BAB 13
• Sistem urinari manusia memainkan peranan yang penting
dalam homeostasis.
• Sistem urinari terdiri daripada ginjal, ureter, pundi
kencing dan uretra.
Struktur dan fungsi ginjal
• Ginjal terdiri daripada korteks (bahagian luar) dan medulla (bahagian
dalam)
• Ginjal mempunyai dua fungsi utama:
a) Sebagai organ perkumuhan:
- menyingkirkan bahan kumuh yang toksik (sebatian bernitrogen)
seperti urea, asid urik, ammonia dan kreatinia.
b) Sebagai organ pengosmokawalaturan mengawal:
- jumlah isipadu air dalam bendalir badan
- kepekatan ion dalam bendalir badan
- tekanan osmosis darah, iaitu kepekatan
zat terlarut dan isi padu darah serta bendalir badan
- kandungan elektrolit dan pH serta bendalir badan
Struktur dan fungsi ginjal
• Ginjal terdiri daripada korteks (bahagian luar) dan medulla (bahagian dalam)
• Air kencing yang terbentuk dalam ginjal masuk ke dalam pelvis.
• Arteri renal bercabang kepada
arteriol aferen.
• Setiap arteriol aferen
membahagi untuk membentuk
gunpalan kapilari darah
glomerulus
• Kapilari glomerulus bergabung
semula untuk membentuk
arteriol eferen. Aterteriol eferen
membahagi membentuk satu
jaringan kapilari yang melingkari
tubul renal ginjal.
• Kapilari ini kemudian bergabung
semula menjadi venal renal
• Setiap ginjal terdiri daripada
berjuta-juta unit berfungsi
Nefron
• Setiap Nefron Terdiri daripada:
a) kapsul Bowman
b) glomerulus
c) tubul renal
• Kapsul Bowman disambung
dengan tubul renal
• Kapsul Bowman berbentuk
cawan dan mengandungi
glomerulus
• Kedua-dua lapisan dinding kapsul Tubul berlingkar prokmisal, tubul
Bowman dan dinding kapilari berlingkar distal dan kapsul Bowman
glomerulus adalah setebal satu terletak di Korteks
sel Liku Henle ialah tubul berbentuk U dan
memanjang ke dalam medulla renal
• Tubul renal terdiri daripada
a) tubul berlingkar proksimal
b) tubul renal
c) tubul berlingkar distal
• Tubul berlingkar distal beberapa
nefron bercantum menjadi satu
duktus pengumpul.
• Air kencing yang dihasiilkan akan
disalurkan dari duktus
pengumpul ke dalam ureter.
Proses Pembentukan Air Kencing
nefron merupakan unit asas dalam
ginjal
Proses pembentukan air kencing
melibatkan tiga proses,
1.ultraturasan,
2. penyerapan semula
3. rembesan
• Darah yang memasuki glomerulus bertekanan hidrostatik tinggi kerana
diameter arteriol aferen lebih besar daripada diameter arteriol eferen.
• Apabila darah memasuki glomerulus, tekanan hidrostatik yang tinggi ini
memaksa sebahagian bendalir dalam glomerulus meresap melalui dinding
kapilari glomerulus ke dalam rongga kapsul Bowman melalui proses
Ultraturasan.
• Bendalir yang memasuki rongga kapsul Bowman hasil turasan glomerulus.
• Hasil turasan glomerulus mempunyai komposisi bahan yang sama seperti plasma
darah tetapi tidak mengandungi sel darah merah, platlet dan protein plasma.
• Sel darah merah dan protein plasma kekal dalam darah yang mengalir ke
arteriol eferen kerana saiz bahan-bahan ini terlalu besar untuk meresap
keluar glomerulus.
• Penyerapan semula berlaku pada hasil turasan glomerulus di sepanjang tubul
renal ke dalam jaringan kapilari darah kecuali bahan-bahan kumuh.
• Bahan terlarut meresap merentasi dinding tubul renal ke dalam jaringan
kapilari darah.
• Penyerapan semula 100% glukosa dan asid amino juga berlaku secara
pengangkutan aktif.
• Ion natrium (Na*) dipam secara aktif ke dalam jaringan kapilari darah dan
kemudian ion klorida (Cl-) meresap secara pasif.
• Pergerakan bahan terlarut ke dalam jaringan kapilari darah mengurangkan
kepekatan bahan terlarut hasil turasan glomerulus tetapi meningkatkan
kepekatan bahan terlarut dalam kapilari darah.
• Disebabkan perbezaan kepekatan ini, maka, air diserap semula ke dalam
kapilari darah secara osmosis.
• Di liku Henle, air diserap semula melalui osmosis.
• Ion natrium (Na+) diserap semula secara pengangkutan
aktif. Ion klorida (Cl-) meresap secara pasif
• Di tubul berlingkar distal, lebih banyak air, natrium dan ion
klorida diserap semula.
• Jumlah air dan garam yang diserap semula bergantung pada
kandungan air dan garam dalam darah dan kawalatur oleh
hormone ADH dan aldosteron.
• Rembesan ialah proses perembesan bahan buangan dalam darah
yang tidak dituras pada awalnya ke dalam tubul renal.
• Proses ini berlawanan dengan proses penyerapan semula. Ia
berlaku kerana bahan buangan dalam darah yang tidak terturas
pada peringkat awalnya semasa proses ultratrasan.
• Rembesan berlaku di sepanjang tubul renal dan duktus pengumpul
tetapi paling aktif di tubul berlingkar distal.
• Rembesan berlaku secara resapan ringkas dan pengangkutan
aktif.
• Bahan yang dirembes termasuklah ion hidrogen (H), ion kalium (K*),
ion ammonium(NH,), urea, kreatinina, toksik dan sesetengah
dadah.
• Rembesan menyingkirkan bahan buangan toksik serta membantu
• Apabila bendalir renal sampai ke duktus pengumpul, hanya sedikit
garam yang tinggal dan kebanyakan air telah diserap semula ke
dalam aliran darah.
• Baki bendalir renal yang kini disebut air kencing, mengalir
menuruni duktus pengumpul.
• Di sini, sedikit urea meresap keluar ke bendalir persekitaran dan
kapilari darah kerana saiz molekulnya yang kecil.
• Lazimnya, air kencing mengandungi air, urea, garam NaCl, asid urik
dan kreatinina.
• Selepas meninggalkan duktus pengumpul, air kencing mengalir
menerusi ureter, pundi kencing, uretra dan akhirnya dikumuhkan.
• Kandungan air dalam badan sentiasa berubah mengikut pengambilan
makanan dan minuman.
• Pengosmokawalaturan ialah proses mengawal atur air dan garam dalam
badan supaya tekanan osmosis darah dapat dikekalkan pada julat
normal.
• Pengosmokawalaturan dicapai dengan mengawal atur isi padu
penghasilan air kencing oleh ginjal.
• Rajah 13.10 menggambarkan pengosmokawalaturan tekanan osmosis
darah.
Reseptor pembetulan oleh efektor suap
Osmoreseptor 1.Kelenjar pituitari balik
dalam Dirangsang untuk merembes ADH negatif
hipotalamus Sel pada dinding tubul berlingkar distal dan
mengesan Tekanan osmosis
perubahan pada tubul pengumpul menjadi lebih telap darah menurun
tekanan osmosis terhadap air
darah Lebih banyak air diserap semula ke dalam Tekanan osmosis
darah darah pada julat
meningkat 2.Kelenjar adrenal
normal
Tekanan osmosis Tidak dirangsang untuk merembes
darah pada julat aldosteron Tekanan osmosis
darah meningkat
normal Kurang garam diserap semula
Air kencing dihasilkan adalah pekat & sedikit suap
menurun balik
MEKANISME SUAP BALIK NEGATIF DALAM POS negatif
Reseptor
Osmoreseptor Mekanisme pembetulan oleh efektor
dalam 1.Kelenjar pituitari
hipotalamus Tidak dirangsang untuk merembes
mengesan ADH Kurang air diserap semula
perubahan pada 2.Kelenjar adrenal
tekanan osmosis Dirangsang untuk merembes aldosteron
darah Sel pada dinding tubul berlingkar distal &
tubul pengumpul menjadi lebih telap
terhadap garamLebih banyak garam
diserap semula ke dalam darah Air kencing
dihasilkan adalah cair & banyak.
• Kegagalan ginjal boleh diakibatkan oleh penyakit,
jangkitan bakteria, atau kemalangan. Penyakit diabetes
melitus merupakan penyebab utama kegagalan ginjal,
dikuti oleh tekanan darah tinggi. kedua-dua keadaan
ini merosakkan glomerulus.
• Selain itu, sesetengah individu juga boleh menghadapi
masalah pembentukan batu karang di dalam ginjalnya.
• Batu karang ialah ketulan keras yang terdiri daripada
asid urik, kalsium oksalat atau hablur kalsium fosfat.
13.3 Isu Kesihatan
Berkaitan Sistem Urinari
13.3. 1 Memerihalkan isu
kesihatan yang berkaitan
dengan sistem urinari
1. Ginjal mengalami kerosakan disebabkan penyakit, ubat
berlebihan dan kecederaan.
2. Jika dua-dua ginjal gagal berfungsi;
• Bahan buangan metabolik dalam badan tidak dapat
dikumuhkan
• Tekanan osmosis tidak dapat dikawal
• Isipadu darah tidak dapat dikekalkan
3. Terdapat dua cara rawatan untuk pesakit yang mengalami
kegagalan fungsi ginjal, iaitu
• hemodialisis
• pemindahan ginjal
• Hemodialisis ialah proses penggunaan mesin dialisis untuk
menyingkirkan bahan buangan metabolik seperti urea, air,
dan garam yang berlebihan daripada darah bagi
menggantikan ginjal yang gagal berfungsi.
• Mesin dialisis terdiri daripada tubul berlingkar yang separa
telap (telap memilih) dan diisikan dengan bendalir dialisis.
• Kepekatan bendalir dialisis di dalam mesin dialisis dikekalkan
pada kepekatan yang sama dengan plasma darah.
• Bendalir dialisis sentiasa mengalir dan ditukar untuk
menyingkirkan bahan kumuh dan mengekalkan kecerunan
kepekatan bagi resapan antara darah pesakit dengan
bendalir dialisis
• Semasa hemodialisis, darah dari arteri pesakit melalui satu
mesin yang disebut mesin hemodialisis.
a) Dalam proses ini darah dipam masuk berulang kali ke dalam
satu tiub membran telap memlilih yang terbenam dalam
bendalir dialisis dengan komposisi yang sama
dengan plasma darah.
b) Oleh itu bahan terlarut dalam darah yang berkepekatan
lebih tinggi daripada kepekatan bahan terlarut dalam
bendalir dialisis akan meresap keluar.
c) Bahan toksik dan urea meresap keluar dari darah ke
dalam bendalir dialisis kerana mempunyai kepekatan
yang lebih tinggi.
• Darah dikembalikan ke dalam badan melalui vena pada
tangan yang sama.
• Membran telap memlilh hanya membenarkan bahan terlarut
meresap melaluinya tetapi bukan molekul bersaiz besar
seperti sel darah atau protein plasma. Hal ini serupa dengan
proses ultraturasan yang berlaku di glomerulus.
• Bendalir dialisis dikekalkan pada suhu badan dan sentiasa
ditukar selepas bahan terlarut terkumpul di dalamnya.
• Keseluruhan proses dialisis mengambil masa antara 3 hingga
4 jam.
• Seorang pesakit perlu menjalani hemodialisis sebanyak dua
hingga tiga kali seminggu
• Suatu kaedah alternatif untuk merawat pesakit ginjal
adalah melalui pemindahan ginjal.
• Pesakit perlu menunggu ginjal yang sesuai daripada
penderma.
• Ginjal yang rosak digantikan dengan ginjal daripada
penderma.
• Seseorang yang sihat boleh mendermakan salah satu
ginjalnya kerana proses pengosmokawalaturan dan
perkumuhan masih boleh dilakukan oleh ginjal yang satu lagi.
• Seseorang yang telah meninggal dunia sama ada berpunca
daripada kemalangan atau sebab lain boleh menjadi
penderma setelah memberi kebenaran untuk mendermakan
organnya.