BINTANG DAN
GALAKSI
DALAM ALAM SEMESTA
Sains KSSM Tingkatan 2
Disediakan Oleh :
Nur Syamimi Binti Mohd Roshidi
SMK SIONG
Bab11
Bintang dan Galaksi dalam
Alam Semesta
● Alam semesta terdiri daripada semua benda yang wujud di sekeliling kita.
● Terdapat pelbagai objek angkasa yang mungkin anda tidak pernah lihat atau tidak
tahu akan kewujudannya.
● Kajian astronomi telah menyedarkan kita tentang keindahan dan keluasan alam
semesta ciptaan Tuhan.
GALAKSI
● Galaksi ialah satu himpunan jasad yang terdiri daripada jutaan bintang bersama gas,
debu dan habuk.
● Galaksi wujud dalam pelbagai bentuk, iaitu galaksi berpilin, galaksi elils dan galaksi
tidak seragam.
● Sistem suria kita terletak dalam galaksi Bina Sakti.
JENIS - JENIS GALAKSI
● Berpilin
● Elips
● Tidak seragam
BIMA SAKTI
● Bima sakti adalah suatu galaksi berpilin yang sederhana besar.
● Sistem suria kita berada di pinggir salah satu cabang berpilin BIMA Sakti.
● Bima Sakti terdiri daripada lebih kurang 200 bilion bintang dan Matahari merupakan
salah satu daripadanya.
KITAR HIDUP BINTAN
Nebula : r uang di angkasa lepas yang mempunyai medan graviti yang sangat
kuat.
KELAHIRAN BINTANG
● Gas - gas dan zarah debu dalam nebula ditarik oleh daya tarikan
graviti yang kuat lalu membentuk satu gumpalan.
● Daya tarikan graviti yang kuat menyebabkan gumpalan gas
mengecut serta termampat sehingga menjadi sangat padat dan
membentuk satu teras.
● Teras itu mengecil dan menjadi padat disebabkan oleh daya
tarikan yang semakin kuat.
● Apabila suhu dan tekanan dalam teras menjadi terlalu tinggi,
tindak balas nuklear akan berlaku. Gas hidrogen ditukarkan
kepada helium. Banyak tenaga haba dan cahaya dibenaskan.
● Teras itu menyinar dan satu bintang dilahirkan.
● Bintang yang dilahirkan dikenali sebagai bintang muda.
● Bintang muda ini akan terus berkembang menjadi dua ciri fizikal,
iaitu sama ada menjadi bintang bersaiz sederhana seperti Matahari
atau menjadi bintang besar.
KEMATIAN BINTANG
● Haba banyak dijanakan dan memanaskan lapisan bintang yang
paling luar mengakibatkan hidrogen dalam lapisan mula terbakar
mengakibatkan bintang itu mengembang. (Raksasa Merah)
● Jika bintang raksasa merah snagt besar, bintang mula mengecut
dengan cepat dan menghasilkan letupan besar (supernova
).supernova amat cerah dan dapat dilihat di waktu siang.
● Jika bintang yang asal ialah bintang asal bersaiz sangat besar,
letupan supernova akan menghasilkan lohong hitam.
PERBANDINGAN SAIZ RELATIF ANTARA BUMI DENGAN ALAM
SEMESTA
CIRI - CIRI BINTANG
● Warna
● Suhu
● Saiz
● Jarak
● Kecerahan
● Bintang mempunyai saiz yang berlainan.
● Saiz yang sangat besar disebut bintang super raksasa.
● Bintang yang besar disebut raksasa.
● Bintang yang sangat kecil pula disebut bintang kerdil.
● Kecerahan sesuatu bintang yang dicerap bergantung pada saiz,
jarak dari Bumi dansuhu permukaan bintang tersebut.
● Bintang yang paling cerahdi langit ialah Sirius dan Rigel.
SAIZ BINTANG SECARA PERBANDINGAN
Bab 12
Sistem suria
Sistem suria - t erdiri daripada beberapa planet yang sedang berputar
mengelilingi matahari. Ini kerana matahari merupakan objek yang
terbesar dan menjadi peranan penting di dalam sistem suria.
Orbit - laluan yang dilalui oleh suatu di angkasa lepas.
JARAK PLANET
● Unit Astronomi (A.U.)
Unit astronomi (A.U.) ialah jarak purata di antara Bumi dengan Matahri,
iaitu kira - kira 93 juta batu atau 150 juta kilometer
● Tahun Cahaya
Jarak yang ditempuh cahaya dalam masa setahun. Cahaya bergerak pada
halaju 300000 km setiap saat.
Planet - planet dalam Sistem Suria
Planet Utarid
● Planet yang paling dekat dengan matahri, kira kira 57.9 juta
kilometer.
● Planet terkecil dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40%
lebih kecil daripada bumi, dan 40% lebih besar daripada bulan
Musytari, Ganymede; dan bulan Zuhal, Titan.
● Permukaan Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan
bulan, dengan kawah - kawah asteroid yang berpuluh - puluh
kilometer tingginya. Disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya
tidak dapat diserakkan mengakibatkan langit gelap.
Planet Zuhrah
● Planet