The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PJK TINGKATAN 4 SEPAK TAKRAW

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ku Nazmi Ku Ismail, 2023-04-18 04:29:06

SEPAK TAKRAW

PJK TINGKATAN 4 SEPAK TAKRAW

DISEDIAKAN OLEH: KU MOHAMAD NAZMI BIN KU ISMAIL PP2212081T


Sepak Takraw merupakan permainan kategori serangan yang semakin popular sama ada di dalam negara kita atau di peringkat antarabangsa. Permainan ini mengalami transfomasi dari pelbagai sudut sama ada kemahiran asas, penglibatan pemain, kategori permainan, peralatan permainan dan undang-undang permainan.


Penguasaan kemahiran asas dalam sepak takraw membantu keberkesanan strategi menyerang dan bertahan dalam situasi permainan. Pada akhirnya, murid berkemampuan untuk merancang strategi menyerang serta bertahan secara kreatif dan inovatif. SERVIS MENIMANG MENANDUK MELIBAS MENGADANG


1. Tekong melakukan servis ke arah gelanggang lawan . 2. Sasaran ditujukan pada kelemahan pihak lawan untuk mendapatkan mata . 3. Servis kencang ke arah sasaran 1 , 3 , 5 dan 7 akan menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan balas . 4. Servis drop dan kencang dapat mengelirukan pihak lawan . 5. Servis drop dilakukan apabila posisi pihak lawan jauh dari jaring . 1 2 3 4 5 6 7


1. Semua pemain boleh melakukan serangan untuk mendapatkan mata. 2. Lazimnya, apit kanan akan melakukan libasan bergantung kepada umpanan daripada mana-mana pemain terutamanya apit kiri. 3. Apit kiri boleh melakukan umpanan dari pelbagai arah dan apit kanan akan memilih mana-mana ruang gelanggang pihak lawan untuk mematikan bola. 4. Pemain yang melakukan serangan boleh melakukan pelbagai helah untuk mengelirukan pihak lawan.


1. Strategi serangan tandukan merupakan salah satu cara mematikan bola di gelanggan lawan. 2. Strategi ini sesuai dilakukan ketika pemain apit kanan atau mana-mana pemain tidak dapat melakukan libasan di hadapan jaring. 3. Tandukan dahi sering digunakan untuk mengelirukan pemain lawan. 4. Tandukan belakang juga sangat sesuai untuk mematikan bola dan mengelirukan pihak lawan. 5. Tandukan merupakan satu helah untuk mematikan bola.


1. Murid dibahagikan kepada dua Kumpulan bertiga. 2. Kedua-dua Kumpulan menggunakan servis yang telah dipelajari untuk merancang serangan. 3. Kumpulan A akan memulakan servis manakala Kumpulan B menerima servis dan bersedia mengatur serangan. 4. Setiap Kumpulan bebas melakukan servis ke pelbagai sasaran yang difikirkan sesuai. Gunakan kreatifviti Kumpulan anda dalam mencapai kemenangan. 5. Kedua-dua Kumpulan akan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasi peraturan dan undang-undang permainan sepak takraw. 6. Kumpulan yang lebih awal mencapai 21 mata maksimum di kira sebagai pemenang Variasi Ubah suai permainan kepada dua lawan dua. Ubah suai saiz gelanggang. Tekong Apit Kiri Apit Kanan


1. Murid dibahagikan kepada dua Kumpulan. 2. Kedua-dua Kumpulan akan menggunakan serangan libasan yang telah dipelajari. 3. Kumpulan A akan memulakan servis manakala Kumpulan B bersedia mengatur serangan libasan, tandukan atau helah. 4. Setiap Kumpulan bebas melakukan libasan ke pelbagai sasaran yang difikirkan sesuai. Gunakan kreatifviti Kumpulan anda dalam mencapai kemenangan. 5. Kedua-dua Kumpulan akan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasi peraturan dan undang-undang permainan sepak takraw. 6. Kumpulan yang berjaya mengumpul 21 mata terawal dikira sebagai pemenang


Strategi Bertahan dalam permainan sepak takraw terdiri daripada kemahiran mengadang dan menerima bola. Strategi bertahan perlu dilakukan seawal bola direjam oleh pihak lawan di hadapan jaring. Ketika bertahan, setiap regu perlu menyusun kedudukan permain sama ada ketika mengadang atau menerima bola. Kemahiran mengadang boleh dilakukan sama ada menggunakan kaki, badan atau kepala mengikut situasi permainan. Kemahiran menerima bola pula memerlukan pemain bertahan dan mengawal bola yang direjam oleh pihak lawan atau bola yang terbias daripada adangan rakan sepasukan. Kemahiran menerima bola terdiri daripada menanduk, sepak sila dan kuda.


1.strategi bertahan merangkumi kemahiran mengadang menggunakan kaki, badan dan kepala berdasarkan kepada situasi permainan. 2. Matlamat mengadang adalah bagi memastikan bola tidak berjaya direjam ke dalam gelanggang sendiri serta mematikan bola di gelanggang lawan. 3. Pemain yang melakukan adangan perlu bijak membaca bola yang direjam oleh pihak lawan. 4. Pemain boleh menggunakan semua kemahiran adangan yang sesuai berdasarkan corak serangan pihak lawan. Namun, kebiasaan adangan dilakukan menggunakan kaki. 5. Pengadang perlu menggunakan teknik pemasaan agar bola yang direjam dapat ditampan. 6. Adangan boleh dilakukan oleh mana-mana pemain yang berada di hadapan jaring.


1. Strategi menerima bola merupakan strategi bertahan yang menggunakan kemahiran menanduk, sepak sila dan sepak kuda. 2. Semasa pihak lawan melakukan serangan, regu bertahan akan menyusun strategi untuk memastikan serangan berjaya dikawal. 3. Maklamat bertahan menggunakan kemahiran menerima bola adalah untuk memastikan serangan bola yang dilakukan oleh pihak lawan berjaya dikawal semula. 4. Dua orang bermain bertahan yang tidak melakukan adangan akan berada di kawasan yang sesuai mengikut arah rejaman bola pihak lawan. Hal ini bertujuan bagi memastikan sama ada bola yang terbias atau melepasi adangan dapat dikawal


1. Murid dibahagikan kepada empat Kumpulan bertiga iaitu Kumpulan A, B, C dan D. 2. Kumpulan A dan B akan memulakan permainan manakala Kumpulan C bertindak sebagai sebagai pengadil dan Kumpulan D sebagai penganalisis permainan. 3. Setiap Kumpulan akan bermain dalam situasi permainan dengan merancang strategi bertahan. 4. Pihak lawan akan melakukan serangan dengan menggunakan libasan atau tandukan. 5. Setiap Kumpulan akan melakukan tiga Kali servis sebelum servis bertukar peranan. 6. Kedua-dua Kumpulan akan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasi peraturan dan undang-undang permainan sepak takraw. Setelah mempelajari strategi bertahan melalui kemahiran mengadang dan menerima bola, kita akan mengaplikasi kemahiran tersebut dalam situasi permainan.


1. Murid dibahagikan kepada dua Kumpulan bertiga. 2. Kumpulan A akan memulakan servis dan melakukan serangan. 3. Serangan libasan hanya boleh dilakukan dari tengah gelanggang. 4. Kumpulan yang bertahan tidak melakukan adangan, hanya bersedia untuk mengawal serangan pihak lawan berdasarkan kemahiran bertahan yang telah dipelajari. 5. Kumpulan yang berjaya mematikan bola di gelanggang lawan akan diberikan satu mata. 6. Setiap Kumpulan akan melakukan tiga kali servis sebelum servis bertukar peranan. 7. Kumpulan yang berjaya mengumpul 21 mata terawal dikira sebagai pemenang. 8. Kedua-dua Kumpulan akan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasi peraturan dan undang-undang permainan sepak takraw


Perancangan strategi menyerang dan bertahan menjadi keperluan sebelum sesebuah regu memasuki gelanggang permainan. Kemahiran asas sepak takraw yag sesuai ketika menyerang dan bertahan perlu dikenal pasti bagi menjadikan sesebuah regu bersedia untuk menghadapi pihak lawan.


MERANCANG STRATEGI REGU A STRATEGI MENYERANG JENIS KEMAHIRAN SASARAN JUSTIFIKASI Servis Sepak kuda 3,5 dan 7 • Sasaran mengelirukan. • Kelemahan pihak lawan. Servis drop • Jika didapati kedudukan pemain pihak lawan jauh dari jaring. Ace • Servis laju dan kencang. SERVIS


STRATEGI MENYERANG JENIS KEMAHIRAN SASARAN JUSTIFIKASI Melibas Libasan sisi Ruang kosong • Melakukan libasan dengan mencari ruang kosong pihak lawan. Menanduk Ruang kosong • Dapat melakukan helah dengan tandukan dahi atau sisi. Mengumpan dan menimang Sepak sisi Arah umpanan • Mengumpan bola mengikut kesesuaian penyerang (apit kanan). MELIBAS


BERTAHAN STRATEGI BERTAHAN JENIS KEMAHIRAN SASARAN JUSTIFIKASI Adangan Adangan kaki Pelbagai arah • Boleh membaca libasan pihak lawan. • Ketepatan mengadang adalah tinggi. Adangan kepala Pelbagai arah • Mengikut situasi bola. • Boleh membaca pergerakan bola.


Mengenal pasti keupayaan dan kemahiran mengikut posisi setiap pemain. Membuat penilaian berdasarkan pemerhatian tentang kelebihan dan kelemahan pemain pihak lawan. Setiap pasukan bebas menentukan strategi permainan masing-masing. Lakukan analisis permainan pihak lawan. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertiga. Kedua-dua kumpulan menggunakan strategi serangan dan bertahan yang telah dirancang. Servis boleh dilakukan mengikut keupayaan tekong masing-masing. Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasikan peraturan dan undang-undang permainan sepak takraw. CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN PEMENANG – SERANGAN PADU BERTAHAN MANTAP


Click to View FlipBook Version