The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurazura, 2021-09-25 10:19:19

Perjuangan Tokoh Tempatan

PeSAT2021-Sejarah-M.Danis-5IB

PERJUANGAN
TOKOH-
TOKOH
TEMPATAN

BUKU SKRAP
SEJARAH TAHUN 5

DISEDIAKAN
OLEH:

NAMA:
MUHAMMAD DANIS BIN
MOHAMAD SHUKRI
KELAS:
5 IBNU BAJJAH
SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK
JEMBAL
GURU MATA PELAJARAN:
CIKGU HAJI AZNORDIN BIN JAHAN

2

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
HASIL KAJIAN
KESIMPULAN

RUJUKAN

3

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt diatas segala
nikmat yang diberikan khususnya nikmat iman dan Islam.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat guru mata
pelajaran Sejarah Cikgu Hj. Aznordin bin Jahan. Alhamdulillah
dengan bimbingan dan tunjuk ajar Cikgu, buku skrap ini
dapat disiapkan. Saya juga ingin merakamkan rasa terima
kasih buat kedua ibu bapa saya kerana membantu dalam
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa buat kakak dan adik saya
juga.

TERIMA KASIH SEMUA

4

PENDAHULUAN Perjuangan tokoh-tokoh tempatan sangat berjasa kepada
negara Malaysia tercinta. Pejuang-pejuang pahlawan
tempatan telah berusaha mempertahankan kedudukan
dan kawasan pentadbiran mereka daripada campur
tangan kuasa asing. Perjuangan mereka bersifat
setempat dan mendapat sokongan pembesar serta
penduduk tempatan.

Buku skrap ini akan membincangkan latar belakang
tokoh mengikut negeri masing-masing. Diikuti dengan
maklumat perjuangan mereka menentang kuasa asing
meliputi sebab penentangan dan peristiwa penentangan
yang berlaku semasa mereka mempertahankan
kedaulatan kawasan masing-masing.

5

TOKOH-TOKOH
TEMPATAN
MENGIKUT
NEGERI

• DOL SAID - MELAKA
• RENTAP - SARAWAK
• SHARIF MASAHOR - SARAWAK
• DATO’ MAHARAJA LELA - PERAK
• SYAEMMTBUILAANN ANTAH – NEGERI
• DATO’ BAHAMAN - PAHANG
• MAT SALLEH - SABAH
• ANTENOM - SABAH
• TOK JANGGUT - KELANTAN
• THEARJIENABGDGUALNURAHMAN LIMBONG -

6

HASIL KAJIAN: DOL SAID

NAMA SEBENAR ADALAH DATO’ ABDUL SAID BIN
OMAR ATAU DIKENALI SEBAGAI PENGHULU NANING
SERI MERAH RAJA DOL SAID.
BELIAU DILAHIRKAN PADA TAHUN 1773 DAN
BERASAL DARIPADA SUKU SEMELENGGANG.
DILANTIK SEBAGAI PENGHULU NANING PADA
TAHUN 1799 SEWAKTU BERUMUR 26 TAHUN.

7

HASIL KAJIAN: DOL SAID

SEBAB PENENTANGAN

Naning merupakan kawasan yang bersempadan dengan Melaka.
British mendakwa Naning ialah jajahannya dan mengenakan cukai hasil tahunan
satu persepuluh.
Dol Said membantah pengenaan cukai, membangkang kemasukan tentera dari
pihak British dan membantah Naning sebagai jajahan British.
Dol Said berusaha untuk mempertahankan kedaulatan Naning.

8

HASIL KAJIAN: DOL SAID

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada tahun 1831, British menyerang Naning tetapi kalah. Dol Said menang dengan
bantuan ketenteraan dari Ulu Muar, Sungai Ujong, Seri Menanti dan Rembau.
Berjaya mendapat sokongan seramai 1000 orang Melayu untuk menentang British
pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 (18 hari peperangan).
Pada tahun 1832, British menyerang semula Naning dan Berjaya mengalahkan Dol Said.
Kekalahan ini disebabkan oleh sekutu Dol Said menolong British.
Akhirnya Dol Said menyerah diri, diberi pencen, sebidang tanah dan dibawa ke Melaka.

9

HASIL KAJIAN: RENTAP

NAMA SEBENAR ADALAH LIBAU. BELIAU MERUPAKAN
ANAK SULONG KEPADA NINGKAN DAN IMBONG.
MERUPAKAN KETUA PAHLAWAN IBAN DI SKRANG DAN
SARIBA.
GELARAN RENTAP YANG BERMAKSUD ENSUMBAR DALAM
BAHASA IBAN ATAU MEMBUAT DUNIA BERGEGAR
DIBERIKAN KEPADA LIBAU SELEPAS BELIAU MEMENGGAL
KEPALA MUSUH DALAM PERANG PERTAMANYA.
BELIAU JUGA DIGELAR RAJA DARAT DAN RAJA ULU ATAS
PERJUANGANNYA YANG MENDAPAT SOKONGAN PADU
DARIPADA PENDUDUK IBAN.

10

HASIL KAJIAN: RENTAP

SEBAB PENENTANGAN

James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Nangka Skrang.
James Brooke mendirikan kubu di Nangka Skrang.
James Brooke membanteras amalan kutipan cukai oleh Ketua Tempatan.
James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun.

11

HASIL KAJIAN: RENTAP

PERISTIWA PENENTANGAN

Peristiwa tahun 1853, Rentap Berjaya menyerang kubu James Brooke di Nangka Skrang.
James Brooke menyerang balas dengan membakar 20 buah rumah panjang di kawasan Rentap.
Pada tahun 1854, James Brooke menyerang Rentap di Sungai Lang. Rentap berundur ke hutan dan
membina kubu di Bukit Sadok.
Pada tahun 1857, James Brooke menghantar Charles Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok tetapi
gagal kerana kubu pertahanan Rentap yang kukuh. Kubu tersebut dipagari dengan kayu berlian yang
dapat menahan tembakan senapang.
Pada tahun 1861, James Brooke menyerang kubu Rentap menggunakan meriam serta membakar
kubu dan rumah pengikut Rentap.
Rentap berundur ke Ulu Entabai.

12

HASIL KAJIAN: SHARIF
MASAHOR

NAMA SEBENAR ADALAH SHARIF MASAHOR BIN
MUHAMMAD AL-SHAHAB. BELIAU BERASAL DARI
KAMPUNG IGAN.
BELIAU JUGA MERUPAKAN PEMBESAR SARIKEI DI
SUNGAI RAJANG, SARAWAK YANG DILANTIK OLEH
SULTAN ABDUL MU’MEIN BRUNEI.
BELIAU SANGAT BERPENGARUH DI KALANGAN
ORANG MELANAU DI SUNGAI RAJANG DAN ORANG
IBAN DI SUNGAI SKRANG.

13

HASIL KAJIAN: SHARIF MASAHOR

SEBAB PENENTANGAN
James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei.
James Brooke membina kubu di Kanowit dan melantik Henry Steele sebagai wakil British
dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor.
Sharif Masahor menentang James Brooke kerana menguasai Sarikei.
Penguasaan James Brooke menyebabkan Sharif Masahor kehilangan hak dan kuasa sebagai
pembesar Sarikei.

14

HASIL KAJIAN: SHARIF MASAHOR

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada tahun 1855, Sharif Masahor mengetuai serangan ke Mukah dan mengusir Matusin yang
menyokong kuasa James Brooke.
Pada tahun 1859, Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan
Pengiran Temenggong Hashim berpakat untuk mengusir keluarga Brooke di Kuching.
Sharif Masahor menyerang kubu Brooke berhampiran Sungai Rajang di Kanowit.
Namun begitu, keluarga Brooke Berjaya menggagalkan serangan itu.
Sharif Masahor dibuang negeri, manakala Datu Patinggi Abdul Ghapur ditangkap oleh Belanda
dan dipenjarakan di Betawi.

15

HASIL KAJIAN: DATO’
MAHARAJA LELA

NAMA SEBENAR ADALAH DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK
LAM BERKETURUNAN DAENG SALILI. BELIAU MERUPAKAN
ANAK RAJA BUNGIS YANG BERASAL DARI DAERAH LUWUK,
SULAWESI.
BELIAU MERUPAKAN ORANG BESAR BERLAPAN PERAK YANG
MENTADBIR KAWASAN PASIR SALAK.
SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MUZAFFAR SHAH III, BELIAU
DATANG KE PERAK DAN DILANTIK SEBAGAI MUFTI DENGAN
GELARAN “DATO’ MAHARAJA LELA TAN LELA”, DENGAN KUASA
BOLEH MEMANCUNG TANPA BERTANYA.

16

HASIL KAJIAN: DATO’ MAHARAJA
LELA

SEBAB PENENTANGAN

Residen British J.W.W. Birch campur tangan dalam pentadbiran negeri dan adat resam orang Melayu.
Residen British mengambil alih kuasa Sultan dan pembesar tempatan.
British memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membenarkan British
memungut cukai pada 24 Julai 1875.
J.W.W. Birch telah bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan beberapa cukai baharu seperti cukai
padi, perahu, atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Cukai baharu tersebut telah
membebankan rakyat.
Residen British bersikap angkuh dan sombong.

17

HASIL KAJIAN: DATO’ MAHARAJA
LELA

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada Februari 1875, Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak membuat
bantahan terhadap campur tangan British.
Pada September 1875, Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya iaitu Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Seputum bersetuju mengambil tanggungjawab untuk membunuh Residen British iaitu J.W.W. Birch.
Pada November 1875, J.W.W. Birch dibunuh oleh Seputum atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai
Perak, Pasir Salak. British telah melancarkan serangan ke Pasir Salak selepas kematian Birch namun
gagal.
Pada tahun 1877, British dengan bantuan tentera dari India dan Hong Kong berjaya menewaskan
pejuang Perak. Dato’ Maharaja Lela dan Seputum ditangkap dan kemudian mereka dijatuhi hukuman
gantung.

18

HASIL
KAJIAN:
YAMTUAN
ANTAH

NAMA SEBENAR ADALAH TUANKU
LAKSMANA ANTAH IBNI
ALMARHUM RAJA RADIN YANG
MERUPAKAN ANAK YAMTUAN
BESAR NEGERI SEMBILAN.
PADA TAHUN 1876 DILATIK
SEBAGAI YAMTUAN SERI MENANTI.
DILAHIRKAN PADA TAHUN 1812
DAN MENINGGAL DUNIA PADA
TAHUN 1888 DI SERI MENANTI,
NEGERI SEMBILAN.

19

HASIL KAJIAN: YAMTUAN ANTAH

SEBAB PENENTANGAN

Menentang kerana British campur tangan dalam urusan pentadbiran di Sungai Ujong.
Pada Mac 1872, Dato’ Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksmana Syed Abdul Rahman membuat
perjanjian membenarkan Henry Velge (Penolong Residen British) membuka lombong biji timah di
Sungai Ujong.
British juga menyokong Dato’ Kelana yang mendakwa Terachi ialah wilayahnya.
Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan perjanjian antara British dan Dato’ Kelana serta tindakan
British menyokong Dato’ Kelana.
Yamtuan Antah juga bimbang British akan meluaskan kuasa terhadap wilayah lain.

20

HASIL KAJIAN: YAMTUAN ANTAH

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada tahun 1875, berlaku pertempuran di Paroi.
Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu disitu pada November 1875. Namun
British menyerang balas dan akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.
Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor. Maharaja Abu Bakar
menasihati beliau supaya berdamai dengan British.
Pada Mei 1876, Yamtuan Antah berunding dengan British untuk menamatkan persengketaan.
Hasil rundingan tersebut, Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti yang
Kelapan.

21

HASIL KAJIAN: DATO’
BAHAMAN

NAMA SEBENAR ADALAH ABDUL RAHMAN BIN TUANKU IMAM
NOH DAN DIKENALI SEBAGAI DATO’ BAHAMAN ORANG KAYA
SEMANTAN. JUGA DIKENALI SEBAGAI SEMAN TAHAN KERANA
PANDAI BERSILAT DAN MEMPUNYAI ILMU KEBAL.
BELIAU DIANUGERAHKAN GELARAN ORANG KAYA DATO SETIA
PERKASA PAHLAWAN SEMANTAN KERANA KEGAGAHAN DAN
KEBERANIAN YANG DITUNJUKKAN BELIAU DI DALAM PERANG
SAUDARA DI PAHANG DAN PERANG KLANG DI SELANGOR.
BELIAU DILANTIK SEBAGAI PEMBESAR TEMERLOH SETELAH
KEMATIAN ORANG KAYA INDERA SEGARA.

22

HASIL KAJIAN: DATO’ BAHAMAN

SEBAB PENENTANGAN
Menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sIstem
politik tempatan seperti kehakiman, penubuhan pasukan polis luar dan sistem cukai.
Dato’ Bahaman kehilangan hak memungut cukai dan dilucutkan gelaran sebagai pembesar.
Dato’ Bahaman menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua yang merupakan kawasan
pengaruhnya.

23

HASIL KAJIAN: DATO’ BAHAMAN

PERISTIWA PENENTANGAN
Dato’ Bahaman bersama rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Mat Kilau bangkit menentang
British.
Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman mengetuai serangan terhadap British dan berjaya menawan
Lubuk Terua.
Pada tahun 1892, Dato’ Bahaman mematahkan serangan British di Semantan.
Pada tahun 1894, Dato’ Bahaman menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
Pada tahun 1895, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan setelah British menawan semula Jeram
Ampai.

24

HASIL KAJIAN: MAT
SALLEH

NAMA SEBENAR ADALAH DATU PADUKA MOHAMMAD SALLEH
BIN DATU BALU ATAU DIGELAR SEBAGAI MAT SALLEH.

BELIAU DILAHIRKAN DI INANAM SABAH. BELIAU
BERKETURUNAN BAJAU DAN SULUK PAITAN.

BELIAU MERUPAKAN KETUA KAMPUNG DI DAERAH LINGKABO
DAN SUNGAI SUGUT.

MENINGGAL DUNIA PADA 31 JANUARI 1900.

25

HASIL KAJIAN: MAT SALLEH

SEBAB PENENTANGAN

Mat Salleh memimpin penentangan terbesar masyarakat tempatan terhadap Syarikat Borneo
Utara British (SBUB).
Mat Salleh menentang SBUB kerana tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai pemerintah di
Sandakan, Menggatal, Inanam dan Pulau Gaya.
SBUB mengambil alih hak memungut cukai dan mengadakan peraturan baharu yang
membebankan rakyat dengan memperkenalkan cukai kepala dan surat perahu.
Pemerintah kehilangan kuasa untuk memungut cukai.

26

HASIL KAJIAN: MAT SALLEH

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada 1895, Gabenor Breufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh.
Pada 9 Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB
di Pulau Gaya.
Mat Salleh mendirikan kubu lebih kukuh di Tambunan setelah kubunya di Ranau dimusnahkan oleh
SBUB.
Pada tahun 1900, SBUB melancarkan serangan besar-besaran dan menyebabkan Mat Salleh
terkorban.
Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh Mat Sator yang berpusat di Kampung Kepayan Lama,
Tambunan.

27

HASIL KAJIAN: ANTENOM

NAMA SEBENAR ADALAH ONTOROS BIN BUYUSAN. BELIAU
DILAHIRKAN PADA TAHUN 1873 DI SILAR PINIKIT SELANGIT,
ULU SUNGAI TAHOL, PENSILANGAN, SABAH.
BELIAU MERUPAKAN KETUA KAUM MURUT DI RUNDUM.
BELIAU JUGA MERUPAKAN PAHLAWAN KAUM MURUT YANG
MEMIMPIN KEBANGKITAN MASYARAKAT PRIBUMI DI SABAH
YANG DIKENALI SEBAGAI KEBANGKITAN RUNDUM.

28

HASIL KAJIAN: ANTENOM

SEBAB PENENTANGAN
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menjadikan kaum Murut sebagai buruh paksa untuk
membina jalan.
SBUB tidak menghiraukan adat dan kepercayaan penduduk dengan menceroboh kawasan hutan
yang dianggap mengganggu roh nenek moyang mereka.
Pengenalan cukai baharu yang membebankan rakyat.
SBUB tidak membenarkan penduduk membuka tanah untuk pertanian.

29

HASIL KAJIAN: ANTENOM

PERISTIWA PENENTANGAN

Antenom mengetuai pahlawan Murut untuk menentang SBUB dan membina kubu di Silar Pinikit,
Salangit, Ulu Sungai Tahol, Persiangan.
Pada tahun 1915, Antenom melancarkan serangan hendap dengan menggunakan tombak,
pedang dan sumpit terhadap SBUB di Pensiangan dan membina kubu di Sungai Salangit.
Namun pada bulan April 1915, SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antenom
di Sungai Selangit.
Akhirnya Antenom menyerah diri kepada SBUB untuk menyelamatkan keluarga, pengikut dan
kaum Murut.

30

HASIL KAJIAN: TOK
JANGGUT

NAMA SEBENAR ADALAH HAJI MAT HASSAN BIN PANGLIMA MAT
MUNAS YANG LEBIH DIKENALI SEBAGAI TOK JANGGUT KERANA
MEMELIHARA JANGGUT SAMPAI KE PARAS DADA.
BELIAU DILAHIRKAN PADA TAHUN 1853 DI KAMPUNG JERAM,
PASIR PUTEH, KELANTAN.
BELIAU MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI NEGERI KELANTAN DAN
SELANJUTNYA MELANJUTKAN PENGAJIAN DI MEKAH.
BELIAU MERUPAKAN PAHLAWAN MELAYU YANG TERKENAL DI
KELANTAN.
BELIAU JUGA MERUPAKAN TOKOH AGAMA ISLAM YANG BERJAYA
MENARIK SOKONGAN RAMAI PENGIKUT DI KELANTAN.
BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 24 MEI TAHUN 1915 PADA
USIA 65 TAHUN.

31

HASIL KAJIAN: TOK JANGGUT

SEBAB PENENTANGAN

Tok Janggut tidak bersetuju dengan pengenalan Sistem Penasihat British pada tahun 1910.
Sistem Penasihat British merupakan bentuk pentadbiran British yang menempatkan seorang
penasihat di negeri tertentu. Penasihat British bertanggungjawab menasihati Sultan dalam semua
perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
Pada tahun 1915, penduduk tempatan dipaksa menerima sistem cukai dan peraturan tanah
baharu yang membebankan mereka.
Peraturan baharu British menimbulkan kesulitan kepada penduduk tempatan.

32

HASIL KAJIAN: TOK JANGGUT

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada tahun 1915, Tok Janggut Bersama rakan-rakan dan pengikut-pengikutnya seramai lebih
kurang 2000 orang telah menyerang dan berjaya menguasai Pasir Puteh.
Setelah menawan Pasir Puteh, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan Kerajaan
sendiri.
Namun, pihak British menyerang balas Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh.
Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.

33

HASIL KAJIAN: HAJI ABDUL
RAHMAN LIMBONG

NAMA SEBENAR ADALAH HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI
ABDUL HAMID. BELIAU JUGA DIKENALI SEBAGAI TOK
LIMBONG KERANA BERTUGAS SEBAGAI SEORANG GURU
AGAMA DI KAMPUNG LIMBONG, CHUKAI, KEMAMAN.
BELIAU DILAHIRKAN PADA TAHUN 1868 DI KAMPUNG JENGUK
TONG, BELADAU KOLAM, KUALA TERENGGANU DAN
MENINGGAL DUNIA PADA 16 NOVEMBER 1929 DI MEKAH.
BELIAU TERKENAL SEBAGAI SEORANG ULAMA DAN
PENDAKWAH YANG DIHORMATI, AHLI PERNIAGAAN DAN
PENGUSAHA YANG BERJAYA SERTA SEORANG PETANI YANG
GIGIH.

34

HASIL KAJIAN: HAJI ABDUL RAHMAN
LIMBONG

SEBAB PENENTANGAN
Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa
peraturan berhubung pemungutan hasil tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu
di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun sekitar tahun 1921.
British memperkenalkan undang-undang baharu yang membebankan rakyat seperti peraturan
tanah untuk petani menjalankan kegiatan pertanian.
British mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang sekiranya penduduk tempatan
enggan membayar cukai.

35

HASIL KAJIAN: HAJI ABDUL RAHMAN
LIMBONG

PERISTIWA PENENTANGAN

Beliau memimpin Gerakan yang dikenali sebagai ‘Pemberontakan Tani Terengganu’
Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam di mahkamah dan
berjaya membela petani yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu di Kuala Telemong.
Pada tahun 1928, petani dan pengikut Haji Abdul Rahman Limbong telah menawan balai polis di
Kuala Berang.
British melancarkan serangan balas. Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap atas tuduhan
menghasut dan dihukum buang negeri ke Singapura pada 13 Jun 1928 dan selanjutnya dibuang
ke Mekah pada 19 Ogos 1928.

36

KESIMPULAN

Tugasan buku skrap ini memberi tiga maklumat penting kepada saya meliputi latar belakang tokoh,
sebab penentangan dan peristiwa penentangan tokoh pejuang.
Tokoh pejuang yang dimaksudkan adalah Dol Said di Naning, Rentap di Nangka Skrang, Sharif Masahor
di Sarikei, Dato’ Maharaja Lela di Pasir Salak, Yamtuan Antah di Seri Menanti, Dato’ Bahaman di
Pahang, Mat Salleh di Sandakan, Antenom di Pensilangan, Tok Janggut di Pasir Puteh dan Haji Abdul
Rahman Limbong di Kuala Berang.
Perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang campur tangan dan penjajahan kuasa asing membantu
saya memahami sejarah kemerdekaan tanah air serta menghargai perjuangan mereka. Mereka adalah
simbol kepahlawanan tanah air yang mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa.

37

KESIMPULAN

Banyak pengajaran boleh didapati daripada sejarah perjuangan tokoh-tokoh tempatan, antaranya
termasuklah semangat untuk mempertahankan kawasan mereka daripada penjajah. Sebagai
warganegara, kita perlu bersikap patriotik dan menghargai sejarah perjuangan serta pengorbanan
mereka.

38

RUJUKAN

1. Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejarah Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan.

2. Tokoh Pejuang Kemerdekaan Negara.
https://pkej.library.uitm.edu.my/images/publication/Exhibition/
2020/Tokoh-TokohPejuangKemerdekaanNegara/Tokoh-
Tokoh_Pejuang_Kemerdekaan_Negara.pdf

3. Sejarah Tahun 5 Unit 5 Bangkit Berjuang Penjajah
Ditentang.
https://www.akademiyoutuber.com/2021/06/sejarah-tahun-
5-unit-5-bangkit-berjuang_11.html

39

RUJUKAN

4. Fakta Menarik Mengenai Dol Said.
https://www.facebook.com/jabatanpendidikantinggi/photos/a.8
54960227870588/2617577488275511/?type=3&is_look
aside=1

5. Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan.
http://tingkatanduasejarah.blogspot.com/2012/09/yamtuan-
antah-mempertahankan-kedaulatan.html

6. Sejarah Presentation.
https://www.slideshare.net/nishama89/sejarah-
presentationadleena

40

RUJUKAN

7. Sharif Masahor Wira Sarawak.
https://dokumen.tips/documents/sharif-masahor-wira-sarawak-
sejarah.html
8. Pejuangan Tokoh Tempatan.
https://www.slideshare.net/ilhiana/perjuangan-tokoh-tempatan
9. Dato’ Bahaman Tokoh Pejuang Kemerdekaan.
https://ms-my.facebook.com/SinarHarian/posts/dato-bahaman-
tokoh-penjuang-kemerdekaan-berita-terkini-berkaitan-
kemerdekaan-di-/10159191875124883/

41

RUJUKAN

10. Sejarah Tahun 5: Antenom Pahlawan Murut
https://www.youtube.com/watch?v=wLf1mBcU_nI
11. Tokoh Pejuang Kemerdekaan Negeri Sabah.
https://ms-
my.facebook.com/TVRTMSabah/posts/761772031314663/
12. Fakta Menarik Mengenai Tok Janggut
https://ms-my.facebook.com/jabatanpendidikantinggi/posts/fakta-
menarik-mengenai-tok-janggut-jptkpmsayangimalaysiaku-
malaysiabersih-kemakm/2649957601704166/

42

RUJUKAN

13. Perjuangan Sebenar Tok Janggut.
https://amrlife-amran.blogspot.com/2011/08/perjuangan-sebenar-
tok-janggut.html
14. Fakta Menarik mengenai Haji Abdul Rahman.
https://ms-my.facebook.com/jabatanpendidikantinggi/posts/fakta-
menarik-mengenai-haji-abdul-rahmanhaji-abdul-rahman-limbong-
telah-dibuang-/2628797837153476/
15. Haji Abdul Rahman Limbong: Ulama’ dan Pejuang Tanah Air.
https://www.1media.my/2020/08/haji-abdul-rahman-limbong-ulama-
pejuang.html

43

TERIMA
KASIH

44


Click to View FlipBook Version