The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arrobinoura99, 2021-03-24 23:49:34

Pengenalan Usrah

01 Pengenalan Usrah

USRAH: MY FAMILY

Objektif tajuk ini :
 Ahli usrah akan memahami pengertian dan konsep usrah yang sebenar
 Ahli usrah dapat menjelaskan tujuan usrah dan matlamatnya
 Ahli usrah dapat menghuraikan kepentingan penghayatan rukun-rukun usrah dalam
kehidupan

INSTITUSI USRAH DALAM SIRAH NABAWIYAH

Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud keluarga. Penggunaan
istilah ini (USRAH) pada umumnya adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan
persaudaraan sesama manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan,
suku bangsa dan puak.1

Usrah adalah medium pendidikan/pentarbiahan yang bertujuan melahirkan ‘amilin (para pekerja)
dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan
kepentingan orang-orang yang berfikir. Usrah bukan semata-mata majlis ilmu, bahkan adalah
medan untuk merapatkan ukhuwah serta mewujudkan keselarasan fikrah dan amal antara
anggota.

Usrah adalah antara method yang digunakan oleh Rasulullah dalam mendididk generasi awal
para sahabat bagi menanam keyakinan dan keimanan kepada Allah dan RasulNya. Bermula
dengan sejumlah 30 lelaki dan wanita, Rasulullah mengumpulkan sahabat dalam pertemuan
sulit di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam.2 Jumlah ini semakin besar dan banyak sehinggalah
Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan.
Ini dinyatakan dalam firman-Nya ;
”Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.”3

1 Ya’qub Muhammad Hussin : Usrah dan Harakah : memahami dan menghayati ciri-ciri usrah yang berjaya. Muka
Surat : 10
2 Dr.Mustafa As-Syibaie, Sirah Nabi Muhammad ; Pengajaran dan Pedoman, Pustaka Salam, hal.46.
3 Surah Al-Hijr : ayat 94

Ekoran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah peringkat menyakiti orang-orang
mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah S.A.W turut disakiti. Walau bagaimana
peritpun penderitaan yang dialami oleh para sahabat, keyakinan mereka kepada kebenaran
Islam bukan sahaja tidak berganjak tetapi semakin mantap dan teguh. Inilah bukti
keberkesanan didikan Rasulullah SAW melalui platform Usrah bersama generasi awal
pendokong islam.

Sesungguhnya perjalanan sejarah memperkuatkan persediaan dunia untuk menerima Islam
sebagai sistemnya. Usrah kembali dihidupkan oleh Gerakan Ikhwan al-Muslimin yang
dilancarkan pada 1928 oleh Imam Hassan Al-Banna di Mesir . Ciri-ciri yang menonjol di dalam
Ikhwan Muslimin ialah mengubah sikap seseorang muslim itu dari berjalan sendirian kepada
berjalan secara jamaie.4 Institusi usrah kembali berkembang dan metod ini mula diterima
masyarakat Islam sebagai kaedah terbaik dalam mengembangkan ilmu atau teori dan
memperkukuhkan ikatan persaudaraan Islam.

Secara kesimpulannya, usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap
sesama ahli jemaah untuk melakukan kerja islam yang mencabar. Tegur-menegur sesama ahli
usrah dan nasihat menasihati adalah asas kekuatan usrah itu sendiri. Kemanisan berusrah
akan lebih terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah yang sebenar 5.

Maksudnya : Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat
menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.6

4 Pengenalan Dakwah Ikhwan Muslimin : Said hawwa, Pustaka Salam, hal.11
5 Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : m/s 2
6 Surah al-asr ayat 3

KONSEP USRAH

 Sebuah perkumpulan yang bertemu dengan kekerapan yang berkala yang dianggotai
oleh lebih daripada dua individu

 Usrah juga adalah satu unit sosial yang mampu memberikan nilai tambah dalam
pelbagai aspek kehidupan kepada para ahli melalui perkongsian dan perbincangan
dalam perkumpulan Usrah tersebut. Antaranya perkongsian tentang akademik,
rumahtangga, kewangan, kerjaya, bisnes dan sebagainya. Dalam erti kata lain, dalam
berusrah, kita tidak hanya ’memberi’, tetapi kita juga akan ’menerima’ sesuatu yang
bermakna.

 Usrah juga bukanlah bermakna keluarga dalam pengertian yang sempit dan terbatas
kepada ikatan kelompokn tertentu. Sebaliknya usrah yang kita maksudkan adalah
keluarga yang diikat dengan ikatan yang lebih kukuh dan lebih khusus. Ikatan yang
mengatasi sempadan bangsa dan keturunan, itulah ikatan aqidah Islam yang
merupakan ikatan paling bersih dan mulia kerana aqidah inilah yang menjadi kayu ukur
bagi menentukan kebenaran sesuatu sistem dan matlamat hidup manusia.7

 Menurut ustaz Yahya Haji Osman dalam buku Usrah sebagai tunjang tarbiyyah gerakan
Islam dakwah wajib bagi seorang mukmin ialah merupakan program tarbiyyah yang
proaktif keara mewujudkan kumpulan-kumpulan pertama dan utama dalam sebuah
masyarakat yang besar yang diistilahkan dengan negara Islam (daulah Islamiyyah)8

 Tujuan dan matlamat ini amatlah sukar untuk dicapai tanpa mengadakan satu
rancangan yang rapi, sesuatu tarbiyyah yang sistematik. Maka, satu-satunya program
itu ialah usrah, yang menjadi tunjang kepada terbiyyah harakah Islamiyyah. 9

7 Usrah dan Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin : memahami dan menghayati ciri-ciri usrah yang berjaya. Muka
Surat : 11
8 Usrah sebagai tunjang tarbiyyah gerakan Islam dakwah wajib bagi seorang mukmin : Yahya Haji Osman: muka
surat : 7
9 Usrah sebagai tunjang tarbiyyah gerakan Islam dakwah wajib bagi seorang mukmin : Yahya Haji Osman : muka
surat : 7

OBJEKTIF DAN TUJUAN USRAH10 : (Panduan Usrah : 2)

1) Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah S.W.T
2) Menghubungkan anggota secara langsung kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah
3) Mengiltizamkan anggota dengan akhlak al-quran supaya dapat mematuhi perintah dan

larangan Allah
4) Menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian
5) Membentuk pemikiran dan tindakan yang selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan

Rasulullah
6) Sentiasa dapat bermulazamah dengan Al-Quran dan Al-Hadis
7) Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan
8) Membentuk peribadi m\Muslim dan keluarga Muslim dan masyarakat Muslim
9) Merapatkan ukhuwaah dan kasih sayang di kalangan anggota11
10) Menghidupkan budaya nasihat menasihati dikalangan ahli usrah
11) Menanamkan semangat cintakan agama Allah
12) Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup denhan cita-cita,

harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep
keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang
bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti kecewa
13) Membuka saluran komunikasi dalam sebuah organisasi. Sistem usrah boleh digunakan
untuk mewujudkan satu sistem komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan
sebutang (one button Mobilisation)
14) Dapat menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing
15) Dapat memahami sifat-sifat peribadi anggota dengan lebih dekat, seperti pemarah,
pemurah, penakut, gopoh, lembab dan sebagainya.

Menurut ustaz Yahya Haji Osman dalam buku Usrah sebagai tunjang tarbiyyah gerakan Islam
dakwah wajib bagi seorang mukmin tujuan pokok bagi usrah ialah12 :

16) Meningkatkan kefahaman anggota-anggota dan menentukan sikap Islam terhadap
satu-satu masalah

10 Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : m/s 2
11 Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : m/s 3
12 Usrah sebagai tunjang tarbiyyah gerakan Islam dakwah wajib bagi seorang mukmin : Yahya Haji Osman : muka
surat : 8

17) Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap
ajaran Islam secara peribadi dan jama’i

18) Memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara
berjemaah

RUKUN USRAH

1) TAARUF13
 Iaitu berkenalan sesama anggota dengan bertukar maklumat peribadi seperti
nama, pekerjaan, umur, tempat tinggal, keluarga dan sebagainya sehingga
setiap orang merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian daripada
dirinya.
 Asas gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pegenalan
yang mendalam antara 2 saudara
 Hendaklah disemai dengan semangat cintakan agama Allah
 Sabda Rasulullah s.a.w

‫المؤمنون للمؤمن كالبنيان يشد بعده بعضا‬

Maksudnya : orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang
sebahagiannya memperkuatkan sebagian yang lain
 Sabda Rasulullah s.a.w :

‫مثل المؤمنين في تراحمهم وتعاطفهم كمثل الجسد الوحد‬

Maksudnya : perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang
mereka, dalam perasaan belas kasihan ,mereka, dan dalam persimpatian
mereka adalah laksana badan yang satu

2) TAFAHUM14
 Bermaksud bersefahaman sesama anggota ketika beramal dan bertindak.
 Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya
tidak ada persefahaman yang mantap dalam kalangan ahli

13 Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : Rukun Usrah :m/s 4
14 Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : Rukun Usrah : m/s 5

 Apabila persefahaman wujud, maka amalan nasihat-menasihati akan menjadi
perkara yang senang dan baik untuk diamalkan dan membuahkan hubungan
kasih sayang juga.

 Perasaan syak wasangka hilang, perasaan hasad dengki terhindar. Dua saudara
tidak mengambil hati apabila ditegur oleh sahabat

 Rukun ini berkait rapat dengan ukhuwwah, kerana ukhuwwah tidak dapat
dilaksanakan kecuali sudah persefahaman di kalangan mereka

 Dalam soal nasihat menasihati ini hendaklah saudara yang diberi nasihat itu
bersedia serta sanggup menerima nasihat dari saudaranya tadi dengan sukacita
dan gembira serta berterima kasih kepada sahabat yang memberi nasihat
kepadanya. Saudara yang menasihatinya pula, janganlah mudah beruah hati
terhadap saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan perasaan itu
sejarak sehelai rambut sekalipun15

 Nasihat juga hendaklah diberi secara baik dan tidak memandang rendah
terhadap saudaranya yang dinasihatinya itu. Orang yang memberi nasihat pula
janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan ia hendaklah memberi nasihat
secara terang-terangan (menyembunyikan) akan kesilapan saudaranya itu kira-
kira selama sebulan dan tidak meneritakan segala kecacatan yang telah pun
diperhatikan kepada naqib16

3) TAKAFUL
 Berseimbanglah (takaful) ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya
jangan ada yang terbiar dan terlantar. 17
 Oleh itu, saudara hendaklah mengambil dasar takaful ini dengan cara-cara yang
bersungguh-sungguh untuk bersama-sama menolong memikul beban sesama
sendir18

15 Usrah dan Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin : memahami dan menghayati ciri-ciri usrah yang berjaya. Muka
Surat : 19
16 Usrah dan Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin : memahami dan menghayati ciri-ciri usrah yang berjaya. Muka
Surat : 19
17 Usrah dan Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin : memahami dan menghayati ciri-ciri usrah yang berjaya. Muka
Surat : 19
18 Usrah dan Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin : memahami dan menghayati ciri-ciri usrah yang berjaya. Muka
Surat : 19

 Dalam kumpulan usrah juga perasaan ingin tolong menolong dan bantu
membantu dikalangan anggota atau saudara yang lain perlu ada19

 Setiap anggota perlu memberikan bantuan apabila saudara yang lain
memerlukan bantuan moral dan material sama ada bersifat peribadi mahupun
keluarga20

 Oleh itu, setiap anggota kumpulan usrah hendaklah bersungguh-sunggug untuk
memikul bebanan sesama sendiri.

 Dasar takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhuwwah yang sejati
 Mereka juga hendaklah bertanya khabar, ziarah-menziarahi, tolong menolong

antara satu sama lain.
 Sebagai contoh, sekiranya sahabat yang terlantar sakit mendapat kesusahan,

mereka tidak harus diabaikan dan ditinggalkan tanpa berita21
 Sabda Rasulullah s.a.w

‫لن يمشى احدكم فى حاجة اخيه خيرله من ان يعتكف فى مسجدى هذا‬
‫شهرا‬

Maksudnya : keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong
saudaranya adalah lebih baik baginya ia beriktikaf selama sebulan di masjid aku.

NILAI-NILAI USRAH
Setiap program itu semestinya ada nilai tersendiri. Nilainya bergantung kepada sejauhmana
orang yang terlibat dengannya memberikan nilai. Nilai-nilai utama yang diperolehi dalam usrah:

1. Kasih sayang

19 Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : Rukun Usrah :m/s 5
20 Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : Rukun Usrah :m/s 5
21 Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : Rukun Usrah :m/s 5

“Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka
katakanlah: "Salaamun alaiku. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang,
(yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan,
kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”22
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha
Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.”23
2. Persaudaraan Islam dan semangat kekitaan

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan
jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan
pertoIongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi.
Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada
kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi)
jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka
kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian
antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”24
3. Budaya ilmu

22 Al-An’am 6 : 54.
23 Maryam 19 : 96.
24 Al-Anfaal 8 : 72.

“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis",
maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila
dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang
yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.
Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”25
4. Berpesan-pesan/nasihat-menasihati

“kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.” 26

5. Kerja berpasukan

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang
teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” 27
Nilai – nilai inilah yang akan menguatkan lagi ikatan persaudaraan sesama ahli usrah dan
membentuk pasukan yang mantap seterusnya memudahkan perkembangan ilmu Islam.
Akhirnya, nilai-nilai yang diperolehi ini dapat membentuk akhlak mulia di kalangan masyarakat
Islam. Nilai – nilai ini akan lebih bermakna jika semua ahli usrah hadir dengan niat yang ikhlas
untuk mencari keredhaan Allah.
Allah berfirman :

25 Al-Mujadalah 58 :11
26 Al-Asr 103 : 3
27 As-Soff 61 : 4.

“ Dan tidaklah mereka itu tidak diperintahkan kecuali supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya
mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”

28

ADAB-ADAB USRAH

Antara adab-adab usrah yang harus difahami oleh ahli usrah ialah:

1. Mengikhlaskan niat hanya kepada Allah S.W.T. Hati yang tidak ikhlas ketika datang ke
majlis usrah tidak mendapat apa-apa manfaat. Hati yang kotor juga tidak boleh
menerima kesan yang baik daripada usrah.

2. Berazam untuk mendapatkan ilmu yang diberkati sepanjang berada di dalam majlis
usrah.

3. Membaca dahulu sebelum datang ke majlis supaya perbincangan lebih teratur dan
bernas.

4. Memberi salam apabila bertemu.
5. Datang ke majlis usrah tepat pada waktu yang dijanjikan.
6. Berbincang dengan suara yang rendah dengan kadar yang boleh didengar oleh anggota

usrah.
7. Setiap anggota hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain sehingga menjadi

sebuah keluarga.
8. Sentiasa berpesan tentang kebenaran dan hak di kalangan anggota. Orang yang

memberi nasihat jangan pula memandang rendah terhadap saudara yang dinasihatinya
dan menganggap dirinya mulia. Bahkan dia hendaklah memberi nasihat dengan cara
tidak melahirkan terang-terangan akan kesilapan saudaranya. Saudara yang dinasihati
jangan pula berdegil danberas kepala untuk tidak berubah.29
9. Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie ahli usrah hendaklah segera
memberitahu kepada naqib atau naqibah. Hal ini bertujuan untuk melatih diri
bertanggungjawab dalam setiap kerja serta menghindari prasangka yang tidak baik.

28 Al-Bayyinah 98 : 5.
29 Isi No.1-8, Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : Adab-adab Usrah: m/s 17-19

10. Menghadiri usrah dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kesanggupan
untuk menunaikannya.

11. Menyediakan dan membawa keperluan-keperluan yang diperlukan di dalam majlis usrah
seperti Al-Quran, teks usrah, buku catatan dan bahan-bahan lain yang diperlukan.

12. Datang ke majlis usrah dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih
sayang kerana Allah.

13. Mendahului majlis dengan membaca Al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi
Muhammad S.A.W.

14. Jauhkan bergurau dan ketawa yang melampau kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah sentiasa bersifat tenang dan serius.

15. Mengadakan muhasabah terbuka supaya anggota yang merasa bersalah kembali ke
pangkal jalan.

16. Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajara dengan
teliti dan tenang sambal cuba memahami, mencatat dan mengingat dengan tepat
sebelum disampaikan kepada orang lain.

17. Jangan mengangkat suara tinggi daripada keperluan pendengar.
18. Akhiri majlis dengan membaca Tasbih Kaffarah dan surah al-Asr secara sedar dan

memahami serta menghayati maknanya. 30

KESAN MENYERTAI USRAH31

Usrah yang berkesan dan efektif akan memberi kesan yang besar dan positif kepada ahlinya.
Antara kesan apabila seseorang individu menyertai usrah adalah :

1. Menjadikan seorang cintakan al-Quran dan as-Sunnah dan mempraktikkan ajaran
kedua-duanya dalam kehidupan seharian.

2. Menjadi seorang yang rajin membaca sebagai suatu wasilah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan. Anggota usrah haruslah menguasai ilmu untuk menerangkan hakikat
agama Islam kepada orang lain.

3. Melahirkan seseorang yang kreatif dalam penulisan kerana usrah merupakan salah satu
tempat untuk mengasah bakat dan kreativiti anggotanya.

30 Isi No 9-18, Manhaj Daurah Tadribiyyah : Himpunan Kertas Kerja Pembinaan Ahli Parti Islam Se-Malaysia
(PAS): Tuan Guru Haji Harun Taib: Usrah dan Matlamatnya: m/s 18-27
31 Panduan Usrah : Ust Idris Ahmad : Kesan Pelaksanaan Usrah: m/s 22-24

4. Bersikap berani mempertahankan kebenaran serta berani menyimpan rahsia daripada
jatuh ke tangan musuh.

5. Berusaha membentuk suasana Islam di rumah atau tempat kerja. Firman Allah S.W.T.:
Maksud: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…”32

6. Menjaga ibadat dengan sempurna, menjaga zikir dan berdoa dengan doa yang ma’thur.

7. Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup sebagaimana kata-kata
Saiyidina Umar r.a.:

‫حاسبوا أنفسكم قبل ان تحاسبوا‬

Maksud: “ Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung di hadapan Allah S.W.T. ”

PENUTUP

Usrah tetap sukar mencapai kejayaan jika ahli-ahli usrah tidak mempunyai komitmen terhadap
usrah masing-masing. Lantaran itu, setiap individu perlu memahami peranan masing-masing
supaya usaha ini dapat dijayakan dengan baik. Mungkin tulisan ini memberi gambaran yang
agak ideal, namun semoga paparan ini dapat memberi panduan bagi kita mencapai sebahagian
dari apa yang kita kehendaki. Hakikatnya, perjalanan usrah yang mengikut method yang betul
akan berupaya untuk melahirkan individu yang berperibadi unggul. Semoga usrah yang kita
jalankan ini menolong kita dalam usaha kita menghayati dan menegakkan agama Islam yang
tercinta.

32 Surah at-Tahrim 66:6


Click to View FlipBook Version