The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis ini diadakan pada 19 Febuari 2022 di Dewan Dagang Kolej Vokasional Perdagangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yussalina86, 2022-02-16 22:51:01

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Ke 6 2021 Kolej Vokasional Perdagangan

Majlis ini diadakan pada 19 Febuari 2022 di Dewan Dagang Kolej Vokasional Perdagangan

Keywords: konvokesyen

SEUNTAI KATA, SEINDAH BAHASA

PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan Kolej Vokasional
Perdagangan kerana telah menamatkan pengajian dengan jayanya dalam
bidang masing-masing. Adalah menjadi harapan saya agar segala ilmu dan
kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha
mempertingkatkan diri untuk menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan
yang telah dipelajari.

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin mencabar kini, graduan perlu bersedia menghadapi
situasi perkembangan revolusi perindustrian dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara.
Pengukuhan dan pemerkasaan sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Kolej Vokasional yang
dilaksanakan juga adalah amat wajar kerana bidang ini akan membantu negara dalam membentuk modal
insan ke arah pembangunan teknologi baharu agar para graduan mampu menangani cabaran
perkembangan industri pada masa akan datang. Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali Ke-6 ini merupakan
suatu titik permulaan bagi graduan mengorak langkah ke tahap yang lebih tinggi dan memahami erti serta
cara kehidupan berkerjaya. Bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan negara, tenaga kerja yang
berdaya kreatif, berinovasi dan berintegriti amatlah diperlukan. Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan
agar graduan terus mengambil peluang bagi meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-
bidang berkaitan pada masa akan datang.

Akhir kata, saya yakin para graduan yang diraikan pada majlis konvokesyen pada kali ini akan berjaya dalam
kehidupan. Ada dalam kalangan graduan yang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau
menggapai kerjaya impian malah ada dalam kalangan graduan ini juga bakal menjadi usahawan berjaya
kelak. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua graduan. Buktikan bahawa graduan Kolej Vokasional
Perdagangan merupakan yang terbaik, dapat menyumbang bakti serta memberi manfaat kepada agama,
bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih

HAJAH ZANARIAH BINTI HAJI AHMAD
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

PENGARAH
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Majlis
Konvokesyen Kolej Vokasional Kali Ke-6 bagi Kolej Vokasioanal
Perdagangan telah dapat dilangsungkan seperti yang dirancang.
Sekalung tahniah dan penghargaan saya ucapkan kepada 155 orang
graduan yang terdiri daripada 4 program di kolej ini iaitu Program
Perakaunan, Program Kesetiausahaan Pentadbiran, Program Pengurusan
Perniagaan dan Program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data
dan Aplikasi Web.

Sehingga tahun ini, Kolej Vokasional Perdagangan telah melahirkan graduan dalam pelbagai bidang
kemahiran. Hal ini menunjukkan Kolej Vokasional Perdagangan terus komited dalam menawarkan pendidikan
dan latihan teknikal dan vokasional yang memenuhi permintaan industri, disokong dengan kemudahan
infrastruktur dan prasarana yang komprehensif dan terus relevan dalam melahirkan tenaga kerja kompeten ke
arah negara maju berpendapatan tinggi. Maka, saya berharap para graduan yang diraikan pada hari ini bakal
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, selaras dengan globalisasi dan kemajuan teknologi dan
mobiliti tenaga kerja global. Teruskanlah proses meneroka ilmu. Semoga pencarian ilmu tidak terhenti hingga di
sini sahaja. Malahan, ilmu yang dimiliki perlu sentiasa diperbaharui tidak kira usia mahupun tahap pencapaian

Akhir kata saya, tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua graduan, para pensyarah, staf dan
pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali Ke-6, Kolej Vokasional
Perdagangan Johor Bahru pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI ROSLAN BIN AB AZIZ
Pengarah
Kolej Vokasional Perdagangan

SEINDAH KATA, SEMANIS BICARA

YANG DIPERTUA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur kepada Allah
S.W.T kerana dapat kita berkumpul bagi meraikan Majlis Konvokesyen Kolej
Vokasional Perdagangan Kali Ke-6 pada hari yang indah ini.

Saya mendoakan kesejahteraan buat seluruh warga kolej untuk terus berusaha
dalam mencapai kegemilangan dan memajukan pendidikan di Malaysia. Kejayaan
seseorang pelajar bukan hanya terletak di bahu guru semata-mata. Tetapi saya yakin
dan percaya bahawa ibu bapa turut memainkan peranan penting sebagai pendorong untuk menggalakkan
anak-anak berjaya seterusnya dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Pendidikan yang baik merupakan modal termahal dalam mengubah nasib anak-anak kita nanti. Dalam menuju
arus kemodenan negara, pendidikan ini mampu menjamin kesejahteraan dan kebahagian hidup pada masa
akan datang. Segala perkara yang kita semai pada hari ini, hasilnya akan kita tuai pada masa akan datang.
Biarlah kita menghadapi kesusahan dahulu sebelum memperoleh kesenangan pada masa akan datang seperti
peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.

Harapan saya adalah semoga kita bersama-sama bergerak sederap dan senada dalam membentuk pelajar
yang boleh mendepani cabaran masa hadapan. Para graduan ini kelak akan mengisi peluang pekerjaan dan
ada dalam kalangan graduan ini juga berupaya untuk mencipta peluang pekerjaan dengan menjadi
usahawan berjaya kelak. Malah saya percaya dengan ilmu yang diperoleh ini juga mampu membantu pelajar
apabila mereka melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Hal ini bertepatan dengan matlamat
Transformasi Pendidikan Vokasional yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Oleh itu, akhir kata daripada saya, marilah kita bekerjasama dan berganding bahu bagi menggembleng
tenaga ibarat peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam membentuk anak-anak kita
menjadi anak yang berjaya dan berguna kepada keluarga agama, masyarakat dan negara Malaysia.

Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI NASIMIN BIN NGADI
Yang Dipertua PIBG
Kolej Vokasional Perdagangan

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PERINGKAT
KEBANGSAAN

TAHUN 2021

NUR ALIYAH DIPLOMA TEKNOLOGI SISTEM
NATASHA PENGURUSAN PANGKALAN DATA DAN
BINTI MOHD
SUFIAN APLIKASI WEB

PNGKK 3.76 JAWATAN YANG DISANDANG SEPANJANG TEMPOH
PENGAJIAN DI KOLEJ
TARIKH LAHIR:
19 SEPTEMBER 2001 1. Pengerusi Exco Kolej Kediaman Majlis Perwakilan
TEMPAT LAHIR: Pelajar 2019/2020
HOSPITAL SULTANAH AMINAH
JOHOR BAHRU 2. Setiausaha Persatuan Pelajar 2019
NAMA AYAH: 3. Jawatankuasa Kolej (Ketua Aspuri) 2020/2021
MOHD SAFIAN BIN RAMLI 4. Jawatankuasa Kolej Kediaman (Ketua Blok) 2019
NAMA IBU: 5. Jawatankuasa Kolej Kediaman (AJK Biro ICT) 2018
FATIMAH HANIM BINTI OTHMAN
ANAK SULUNG DARI 3 ADIK- ANUGERAH & PENCAPAIAN
BERADIK
1. Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat
Daerah Johor Bahru (PBB Agensi Kerajaan (GO) -
Perempuan) 2018

2. Anugerah Ketua Blok Paling Tegas 2019
3. Pemenang Tempat Ketiga Pertandingan Projek

Tahun Akhir Peringkat Program Diploma Teknologi
Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi
Web 2021

PENYERTAAN

1. Pertandingan Bola Jaring antara kelas SVM 1 2017
2. Pertandingan KV Skill Peringkat Kolej Vokasional

Perdagangan 2017
3. AJK Kebersihan Sempena Sambutan Hari

Ulangtahun Kemerdekaan Ke 61/2018 'Malam
Ambang Kemerdekaan'
4. Kursus Asas Memanah Tradisional Siri 1 2018
5. Bengkel Protokol Dan Pengurusan Majlis 2018
6. Pertandingan KV Skill Peringkat Jabatan 2019
7. Seminar Asas Teori & Praktikal Cara Bina Website E-
Commerce 2019

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PROGRAM

TAHUN 2021

DIPLOMA PERAKAUNAN

NURUL LAILA UMIEDAH BINTI MOHD NOOR

PNGKK 3.83

1. Pengerusi Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar
2. Jawatankuasa Kolej kediaman (AJK Biro 3K)
3. AJK Kelab Persatuan Perakaunan

DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN

NUR ALIYAH ATIQAH BINTI MAHBOB

PNGKK 3.73

1. Pengerusi Exco Sukan & Kebudayaan Majlis Perwakilan
Pelajar Bagi Sesi 2019/2020

2. Jawatankuasa Kolej (Ketua Dorm) 2018-2020
3. Johan Bola Jaring Peringkat Zon Johor kali ke-XXII

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

NUR DINI BINTI HAIRUL

PNGKK 3.70

1. Pengerusi Pembimbing rakan Sebaya (PRS)
2. Timbalan Bendahari Agong Majlis Perwakilan Pelajar
3. Jawatankuasa Asrama (Biro Lawatan dan Pengangkutan)
4. Tempat Kedua Business Model Canvas Future CEO Leadership

CAMP 2019
5. Ketua Projek Program Pertandingan Pembentangan Projek

Perniagaan 2021

ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN

KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
KALI KE 6

TARIKH : 19 FEBRUARI 2022 (SABTU)
LOKASI : KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN

SIDANG PERTAMA
7.30 – 8.20 pagi Pendaftaran Para Graduan

8.20 pagi Tetamu Mengambil Tempat

8.30 pagi - Perarakan Masuk Graduan Ke Dalam Dewan

- Perarakan Masuk Ahli Akademik

- Perarakan Masuk Tetamu Jemputan (VVIP)

- Nyanyian Lagu Bangsa Johor

- Nyanyian Lagu Negaraku

- Bacaan Doa

- Pengisytiharan Majlis Konvokesyen Kali Ke-6 oleh Penghulu
Istiadat

- Ucapan Perasmian Pembukaan Majlis Konvokesyen
Tuan Haj Abu Bakar bin Mohd Salleh @ Ahmad
Bendahari UTM

- Penganugerahan Diploma Perakaunan

- Penganugerahan Diploma Pengurusan Perniagaan

- Pengisytiharan Penangguhan oleh Penghulu Istiadat

- Tetamu Jemputan (VVIP) Diikuti Barisan Ahli Akademik
Meninggalkan Majlis

- Nyanyian Lagu KVSMT – Bersama Membina Masa Depan

- Perarakan Keluar Graduan
- Pemulangan Jubah
- Pengambilan Sijil Graduan Dan Cenderamata Konvo
- Bersurai

SIDANG KEDUA Pendaftaran Para Graduan
11.00 – 11.50 pagi

11.50 pagi Tetamu Mengambil Tempat

12.00 tghari - Perarakan Masuk Graduan Ke Dalam Dewan

- Perarakan Masuk Ahli Akademik

- Perarakan Masuk Tetamu Jemputan (VVIP)

- Nyanyian Lagu Bangsa Johor

- Nyanyian Lagu Negaraku

- Bacaan Doa

- Pengisytiharan Majlis Konvokesyen Kali Ke-6 oleh Penghulu
Istiadat

- Ucapan Perasmian Pembukaan Majlis Konvokesyen
Tuan Haji Nasimin Bin Ngadi
Timbalan Bendahari UTM

- Penganugerahan Diploma Teknologi Sistem Pengurusan
Pangkalan Data Dan Aplikasi Web

- Penganugerahan Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran

- Pengisytiharan Penangguhan oleh Penghulu Istiadat

- Tetamu Jemputan (VVIP) Diikuti Barisan Ahli Akademik
Meninggalkan Majlis

- Nyanyian Lagu KVSMT – Bersama Membina Masa Depan

- Perarakan Keluar Graduan
- Pemulangan Jubah
- Pengambilan Sijil Graduan Dan Cenderamata Konvo
- Bersurai

AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS KONVOKESYEN

KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
KALI KE 6

Pengerusi : Hj. Roslan Bin Ab Aziz
Timb Pengerusi : Hjh. Zarimah binti Darmo
Naib Pengerusi 1 : Ust. Khairul Anuar bin Ramlan
Naib Pengerusi 2 : Pn. Zaleha binti Salleh
Penyelaras : Pn. Noridah binti Salmo
Penolong Penyelaras : Pn. Lily Suhany binti Mahmood
Setiausaha : Cik Nurrulfatin binti Ruslan
Bendahari : Pn. Farissha binti Alluwi

PEMANTAU : Pn. Hjh. Nasita Binti Sarbini

URUSETIA
1. Pn Noridah binti Salmo
2. Pn Lily Suhany binti Mahmood
3. Pn Anizah binti Mohd Daud
4. Cik Nurrulfatin binti Ruslan
5. Pn. Norita binti Rejeli
6. Pn. Khairunnisa binti Kamarulzaman

AJK SIJIL
1. Pn Anizah binti Mohd Daud (K)
2. Pn. Norhidayu binti Jais
3. Pn. Lim Ka Boi
4. Pn. Nur Shazlina binti Saat
5. Pn Siti Azura binti Mansor

AJK BUKU GRADUAN, CENDERAMATA DAN GOODIES BAG
1. Pn. Norlin binti Mustafa (K)
2. Pn. Nur Fazleen binti Muslim
3. Pn. Liew Choi Ling

PEMANTAU : Pn Herlina binti Mohd Haron & Pn. Farhah binti Jaffar

AJK SAMBUTAN
1. Cik Huda binti Hussein (K)
2. Cik Nur Aziatul Sazira binti Mohd Afandi
3. Ahli Majlis Perwakilan Pelajar

AJK PERARAKAN UTAMA DAN PROTOKOL
1. Pn Zaimah binti Arbon (K)
2. En. Mohd Sabree bin Abu Bakar

AJK PENGACARA MAJLIS
1. Cik Nurhuda binti Tahir (K)
2. Pn. Faidah binti Yusof
3. Pembaca Doa: En Mohammad Noor Fahmi Ruzaini bin Md Yusoff

AJK PENDAFTARAN GRADUAN
1. Pn Ummi Hidayah (K)
2. Pn Nur Syafiqah binti Hashim
3. Pn Faaizun binti Baso Sultan Bakri
4. Pn Nurul Syuhada binti Mazlina
5. Pn Nur Afadila binti Hassan
6. Cik Sherenna Darmusha binti A Razak

PENGURUSAN GRADUAN
1. Pn. Ushadevi a/p Vasu (K)
2. Pn. Farissha binti Alluwi
3. Cik Nurul Nasriah binti Abdul Halim
4. Pn. Nor Syahida Erni binti Mohd Desa
5. Cik Nur Hazira binti Abdul Hamid
6. Pn Noorul Farha binti Mohd Jumali
7. Pn Nurulhuda binti Masri
8. Pn Mastura binti Md Hassan

PEMANTAU : Pn Hjh. Wan Norhazilah binti Wan Mohd Zain

AJK PENGURUSAN JUBAH GRADUAN (PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH)
1. Pn Lily Suhany binti Mahmood (K)
2. Pn. Wan Suhaida binti Wan Nordin
3. Pn. Siti Masita binti Abdullah
4. Pn. Zariah binti Zainudin

AJK JAMUAN VIP DAN AJK
1. Pn Juhaida Husna binti Md. Shukor (K)
2. Pn. Norazita binti Mohd Nor
3. Pn Norliza binti Masrom

PEMANTAU : Pn Normaliza binti Ahmad

AJK PERSIAPAN PENTAS
1. Pn Faeza binti Omar (K)
2. Pn Nur Shafika binti Talib
3. Pn Noor Farhana binti Fadli

AJK PERSIAPAN TEMPAT
1. Pn. Nabilah binti Marzuki (K)
2. Pn. Zaireen Izzulin binti Zulkeflee
3. Pn. Siti Rawiyati binti Yusop

AJK KESELAMATAN DAN KECEMASAN

1. En Mohd Hafiz bin Mustafa (K)
2. En Muhammad Taqiyuddin bin Dzulkrinain
3. En. Khairil Azhar bin Rosni
4. En Md Rafiz bin Raymond
5. En Amiro bin Kamiron
6. Pn Noor Hayatie binti Coyati
7. Pn Siti Nor Hazirah binti Zainudin
8. Pn. Juwiesa anak Bayang

PEMANTAU : Ts. Suriyah binti Hassan

AJK BUKU PROGRAM
1. Pn Najiha binti Hussein (K)
2. Pn. Yussalina binti Mohd Yusop
3. Pn Siti Zulaikha binti Adnan

SIARAYA DAN P.A SISTEM
1. Pn Nor Azleen binti Zainal (K)
2. En Azimy bin Mohd Bukhari
3. Pn. Nurul Syaza binti Rosli
4. Pn. Nurdila binti Mohd Diah
5. En Mohamed Bakri bin Zainudin
6. En Anuar Mahidi bin Abdul Ghani

AJK FOTOGRAFI, DOKUMENTASI DAN VIDEO PANDU ARAH PERGERAKAN GRADUAN
1. Pn. Kartini binti Hanapi (K)
2. Pn Norasyikin binti Aziz
3. Pn Rohiza binti Husain
4. Pn. Zulaiha binti Rahmat
5. En Johari bin Jamil
6. En Mohd Hanaffi bin Zaini

AJK KAWALAN GRADUAN
1. En. Muhammad Ameen bin Atan(K)
2. Pn. Pritipal Kaur Auluck
3. Pn. Siti Norshahira binti Saeman
4. Majlis Perwakilan Pelajar

AJK KEBERSIHAN
5. Cik Nurzaimah binti Ahmad Fuad(K)
6. Pn. Zulfah Hanis binti Md Sadakah
7. Pekerja Kebersihan


Click to View FlipBook Version