CONTOH PROSES ENDOGEN
• Magma yang panas di dalam PEROLAKAN MANTEL
mantel mengalir ke atas dan
digantikan dengan magma
sejuk yang mengalir ke
bawah.
• Pergolakan ini menghasilkan
arus perolakan yang
mempunyai tenaga
endogenik.
• Boleh menggerakkan kerak
Bumi
CONTOH PROSES ENDOGEN
AKTIVITI MAGMA
• magma yang cair dan panas keluar melalui gunung
berapi dalam bentuk letusan yang kuat.
• Magma yang keluar dipanggil lava
• Lava yang menyejuk dan membeku menghasilkan
bentuk muka bumi seperti gunung berapi, dataran lava
dan penara lava
• Magma yang menyejuk dan membeku dalam kerak
Bumi sebelum sampai ke permukaan akan
menghasilkan bentuk muka bumi seperti daik dan sil
CONTOH PROSES ENDOGEN
PERGERAKAN KERAK BUMI
• Plat tektonik atau tektonik keping ialah
kepingan kerak besar yang terapung di atas
Astenosfera.
• Plat yang bergerak ini bertembung dan
bergeser untuk menghasilkan tenaga
endogenik yang ketara.
PROSES UTAMA BUMI
PROSES EKSOGEN
• Proses eksogen(ekso =luar) ialah proses yang berlaku di luar
kerak bumi
• Ia digerakkan oleh tenaga eksogenik yang berpunca daripada
tenaga haba daripada matahari, tenaga kinetik dan tenaga
keupayaan dari air, angin atau ombak laut.
CONTOH PROSES EKSOGEN
LULUHAWA
• Pemecahan dan
penguraian batuan
menjadi serpihan yang
lebih kecil oleh haba
matahari, fros, akar, pokok
atau mikroorganisma.
CONTOH PROSES EKSOGEN
HAKISAN
•Penghausan atau
pengikisan
permukaan batuan
oleh tiupan angin,
glasier, aliran air,
atau pukulan ombak.
CONTOH PROSES EKSOGEN
SUSUTAN JISIM (SUSUTAN DARAT)
•Pergerakan batuan dan tanah dari atas cerun
ke bawah cerun akibat ketidakstabilan
struktur bumi di bawahnya.
•Tarikan graviti menarik jisim tanah ke bawah
cerun.
CONTOH PROSES EKSOGEN
PENGANGKUTAN
•Pemindahan batuan oleh angin, glasier,
aliran air, dan pergerakan ombak dari satu
tempat ke tempat yang lain.
CONTOH PROSES EKSOGEN
PENGENAPAN
•Pemendapan atau penimbunan batuan
yang terhakis untuk membentuk
enapan yang tebal.
9.4 FENOMENA
GEOBENCANA
FENOMENA YANG BERLAKU AKIBAT
PROSES ENDOGEN
GEMPA BUMI
GEMPA BUMI
• Gempa bumi gegaran kuat yang berlaku apabila plat-plat tektonik
bertembung, bergeser atau berpisah secara mengejut di sepanjang
garis sesar.
• Gegaran kuat ini menghasilkan tenaga endogenik yang kuat dalam
kerak bumi.
• Tenaga endogenik dipindahkan dari pusat gempa ke semua arah
dalam bentuk gelombang seismik.
GEMPA BUMI
• Gelombang seismik boleh dikesan dengan seismometer.
• Bacaan yang diperoleh dirujuk kepada skala Ritcher untuk
mengetahui (magnitud) kekuatan gempa
• Magnitud gempa bumi adalah paling kuat di pusat gempa.
Magnitudnya menjadi semakin lemah apabila semakin
menjauhi pusat gempa.
TANAH
RUNTUH
TANAH RUNTUH
• Tanah runtuh berpunca daripada susutan jisim akibat
ketidakstabilan tanah.
• Hakisan tanah oleh air hujan / ombak laut menjadikan tanah
lemah, longgar dan kurang stabil.
• Daya graviti dan tenaga keupayaan menarik jisim tanah ke
bawah lalu menyebabkan tanah meranap dan
menggelongsor ke kaki bukit.
• Tanah runtuh juga berlaku akibat pergerakan plat tektonik
atau semasa gempa bumi.
Pembinaan Penyahhutanan
dan
Tanah perlombongan
pembangunan runtuh
akibat Pengurusan
Pertanian di aktiviti tanah
cerun manusia
TSUNAMI
TSUNAMI
• Tsunami bermaksud ombak pelabuhan dalam
Bahasa jepun kerana ombak raksasa seperti ini
kerap melanda Jepun di lautan pasifik.
• Tsunami adalah disebabkan oleh gempa bumi
atau volkanisme di dasar laut.
LETUSAN GUNUNG BERAPI/
VOLKANISME
VOLKANISME
• Suhu di dalam mantel yang sangat tinggi memanaskan batuan
menjadi leburan magma
• Leburan magma yang kurang tumpat akan naik ke atas dan
berkumpul di dalam ruang magma
• Semakin banyak magma yang berkumpul, perolakan magma dan
tekanan di dalam ruang magma pun semakin meningkat.
• Tenaga endogenik yang kuat menolak magma keluar melalui
lohong atau rekahan kerak bumi melalui letusan kuat yang
dipanggil volkanisme
VOLKANISME
• Volkanisme membebaskan banyak magma, abu, gas karbon
dioksida, sulfur dioksida, wap air ke bumi dan atmosfera.
• Magma yang mengalir keluar akan menyejuk dan menjadi lava.
Timbunan lava yang berlebihan membentuk gunung berapi yang
berbentuk kon.
TANAH JERLUS
9.4 GEOBENCANA
TANAH JERLUS
• Tanah di bawah sesetengah kawasan mempunyai lapisan tanah liat
dan lumpur yang tidak telap air.
• Semasa hujan lebat atau banjir, air yang meresap akan bertakung di
bawah tanah lebih lama kerana tidak dapat meresap keluar dengan
cepat.
• Hal ini menjadikan tanah lebih lembik dan tidak kukuh. Tanah yang
kurang stabil ini tidak dapat menyokong beban yang berat . Lama
kelamaan, tanah meranap ke bawah dan membentuk tanah jerlus.
• Tanah jerlus berlaku di kawasan yang kerap dilanda banjir kilat atau
di tempat yang mempunyai saliran yang tidak baik.