The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aina_manan, 2019-01-22 22:17:19

Buletin 2,2018

Jul-Dis 2018

WEB: HTTP://WWW.PERPUSTAKAAN.JPM.GOV.MY FACEBOOK : PERPUSTAKAAN JABATAN PERDANA MENTERI

BULETIN
PERPUSTAKAAN JPM

SIRI 2/2018 ( JULAI - DISEMBER 2018)

1 SEKALUNG TAHNIAH
Pencapaian

Anugerah Pekerja Contoh 
Bahagian Khidmat Pengurusan

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Cik
Haslina binti Hassan , Pembantu Pustakawan Kanan

Gred S22 (KUP) Seksyen Perpustakaan di atas
Anugerah Pekerja Contoh Bahagian Khidmat

Pengurusan pada Bulan Oktober

Peminjam Aktif  Bulanan Perpustakaan JPM

Bulan Julai - Disember 2018

Julai 2018 Ogos 2018
NORLIYANA ABU BAKAR SUHAIBA BINTI SARIPAN
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Bahagian Akaun

September 2018 Oktober 2018
MADIHAH BINTI MD NOR IFFA NUR SYAFIQAH BINTI AHMAD FARIS

Bahagian Akaun Bahagian Audit Dalam

November 2018 Disember 2018
RAHAYU BINTI MOHMAD SHAH AZFALIZA BINTI ABD LATIF

Bahagian Teknologi Maklumat Bahagian Kewangan

Peminjam Aktif Tahun 2018

KATEGORI JPM KATEGORI AGENSI

Haslina Binti Hassan MAZIAH BINTI MOHD DALLY

Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Pengurusan Hartanah

2 SEKALUNG TAHNIAH
Pencapaian

Most Active Department Borrowing Books

7 BAHAGIAN AKAUN 8 PEJABAT PENASIHAT
UNDANG-UNDANG

9 UNIT INTEGRITI 10 BAHAGIAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT

11 BAHAGIAN AUDIT 12 BAHAGIAN KHIDMAT
DALAM PENGURUSAN

2018

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

3 AKTIVITI
PERPUSTAKAAN JPM
Julai - Disember 2018

Kempen Lib Mobile 2U @JPM
Merupakan satu program Galakan Membaca
yang diadakan secara bersiri sepanjang tahun.
Melalui program ini ianya dapat mendekatkan
warga JPM dengan perpustakaan. Sehingga
Disember 2018 sebanyak 8 siri telah diadakan.
Kempen ini telah diadakan di :
1. 12 Bahagian di JPM
2. Mesyuarat Mingguan TKSUK
3. Perhimpunan Bulanan

Hebahan Take A Look Read A Book

Hebahan Take A Look Read A Book
merupakan hebahan buku-buku terbaru di

Perpustakaan JPM. Sehingga
Disember 2018 sebanyak 30 siri hebahan

telah disediakan untuk warga JPM

4 AKTIVITI
PERPUSTAKAAN JPM
Julai - Disember 2018

Majalah Terkini @Perpustakaan JPM (21 Siri)
Jan - Dis 2018

Todays Article @Perpustakaan JPM (6 Siri)
Jan - Dis 2018

Bengkel e-Foto

Bengkel ini telah
diadakan pada 16 Ogos

2018 bertempat di
Makmal Komputer,

Aras 3 Blok B7.

5

AKTIVITI
PERPUSTAKAAN JPM

Julai- Disember 2018

CSR ke Sek Keb Rambung Pulai, Baling Kedah

Program ini telah diadakan pada 4 Ogos 2018 bertempat di Sek. Keb. Rambung Pulai,Baling
Kedah.
Aktiviti yang diadakan adalah seperti :
a) Penyerahan Bahan Bacaan
b) Susunatur Perpustakaan
c) Taklimat Kepustakawanan

Sudut Aspirasi Sayangi Malaysiaku,Pameran dan Kuiz Kemerdekaan
: Sayangi Malaysiaku

Sudut Aspirasi Sayangi
Malaysiaku,Pameran Logo Hari
Kabangsaan dan Kuiz
Kemerdekaan : Sayangi
Malaysiaku telah diadakan mulai
20 Ogos sehingga 27 September
2017 bertempat di Lobi Blok B1.
Pameran ini diadakan bersempena
Sambutan Hari Kebangsaan yang
ke 61.

6 AKTIVITI
PERPUSTAKAAN JPM
Julai- Disember 2018

Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Jabatan Perdana Menteri Tahun 2019

Program ini telah diadakan pada 30 Ogos
2018 bertempat di Auditorium JPM dengan
penglibatan Kanak-Kanak Tabika/Taska
JPM.
Terdapat beberapa aktiviti yang dianjurkan:
1. Pertandingan Sajak
2. Pertandingan Pakaian Beragam
3. Pertandingan Mewarna
4. Perarakan Kemerdekaan

Ia bertujuan untuk menyemarakkan
Sambutan Hari Kebangsaan dikalangan
anak-anak warga Jabatan Perdana Menteri

Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Perbadanan Awam Selangor

Lawatan ini telah diadakan pada 24 dan 27
Ogos 2018 dengan penglibatan Kanak-
Kanak Tabika Kemas JPM dengan
penglibatan 180 kanak-kanak. Lawatan ini
bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada kanak-kanak Tabika KEMAS
JPM dengan persekitaran perpustakaan dan
amalan budaya membaca.

Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan
seperti:
1. Lawatan ke Sudut Kanak-Kanak]
2. Lawatan ke Sudut Multimedia
3. Pertandingan Mewarna
4. Pertandingan Bercerita

CSR ke Sek Men Syed Abu Bakar , Baling Kedah

Program ini telah diadakan pada 30
September 2018 bertempat di
Sek. Men. Syed Abu Bakar,Baling Kedah.
Pihak Perpustakaan JPM telah membuat
penyerahan bahan bacaan kepada pihak
sekolah.

7 AKTIVITI
PERPUSTAKAAN JPM
Julai- Disember 2018

Program Ekplorasi Ilmu : Sayangi Malaysiaku

Program ini melibatkan kerjasama di antara
Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri dan Kelab
Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri . Ianya
dianjurkan bagi menyemarakkan Sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat Jabatan Perdana Menteri.
Ia diadakan pada 19 September 2018.

Aktiviti ini melibatkan daya berfikir dan kreativiti
di samping tahap kerjasama yang sangat tinggi.
Pergerakan peserta di sepanjang program
menggunakan basikal yang akan disediakan oleh
urus setia.

Program Kembara Khidmat Bakti Jabatan Perdana Menteri Sekolah Kebangsaan Presint 11(2)

Program ini telah diadakan sebanyak 2 siri :
a. Siri Pertama pada 7 Jun 2018
b. Siri Kedua pada 15 November 2018

Pada siri pertama aktiviti yang diadakan
adalah gotong royong mengubahsuai dan
mengemaskini Pusat Sumber Sekolah.

Pada siri kedua diadakan Taklimat
Kepustakawanan kepada Pengawas Pusat
Sumber serta penyediaan Sudut Bacaan
kepada pihak sekolah.

Lawatan Penandaaras ke Perpustakaan Kementerian Industri dan Asas Tani

Lawatan ini telah diadakan pada 19 Oktober 2018.
Ianya bertujuan untuk mengetahui dengan lebih
mendalam lagi berkenaan kemudahan, perkhidmatan
yang disediakan kepada pengguna, sistem
perpustakaan yang digunakan serta koleksi yang
disediakan pihak Perpustakaan Kementerian Industri
dan Asas Tani.
Disamping itu adalah untuk membina jaringan atau
networking sesama mereka di samping saling bertukar
pendapat dan idea.

8 AKTIVITI
PERPUSTAKAAN JPM
Julai- Disember 2018

Bengkel Mypotfolio dan Jod Description

Bengkel ini telah diadakan pada 30 hingga 31
Oktober 2018 bertempat di Ruang Mini

Teater, Aras 4, Blok B1 . Ianya melibatkan
penyertaan daripada kakitangan Bahagian

Khidmat Pengurusan.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan
panduan berkenaan bagaimana

menyediakan Myportfolio dan Job
Description.

Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan JPM untuk Pegawai Baru JPM Siri 4/2018

Taklimat ini merupkan pengenalan kepada
Perkhidmatan yang disediakan oleh
Perpustakaan JPM.

Pada siri 4/2018 ianya telah diadakan pada 19
Disember 2018 bertempat di Dewan Serbaguna
, Aras 3, Blok B1.

Ianya melibatkan pegawai-pegawai lantikan
baru yang akan berkhidmat di JPM dan Agensi

JPM Read And Review (JPM RnR)

Program ini akan diadakan selama satu bulan
bermula dari 22 Oktober sehingga 19
November 2018.

Program ini merupakan satu aktiviti yang
dijalankan untuk menyedarkan kepentingan

pembentukan budaya membaca serta
perkongsian ilmu yang berterusan kepada

warga kerja Jabatan Perdana Menteri.

9 AKTIVITI
PERPUSTAKAAN JPM
Julai-Disember 2018

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Jabatan Perdana Menteri

Program ini telah diadakan pada 30 November 2018, melibatkan anak-anak warga JPM. Ia telah
diadakan di 2 tempat:
a) Tabika/Taska JPM - Khusus untuk kanak-kanak Tabika/Taska dan Majlis Perasmian
b) Lobi Blok B1,- Khusus untuk anak-anak Warga JPM
Ia diadakan bertujuan untuk membuktikan keprihatinan JPM terhadap kanak-kanak. Disamping itu
meraikan kanak-kanak sebagai Permata Negara yang amat bernilai.

Bake The Story

’Bake The Story’ merupakan aktiviti
berkonsepkan ’infotainment’ yang terbahagi
kepada 3 segmen iaitu sesi bercerita (Monyet
yang nakal) , ’Read Aloud and Write’ dan Jom
ke Perpustakaan.
Seramai 100 orang kanak-kanak dari
Taska/Tadika JPM berumur 5 & 6 tahun telah
dijemput menyertai aktiviti ini.
Program ini telah diadakan pada 11 Disember
2018 bertempat di Aras 4, Blok B1

10 A K T I V I T I
PERPUSTAKAAN JPM
Julai - Disember 2018

Gapura Ilmu @Perpustakaan JPM

Program Gapura Ilmu@Perpustakaan JPM adalah program perkongsian ilmu Perpustakaan JPM
kepada semua warga Bahagian Khidmat Pengurusan JPM. Program ini diadakan pada 13 Disember

2018 bertempat di Mini Teater Aras 4, Blok B1.
Penganjuran program ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga

BKP berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan JPM serta memupuk minat
membaca disamping mempelajari teknik pencarian maklumat secara mudah dan efektif dikalangan

warga BKP, JPM

A Little Knowledge Removes A Lot Of Ignorance - Iman Ali (as)

11 T I N T A  
PERPUSTAKAAN JPM

DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN : #MALAYSIAMEMBACA

Ray Bradbury pernah menyebut: “Tidak perlu menghancurkan buku untuk meruntuhkan peradaban,
sebaliknya hanya perlu untuk memastikan orang berhenti membaca, runtuhlah segala-galanya.”

Buya Hamka berpesan: “Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik.”

Ahli falsafah tersohor, Rene Descartes pernah menyatakan: “Membaca buku yang hebat ibarat
mengadakan dialog dengan para cendekiawan yang cemerlang daripada masa lampau. Pemikiran
mereka terus hidup dan berpengaruh sehingga kini. Penulis menuangkan gagasan mereka yang terbaik

semata-mata.”

Kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara pada tahun 2005 mendapati
masyarakat kita hanya membaca dua naskhah buku setahun. Namun, dalam laporan kajian interim

tabiat membaca rakyat Malaysia yang dibuat pada tahun 2014, jumlahnya meningkat kepada 15
naskhah. Sebenarnya, jumlah ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara maju. Rakyat mereka

membaca buku hampir 40 judul buku setahun.

Kadar celik huruf rakyat Malaysia pula telah hampir ke angka 94.94 peratus, mengikut laporan Adult
and Youth Literacy National Regional and Global Trends 1985-2015 terbitan Unesco Institute for Statistics.
Namun, secara purata rakyat Malaysia hanya membaca 15 hingga 20 buku setahun. Jika dibandingkan

dengan jumlah penduduk negara, kadar literasi rakyat negara ini masih jauh ketinggalan.

Kajian The World’s Most Literate Nation yang dilakukan oleh Central Connecticut State University
Amerika Syarikat pada tahun 2016 pula meletakkan Malaysia pada kedudukan yang ke-53 jauh di
belakang negara jiran Singapura yang berada di tangga ke-36. Tinjauan tentang tabiat literasi di lebih
60 buah negara di dunia itu mengisytiharkan negara Nordic (Finland, Norway, Iceland, Denmark dan

Sweden) sebagai the most literate nations di dunia.

Penerbitan buku pula telah digunakan oleh Unesco sebagai satu daripada kriteria taraf negara maju
dengan jumlah penerbitan yang ditetapkan sebanyak satu peratus bagi setiap juta penduduknya. Di

Malaysia, kerajaan sedang dalam perancangan untuk menyasarkan penerbitan negara mencapai
31,700 judul setahun menjelang 2020, berbanding 19,713 judul pada tahun 2017.

Pengiktirafan Unesco kepada Malaysia sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan KL Baca — Caring
Through Reading sangat bermakna dan seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini

sebagai negara membaca pada tahun 2030. Bandar raya yang dipilih sebagai Ibu kota buku dunia oleh
Unesco perlu berusaha untuk mempromosikan buku dan pembacaan serta menganjurkan aktiviti

sepanjang tahun. Tahun sambutan akan bermula pada 23 April 2020, pada Hari Buku dan Hak Cipta
Sedunia.

12 T I N T A  
PERPUSTAKAAN JPM

Oleh itu, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan rentang masa sepuluh tahun, iaitu
daripada tahun 2021 hingga tahun 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan atau ringkasnya DMK.

Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.

Didukung oleh falsafah untuk membentuk masyarakat berilmu bertaraf dunia dengan fokus membaca
untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca, Kempen Dekad Membaca Kebangsaan

digerakkan dengan tujuan: (1) Meningkatkan tabiat membaca untuk tujuan rekreasi dan literasi ilmu
bagi melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis, (2) memupuk minat membaca serta menyokong
pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan

ilmu, (3) mencambahkan tradisi keilmuan dan wacana intelektual dalam kalangan masyarakat.

Slogan dan tagar #MalaysiaMembaca pula dipilih dan mesti dipopularkan agar aspirasi menjadikan
Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia senantiasa

menyelinap dalam sanubari dan denyut nadi masyarakat.

Dari segi program untuk mengisi dan merancakkan dekad bahasa kebangsaan, antara perancangan
akitiviti utama yang perlu dilaksanakan termasuklah:

1. Program aktiviti membaca kebangsaan. Antaranya, gerakan membaca seluruh negara; kempen
membaca di sekolah, di rumah, kempen membaca kepada golongan kelainan upaya, gelandangan,
warga emas dan lain-lain. Selain itu akan diwujudkan juga duta #malaysiamembaca, program satu

keluarga satu perpustakaan, satu komuniti satu perpustakaan dan lain-lain lagi.

2. Pembangunan prasarana aktiviti membaca, antaranya seperti pasar buku, lorong e-buku, akademi
kota buku, muzium bahasa dan persuratan Melayu.

3. Pesta buku sebagai destinasi perbukuan masyarakat, melalui penganjuran acara ini di pelbagai
peringkat kebangsaan, antarabangsa, sektor, negeri dan sebagainya.

4. Pembangunan pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, antaranya melalui pelbagai
program penataran bakat calon penulis baharu dalam pelbagai peringkat umur dengan tujuan untuk

memperkaya bahan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja.

5. Capaian buku digital atau e-buku: bagi memudahkan akses kepada kandungan untuk kegunaan
orang ramai dan menyokong gaya hidup dan komuniti pintar abad ke-21, pelbagai program capaian

digital dan e-buku dirancang seperti perpustakaan ubiquitous (u-pustaka), zon e-buku percuma,
majalah digital, perpustakaan buku audio dan Braille.

13

TINTA 
PERPUSTAKAAN JPM

6. Pendidikan sepanjang hayat: program pendidikan yang dapat meningkatkan kehidupan insan melalui
peningkatan kemahiran kerja, penambahbaikan sahsiah diri dan peningkatan ilmu, antaranya,

program literasi media dan maklumat, kem belia membaca, pembacaan sebagai sasaran kerja tahunan
(skt) kepada semua penjawat awam.

Hasrat kerajaan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat memerlukan komitmen
yang tinggi dan berterusan serta sumber bersepadu yang merentas pelbagai sektor dan segala penggiat

literasi di negara ini.
Dengan adanya kesedaran dan kesatuan usaha ini, akan terjalinlah jaringan literasi dan sekali gus akan
muncullah kolaborasi sesama kita untuk menggalas tanggungjawab memandaikan dan mencerdaskan

anak bangsa, sekali gus meninggikan harakat peradaban bangsa.
Sudah sampai masanya untuk kita menjadikan negara Malaysia sebagai negara membaca. Dan tahun

2019 ini ialah tahun kita harus bermula.

-SEKIAN-

TERIMA KASIH

“The more that you read, the more things you will know. The more that
you learn, the more places you’ll go.” – Dr. Seuss

HAKCIPTA PERPUSTAKAAN JPM/AINA


Click to View FlipBook Version