The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SABARIA BINTI REDUAN Moe, 2020-10-27 22:35:52

12.4 Penyakit sistem saraf

12.4 Penyakit sistem saraf

12.5

SKLEROSIS BERGANDA (MULTIPLE SCLEROSIS)

• Penyakit progresif yang muncul akibat sistem keimunan abnormal
yang menyerang salut meilin dalam otak dan saraf tunjang.

• Saraf yang rosak kemudian akan mengeras dan membentuk
jaringan parut atau sclerosis.

• Kerosakan salut meilin menghalang penghantaran impuls saraf
dalam otak. Akibatnya komunikasi antara otak dengan bahagian
tubuh yang lain akan terganggu.

• Kesan : gangguan pada penglihatan dan gerakan tubuh; menyebabkan
penurunan atau kerosakan bilangan sel saraf

Penyakit Alzheimer

• Penyakit neurologi yang disebabkan penyusutan tisu otak atau
kematian neuron tertentu serta kekurangan rembesan
neurotransmitter asetilkolina di otak.

• Pesakit kehilangan keupayaan untuk menaakul dan menjaga diri
sendiri.

• Pesakit biasanya bercelaru, mudah lupa dan hilang arah walaupun
berada di tempat yang lazim.

• Kemerosotan otak yang berterusan menyebabkan pesakit kehilangan
kebolehan seperti bertutur, makan dan membaca.

• Berlaku pada warga tua dan boleh diwarisi.

Penyakit Parkinson

• Penyakit yang melibatkan penyusutan system saraf yang
mempengaruhi pergerakan, pengawalan otot dan keseimbangan
badan.

• Penyakit ini menyebabkan pesakit mempunyai pergerakan anggota
badan, rahang, kaki, muka yang berketar-ketar akibat otot yang
lemah.

• Penyakit ini juga disebabkan kekurangan rembesan
neurotransmitter di otak iaitu dopamina.

• Berlaku kepada warga tua tetapi tidak diwarisi.

Lou Gehrig /Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS)

• Disebabkan oleh kemerosotan dan kematian neuron motor yang
mengawal pergerakan otot seperti mengunyah, berjalan dan
bertutur.

• Kegagalan neuron motor menghantar impuls saraf ke otot
menyebabkan otot lama kelamaan menjadi lemah dan akhirnya
pesakit tidak boleh bercakap, makan, bergerak dan bernafas.

Attention – Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

• Penyakit otak yang menyebabkan seseorang menjadi hiperaktif dan
tidak dapat memberi tumpuan serta mudah menjadi bosan.

• ADHD disebabkan oleh kecacatan bahagian otak yang mengawal gerak
hati dan emosi.

Autisme

• Penyakit berkaitan dengan perkembangan saraf dalam otak.
• Autisme menyebabkan seseorang menghadapi masalah dalam

berkomunikasi, berinteraksi, melakukan aktiviti yang melibatkan
kemahiran motor halus dan mempamerkan tingkah laku seperti
gembira.
• Pesakit juga sangat sensitive terhadap bunyi, bau atau apa yang
dilihatnya.
• Ia juga menghadapi gangguan kognitif, mempunyai gerakan lengan
dan badan yang berulang-ulang atau berkelakuan agresif.

Lumpuh Otak (cerebral palsy)

• Penyakit ini menyebabkan kemerosotan otak sebelum atau selepas
kelahiran bayi,

• Peyakit yang menyebabkan gangguan pada pergerakan dan koordinasi
otot.

• Pesakit mengalamu gangguan kognitif, pertuturan yang tidak jelas,
tidak dapat mengawal otot, kesukaran bernafas, kecacatan tulang
dan sendi dan sebagainya.

Epilepsi

• Gangguan otak apabila neuron otak mengeluarkan isyarat yang luar
biasa yang menjejaskan emosi, tingkah laku, menyebabkan
kekejangan otot dan pengsan.

• Punca : genetic, gangguan perkembangan prenatal, tumor otak,
kecederaan otak, jangkitan otak, pengambilan alcohol berlebihan dan
strok.

Kesan Penyalahgunaan
Dadah dan Alkohol
Terhadap Koordinasi
dan Gerak balas
Manusia

• Dadah adalah bahan kimia yang dapat mempengaruhi fungsi otak dan
system saraf serta proses fisiologi badan.

• Dalam bidang perubatan dadah didefinisikan sebagai sebarang bahan
kimia yang digunakan untuk merawat, menyembuh, mencegah atau
mendiagosis penyakit.

• Penyalahgunaan dadah ialah penggunaan dadah selain untuk tujuan
perubatan dan tidak mengikut peruntukan undang-undang.

• Antara dadah yang disalahguna : marijuana, kokain dan alcohol.

• Penyalahgunaan dadah dan alcohol menyebabkan ketagihan yang menyebabkan
gejala saraf seperti menggeletar , berpeluh dan muntah.

• Tabiat ini membawa kesan buruk kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang

• Dadah menggangu fungsi otak iaitu menyebabkan kemerosotan dalam pemikiran,
persepsi, ingatan serta kebolehan berfikir secara rasional dan logic. Koordinasi
dan gerak balas juga akan terganggu.

Bahan Contoh Kesan
Dadah Barbiturat
Penenang Trankuiliser • Memperlahankan aktiviti sistem saraf seperti denyutan jantung
(depresen) Heroin dan kadar pernafasan dengan melambatkan penghantaran impuls
Morfin saraf
Dadah
Perangsang Amfetamin • Mententeramkan fikiran seseorang
(stimulant) Metafetamin • Mengendurkan otot, menenangkan badan, melegakan kegelisahan
Kokain
Nikotina dan menggalakkan tidur dan menurunkan tekanan darah.
Kafein
• Meningkatkan aktiviti system saraf seperti kadar denyutan
jantung, kadar pernafasan dan meningkatkan tekanan darah.

• Mempercepatkan rembesan dan tindakan neurotansmiter pada
sinaps di otak – memberi kesan euphoria dan ketagih

• Penggunaan berlebihan menyebabkan keadaan seronok yang
seterusnya diikuti kemurungan apabila paras neurotransmitter di
bawah normal.

Bahan Contoh Kesan
Dadah
Halusinogen LSD, ekstasi • Merupakan dadah psikedelik yang mengubah persepsi, fikiran dan perasaan
(dadah
khayalan) Marijuana seseorang.

Dadah PCP, meskalina • Mengganggu system saraf pusat dan menyebabkan halusinasi iaitu
Narkotik
menyebabkan seseorang melihat, mendengar dan merasai sesuatu yang
Dadah inhalan
sebenarnya tidak wujud

• Melegakan kesakitan dan kegelisahan.

Heroin, Morfin, • Meniru transmiter dengan bergabung dengan tapak reseptor.

Opium, • Menghalang pemancaran isyarat kesakitan

Kodeina • Melambatkan fungsi normal otak

• Mengaruh tidur atau stupor (keadaan hampir pengsan atau tidak sedarkan

diri)

Gam, pengilat • Melambatkan fungsi badan, merasa terangsang, menghilangkan ketaksedaran
kuku • Menyebabkan kerosakan otak dan peparu, koma atau kematian.

• Alkohol adalah sebatian etanol atau etil alkohol yang hadir dalam
kesemua minuman keras.

• Alkohol ialah sejenis dadah penenang yang memperlahankan fungsi
sistem saraf pusat dengan :

- Melambatkan penghantaran impuls saraf di otak

- Melambatkan pencetusan neurotransmitter dan mengganggu
koordinasi dan pemikiran

- Tindakan reflex menjadi lambat

• Alkohol adalah sebatian etanol atau etil alkohol yang hadir dalam
kesemua minuman keras.

• Alkohol ialah sejenis dadah penenang yang memperlahankan fungsi
sistem saraf pusat dengan :

- Melambatkan penghantaran impuls saraf di otak

- Melambatkan pencetusan neurotransmitter dan mengganggu
koordinasi dan pemikiran

- Tindakan reflex menjadi lambat

MENJJEJASKAN SAKIT KEPALA
KESEIMBANGAN
MEROSAKKAN
MELAMBATKAN NEURON OTAK
TINDAKAN
REFLEKS KESAN BURUK MENGGANGGU
ALKOHOL KOORDINASI
KESUKARAN
ANGGAR JARAK PERCAKAPAN
TIDAK TERATUR

MENYEBABKA
N HALUSINASI

• Hati – Hati menjadi rosak dan gagal berfungsi (sirosis hati), kanser hati.
• Sistem perkumuhan – Ginjal menghasilkan air kencing yang berlebihan lalu

mengakibatkan badan mengalami pendehidratan.
• Sistem kardiovaskular – Alkohol berlebihan merosakkan system kardiovaskular

dan mengakibatkan gangguan pada otot kardium, ritma jantung yang tidak
sekata, tekanan darah tinggi dan strok.
• Sistem pencernaan – alkohol diserap terus di perut dan usus kecil ke dalam
aliran darah dan memberi kesan terus kepada otak

– Alkohol meningkatkan keasidan perut dan boleh menyebabkan gastritis dan ulser perut.

• Kulit – alkohol menyebabkan vasodilatasi yang menyebabkan lebih banyak darah
mengalir ke permukaan kulit lalu menyebabkan haba dalam badan hilang dengan
cepat.


Click to View FlipBook Version