The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmijaaffar, 2020-04-08 02:22:23

Sistem SOKONGAN TUMBUHAN

8.2 Sistem sokongan





dalam tumbuhan
















Disediakan oleh:

Cikgu Ong

SMK Rantau

8.2 Sistem sokongan dalam tumbuhan




Sistem sokongan tumbuhan darat


1. Terdapat dua jenis sistem sokongan dalam tumbuhan


darat iaitu sistem sokongan tumbuhan berkayu dan


sistem sokongan tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan

herba).


2. Tumbuhan berkayu disokong oleh tisu-tisu berkayu.

3. Tisu-tisu berkayu ini adalah keras dan tegar untuk


memberikan bentuk dan kekuatan kepada batang


supaya tumbuhan dapat kekal tegak untuk memperoleh

cahaya matahari.


4. Sesetengah tumbuhan berkayu juga mempunyai

struktur khas seperti duri, akar banir, dan akar sokong


yang memberikan sokongan tambahan kepada


tumbuhan.

Cangkuk atau duri pada

tumbuhan seperti rotan,


pokok bunga ros, dan

pokok bunga kertas

Akar banir pada


tumbuhan seperti


pokok ru, pokok

semarak api, pokok


angsana, dan pokok

meranti

Akar sokong pada


tumbuhan seperti


pokok bakau

5. Tumbuhan herba yang tidak berkayu seperti pokok sawi,


pokok kubis, dan pokok keembung disokong oleh tekanan

air di dalam sel-selnya.


6. Air di dalam sel menekan pada dinding sel dan


menyebabkan sel-sel tumbuhan menjadi segah dan teguh.








































Pokok betik Pokok kubis Pokok keembung

7. Kesegahan air tidak mampu menahan beban yang berat.


8. Oleh itu, tumbuhan herba adalah lebih rendah


berbanding tumbuhan berkayu.

9. Sesetengah tumbuhan herba perlu mempunyai struktur


khas yang memberinya sokongan tambahan.

10.Struktur khas seperti sulur paut dan batang berlilit


membantu sesetengah tumbuhan herba memanjat


batang pokok lain untuk memperoleh cahaya matahari.

Struktur khas pada tumbuhan herba





Struktur khas Contoh tumbuhan




Pokok jagung
Akar sokong
Pokok tebu



Pokok peria
Sulur paut
Pokok timun



Pokok seri pagi
Batang berlilit
Pokok kacang panjang




Pokok orkid

Pokok duit-duit
Akar cengkam
Pokok lada hitam

Pokok sirih

Akar sokong Batang berlilit

































Sulur paut Akar cengkam

Sistem sokongan tumbuhan akuatik



1. Air memberikan sokongan kepada tumbuhan akuatik


seperti pokok teratai,hidrila, lembayung, dan kiambang.

2. Tumbuhan akuatik mempunyai banyak ruang udara di


dalam daun dan batang.


3. Keadaan ini menjadikannya kurang tumpat dan mudah

terampai pada dalam air atau terapung di permukaan air.


































pokok teratai hidrila kiambang

Ingat Semula



1. Manusia dan haiwan vertebrata darat yang lain disokong


oleh sistem rangka dalam.


2. Sistem rangka berfungsi untuk memberikan sokongan

dan perlindungan kepada organ- organ yang lembut


serta menjadi asas bagi pautan otot yang membantu

pergerakan.


3. Haiwan vertebrata darat mempunyai lengkungan pektoral


dan lengkungan pelvis yang besar dan kuat untuk

menyokong berat badannya.


4. Vertebrata akuatik besar seperti ikan paus mempunyai

lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kecil


dan lemah kerana berat badan haiwan itu disokong oleh


daya apungan air.

5. Haiwan invertebrata seperti belalang dan kala jengking


disokong oleh sistem rangka luar.

6. Haiwan invertebrata yang berbadan lembut seperti

beluncas dan cacing tanah menggunakan rangka


hidrostatik (bendalir badan) sebagai sokongan.


7. Tumbuhan berkayu menggunakan tisu-tisu berkayu

sebagai sokongan.


8. Tumbuhan herba menggunakan tekanan segah di dalam

sel sebagai sokongan.


9. Tumbuhan seperti rotan menggunakan duri untuk


memanjat pokok lain.

10. Tumbuhan seperti pokok peria dan pokok timun


menggunakan sulur paut untuk melilit pokok lain.

11. Tumbuhan seperti pokok tebu dan pokok jagung


menggunakan akar sokong untuk mendapatkan


sokongan tambahan.

12. Tumbuhan seperti pokok sirih dan pokok orkid

menggunakan akar cengkam untuk mendapatkan


sokongan tambahan.

13. Tumbuhan seperti pokok ru dan pokok meranti


menggunakan akar banir untuk mendapatkan sokongan


tambahan.

14. Daya apungan air memberikan sokongan kepada


tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mempunyai

banyak ruang udara di dalam batang atau daunnya


untuk membolehkannya terampai atau terapung pada


permukaan air.


Click to View FlipBook Version