The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1002-27-nurhurin, 2024-03-18 08:24:33

Kampung Chetti Melaka

Kampung Chetti Melaka

Kampung Chetti Melaka


Saya dan kawan-kawan menaikkan bas menuju ke bandar Melaka. Kami tiba di kampung Chetti pada pukul 8:45 pagi. Kami diberi taklimat terlebih dahulu tentang perlunya menjaga displin semasa lawatan. Kami melawat ke kawasan perumahan Kampung Chetti yang teletak di Gajah Berang, Melaka. Rumah-rumah yang didiami masyarakat Chetti masih kekal tradisinya sehingga sekarang. Kemudian, kami bergerak ke majelis perkahwinan masyarakat Chetti yang terletak berhampiran dengan muzium. Di situ, kami dapat melihat persandingan sepasang pengantin. Pengantin perempuan berpakaian songkit dan bersanggul lintang.


Kami berpeluang untuk melawat ke Muzium Chetti di situ. Terdapat pelbagai koleksi di muzium itu. Antara koleksi yang terdapat di muzium tersebut termasuklah pakaian traditional perempuan masyarakat Chetti, iaitu kebaya dan kain batik. Pakai lelaki pula ialah baju kemeja dan kain pelekat. Kami sempat melihat kolam yang dihasilkan. Kemudian, kami pulang dengan perasan riang. Pengalaman melawat ke Kampung Chetti Melaka mengingatkan kami agar menghormati budaya lain.


Click to View FlipBook Version