The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook ini menceritakan tentang ciri-ciri guru efektif yang perlu ada dalam setiap guru. Guru yang efektif akan memotivasikan pelajar untuk terus berjaya dalam kehidupan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fahmighazali46, 2022-01-15 09:54:52

GURU EFEKTIF PEMANGKIN KEJAYAAN PELAJAR

Ebook ini menceritakan tentang ciri-ciri guru efektif yang perlu ada dalam setiap guru. Guru yang efektif akan memotivasikan pelajar untuk terus berjaya dalam kehidupan

PGA 101

Guru
Efektif
Pemangkin
Kejayaan
Pelajar

MAIZATUL AYUNI BINTI MAZLAN
MOHAMAD FAHMI BIN GHAZALI
MOHAMAD ADHARIZAM BIN MOHD ASHRI

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 3-5

PENGENALAN 6

KONSEP GURU EFEKTIF 7
CIRI-CIRI GURU EFEKTIF 8

KUALITI PERIBADI 9-18
KOMPENTESI DA
LAM PENGAJARAN 19-33
PENGHAYATAN D
AN AMALAN NILAI 34-43


44

RUMUSAN 45-46

RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim
Alhamdullilah bersyukur ke atas ilahi dengan limpah
rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang dianugerahkan
kepada saya dan juga ahli kumpulan saya iaitu Mohamad
Adharizam Bin Mohd Ashri dan Mohamad Fahmi Bin
Ghazali bagi menyiapkan e-book ini yang bertajuk “guru
efektif pemangkin kejayaan pelajar”. Pertamanya saya

ingin mengucapkan terima kasih lepada pensyarah
tercinta Dr Melissa kerana dengan tunjuk ajar beliau telah
membantu kumpulan saya mampu menyiapkan e-book ini

dengan jayanya. Ucapan penghargaan juga ditujukan
kepada ahli kumpulan saya kerana berkerjasama antara
satu sama lain dalam menyiapka tugasan yang diberikan

ini .
Akhir madah, saya berharap apa yang disampaikan dalam
e-book ini mampu bermanfaat kepada semua yang terlibat

dan bakal terlibat dengan dunia pendidikan.




Maizatul

MAIZATUL AYUNI BINTI MAZLAN
Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim



Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia yang dikurniakan-Nya dapatlah saya
menyiapkan tugasan e-book ini yang bertajuk “Guru Efektif
Pemangkin Kejayaan Pelajar” dengan jayanya. Saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah
saya iaitu Dr Melissa kerana memberi tunjuk ajar dan tunjuk
ajar beliau membuka ruang kepada saya untuk menyiapkan
tugasan e-book ini pada masa yang ditetapkan. Saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang
banyak memberi sokongan moral dan dorongan sepanjang
proses menyiapkan e-book ini. Tidak lupa, penghargaan ini
juga saya sampaikan kepada ahli kumpulan saya iaitu Maizatul
Ayuni Binti Mazlan dan Mohamad Adharizam Bin Mohd
Ashri yang sama-sama membantu untuk menyiapkan tugasan
ini.
Akhir kata, saya harap tugasan ini dapat diterima dengan baik
oleh Dr Melissa dan dapat memberi manfaat kepada orang lain
yang membacanya.

fahmi

MOHAMAD FAHMI BIN GHAZALI
Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia

P E N G H A
R G A A N



Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan

berkat dan keizinan dari-Nya, maka kami telah dapat
menyiapkan tugasan E-Book ini yang bertajuk “Guru Efektif
Pemangkin Kejayaan Pelajar”. dengan jayanya. Insyaallah,
tugasan kerja ini akan memberikan banyak manfaat kepada

kami serta orang ramai dari segi pengetahuan dan
pengalaman semasa membuat kerja ini dan di masa hadapan.
Saya bersama rakan seperjuangan saya Mohamad Fahmi Bin

Ghazali dan Maizatul Ayuni Binti Mazlan ingin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Dr Melissa kerana tidak jemu-
jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –

cara membuat tugasa mengikut kriteria yang ditetapkan.
Beliau turut membantu kami menyelesaikam masalah yang
kami hadapi dan membuat teguran agar memperoleh hasil

kajian dengan cemerlang.
Tuntasnya, besarlah harapan saya supaya tugasan E-Book
yang kami jalankan ini dapat diterima baik oleh Dr Melissa

dan menjadi kumpulan terbaik yang dapat menyiapkan
tugasan ini



Adharizam

MOHAMAD ADHARIZAM BIN MOHD ASHRI
Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidika
Universiti Sains Malaysia

PENGENALAN




Malaysia adalah sebuah negara menuju kearah
pembangunan. Bagi mencapai pembangunan yang seiring
dengan arus peredaran zaman teknologi maklumat ini
memerlukan modal insan atau generasi kelas pertama.
Oleh itu, dalam melahirkan modal insan yang mampu
membangunkan negara Malaysia pihak kerajaan perlu
menitikberatkan sektor pendidikan sebagai asas dalam
pembangunan. Seperti yang kita sedia maklum dalam
sektor pendidikan guru memainkan peranan penting
dalam kemenjadian para pelajar kerana mereka adalah
orang kedua terdekat kepada pelajar. Oleh itu guru yang
efektif amat diperlukan demi melahirkan pelajar yang
cemerlang yang mampu menyumbang kepada negara.
Brsesuaian dengan tajuk ebook ini iaitu guru efektif
pemangkin kejayaan pelajar. Ebook ini dicipta bagi
menghuraikan apa itu guru efektif yang perlu diketahui
oleh para tenaga pengajar dan diharapkan mampu
membantu mereka mengamalkan perkara yang diperlukan
untuk menjadi guru efektif agar pengajaran mereka
berkesan

KONSEP GURU EFEKTIF

Guru merupakan insan yang mempunyai tugas sebagai
modal dan sumber inspirasi dalam pelbagai aspek . Malah
kunci keberhasilan sekolah dalam mencapai tujuan
pendidikan di sekolah adalah di tangan keberkesanan guru
terutamanya guru yang efektif. Guru efektif adalah ahli
yang menguasai konsep yang diajar dan mengenali murid
yang dididik (Stronge,2013). Guru yang efektif juga adalah
guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
mata pelajaran yang hendak diajarnya dan juga mengetahui
kaedah atau cara penyampaian dalam pengajaran
supayapelajar pelajar dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya.
Guru efektif ialah guru yang mampu mengajar dan
mendidik dengan baik sehingga objektif pengajaran tercapai
(Yaakob Isa,1994). Seorang guru mempunyai
tanggungjawab yang besar kerana tanggungjawab mendidik
anak bangsa bukan sesuatu perkara yang mudah apabila
guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik.
Jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru
(Syed Ismail bin Syed Mustafa Ahmad subki bin
Miskon,2010). Guru tersebut perlu menjadi guru yang
efektif agar segala ilmu yang dicurahkan itu dapat
disampaikan dengan berkesan kepada semua anak didiknya

CIRI CIRI GURU
EFEKTIF

1. Kualiti Peribadi
2. Kompetensi Dalam

Pengajaran
3. Penghayatan Dan

Amalan Nilai

APA ITU KUALITI PERIBADI?




Kualiti dapat didefinisikan sebagai
motor atau kelebihan yang ada pada
seseorang. Kualiti peribadi juga
merujuk kepada keperibadian atau
ciri personaliti yang ada dalam diri
seorang guru sewaktu mengajar. Secara umumnya kualiti
peribadi ini menggambarkan personaliti. Personaliti

dapat ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal mental
emosi nilai dan perlakuan seorang manusia dalam
perhubungan sosialnya sebagaimana yang dilihat oleh
manusia lain (Ryckman,2004). Guru di tunjukkan oleh
guru sama ada sewaktu dalam proses pengajaran atau
semasa guru ingin mengeratkan hubungan sesama pelajar
amat penting. Hal ini demikian kerana perkara ini mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan
berkesan. Kualiti peribadi guru yang baik dan positif
mampu menarik minat para pelajar dalam pembelajaran
dan mampu membuatkan mereka fokus dan tidak berasa
bosan dengan apa yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu
kualiti peribadi yang baik dan menarik mampu memberi
gambaran positif kepada para pelajar mengenai personaliti
guru tersebut.

CONTOH KUALITI PERIBADI
GURU EFEKTIF

Kualiti peribadi guru perlu dititiberatkan. Kualiti peribadi
yang positif mampu membuatkan para pelajar tidak berasa
benci atau bosan dengan guru tersebut. Malah kualiti
peribadi mampu membuatkan guru tersebut menjadi guru
nombor satu dalam hati di kalangan anak didiknya.
Personaliti guru mampu memberi impak yang besar dalam
proses pengajaran. Seseorang itu dapat dikenali daripada
sudut personaliti yang ditunjukkan. Oleh itu demi
memikat hati para pelajar menyukai subjek yang diajarkan
oleh guru, guru tersebut perlu memiliki personaliti atau
kualiti peribadi yang positif

Antara kualiti peribadi yang perlu ada bagi seorang guru efektif
agar mampu membuatkan pengajaran dan pembelajaran dapat

disampaikan dengan berkesan adalah seperti berikut:
• Memiliki kemahiran komunikasi yang baik (Polk, 2006)
• mempunyai sikap positif(Muijs & Reynolds, 2005; Saunders,

2000)
• berjenaka, konsisten, yakin pada diri sendiri , guru memberi
kepentingan kepada pendapat pelajar (Jones, Jenkin & Lord,

2006)

KESAN KUALITI PERIBADI GURU
KEPADA KEJAYAAN PELAJAR

Memiliki Kemahiran Komunikasi Yang Baik



Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan banyak
proses komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran bukan
hanya bermatlamat menjadikan para pelajar mempunyai
ilmu pengetahuan malah Ia juga bermatlamat dalam
pembentukan sahsiah diri Mereka dengan penerapan
kemahiran kemahiran yang berguna. Pengajaran yang
dilaksanakan di sekolah ataupun secara dalam alam maya
melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi
guru dengan pelajar. Proses komunikasitidak terikat dalam
bentuk sahaja malah lebih menarik jika proses PdPr
dijalankan secara komunikasi dua hala iaitu antara guru
dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.komunikasi baik
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni
dan hebat dan berkesan. Oleh itu, komunikasi memainkan
peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
(Ee Ah Meng, 1999

Komunikasi merupakan satu proses sosialisasi asas dalam
harian manusia. Proses sosialisasi ini boleh dibahagi
kepada tiga bahagian iaitu lisan bukan lisan dan tulisan
(Khadijah alavi, Maizatul Haizan mahbob, 2017) Guru
yang efektif perlu ada kemahiran komunikasi yang baik.
Komunikasi yang baik antara guru dengan pelajar dapat
membantu guru menyelesaikan masalah yang pelajar
hadapi terutamanya dalam pelajaran. Sekiranya pelajar itu
tidak memahami perkara yang diajarkan oleh guru,
mereka tidak akan berasa segan atau takut untuk bertanya
kerana guru tersebut menjawab pertanyaan tersebut
dengan baik. Sekiranya guru itu tidak mempunyai
komunikasi yang baik para pelajar tidak akan menyukai
dirinya dan tidak kan bertanya soalan kepada guru
tersebut. Selain itu hubungan yang baik juga akan
membuatkan para pelajar berasa dekat dengn guru dan
bebas untuk meluahkan segala pendapat mereka tanpa
berasa takut.

Komunikasi berkesan juga tunjang dalam mendapatkan
maklumat yang jelas daripada penyampai kepada penerima.
Guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
mampu menyampaikan ilmu yang diajarkannya kepada
para pelajar dengan berkesan. Perkara yang diajarkan oleh
guru dapat difahami oleh para pelajar tanpa sebarang
masalah. Apabila para pelajar itu memahami apa yang
disampaikan oleh para murid maka mereka mampu
meningkatkan kemahiran mereka dalam mata pelajaran
yang diajar. Di dalam peperiksaan mereka mampu
menjawab dengan lancar kerana apa perkara yang diajarkan
oleh guru mereka itu dapat mereka faham disebabkan oleh
kemahiran komunikasi yang baik semasa mengajar.
Sebaliknya guru yang tidak mempunyai kebolehan dalam
komunikasi tidak akan berupaya mewujudkan pengajaran
atau pembelajaran yang berkesan ini menyebabkan para
pelajar tidak akan memahami apa yang diajarkannya.
Keadaan ini juga akan mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar tersebut untuk mencapai kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu demi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah mengambil
inisiatif sendiri agar mempunyai kemahiran komunikasi
yang baik

Mempunyai Sikap Positif



Sikap ialah suatu ekpresi perasaan seseorang yang
merefleksikan kesukaannya atau ketidaksukaanya terhadap
sesuatu objek (Diamiati,2017). Sikap positif adalah
kecenderungan tindakan seseorang dalam mendekati,
menyenangi, mengharapkan objek tertentu secara positif
(Robbins,Stephen P, 1999)

Seorang guru yang efektif perlu mempunyai sikap
yang positif. Guru efektif perlu sentiasa positif semasa
mengajar mampu mempengaruhi suasana pembelajaran
tersebut. Contohnya sewaktu mengajar guru tersebut
sentiasa tersenyum bergelak-ketawa dengan anak didiknya.
Situasi ini akan menyebabkan para pelajar tersebut berasa
selesa dengannya. Malah aura positif yang guru tersebut
keluarkan semasa mengajar mampu dirasai oleh para
pelajar jika guru itu positif Maka para pelajarnya akan
dipengaruhi dengan aura positif yang dibawakan. Jika
kegembiraan dan suasana positif dalam pembelajaran dapat
diwujudkan bagi para pelajar hal ini secara tidak langsung
memberi peluang kepada pelajar mencapai matlamat atau
objektif pembelajaran. Contoh sikap postif yang perlu ada
dalam guru efektif adalah bersabar.

Guru efektif perlu mempunyai kesabaran yang tinggi
dalam mengajar kerana menjadi seorang pendidik itu bukan
mudah. Lebih lebih lagi guru yang mengajar pelajar kelas
belakang. Guru yang mempunyai sifat positif seperti
bersabar tidak akan mudah marah sekiranya pelajar tidak
faham dengan perkara yang ajarkan. Mereka tidak akan
mudah berprasangka kepada para pelajar. Keadaan ini pasti
akan membuatkan para pelajar berasa selesa dengan guru
tersebut. Apabila pelajar selesa dengan guru maka proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau secara online
mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar mampu
mencapai objektif pengajaran. Situasi ini juga akan
membantu meningkatkan tahap akademik pelajar. Oleh itu
guru efektif perlu bersikap postif agar mampu menjadi
pemangkin kepada kejayaan pelajar.

PANDAI BERJENAKA

Salah satu kualiti peribadi yang perlu ada dalam diri guru
efektif adalah pandai berjenaka. Pembelajaran yang
dijalanakan secara serius akan membuatkan pelajar berasa
bosan dan akan hilang rasa minatnya kepada mata pelajaran
tertentu terutamanya mata pelajaran yang susah seperti
mata pelajaran sains tulen dan lain-lain lagi. Pembelajaran
yang dilaksanakansecara serius tanpa menyelitkan sebarang
unsur jenaka mampu membuat para pelajar tertekan dan
dapat menggangu tahap akademik mereka. Oleh itu semasa
mengajar guru mampu menjadi seorang pelawak,
meyelitkan jenaka atau menyampaikan pengajaran dalam
bentuk cerita berunsurkan lawak agar mampu memeriahkan
proses pengajaran semasa dijalankan. Suasana
pembelajaran yang ceria mampu mempengaruhi proses
perkembangan pembelajaran para murid. Murid yang
bergembira semasa belajar. Oleh itu bersikap postif mampu
dilihat sebagai kualiti peribadi yang perlu dimiliki oleh
guru efektif.

Yakin Pada Diri Sendiri



Guru efektif juga perlu mempunyai keyakinan pada diri
sendiri. Keyakinan guru dalam mengajar mampu
mempengaruhi sikap pelajar. Jika guru itu yakin denga
napa yang dia ajarkan maka pelajar itu akan mempercayai
ajaran guru tersebut. Guru yang tidak mempunyai
keyakinan akan kebolehan dirinya untuk mengajar mampu
mebuatkan pelajar itu hilang kepercayaan kepadanya.
Kesannya, para pelajar akan kurang yakin dengan ilmu
yang diajarkan oleh guru tersebut. Guru yang mempunyai
keyakinan dalam diri sendiri akan berusaha sedaya upaya
mencari jalan untuk mengajar agar ilmu yang disampaikan
itu mampu difahami oleh anak didik mereka. Oleh itu,
guru yang efektif perlu yakin dengan diri sendiri.

Guru Memberi Kepentingan Kepada Pendapat
Pelajar



Selain itu, guru yang efektif juga perlu memberi
kepentingan kepada pendapat pelajar. Semasa mengajar
guru yang efektif perlu bertanya pendapat para pelajar dan
mendengarkannya. Apabila guru memberi peluang kepada
para pelajar menyuarakan pendapat mereka maka mereka
mampu mengutarakan pandangan masing masing
mengenai subjek yang mereka pelajar. Guru mampu
mengetahui sejauh mana anak muridnya memahami
tentang pembelajarN yang disampaikan sama ada apa
yang diajarkan itu sama dengan pemahaman mereka.

Keadaan ini mampu membantu guru mempertingkatkan
lagi usaha dalam menyampaikan ilmu mereka sekiranya
ada pelajar yang memberi pendapat bahawa mereka
kurang faham denga apa yang diajarkan. Situasi ini
mampu meningkatkan kemahiran komunikasi para pelajar
di khalayak ramai apabila guru memilih mereka untuk
memberi pendapat mereka masing-masing. Jelas disini
kita mampu lihat bahawa memberi kepentingan kepada
pendapat mereka adalah kualiti peribadi yang guru efektif
perlu miliki.

APAKAH ITU KOMPENTESI DALAM
PENGAJARAN?



Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi adalah
istilah Bahasa Inggeris iaitu Competence yang bermaksud
kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk
melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka,
1999). Kompetensi juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan
aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang
perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu
pekerjaan atau jawatan. Standard profesional perguruan
boleh digunakan sebagai satu set kriteria dari kompetensi
minimum yang ditunjukkan dalam perlaksanaan kerja guru.
Kompetensi guru termasuklah perkara yang berkaitan
personal,profesional dan sosial seperti pengajaran,
kepakaran dalam subjek, kepakaran dalam teori yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran,
menguruskan proses pembelajaran, adaptasi dalam
komuniti dan personaliti. .

APAKAH ITU PEDAGOGI?

Perkataan pedagogi ini adalah berasal daripada bahasa latin,
yang memberi maksud kaedah mengajar kanak-kanak.

Definisi yang lebih tepat a
dalah pedagogi ini diertikan
sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru
untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran,
khususnya dalam suatu bidang. Untuk memastikan sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut bermakna, seseorang
guru perlu memiliki ilmu pedagogi yang amat baik .Ilmu
pedagogi yang baik dapat menarik minat pelajar untuk
belajar di dalam kelas dalam keadaan yang menyeronokkan.

Pembelajaran Berasaskan Projek




Kaedah pembelajaran berasaskan projek yang diasaskan oleh
John Deney (1997), menggalakkan pelajar mempelajari
sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan.
Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang
berlaku dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya




kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan
dan penanggapan secara berkesan.

Proses pembelajaran yang berjaya memberi kesan yang
lebih positif kepada pelajar bergantung kepada pelbagai
faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan oleh
seseorang guru. Salah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutu
dan pengetahuan pelajar ialah melalui teknik pembelajaran
berasaskan projek. Pembelajaran sebegini bukan sahaja
memberi ruang kepada pelajar menunjukkan kemampuan dan
kreativiti, malah memberi peluang untuk pelajar
mengembangkan lagi pengetahuan yang sedia ada.

Contoh Pembelajaran
Berasaskan Projek

Seorang guru sains menyuruh pelajar membawa bahan-
bahan untuk melakukan sesuatu kajian dalam mata
pelajaran sains. Kajian yang dilakukan adalah untuk
mengkaji dan memerhatikan
pembentukan kulat di dalam
roti. Seterusnya, guru membentuk pelajar dalam beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan akan membawa 2 keping roti
untuk mengkaji pembentukan kulat. Guru memberi arahan
kepada pelajar untuk meletakkan roti yang pertama
diletakkan di dalam bekas A manakala roti yang kedua
pula dititiskan dengan air dan diletakkan di dalam bekas B.
Selepas beberapa hari, pembentukan kulat di dalam bekas
B lebih cepat berbanding bekas A kerana roti di dalam
bekas B dititiskan air. Sebagai konklusinya, pembentukan
kulat akan lebih cepat jika terdapat faktor kelembapan.
Pembelajaran berasaskan projek ini dapat mengukuhkan
lagi pengetahuan pelajar berbanding belajar di dalam
kelas.

Dengan menjalankan kajian terhadap pembentukan kulat,
pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas
disamping mengembangkan potensi diri mereka. Selain
itu, pelajar dapat mengukuhkan kemahiran-kemahiran
yang baru dikuasai. Kaedah projek ini adalah
berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil
pembelajaran murid akan m
enjadi lebih berkesan jika
mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan
aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara
yang menarik. Ini dapat membantu pelajar untuk
menjawab di dalam dewan peperiksaan kerana
pembelajaran berasaskan projek lebih berkesan dan
mudah untuk difahami. Oleh itu, dengan cara ini, prestasi
pelajar akan meningkat dari semasa ke semasa dan akan
memperoleh keputusan yang cemerlang.

Secara tidak langsung, konsep pembelajaran berasaskan
projek ini memberi peluang kepada pelajar untuk
menunjukkan keupayaan diri kerana setiap pelajar
mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang berbeza
dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini
juga dikenali pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial
yang lebih baik kerana pembelajaran ini membuka
peluang kepada pelajar
bergaul lebih rapat dan
mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan. Salah satu
konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar
harus membuat tugasan secara berkumpulan, maka
disinilah wujudnya peluang untuk pelajar berkomunikasi
di antara satu sama lain. Di samping itu, apabila pelajar
sering berkomunikasi dan belajar secara berkumpulan,
pelajar akan berasa yakin dengan diri sendiri untuk
menjadi pemimpin atau ketua di dalam sekolah mereka.
Ini dapat membantu pelajar cemerlang dalam aspek
kepimpinan. Apabila pelajar aktif dalam penglibatan di
sekolah, ini dapat memudahkan urusan mereka untuk
masuk ke alam universiti.

Kesan Pembelajaran Berasakan Projek
Terhadap Kejayaan Pelajar



Antara kelebihan dan faedah yang diperoleh melalui
pembelajaran berasaskan projek ialah mewujudkan
komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam
kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan
pelajar. Pelajar juga dapat b
elajar mengumpul maklumat
dan menganalisis. Kebanyakan projek memerlukan sumber
yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari
sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh

menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat
sumber,media massa, internet, dan Kamus Peribahasa.
Apabila pelajar mencari maklumat tentang sesuatu kajian,
pelajar juga akan memperoleh ilmu dan membantu untuk
menjawab di dalam peperiksaan. Kemahiran
membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para
pelajar. Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar
membentangkan hasil tugasan yang mereka lakukan untuk
sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi
kemahiran dan keyakinan para pelajar ketika berhadapan
dengan rakan-rakan lain

LITERASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI

Dalam konteks pendidikan, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) digunakan untuk menyelesaikan
masalah pengajaran dan pemb
elajaran(PdP) dan pengurusan
dan pentadbiran(PdT) sekolah dengan menggabungkan
kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan
teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet (e-mel,
forum, portal, laman web), video telesidang atau instruksi
berasaskan komputer. Literasi Teknologi Maklmuat dan
Komunikasi seperti kebolehan mengakses, mencari,
memilih, menilai, menstruktur, membina dan menyusun
maklumat untuk tujuan PdP merupakan kemahiran yang
perlu ada pada semua guru dalam zaman ini. (Yusup
Hashim & Razmah Man, 2006).

Setiap guru perlu mempunyai ilmu dalam teknologi
maklumat kerana untuk memudahkan urusan antara guru
dengan pelajar. Sebagai contoh, negara kita dilanda
wabak penyakit iaitu COVID-19 dan menyebabkan
semua sektor ekonomi, pendidikan dan sebagainya
ditutup. Oleh hal yang demikian, kesan daripada wabak
penyakit yang melanda negara kita para pelajar terpaksa
belajar daripada rumah.
Guru perlu menjalankan
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) untuk
mengajar para pelajar supaya tidak ketinggalan dalam
pelajaran. Untuk menjalankan proses pengajaran
tersebut, guru perlu mempunyai ilmu dalam teknologi
untuk berkomunikasi dan mengajar pelajarnya. Jika
seseorang guru itu tidak mempunyai ilmu dalam
teknologi maklumat, maka sukarlah untuknya
menguruskan dan mengajar pelajar dalam talian. Sebagai
contoh, untuk mengajar pelajar dalam kelas dalam talian,
guru perlu mahir dalam aplikasi – aplikasi mengajar
seperti “Webex”, “Google Meet” dan “Microsoft Team”.
Aplikasi ini amat penting kepada guru untuk mengajar
dalam talian dan mengajar pelajar cara-cara untuk
menggunakan aplikasi tersebut. Guru juga perlu kreatif
untuk mengajar dalam talian supaya pelajar tidak
mengantuk. Sekiranya pelajar bersemangat untuk belajar
secara dalam talian, maka besarlah peluangnya untuk
berjaya dalam pelajaran.

APAKAH ITU KURIKULUM?







Definisi kurikulum oleh Kementerian Pendidikan




Malaysia ialah kurikulum merupakan segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat
pendidikan atau suatu rancangan yang meliputi segala
ilmu pengetahuan,kemahiran, nilai-nilai dan norma
unsur unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
untuk diperturunkan kepada ahli2 ahlinya

Matlamat Pendidikan Perlu Dicapai



Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk
melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berpegang teguh kepada agama dan bersedia memberi
sumbangan terhadap kema
kmuran dan keharmonian
keluarga, masyarakat, dan negara. Sebagai seorang guru
adalah tugas yang penting untuk melahirkan pelajar yang
berakhlak mulia dan bertanggungjawab dalam kehidupan
mereka. Tugas guru bukanlah semata mata untuk
mengajar di dalam kelas tetapi perlu mendidik dan
melahirkan pelajar yang berakhlak mulia. Hal ini kerana,
pelajar yang berakhlak mulia akan disegani oleh ramai
orang seperti kawan-kawan, guru dan staf di sekolah.
Kecemerlangan akademik dan sahsiah perlu bergerak
seiring kerana kedua-duanya adalah pelengkap untuk
kecemerlangan diri pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang
malas dan nakal di dalam kelas boleh berubah menjadi
pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan juga
berakhlak mulia. Pelajar tersebut perlu dididik dan
memerlukan perhatian yang lebih kerana setiap orang
mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Kesimpulannya, matlamat pendidikan harus dicapai oleh
setiap guru untuk melahirkan pelajar yang berilmu
pengetahuan dan berakhlak mulia.

Objektif Dalam Isi Pelajaran





Objektif pelajaran ialah matlamat yang ditentukan
berdasarkan kemahiran pelajaran supaya murid-murid dapat
menguasainya selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pencapaian ob
jektif pelajaran ini adalah
dinilai daripada perubahan tingkah laku murid-murid
melakukan aktiviti pembelajaran mereka. Apabila murid
memahami sesuatu topik dalam mata pelajaran tersebut,
maka objektif yang diajar oleh seseorang guru itu berhasil.
Dalam menetapkan objektif pengajaran, seseorang guru
hendaklah membuat pertimbangan seperti berikut

1.Objektif berkenaan hendaklah jelas

2.Objektif hendaklah disusun secara berperingkat
berdasarkan kepada kebolehan pelajar kerana setiap pelajar
mempunyai tahap kefahaman yang berbeza

3.Objektif itu perlu merangkumi pengetahuan, kemahiran
serta sikap dan nilai

Objekif pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan
yang penting dalam setiap proses pengajaran dan
pembelajaran. Objekif pengajaran dan pembelajaran
adalah ditentukan berdasarkan objekif sukatan pelajaran.
Oleh itu, ia menjadi panduan asas untuk menentukan
segala proses pengajaran dan pembelajaran supaya tidak
menyeleweng daripada tujuan yang sebenar. Sebagai
contoh, guru akan memaham
i tugas-tugas yang sebenar
semasa merancang persediaan mengajar dan
melaksanakannya di dalam bilik darjah. Guru akan
mengajar tajuk tersebut dengan jelas dan menerangkan
dengan teliti kepada pelajar. Apabila seseorang guru itu
faham sukatan pelajaran yang hendak diajar, maka
prestasi kejayaan pelajar akan meningkat daripada semasa
ke semasa kerana objektif yang diajar oleh guru tersebut
tercapai. Di samping itu, objektif pengajaran dan
pembelajaran juga dapat membantu guru menilai setiap
pelajarnya mengikut tahap kefahaman mereka di dalam
kelas. Setiap pelajar mempunyai tahap kefahaman yang
berlainan seperti mana yang kita tahu ada pelajar yang
memerlukan masa untuk memahami sesuatu subtopik
tersebut. Maka, penting bagi seseorang guru itu untuk
membantu murid tersebut memahami subtopik yang
berkaitan. Dengan cara ini, murid tersebut dapat
memahami dengan lebih jelas dan mampu untuk
mengingati apa yang diajar oleh guru tersebut.

Guru Perlu Menghadiri Kursus

Guru perlu menghadiri kursus dan latihan adalah untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran
yang diajar dan kemahiran dalam menguruskan pelajar
di dalam kelas. Hal ini keran
a setiap pelajar mempunyai
sikap yang berlainan seperti mana ada yang
nakal,pendiam dan sebagainya. Oleh itu, penting bagi
seorang guru itu mempunyai ilmu untuk menguruskan
bilik darjah supaya keadaan di dalam kelas dapat
dikawal dan diuruskan dengan baik. Kajian terhadap
keberkesanan program kursus dan latihan ini dalam
meningkatkan aspek-aspek kemahiran mengajar guru
telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(1999). Hasil kajian menunjukkan bahawa objektif
program dapat meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru-guru mengajar di dalam kelas. Apabila
seseorang guru itu dapat menguruskan pelajar yang
nakal di dalam kelas, maka sikap pelajar tersebut akan
mula berubah dan menjadi rajin untuk belajar di dalam
kelas.

Sebagai contoh, Ahmad seorang murid yang nakal dan
pemalas. Sikapnya yang nakal dan tidak mendengar nasihat
mengakibatkan ramai guru mulai kecewa dan
mengabaikannya di dalam kelas. Maka, prestasi Ahmad
akan terus merosot dan akan gagal dalam pelajaran. Oleh
itu, penting bagi setiap guru u
ntuk menghadiri kursus dan
latihan kerana dapat membantu dan menolong guru
menguruskan pelbagai karenah pelajar. Kesimpulannya,
kursus dan latihan ini amat membantu guru dari segi fizikal
dan mental dan juga membantu guru untuk menguruskan
karenah pelajar.

PENGHAYATAN DAN AMALAN NILAI




KONSEP
Penerapan nilai-nilai murni oleh guru yang mahu menjadi
seorang pengajar yang efektif amatlah diperlukan agar
dapat meningkatkan akhlak yang mulia di dalam diri
golongan pelajar. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka
(1994) menjelaskan bahawa penerapan ialah hal atau
perbuatan yang menerapkan sesuatu atau penambahan
tentang pengetahuan baru ke dalam pangkalan
pengetahuan sedia ada. Penghayatan adalah kata asal bagi
kata kerja menghayati. Istilah ini menjelaskan bahawa
terdapatnya beberapa perlakuan tertentu yang dilaksanakan
oleh seseorang sehingga mampu meninggalkan impak
kepada jiwa. Hal ini menunjukkan bahawa apabila sesuatu
perlakuan dilaksanakan tetapi tidak meninggalkan kesan
kepada jiwa maka perlakuan itu belum dihayati (Azma
Mahmood, 2006). Dari segi konsep, penghayatan merujuk
kepada pemanduan sikap, kepercayaan, nilai-nilai, pendapat
dan lain-lain dalam sahsiah seseorang. Perkara ini
merupakan salah satu satu aspek pengakuran iaitu
penghayatan nilai atau kepercayaan adalah pengaruh sosial
yang paling kekal dan berakar. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana motivasi bagi menghayati nilai atau
kepercayaan tertentu tertanam dalam diri seseorang dan
berkait dengan keinginan untuk memperolehi kebenaran.

Penghayatan adalah salah satu proses pembelajaran iaitu

pembelajaran dalam konteks sosial, di mana seseorang atau

perkara-perkara tertentu menjadi perangsang bagi individu

lain untuk mengamalkan atau menghayati nilai-nilai

tertentu. Fungsi utama pendidikan pada zaman dahulu ialah

pemindahan nilai-nilai dari generasi tua ke generasi muda

agar identiti suatu masyarakat dapat terpelihara. Oleh itu

empat fungsi pendidikan pada zaman sekarang juga ialah

bertujuan pemindahan nilai-nilai. Perbezaannya hanya pada

kaedah dan teknologi pemindahan sahaja kerana sekarang

penggunaan komputer dan media massa nilai-nilai

dipindahkan secara besar-besaran (Hassan

Langgulung,1987).



Ciri-ciri Penghayatan dan Amalan

Nilai

1. Kod Etika Keguruan
2. Falsafah Pendidikan Guru

KOD ETIKA KEGURUAN

·Kod etika keguruan sama
seperti profesion yang lain

seperti kejuruteraan, perubatan, dan guaman yang juga
mempunyai kod etikanya.

Seseorang guru perlu mematuhi kod etika demi
menjaga imej, maruah, status, akhlak dan
keperibadian seorang guru.

Di Malaysia “Tatasusila Profesion Keguruan” yang
digariskan Kementerian Pelajaran Malaysia

merupakan garis panduan untuk setiap guru menjaga
imej profesionnya

Ciri-ciri Kod Etika Perguruan


Malaysia

41.s.e2j3.aT.wTaanaTntgTaggdanguangunnmggnggupagjunarsjngoawybgj
fwaaaaejrpabsawaibawokatenabtarebtkhrtehtearegadhrudaharapadupdaraaappnpkeilabanujar

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Guru yang efektif juga perlu
memiliki penghayatan tentang

Falsafah Pendidikan Negara. Umumnya, sistem pendidikan
Malaysia telah memasuki era yang lebih baik dengan
tercetusnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1987
(Tajul Ariffin Noordin,1993). Falsafah ini sekali gus telah
menggambarkan hakikat keseluruhan yang terdapat dalam
sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada semua usaha serta rancangan dalam bidang pendidikan.
Matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan
warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan
sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan kepada Tuhan. FPN yang telah digubal
pada tahun 1988 telah disemak semula pada tahun 1996 dan
hasilnya nama FPN telah ditukarkan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu :

“Pendidikan diMalaysia adalah suatu
usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan
kepercayaandan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini
adalahbertujuan melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu

pengatahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

( Falsafah Pendidikan Negara)

Manusia yang ingin dilahirkan menerusi FPK ini
tentunya mempunyai perwatakan yang indah dan unggul.
Mereka adalah insan yang baik dan mulia, rakyat yang
amanah dan bertanggungjawab, warganegara yang setia serta
bersemangat tinggi (Mok Soon Sang :2009). Insan yang baik
akan membina keluarga yang baik. Berikut merupakan
huraian unsur-unsur yang terkandung dalam FPK:

1. Pendidikan Sebagai Suatu Usaha Berterusan

·Mempunyai kesinambungan peringkat

persekolahan.

·Mempunyai kerjasama antara persekutuan dan


negeri dll



2.Memperkembangkan potensi individu

·Unsur intelek

·Unsur emosi

·Unsur rohani

·Unsur jasmani



3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

4. Insan yang seimbang dan harmonis.

5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.

7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan.

8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan

diri.

11. Rakyat Malaysia yang memberi sumbangan kepada negara

KESAN PENGHAYATAN DAN AMALAN
NILAI KEPADA KEJAYAAN PELAJAR



Memperkembangkan Potensi Individu
Setiap manusia tanpa meng
ira usia pastinya memiliki
pelbagai keupayaan serta bakat yang tersendiri sama ada
daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu
pendidikan amatlah memainkan peranan penting dalam
memperkembangkan potensi individu dan ianya perlu
dirancangkan terlebih dahulu dan dilaksanakan dengan
teratur dan bersungguh-sungguh. Terdapat banyak nilai yang
boleh dikaitkan dengan komunikasi seperti bercakap benar,
jujur dan Amanah yang dapat menjadi pemangkin kepada
kejayaan pelajar.

Seorang guru yang efektif haruslah bijak menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Hal ini dikatakan
demikian kerana para guru boleh menyelitkan tentang
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni ketika sesi pdpr
supaya dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar itu.
Contohnys, guru menyarankan supaya berkata-kata jujur
dalam perbualan, amanah dalam memegang janji dan
sebagainya. Secara tidak lansung dapat melahirkan seorang
pelajar yang berpotensi tinggi untuk masa depan. Oleh itu,
usaha guru memang amat penting dan haruslah diteruskan
untuk mencapai unsur ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Menghargai Masa




Guru yang memiliki penghayatan dan amalan nilai pastinya
mampu membentuk sahsiah positif dalam diri pelajar .
Contohnya bijak dalam menggunakan masa yang ada dalam
melakukan perkara yang berfaedah seperti mengulang kaji
pelajaran. Setiap pelajar haruslah bijak dalam membahagi
masa mereka dengan belajar dan bermain supaya tidak
menimbulakan sebarang masalah . Hal ini demikian kerana
semua nilai murni di dunia perkara yang sama, iaitu
mementingkan kebaikan dan melarang kemudaratan. Hal ini
dapat melahirkan jati diri murid yang menepati masa.
Pelajar sebegini akan senang didampingi, malah dapat
meraih rasa hormat daripada masyarakat sekeliling. Mereka
pasti tidak mudah terjebak dengan kemelut sosial yang
mementingkan dunia hedonistik semata-mata. Sudah pasti
pelajar seperti ini akan mencapai kejayaan dalam bidang
pendidikan suatu hari nanti.

Tidak Mudah Terpengaruh

dengan Rakan Sebaya



Para pelajar yang memiliki rnilai murni sentiasa berusaha
untuk menghindarkan diri daripada bergaul dengan remaja
yang bermasalah. Hal ini disebabkan pelajar tersebuti
mempunyai sikap mahmudah dan nilai keinsanan yang
syumul. Dia dapat membezakan perkara yang mulia daripada
perkara yang buruk. Bak kata pepatah "Yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan". Perkara ini secara
tidak lansung akan membuatkan pelajar dapat merangkul
kejayaan dengan mudah kerana mempunyai sikap dalam diri
yang baik tidak melakukakan kesalahan-kesalahan di
sekolah. Kesimpulannya, pelajar yang mempunyai pendirian
yang tetap ini yang tidak mudah terpengaruh dengan rakan
sebaya dalam perkara yang negatif lebih mudah untuk
mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran. Akhir kata,
penghayatan nilai amat penting bagi semua pelajar supaya
usaha sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang
berjaya dicapai sesuai dengan visi dan misi kerajaan.

Bercita-cita Tinggi

Murid-murid yang berpegang teguh pada nilai bercita-cita
tinggi sentiasa gigih untuk menggapai menara impian. Cecil
B. Demile pernah "Orang yang berjaya dalam hidup ialah
orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus
kepada tujuan itu tanpa menyimpang". Murid yang
mempunyai semangat kental dapat mengikis budaya
pesimistik dan culas demi mencapai kejayaan kerana sedar
bahawa "cita-cita membawa manusia ke gerbang kemuliaan,
angan-angan membawa manusia terjerumus ke lembah
kehinaan".

Seseorang murid yang mengamalkan penghayatan nilai
dalam diri mereka lebih cenderung untuk mencapai kejayaan
kerana bermatlamat tinggi untuk menjadi seorang yang
berilmu serta berjaya dalam mata pelajaran yang dipelari di
sekolah. Contohnya seseorang pelajar itu bercita-cita untuk
menjadi seorang polis, sudah pasti dia berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai cita-citanya. Secara tidak langsung
cita-citanya dapat dicapai dengan mudah hasil usaha gigih
beliau.

Akhir kata, nilai murni merupakan asas pembentukan
murid yang dapat membesar menjadi insan yang berilmiah
tinggi dan berkualiti. Pihak sekolah perlulaj
menggembleng tenaga serta berganding usaha dalam
mengajar pendidikan moral dan sivik agar mampu
menerapkan nilai-nilai tersebut. Bersama-sama kita
memanifestasikan iltizam Malaysia untuk mewujudkan
generasi baru yang cemerlang, gemilang dan terbilang
seiring dengan aspirasi mencapai Wawasan 2020.





“Jika kamu ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah
golongan muda yang ada sekarang.”

Imam Al-Bukhari

RUMUSAN

Kesimpulannya, bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan
bagi menjamin kejayaan seorang pelajar itu guru yang efektif
amatlah diperlukan. Seorang guru yang efektif itu perlulah
memiliki kualiti peribadi yang baik seperti mempunyai
kemahiran komunikasi bersikap positif pandai berjenaka yakin
pada diri sendiri dan memberi kepentingan kepada pendapat
para pelajar dan seumpama dengannya.



Dalam menjadi guru yang efektif juga kompetensi dalam
pengajaran juga perlu di perlukan. Seorang guru efektif perlulah
memahami apa itu pedagogi dan mengamalkan pembelajaran
berasaskan projek dan mempunyai objektif dalam isi
pembelajaran yang ingin disampaikan kepada para pelajar.
Malah guru efektif pula perlu menghadiri kursus-kursus bagi
memperbaiki diri ke arah yang lebih baik



Selain itu guru efektif perlulah memiliki penghayatan serta
amalan nilai dari segi penghayatan dalam kod etika perguruan
dan juga falsafah pendidikan negara dan mempunyai amalan
amalan nilai baik yang mampu mempengaruhi kejayaan para
pelajar



Dengan kata lain, pelbagai cara atau ciri-ciri seorang guru
efektif. oleh itu setiap tenaga pengajar perlulah berusaha untuk
memiliki ciri-ciri soalan efektif agar Kecemerlangan dan
kejayaan pelajar kerana hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih.

RUJUKAN



Azma Mahmood. (2006). Pengukuran tahap penghayatan
pendidikan Islam pelajarpelajar sekolah menengah di Malaysia.
Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Augustine Ngali, (2019) Kepentingan Pedagogi Untuk Guru
(https://www.researchgate.net/publication/336374930_Kepentinga
n_Pedagogi_untuk_guru)

E Ah Meng (1999). Pendidikan Sebagai Satu Proses : Asa
Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

Hassan Langgulung. (1987). Penghayatan nilai-nilai Islam ditinjau
dari proses pembelajaran dalam konteks pendidikan masa kini.
Jurnal Pendidikan Islam, 2 (5): 13-30.

KhadijahAlavi & Maizatul Haizan Mahbob. 2017. Komunikasi
Berkesan dengan Warga Emas: Dari Perspektif Intervensi Kerja.
Jurnal Komunikasi

Mok Soon Sang. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Mohammed Sani Ibrahim, Kompentesi Guru Malaysia
(https://www.academia.edu/13727679/STANDARD_KOMPETENSI_
GURU_MALAYSIA)

Mohd asnawi satdimin. (2010). Apa yang Dimaksudkan Dengan
Kurikulum.
( https://www.academia.edu/12007072)

Stronge, J. H. (2007). Qualities of effective teachers. USA:
Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD).




Tajul Ariffin Nordin dan Nor’Aini Dan. (2002). Pendidikan dan
Pembangunan Manusia: Pendekatan bersepadu. Bangi: As-Syabab
Media.


Click to View FlipBook Version