Saiz rangka luar dan pertumbuhan
1. Huraikan maksud ekdisis.
• Proses persalinan rangka luar (kulit kutikel) lama haiwan artropod secara
berkala untuk membolehkan pertumbuhan dan perkembangan berlaku.
Proses pergantian kulit berlaku dengan membentuk lapisan kulit kutikel baru yang
berada di bawah lapisan kulit kutikel lama yang sudah keras.
2. Senaraikan lima contoh organisme yang mengalami pertumbuhan melalui
proses ekdisis.
• Belalang, ketam, ular, kala jengking, lipas
Graf lengkung
pertumbuhan bagi
serangga adalah
berbentuk TANGGA.
3. huraikan bagaimana proses ekdisis berlaku.
• (i) Haiwan artropod menyedut udara.
• (ii) Badan berkembang dan kutikel pecah.
• (iii) Serangga mengembangkan badannya dengan menyedut udara ataumenyerap cecair sebelum
lapisan kutikel baru menjadi keras.
• (iv) Ini bermakna pertumbuhan hanya berlaku ketika ekdisis.
• (v) Setiap peringkat muda antara proses ekdisis dikenali sebagai instar.
• (vi) Ekdisis dikawal oleh hormon ekdison yang dirembeskan oleh kelenjartoraks akibat rangsangan
daripada hormon neurorembesan.
• (vii) Selain persalinan kulit, penghasilan enzim-enzim juga diaktifkan olehhormon ekdison.
• (viii) Kadar metabolisme dan kadar sintesis protein seperti kitin dicepatkanuntuk membentuk rangka
luar yang baru.
• (ix) Kutikel lembut akan dikeraskan oleh dedahan udara
Bagaimana rangka hidrostatik membantu
Pergerakan cacing tanah
1. Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik dan bergerak dengan cara merangkak
dan merayap.
2. Dinding badan terdiri daripada otat lingkar luar dan otat membujur dalam.
3. Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa
pergerakan.
4. Pergerakan adalah disebabkan oleh suatu siri pengecutan dan pengenduran otot
lingkar dan membujur pada dinding badan bagi menghasilkan gelombang peristalsis
dari hujung anterior (depan badan) ke hujung posterior badan (belakang badan).
Mekanisme pergerakan pada cacing tanah
(a) Keta pada hujung posterior badan mencengkam tanah untuk menetapkan
badan pada tanah.
(b) Otot lingkar pada hujung anterior badan mengecut, sementara otot
membujur mengendur. Hujung anterior meregang dan memanjang. Tekanan
hidrostatik menolak cecair badan ke belakang (Rajah 11.16).
(c) Keta di hujung posterior ditarik, manakala keta di hujung anterior
mencengkam tanah.
(d) Otot membujur di hujung anterior mengecut manakala otot lingkar
mengendur. Hujung anterior memendek dan menjadi lebih tebal. Cecair
badan mengalir ke hujung anterior. Hujung posterior ditarik ke depan.
Fungsi rangka dalam bagi haiwan
• (a) Memberikan bentuk dan sokongan kepada badan
• (b) Membenarkan pergerakan
• (c) Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot
• (d) Melindungi organ dalaman
Haiwan vertebrata darat
Gajah merupakan haiwan
vertebrata darat yang paling
besar
Ia memerlukan rangka yg kuat
utk menanpung berat badan
yg besar.
Berat bdn haiwan darat
disokong oleh lengkungan
pektoral dan lengkungan
pelvis
Haiwan vertebrata akuatik
Ikan paus merupakan haiwan
vertebrata akuatik yang terbesar
Ia mempunyai rangka yg lebih kecil
berbanding badannya sbb tinggal dlm
air..air menghasilkan daya apungan air
yg akan menyokong berat badan
haiwan akuatik
Burung
• Mempunyai penyesuaian tertentu pada badan
• Tulang sternum(tulang dada) yang pipih dan luas – utk pelekatan otot utk
penerbangan
• Tulang berongga dan ringan – spy lebih ringan utk terbang
• Tengkorak burung jgk kecil
SISTEM SOKONGAN MANUSIA
Sistem rangka manusia
Manusia mempunyai 206
tulang dalam badan.
Tulang2 ini berfungsi utk
pergerakan, pelekatan otot
dan perlindungan organ
dalaman.