ANJURAN:
GURU MATEMATIK
(PN.S.SAKUNTHALA DEVI)
SJKT LADANG TEBRAU
KERTAS KERJA
PROJEK SIFIR
MATEMATIK
1.0 PENGENALAN
Matapelajaran matematik merupakan satu matapelajaran yang penting dalam
kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh
pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk
menguasai matapelajaran matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu murid-murid yang belum
menguasai terutama murid yang berada di TP1 –TP3, Disamping murid-murid
yang berada di TP4-TP5 yang masih belum menguasai sepenuhnya.
Program ini akan diadakan selama 5 bulan. Sejajar dengan kehendak dan
keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan
kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi
penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, Projek Sifir dalam pdpr ini diharap dapat
menyuntik semangat dan minat murid-murid Tahun 6 Valluvar dan Tahun 5
Kambar di SJKT Ladang Tebrau untuk lebih kreatif dalam pembelajaran
matematik yang di anggap sukar dan membosankan.
2.0 Matlamat
Projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian murid-murid
terhadap subjek matematik. Matematik merupakan matapelajaran asas yang
wajib dikuasai oleh setiap murid. Justeru itu melalui projek sifir ini, diharap dapat
meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek matematik. Mewujudkan satu
suasana pembelajaran abad ke 21 di sekolah dan seterusnya menghasilkan
murid-murid bercirikan abad ke-21 diharapkan melalui pendekatan ini
pembangunan murid adalah secara menyeluruh dari segi akademik, sahsiah
dan ko-kurikulum.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan
kritis.
3.2 Membentuk minat belajar matematik menggunakan kaedah yang
baru.
3.3 Menggalakkan murid yang lemah sifir untuk berfikir secara
kreatif dan kritis dalam penghafalan sifir.
3.4 Menambah kecintaan pelajar terhadap subjek matematik dan
membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik
dan berkesan.
3.5 Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh
melibatkan kemenjadian murid dari aspek akademik dan
sahsiah.
3.5 Mengembangkan budaya inovasi di kalangan guru dan murid.
3.6 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat
membentuk keseimbangan murid dari aspek intelek, jasmani,
rohani dan sosial.
4.0 Sasaran
Semua murid kelas
5 Kambar
5.0 Pelaksanaan
Setelah mendapati murid-murid tahun 5 Kambar yang yang lemah dalam
menjawab soalan-soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi. Saya
telah mengambil langkah segera dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Saya mendapat tahu bahawa murid-murid ini tidak hafal sifir sepenuhnya
dan kehadiran murid-murid kelas ini di atas talian (google meet) sangat
membimbangkan.
Sebagai jalan penyelesaian , saya melaksanaan Projek Sifir untuk murid-
murid kelas ini supaya mereka melibatkan diri dengan aktif dalam
penghafalan sifir. Projek sifir ini dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PDPR) . Murid diberi penerangan secara atas
talian. Murid dikehendaki menghasilkan suatu bahan sifir mengikut kreativiti
masing-masing.Setelah siap murid dikehendaki memuat naik video
pembacaan sifir masing-masing.
Projek ini juga merupakan suatu pendekatan untuk memberi peluang
kepada pelajar membina projek yang terdiri daripada bahan-bahan yang
terbuang yang dapat mencetus pemikiran kritis murid untuk mengabung
pelbagai bahan menjadi sesuatu bahan yang dapat menyelesaikan masalah
pembelajaran matematik Selain daripada itu, projek ini juga merupakan
suatu bahan yang dapat mengisi masa lapang murid dengan lebih
berfaedah, semasa murid berada di rumah pada pandemic covid-19. Ini juga
dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang dapat mendorong
pelajar lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang kritis dan
berdaya saing untuk membina sesuatu yang baru.
7.0 ANJURAN
Guru Matematik
8.0 TEMPAT
- SJKT LADANG TEBRAU
- KEDIAMAN MASING-MASING
-
9.0 TARIKH
Bulan Jun 2021 -
Bulan November 2021
10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
PENASIHAT
EN.GNANASEKRN
(Guru Besar)
PENGERUSI
PN.RANI (GPK 1)
N. PENGERUSI
PN .MAHESWARI
(GPK HEM)
EN.LAXMANA RAU
(GPK KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA
PN.S.SAKUNTHALA DEVI
11. BELANJAWAN HARGA SEUNIT PERBELANJAAN
BIL PERKARA
30 x 0.70 RM 21.00
SIJIL
HADIAH 3 X RM10 RM30.00
JUMLAH RM 51.00
12. PENUTUP
Diharapkan PROJEK SIFIR ini dapat membantu meningkatkan kualiti
pembelajaran murid SJKT Ladang Tebrau dalam semua aspek terutamanya
melahirkan para pelajar yang berinovasi dan mempunyai daya kreativiti yang
tinggi.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
…………………………..… …..…………………..
Pn.S.Sakunthala Devi Guru Besar
Guru matematik
Tahun 5 Kambar
GAMBAR-GAMBAR PROJEK SIFIR MATEMATIK
Tugas Guru dalam menghasilkan
Projek Sifir Matematik
• Mengenal pasti masalah murid
• Melahirkan idea projek sifir sebagai jalan
penyelesaian
• Membimbing murid dalam mencipta projek sifir
• Melatih murid melafazkan sifir
Melatih murid membuat video pelafazaan sifir.
Impak
• Melahirkan murid yang berinovasi dan mempunyai daya
kreativiti yang tinggi.
• Murid dapat melatih sifir dan dapat melafazkan sifir dalam
bentuk video.
• Satu peluang kepada murid memperagakan bakat atau
kemahiran mereka.
• Dapat mengoptimumkan potensi murid dan
memaksimumkan keberhasilan.
• Penggunaan masa yang efisen oleh para pelajar.
• Seramai 8 murid mencapai Tp 5, 10 murid mencapai Tp4,
dan 9 murid mencapai TP3 .