The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1_BME_NUR AFIFAH BINTI ABDUL WAHAB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 646-1-afifah, 2022-04-04 10:06:00

TUGASAN 1_BME_NUR AFIFAH BINTI ABDUL WAHAB

TUGASAN 1_BME_NUR AFIFAH BINTI ABDUL WAHAB

PENGHASILAN
PRODUK
BMMB 1104

INSTITUT PENDIDIKAN

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
Semester 2

BMMB
KESUSASTERAAN DAN

TUGASAN

NAMA P
NUR AFIFAH BINT

ANGKA
2021232

NO. KAD PE
030930-

KUMPUL
PPISMP

Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil ker
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : _______________

Nama Pensyarah DR. NOR ANITA BINTI MAT
Tarikh Serahan
4 APRIL 2022 T
(D

Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberik

Tandatangan :__________________________

GURU KAMPUS PERLIS

H SARJANA MUDA PERGURUAN
Tahun 2022

B 1104
KEBUDAYAAN MELAYU

N INDIVIDU

PELAJAR
TI ABDUL WAHAB

GILIRAN
2310119

ENGENALAN
-06-0542

LAN/ UNIT
P / BM E

rja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

Tarikh : 4 APRIL 2022

T ISA
Tarikh Terima
Diisi oleh Pensyarah)

kan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tarikh : ___________________

NAMA : NUR AFIFAH
BINTI ABDUL WAHAB

KELAS : BM E

ANGKA GILIRAN :
2021232310119

KOD KURSUS :
BMMB1104

NAMA PENSYARAH :
DR. NOR ANITA BINTI

MAT ISA

PENGHARGAAN

-

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi
kerana dengan izin kurnianya dapat
saya menyempurnakan tugasan bagi kod
subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu (BMMB 1104) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya

amat berbesar hati untuk

menghadiahkan jutaan terima kasih

kepada Dr. Nor Anita binti Mat Isa,

selaku Pensyarah Kesusasteraan dan

Kebudayaan Melayu kerana telah

meletakkan sepenuh kepercayaan beliau

kepada saya untuk melunaskan tugasan

yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang

tidak putus-putus dalam usaha

membantu menyempurnakan tugasan

ini terutamanya kepada pensyarah saya

Dr. Nor Anita binti Mat Isa atas budi

bicara beliau dalam memberi tunjuk

ajar sepanjang masa tugasan ini

dijalankan. Selain itu, saya turut

berterima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan saya kerana telah banyak

menghulurkan bantuan dan kerjasama

bagi merealisasikan usaha

menyempurnakan tugasan ini dengan

jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung.
Segala bantuan yang telah mereka
hulurkan amatlah saya hargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan mereka
semua tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik dan jayanya.
Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

1 PENGENALAN
2 PANTUN
3 SELOKA
4 SYAIR
5 GURINDAM
6 KESIMPULAN

PENGENALAN
PUISI MELAYU
TRADISIONAL

PANTUN-SYAIR-GURINDAM-SELOKA

PUISI MELAYU TRADISIONAL

DEFINISI CIRI-CIRI

- Merupakan puisi lama yang sudah lahir a) Memperlihatkan penggunaan bahasa
dalam kalangan masyarakat Melayu yang lebih baik, ekspresif, kental,
sejak zaman berzaman. mengandungi nilai keindahan serta
- Puisi tradisional ini merupakan puisi menimbulkan rangsangan dan kesan
rakyat yang sudah muncul pada zaman kepada pengalaman dan perasaan.
manusia belum mengenal bentuk tulisan
lagi. b) Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-
- Puisi Melayu tradisional disampaikan kerat atau berurutan dalam baris yang
secara lisan yang berkembang dalam sejajar.
kesenian lisan.
- Puisi tradisional merujuk kepada c) Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi
susunan perkataan dalam bentuk unsur muzik, lagu, itonasi, rentak, irama
karangan berangkap atau suatu bentuk dan keharmonian bunyi.
pengucapan dalam susunan yang
istimewa berbanding dengan d) Baris, rima dan irama disusun
pengucapan biasa. membentuk pola atau ikatan tertentu yang
- Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu dipengaruhi jumlah baris, jumlah
tradisional masih dikekalkan oleh perkataan, keseimbangan bunyi dan
masyarakat seperti keadaan panjang-pendek perkataan.
tradisionalnya.
- Sesetengah bentuk puisi tradisional e) Wujud pembahagian unit dalam
seperti mantera dan teromba menyatakan idea, misalnya dua baris
mengandungi unsur ritual dan bersifat serangkap atau beberapa baris seuntai.
magis.
f) Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan
JENIS melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif
kehidupan masyarakat tradisional.
- Pantun
- Syair g) Binaanya terikat oleh aturan tertentu
- Gurindam yang memberikan bentuk dan strukturnya.
- Seloka
h) Digunakan dalam kehidupan seharian
masyarakat sebagai pengajaran, hiburan,
keramaian, ritual, keagamaan dan
sebagainya.

i) Ada puisi yang dianggap suci dan
berhubung rapat dengan sistem
kepercayaan dan adat istiadat, misalnya
adat perpatih.

j) Bahasa yang padat kental mengandungi
unsur perlambangan, imejan, kiasan dan
perbandingan yang bersifat tradisional
untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan
perasaan hati.

PANTUN

DEFINISI

Pantun adalah sebuah sastera rakyat yang
boleh digunakan dengan seluas-luasnya
didalam masyarakat Melayu dengan tidak kira
apa tujuannya.
Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu
maksud tertentu.
Pantun dicipta sebagai suatu bentuk
pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan
perasaan terhadap seseorang ataupun
mengenai sesuatu perkara di samping
bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan
memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

JENIS PANTUN

1.PANTUN NASIHAT
2.PANTUN MUDA
3.PANTUN JENAKA
4.PANTUN TEKA-TEKI
5.PANTUN AGAMA
6. PANTUN ADAT
7.PANTUN DAGANG
8.PANTUN ANAK
9. PANTUN KEPAHLAWANAN

BENTUK DAN CIRI

Secara umum, bentuk dan ciri – ciri pantun
sebagai berikut :

1.Tiap bait terdiri daripada 4 perkataan
2.Tiap baris terdiri atas 8 sampai 12 suku kata
3. Mempunyai sikma rima hujungan yang

sejajar iaitu (a,a) untuk pantun dua kerat,
(a,b,a,b) untuk pantun empat kerat dan
(a,b,c,a,b,c) untuk pantun enam kerat.
4.Baris pertama dan kedua adalah sampiran,
sedangkan baris ketiga dan keempat adalah
isi.
5.Pantun mempunyai dua bahagian :
- Bahagian pembayang
- Bahagian maksud
6. Pantun terdiri daripada:
- pantun dua kerat
- pantun empat kerat
- pantun enam kerat
- pantun lapan kerat
- pantun dua belas kerat

JENIS PANTUN

PANTUN NASIHAT

Pantun nasihat merupakan rangkaian kata-kata yang
mempunyai makna mengarahkan atau menegur
seseorang untuk menjadi lebih baik.

PANTUN MUDA

Pantun muda adalah pantun yang diperuntukan bagi
kaum muda (remaja), sehingga pantun muda ini
biasanya berhubungan dengan masalah cinta.

PANTUN JENAKA

Pantun Jenaka adalah pantun yang bertujuan untuk
menghibur orang yang mendengar, terkadang
dijadikan sebagai media untuk saling menyindir

dalam suasana yang penuh keakraban, sehingga
tidak menimbulkan rasa tersinggung, dan dengan
pantun jenaka diharapkan suasana akan menjadi

semakin riang

PANTUN TEKA-TEKI

Pantun teka-teki adalah pantun yang berisi teka-teki
atau tebakan. Dalam pantun teka-teki ini biasanya
dibutuhkan jawaban atas teke-teki tersebut.

PANTUN AGAMA

Pantun agama adalah pantun yang didalamnya
mengandung kata-kata nasehat atau petuah yang
memiliki makna mendalam sebagai sebuah pedoman
dalam menjalani hidup, yang biasanya berisi kata kata
yang bisa mendorong kita untuk berbuat yang tidak
melanggar aturan agama baik untuk kepentingan diri

maupun bagi orang lain.

PANTUN ADAT

Pantun adat adalah pantun menggunakan gaya bahasa
bernuansa kedaerahan dan kental akan unsur adat
kebudayaan tanah air.

PANTUN DAGANG

Pantun dagang atau pantun nasib merupakan rangkaian
kata-kata yang merefleksikan nasib atau keadaan

seseorang. Pantun ini biasanya dinyanyikan/dibacakan
oleh orang-orang yang berada di perantauan jika

mereka ingat akan kampung halamannya atau nasibnya
yang tak seberuntung temannya.

JENIS PANTUN

PANTUN ANAK

Pantun anak adalah pantun yang memang
diperuntukan bagi anak-anak. Sehingga dalam pantun

anak ini semua hal yang disampaikan berhubungan
dengan dunia anak.

PANTUN KEPAHLAWANAN

Pantun kepahlawanan adalah pantun yang isinya
berhubungan dengan semangat kepahlawanan

FUNGSI PANTUN

UNTUK SINDIRAN DAN TEMPELAK

Dalam membuat teguran, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan
bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir-
menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran
agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Contoh
pantun :



Pondok robek makan api,

Anak Cina main teropong;
Katak bertingkir besar hati,

Dapat dunia bawah tempurung.



Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan
terhadap sifat manusia yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia
sebegini tidak akan berusaha untuk memajukan diri sendiri tetapi hanya
menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya dengan rasa gembira.
Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan
membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin
maju tidak ada padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar
mengambil sesuatu episod yang diceritakan sebagai situasi yang dapat
dipelajari dan cuba mengandaikan atau mengaplikasikan dirinya dengan
situasi tersebut. Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk makna atau
maksud sosial dan moral sastera.

Penggunaan kias ibarat ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi
mencantikkan bahasa kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan
keindahan alam dan pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu
cantik. Apa yang lebih penting ialah penggunaan kias ibarat berperanan
menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin dinyatakan secara
terang-terangan. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau
takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan.

FUNGSI PANTUN

TUJUAN ADAT ISTIADAT



Buah berangan di rumpun pinang,

Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,

Tanda diri beradat budaya.



Pantun di atas menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun
tersebut menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati
kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu meminang
supaya kita dikenali oleh masyarakat yang beradat. Dalam konteks ini,
adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk
membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing.
Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada
masa itulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang
mengenai tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan, belanja
perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk
memberitahu bahawa gadis tersebut sudah ’berpunya’. Sebelum adat
meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu
perempuan tersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik
orang lain.

Pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuah
masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat
Melayu sangat berpegang pada adat. Dapat dirumuskan bahawa pantun
bukan sahaja berfungsi menyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia
menerangkan tentang kehidupan sesebuah masyarakat itu bagaimana ia
berlaku dan berkesudahan.






MENYAMPAIKAN MESEJ BERUNSUR KEAGAMAAN

Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan
keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang
ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi.
Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa
melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggal segala
larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang
setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada
baik atau buruk. Berikut merupakan contoh pantun agama dan
penerangannya :



Redup bulan nampak nak hujan.

Pasang pelita sampai berjelaga;
Hidup mati di tangan tuhan,

Tiada siapa dapat menduga.



Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak
nak hujan ialah sesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada
petandanya. Contohnya, bulan yang redup menandakan hujan akan
turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai berjelaga bermakna
hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak
dapat diduga kerana segalanya hanya Allah yang menentukan.
Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allah sahaja
yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir untuk
setiap manusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah mengkehendaki apa
yang Dia kehendaki iaitu akan terjadi sesuatu itu atas kemahuannya.
Contohnya, bayi yang baru lahir dalam tempoh sehari boleh mati
dengan kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun sesaat.

FUNGSI PANTUN

UNTUK MENDIDIK



Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai
nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya
mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka
terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati
ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan
peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan
menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan
didikan. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;



Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;

Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.



Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat
dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang dicipta selalunya
memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan
masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contohnya seperti
pantun Melayu lama ini;



Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,

Taat selalu perintah Tuhan.

UNTUK MENGUJI MINDA

Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran.
Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan
kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun
teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati
ialah;

Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;

Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?



Oleh itu, pendengar diminta untuk memikirkan jawapan kepada teka-
teki tersebut dengan sebaiknya sekaligus dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan.

SELOKA

DEFINISI JENIS
SELOKA
- merupakan sejenis puisi lisan Melayu
yang tiada tetap bentuknya. 1. SELOKA SINDIRAN
2. SELOKA MENGEJEK
- memerlukan beberapa baris untuk 3. SELOKA MENEMPELAK
melengkapkan keseluruhan idea. 4. SELOKA NASIHAT
- digubah untuk tujuan menyindir, 5. SELOKA PENGAJARAN
6. SELOKA KHAYAL
mengejek, bergurau senda dan berjenaka 7. SELOKA GURAU SENDA
dengan menggunakan bahasa yang 8. SELOKA PENDIDIKAN
berangkap.

BENTUK DAN
CIRI SELOKA

- merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
- digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau

perumpamaan.
- tidak mempunyai pembayang.
- Rangkap: Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap.
- Perkataan : Jumlah perkataan dalam sebaris tidak tetap.
- Suku kata : Jumlah suku kata dalam baris tidak tetap.
- Rima : rima akhir dalam serangkap adalah bebas.

CONTOH SELOKA

SELOKA SELOKA
NASIHAT
GURAU
Kalau nak ikut nasihat ini,
SENDA Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Jika hendak kamu melamar,
Jangan banyak tulis dihapus, Akan terserlah akhlak terpuji.


Jika siswa rajin belajar,
Sudah tentu pasti lulus. Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Jika kita pegang kuas, Keluarga menjadi contoh tauladan.
Melukislah pada kertas,
Jika anak bangsa cerdas,

Bangsa pun berkualitas. Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,

Benda yang baik tak payah diuji,
Hendaklah melempar jangkar, Akan terserlah akhlak terpuji.

Kalau ada perahu singgah,

Kalau anak bangsa pintar,

Negeri ini akan bangga.



SELOKA SELOKA
PENDIDIKAN SINDIRAN

Anak ayam turun sepuluh, Candu bungkus daun talas,
Mati satu tinggal sembilan, Makan dia mata bilas,

Tuntulah ilmu dengan sungguh-sungguh, Mandi segan kerja malas,
Supaya engkau tidak ketinggalan. Harta orang hendak digalas.


Anak ayam turun sembilan,

Mati satu tinggal delapan, Apa guna pergi ke pasar,
Ilmu boleh sedikit ketinggalan, Kalau tidak bawa keranjang,
Tapi jangan sampai putus harapan. Apa guna berkereta besar,

Kalau hutang keliling pinggang.
Anak ayam turun delapan,
Mati satu tinggal lah tujuh,

Hidup harus penuh harapan, Duduk di anjung makan kunci,
Jadikan itu jalan yang dituju. Sarung kunci tersangkut di bahu,

Muncung-muncung kononnya benci,

FUNGSI SELOKA
BERSERTA CONTOH

UNTUK MENEGUR CONTOH:
GOLONGAN SELOKA PAK

MASYARAKAT YANG KADUK
BERKUASA
Aduhai malang Pak Kaduk
Hal ini agar golongan pembesar tidak Ayamnya menang kampung tergadai
menggunakan kuasa untuk
Ada nasi dicurahkan
kepentingan peribadi. Peristiwa ini Awak pulang kebuluran
dapat dilihat dalam seloka Pak Kaduk. Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Pak Kaduk terpaksa menukarkan
ayamnya dengan ayam raja. Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Akhirnya, Pak Kaduk kehilangan Masa belayar kematian angin
segala galanya seperti isi seloka Sauh dilabuh bayu berpuput
tersebut, iaitu "ayamnya menang Ada rumah bertandang duduk.
kampung tergadai" kerana tindakan
raja yang menggunakan kuasanya

terhadap rakyat biasa yang bodoh.




UNTUK CONTOH :
MEMBERIKAN SELOKA EMAK
PENGAJARAN
SI RADANG
KEPADA
MASYARAKAT Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Seloka juga menjadi sempadan
ikutan kepada anggota masyarakat Tiada kayu rumah diruntuhkan,
dalam menjalani kehidupan seharian. Anak pulang kelaparan,

Seloka berfungsi memberikan Anak di pangku diletakkan,
pengajaran kepada masyarakat Kera di hutan disusui,
untuk menjalani kehidupan yang
lebih baik. Sebagai contohnya, Dagang pergi awak terhutang,
dalam membuat sesuatu kebaikan, Beras habis padi tak jadi.
kita tidak boleh menjadi terlalu



pemurah sehingga terpaksa
berhutang. Hal ini demikian kerana

sifat pemurah yang berlebihan
menyebabkan seseorang kehilangan

hak mereka. Hal ini dapat dilihat
dalam seloka Emak Si Randang.

Syair

DEFINISI

Syair merupakan sejenis puisi berlagu.
Syair merupakan karangan berangkap.
Syair berasal dari Arab Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama dengan
kedatangan Islam.
Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh
(1985) mengatakan syair mula dilagukan di Alam
Melayu pada abad ke-16 dalam sebuah stanza
terjemahan Kesidah Burda al-Busiri.

JENIS SYAIR

Syair roman.
Syair sejarah.
Syair agama.
Syair nasihat
Syair puji-pujian.
Syair teka-teki.
Syair simbolik atau perlambangan.

BENTUK DAN CIRI

Merupakan puisi terikat
Syair tidak mempunyai pembayang. Semua baris
adalah isi.
Rangkap : Setiap rangkap terdiri daripada empat
baris. Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair
mengandungi jumlah baris yang tetap.
Perkataan : Bilangan perkataan sebaris tetap iaitu
4-5 perkataan sebaris.
Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap
antara 8-12 sukukata dalam sebaris.
Rima : Rima akhir dalam serangkap juga tetap
a/a/a/a
Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian.
Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa
rangkap syair yang berurutan untuk memberi
idea yang lengkap.

Jenis Syair & Contoh

SYAIR ROMAN

- Syair ini berbentuk cerita dengan lukisan watak-watak yang
melibatkan golongan atasan khususnya putera dan puteri raja dengan
episod-episod pengembaraan, pertemuan, percintaan, peperangan,
perpisahan akibat sumpahan, fitnah dan dengki.
- Syair ini menamatkan kisahnya dengan penyelesaian yang
menggembirakan.
- Latar belakang cerita dalam syair ini berkisarkan istana, khayalan dan
imaginatif.
- Contoh : Syair Dandan Setia, Syair Haris Fadilah, Syair Juragan
Budiman, Syair Jauhar Manikam.

SYAIR SEJARAH

- Syair sejarah mengambil bahan sejarah sebagai tema dan tidak
memaparkan unsur-unsur mitos dan lagenda.
- Syair ini memaparkan peristiwa-peristiwa sejarah sahaja tetapi
mengisahkan golongan feudal, kehebatan tokoh dan peristiwa alam yang
menjadi sejarah.
- Contoh : Syair Sultan Maulana, Syair Perang Makasar, Syair Raja Haji,
Syair Singapura Terbakar, Syair Sultan Abu Bakar Johor.

SYAIR AGAMA

- Syair agama menggunakan tema dan persoalan keagamaan.
- Isi syair menekankan pengajaran dan moral dalam kehidupan.
- Syair agama membicarakan perkara berkaitan metafizik seperti
tasawuf.
- Contoh : Syair Nabi Bercukur, Syair Nabi Isa, Syair Tengkorak Kering,
Syair Perahu, Syair Burung Pungguk, Syair Burung Pingai.

SYAIR NASIHAT

- Syair nasihat dihasilkan bertujuan memberikan pengajaran yang berupa
nasihat kepada pendengar.
- Tidak banyak syair nasihat dalam kesusasteraan Melayu.
- Contoh : ditemui dalam karya Raja Ali Haji yang bertajuk Syair Nasihat
Kepada Anak

SYAIR PUJI-PUJIAN

- Syair puji-pujian menyanjungi atau memuji tokoh tertentu terutamanya
golongan bangsawan.
- Puji-pujian tersebut adalah tentang kebesaran seseorang pemerintah,
keperkasaan seseorang, kecantikan seorang puteri atau pujian untuk
kemakmuran sesebuah kerajaan.
- Contoh : Syair Sultan Iskandar Bermain-main ke Laut.

SYAIR TEKA-TEKI

- Syair teka-teki dicipta dengan ungkapan tertentu dan biasanya berupa
soalan yang memerlukan jawapan.
- Syair teka-teki dikemukakan begitu untuk menduga kepintaran
seseorang dalam memberikan jawapan yang tepat.

Jenis Syair & Contoh

SYAIR SIMBOLIK / PERLAMBANGAN

- Syair ini dicipta dalam bentuk kias ibarat dengan menampilkan watak-
watak tertentu terutamanya watak binatang, bunga-bungaan dan buah-
buahan.
- Syair ini penuh dengan sindiran terhadap sesuatu peristiwa dan
golongan tertentu di samping memberikan nasihat serta pengajaran.
- Contoh : Syair Buah-buahan, Syair Bunga Air Mawar, Syair Ikan
Terubuk, Syair Kupu-kupu dengan Kumbang dan Belalang.

Fungsi Syair

SEBAGAI HIBURAN

Sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering
dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta
dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-
upacara adat.

SEBAGAI PENGAJARAN

Pengajaran dalam syair dapat dilihat melalui cerita dan lagu
terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran
agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat,
puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan
kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan
seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada
pendengar sekaligus dapat menjentikkan nilai pengajaran
dalam diri pendengar.

UNTUK MENYAMPAIKAN
PENGAJARAN DAN NASIHAT

Dengarkan tuan ayah berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.

Berdasarkan syair di atas, Si ayah memberi nasihat dengan
cara yang lemah lembut, tetapi bernada tegas. Si ayah
memulai nasihat dengan mengungkapkan kata-kata semangat
yang berupa pujian yang sederhana. Kemudian, si ayah
menyatakan nasihat sebenar yang disampaikan dalam bentuk
arahan (amaran) untuk membentuk dan mendidik anaknya
dalam konteks mencari ilmu dengan betul. Hal ini dapat
menunjukkan syair ini memberikan pengajaran kepada kita
untuk sentiasa rajin mencari ilmu untuk kehidupan yang lebih
baik di masa hadapan.

GURINDAM

1 Definisi Gurindam

Menurut Raja Ali Haji, gurindam ialah satu bentuk puisi
Melayu yang terdiri daripada dua baris yang
berpasangan, bersajak atau berima dan memberikan
idea yang lengkap atau sempurna pada pasangannya
Gurindam berasal daripada bahasa sanskrit menerusi
bahasa Tamil (India) "yaitu kirindam" yang bermaksud
perumpamaan.
Gurindam ialah suatu jenis syair melarat yang tidak
tetap sukatannya atau rangkapnya, isinya mengandungi
fikiran-fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang
dan suka sebagai nyanyian
Baris pertama dipanggil syarat (protasis) dan baris
kedua dipanggil akibat (apodosis).

Jenis Gurindam 2

1. Gurindam serangkap dua baris
2. Gurindam serangkap empat baris
3. Gurindam bebas

3 Bentuk dan Ciri Gurindam

Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
Mempunyai rima antara baris-baris yang sejajar atau
unsur-unsur asonansi dan aliterasi antara kerat-kerat
yang sejajar dalam satu baris.
Rangkap : Mempunyai dua baris dalam serangkap atau
beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam
rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu
bersambung dengan baris-baris dalam rangkap untuk
membawa makna yang lengkap.
Baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu fikiran
atau peristiwa dan baris kedua (jawab) pula

mAesnyiamtapkoanrtkeatnertanagsan iattaius mteonjetlaaskkaen tapima eyang
tteolahledainrynataakbanoouleth dbaifrifsearteaunatyastupbejretacmtastadi.

Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat,

eannadm adteauplaebrithmpeerknattsaan.

Perkataan : Jumlah perkataan sebaris tidak tetap.
Sukukata : Jumlah sukukata juga tidak tetap.
Rima : a/a;a/b atau serima (Monoryme)
Gurindam terbahagi kepada dua bentuk iaitu terikat
dan tidak terikat
Gurindam bentuk terikat : terdiri daripada dua baris
berpasangan dan beritma. Baris pertama sebagai
syarat dan baris kedua sebagai akibat.
Gurindam bentuk tidak terikat / berbentuk bebas :
gurindam ini tidak berpasangan atau berangkap, tidak
tentu jumlah barisnya dalam serangkap, tidak tentu
jumlah perkataan dalam sebaris, tidak memakai bunyi
rima yang sama pada bunyi hujungan.

Jenis Gurindam
berserta Contohnya

1 Gurindam serangkap dua baris

- merupakan gurindam yang terdiri daripada dua baris

sahaja serangkap

- berbentuk asli

- baris pertama menjadi buah fikiran kepada buah

fikiran seterusnya dalam baris kedua.

- nasihat yang baik dan indah terbentuk daripada irama

akhir sama Contoh :

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa.

Gurindam serangkap empat baris 2

- merupakan gurindam yang terdiri daripada empat
baris serangkap
- Bilangan perkataan bagi tiap baris adalah tidak
tetap.
- Rima akhir isinya adalah mengenai nasihat.

Contoh ;

Lakukan saja apa yang menurutmu benar,
Lakukan saja apa yang menurutmu pantas,
Hidup hanya bergantung hati,
Hidup hanya sesaat dan kemudian mati.

3 Gurindam bebas

- gurindam bebas ialah gurindam yang tidak terikat
barisnya.
- tidak mementingkan persamaan rima akhir.

Contoh :

Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.

Fungsi Gurindam

1 Untuk mendokumentasi gambaran
masyarakat

Hal ini kerana dapat memancarkan kreativiti
dan estetika serta daya intelektual masyarakat
Melayu lama dalam menangani hal kehidupan
mereka.

Untuk memberikan pengajaran dan 2
semanagat kepada para pembaca

Contoh ;

Tuntutlah ilmu sepanjang masa,
Meski sampai ke negeri Cina.

Berdasarkan gurindam di atas, ia jelas menyuruh kita
untuk menuntut ilmu sampai ke peringkat yang paling
tinggi. Hal ini kerana, ilmu dapat menentukan
kehidupan seseorang pada masa hadapan sama ada
baik atau buruk. Selain itu, dengan ilmu, kita akan lebih
dihormati oleh orang lain dan ilmu juga dapat
memberikan kelebihan kepada kita. Antaranya ialah
mendapat pekerjaan yang baik.

3 Sebagai media komunikasi

Gurindam ini dapat dijadikan sebagai media
komunikasi antara masyarakat terutamanya
dalam majlis-majlis yang formal.

KESIMPULAN

Secara tuntas, puisi tradisional

Melayu merupakan warisan bangsa

Melayu yang mempunyai keunikan

tersendiri dan berharga. Namun

begitu warisan bangsa ini makin

lama makin mengalir lesu dan

akhirnya dipandang sepi oleh

masyarakat. Justeru itu, tunjang

utama yang menjamin keutuhan

sesebuah bangsa ialah

penglestarian dan penghargaan

terhadap tinggalan tradisi yang

menjadi identiti terus dihormati

dan disegani. Lantaran menyedari

hakikat ini maka sebagai generasi

pribumi merdeka, kita perlu untuk

memelihara dan mempertahankan

warisan tradisi ini daripada terus

suram dan tenggelam dimamah

zaman.


Click to View FlipBook Version