kaya dengan vitamin larut lemak
termasuk vitamin A, E dan K2.
Mentega kaya dengan Asid Linoleic Conjugated.
Asid lemak ini mempunyai kesan yang kuat ke
atas metabolisme. Ia banyak dijual dengan harga
yang sangat mahal yang dijual sebagai produk
komersial makanan tambahan untuk
menurunkan berat badan. Dengan mengambil
menteha yang jauh lebih murah dari produk
tersebut adalah satu yang sangat
menguntungkan.

GULA

Gula membekalkan tenaga segera untuk
menyokong produktiviti harian seseorang.
Glukosa adalah bahan bakar utama untuk badan
dan ia berasal dari pemecahan gula. Tanpa
glukosa kita tidak akan mempunyai stamina.
Setelah glukosa diubah menjadi tenaga, tubuh kita
akan menyimpan sebahagian glukosa sebagai
simpanan tenaga untuk kemudian. Proses ini
dipanggil glycogenesis dan ini membolehkan kita
menjalani jangka masa yang panjang tanpa
makan, namun pengambilan glukosa melebihi
kapasiti penyimpanan akan berubah menjadi
lemak.


Click to View FlipBook Version