Persenyawaan in vitro bermaksud
persenyawaan yang berlaku di luar badan
organisma dalam keadaan yang terkawal
di dalam makmal.
Cara ini digunakan apabila tiub Fallopio
isteri tersumbat dan seterusnya
menghalang persenyawaan oleh sperma.
Bayi yang dilahirkan disebut bayi tabung
uji' (test tube baby).
Pasangan suami isteri juga boleh
menggunakan ovum daripada penderma
lain.
Ovum isteri dikeluarkan dari
ovari dengan menggunakan
jarum penyedut seni khas
(laparoskop) untuk
mengeluarkan ovum (oosit
sekunder) dari ovari sebelum
pengovulan berlaku
Kadang-kadang lebih
daripada satu ovum
dikeluarkan dari ovari isteri.
Ovum disenyawakan oleh
sperma suami dalam piring
kultur di bawah keadaan
yang sesuai dalam makmal.
Selepas dua setengah hari,
apabila embrio mencapai
peringkat lapan sel, embrio
dimasukkan semula ke dalam
uterus melalui serviks untuk
proses penempelan pada
dinding uterus.
ovum
ovary
Removal of ovum from ovary
Droplets of sperms
ovum
Culture medium
Fertilisation takes place in petri dish
Fertilised ovum
embedded in uterine wall
Ser
Pemindahan Embrio Beku
Melalui persenyawaan in vitro, beberapa embrio dapat
dihasilkan sekali gus. Embrio yang tidak digunakan
boleh didinginbekukan dalam nitrogen cecair pada
suhu -196 °C untuk disimpan bagi kegunaan pada masa
hadapan.
Pemindahan embrio beku ke dalam uterus wanita yang
inginkan anak boleh dilakukan pada bila- bila masa
wanita tersebut inginkan anak.
Ibu Tumpang
Cara ini digunakan apabila isteri tidak dapat hamil.
Sperma suami dipindahkan ke dalam tiub Fallopi
seorang wanita lain pada waktu suburnya.
Wanita tersebut menjadi hamil apabila ovumnye
disenyawakan dan fetus akan berkembang dalam
uterus wanita ini. Wanita ini menjadi ibu tumpang.
› Dengan kemajuan sains dan teknologi manusia dapat
diklonkan pada masa hadapan.
› Pengklonan manusia merujuk kepada penghasilan
manusia yang mengandungi kandungan genetik yang
sama dengan seorang manusia lain melalui cara
pembiakan aseks, iaitu tanpa persenyawaan antara
sperma dan ovum.
› Proses ini melibatkan pemindahan DNA nukleus individu
yang hendak diklonkan ke dalam ovum penderma
yang tiada nukleus. Embrio yang terhasil kemudiannya
dimasukkan ke dalam ibu tumpang. Klon yang
dihasilkan adalah seolah-olah 'kembar seiras' individu
asal yang dilahirkan dengan lebih lewat.
› Walaupun perkembangan teknologi berkaitan
pembiakan dapat memberi harapan kepada
pasangan yang tidak berupaya mendapat anak,
namun pelbagai persoalan dan kontroversi telah timbul.
› Teknologi berkaitan dengan pembiakan telah
menimbulkan banyak persoalan yang berkaitan
dengan isu moral, sosial, agama dan undang- undang.
Penyakit yang tersebar melalui hubungan
seks secara rambang
Bakteria STD (Chlamydia, syphilis,
gonorrhea) boleh dirawat dengan
antibiotik.
Virus STD( Hepatitis B, Genital herpes,
genital warts) tidak boleh dirawat dengan
antibiotik.