The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SABARIA BINTI REDUAN Moe, 2021-02-18 00:20:21

BAB 1.1 meristem dan pertumbuhan

BAB 1.1 meristem dan pertumbuhan

TISU MERISTEM
DAN

PERTUMBUHAN

● Memerihalkan jenis pertumbuhan : • Membandingkan dan membezakan
(i) primer (ii) sekunder antara pertumbuhan primer dengan
pertumbuhan sekunder dalam tumbuhan
• Mewajarkan kepentingan pertumbuhan eudikot
primer dan pertumbuhan sekunder
• Menilai kepentingan tumbuhan yang
mengalami pertumbuhan sekunder dari
segi ekonomi.



PERTUMBUHAN PRIMER  Definisi  merupakan pertumbuhan yang
berlaku selepas percambahan dan dialami
oleh semua tumbuhan untuk menambah
panjang batang dan akar.

 Pertumbuhan primer berlaku pada meristem
apeks yang terdapat pada hujung pucuk dan
hujung akar.

 Pertumbuhan primer bermula apabila sel-sel meristem
pada meristem apeks dalam zon pembahagian sel giat
membahagi.

PERTUMBUHAN PRIMER  Hal ini diikuti dengan pemanjangan sel dan
pembezaan sel.

 Pemanjangan sel itu seterusnya menyebabkan
pertumbuhan primer.

 Pertumbuhan pucuk dan akar semasa
pertumbuhan primer ini membolehkan tanaman
terus mencari air (melalui akar) atau cahaya
matahari (melalui pucuk)

 Pada hujung pucuk, primordium daun dan
primordium tunas akan tumbuh membentuk
daun serta pucuk baharu

 Hal ini membolehkan tumbuhan menambahkan
ketinggiannya atau panjangnya

 Sel Meristem bahagian atas akan ditolak ke zon
pemanjangan

 Di hujung akar, iaitu bahagian jidal akar akan
menjadi haus apabila menembusi tanah.

 Hal ini menyebabkan sel-sel jidal akar digantikan
dengan sel-sel meristem.

Berlaku kepada kebanyakan tumbuhan eudicot
dan sebilangan kecil tumbuhan monokot (pokok

renek) untuk menambahkan ukur lilit atau
diameter batang dan akar tumbuhan

Pertumbuhan sekunder berlaku
disebabkan oleh pembahagian sel
meristem lateral yang terdapat di

batang dan akar.





Mari kita perhatikan bagaimana
pertumbuhan sekunder berlaku pada

batang pokok . . .



Pertumbuhan sekunder pada batang

 •

• •









luruh



Pertumbuhan
Sekunder
Tumbuhan
Monokot





Pertumbuhan
Sekunder
Tumbuhan
Monokot

Aloe vera – sedikit pertumbuhan sekunder
– cambium vascular di korteks – berupaya
membahagi untuk membentuk berkas
vascular sekunder (dalam) dan parenkima
korteks sekunder (luar)

1) Membenarkan pemanjangan pokok agar dapat menyerap cahaya matahari untuk
menjalankan fotosintesis.

2) Floem primer dapat mengangkut hasil fotosintesis dari daun ke bahagian lain tumbuhan.

3) Xilem primer dapat mengangkut air dan garam mineral dari tanah melalui akar ke
daun.

4) Xilem primer memberikan sokongan kepada tumbuhan herba atau tumbuhan muda.

1) Memberi kestabilan kepada tumbuhan dengan menambah diameter batang dan
akar agar bersesuaian dengan ketinggian tumbuhan.

2) Memberi sokongan mekanikal kepada tumbuhan – pertambahan tisu xylem
yang berlignin

3) Menghasilkan lebih banyak tisu xilem dan tisu floem menampung lebih banyak
permintaan terhadap Pengangkutan air dan makanan

4) Menghasilkan lebih banyak tisu xilem dan tisu floem secara berterusan bagi
menggantikan tisu xilem dan tisu floem yang tua dan rosak.

5) Menghasilkan kulit kayu yang kuat dan tebal yang memberi perlindungan kepada pokok
terhadap kehilangan air yang berlebihan, kecederaan fizikal dan serangan patogen.

6) Mampu hidup lebih lama dengan meningkatkan peluang menghasilkan biji benih dan
membiak

7) Mempunyai akar yang besar untuk mendapatkan air yang lebih banyak dari tanah
dan ini akan meningkatkan kemandirian tumbuhan semasa musim kemarau

8) Pertambahan tisu xylem dan floem membolehkan pokok tumbuh dengan lebih
tinggi dan berjaya dalam persaingan dengan tumbuhan lain untuk mendapat cahaya
bagi proses fotosintesis.

Okay sekarang kita cuba bandingkan
kedua-dua jenis pertumbuhan ni dalam
tumbuhan Eudikot…







 Dapat menghasilkan kayu balak seperti Shorea sp. (meranti) dan Balanocarpus
sp. (cengal)

 Dapat membekalkan sumber kayu yang kuat
dan keras yang sesuai digunakan sebagai
struktur rumah bot, perabot, pagar, pintu dan
lain-lain.

 Kehadiran gelang tahunan pula
menyebbakan perabot kelihatan
menarik dan dapat dijadikan
barang perhiasan.

 Kayu dan kulit pokok sesetengah tumbuhan seperti Hopea sp.
(merawan) dan meranti, dapat menghasilkan resin dan minyak.
Bahan-bahan ini dapat dikomersialkan sebagai varnis, bahan
pelekat, minyak wangi dan ubat-ubatan.

 Tumbuhan berbunga pula dapat dijadikan
sebagai tumbuhan hiasan.

 Jualan buah-buahan seperti manga dan
manggis iaitu hasil daripada pokok yang
mengalami pertumbuhan sekunder dapat
menjana sumber pendapatan dan ekonomi
negara

KANDUNGAN 16.3 : LENGKUNG PERTUMBUHAN

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dapat :

16.3.1 Memerihalkan jenis tumbuhan berdasarkan kitar hidup

16.3.2 Mencerakinkan lengkung pertumbuhan :

• tumbuhan semusim
• tumbuhan dwimusim
• tumbuhan saka
16.3.3 Mengeksperimen untuk mengkaji lengkung pertumbuhan
dalam tumbuhan

Tumbuhan dapat dikelaskan berdasarkan jangka hayatnya :

Tumbuhan Tumbuhan Saka
Semusim

Tumbuhan
Dwimusim

Tumbuhan Semusim

 merujuk kepada tumbuhan yang mempunyai satu kitar hidup untuk semusim atau
setahun.

 Tumbuhan ini biasanya mati selepas melengkapkan kitaran biologinya, bermula daripada
percambahan sehinggalah diakhiri dengan berbunga atau penghasilan biji benih.

 Contoh tumbuhan :
a) pokok padi,
b) pokok labu,
c) pokok tembikai

Tumbuhan Dwimusim

 Merujuk kepada tumbuhan yang mengambil masa 2 tahun, iaitu 2 musim
pertumbuhan untuk melengkapkan kitar hidupnya :

1) Musim pertumbuhan pertama : Pertumbuhan tampang

- pertumbuhan struktur akar, daun dan batang

2) Musim pertumbuhan kedua : Pembiakan.
- kebanyakan tumbuhan dwimusim tumbuh di kawasan beriklim sederhana.

- Setelah mengalami pertumbuhan tampang, proses pertumbuhan akan
berhenti seketika pada musim sejuk.

- Apabila memasuki musim bunga dan musim panas, pertumbuhan
kedua diteruskan sebagai persediaan untuk membiak.

- Tumbuhan akan berbunga, menghasilkan buah serta
biji benih, dan akhirnya tumbuhan akan mati.

 Contoh tumbuhan : kubis, lobak merah, pokok balung ayam

Tumbuhan Saka

 merujuk kepada tumbuhan yang hidup lebih daripada dua tahun.

 Tumbuhan ini mempunyai jangka hayat yang panjang bergantung kepada
spesis dan keadaan.

 Tumbuhan saka dapat dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu tumbuhan
berkayu saka dan tumbuhan herba saka.

 Kebanyakan tumbuhan saka mampu berbunga dan berbuah berkali-kali
sepanjang hidupnya.

 Tumbuhan ini mempunyai struktur yang dapat beradaptasi dengan
persekitaran dan perubahan suhu.

 Contoh tumbuhan : Rumput, pokok bunga raya dan pokok mangga.

Tumbuhan Tumbuhan Tumbuhan
Semusim Dwimusim Saka

Lengkung Lengkung pertumbuhan berbentuk sigmoid.
Pertumbuhan
Tumbuhan Semusim Peringkat A : Penurunan jisim kering.

Makanan yang disimpan di dalam kotiledon digunakan utk
percambahan sebelum tumbuhnya daun untuk menjalankan
fotosintesis.

Peringkat B : Peningkatan jisim kering

Kadar pertumbuhan meningkat dengan cepat. Hal ini berlaku
disebabkan tumbuhan telah menjalankan fotosintesis

Peringkat C : Jisim kering malar

- Kadar pertumbuhan sifar
- Tumbuhan matang pada peringkat ini.

Peringkat D : Penurunan jisim kering.

Berlaku secara perlahan-lahan disebabkan oleh penuaan, kadar
fotosintesis rendah, keguguran daun dan bunga, serta
penyebaran biji benih.

Lengkung Pertumbuhan • Lengkung pertumbuhan berbentuk dua
Tumbuhan Dwimusim lengkung

Musim Pertumbuhan Pertama :

- Tumbuhan menghasilkan daun, berlakunya
fotosintesis

- Makanan disimpan di dalam umbisi

Musim Pertumbuhan Kedua :

- Makanan simpanan digunakan untuk
menghasilkan bunga dan biji benih.

LENGKUNG PERTUMBUHAN TUMBUHAN
SAKA • Lengkung pertumbuhan terdiri daripada
jujukan sigmoid yang kecil.

• Lengkung pertumbuhan pada setiap tahun
berbentuk sigmoid.

• Pertumbuhan berlaku sepanjang hayat.

• Kadar pertumbuhan adalah tinggi pada musim
bunga dan musim panas. Keamatan cahaya yang
tinggi meningkatkan kadar fotosintesis.

• Kadar pertumbuhan menurun pada musim sejuk.


Click to View FlipBook Version