The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HARI KESEDARAN SINDROM DOWN DAN AUTISME SEDUNIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummufahim86, 2023-04-08 02:12:41

BROSUR

HARI KESEDARAN SINDROM DOWN DAN AUTISME SEDUNIA

Keywords: AUTISME ,SINDROM DOWN

ATURCARA PROGRAM 7:45 pagi - Program bermula. Ucapan aluan pengacara majlis Persembahan multimedia Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas ~Puan Sharifah Noor Mazzian binti Saad Persembahan pelajar pendidikan khas Ucapan Perasmian Pengetua ~Tuan Haji Mohammad Ramzi bin Nanyan Gimik perasmian Majlis bersurai. JAWATANKUASA KERJA PENGERUSI Tn. Haji Mohamad Ramzi bin Nanyan (Pengetua) TIMB. PENGERUSI Pn. Sharifah Noor Mazzian binti Saad (PK Pendidikan Khas) NAIB PENGERUSI En. Mohd Rizal bin Ahmad (PK Pentadbiran) Pn. Rozita binti Ishak (PK HEM) En. Arifudin bin Abdullah (PK Kokurikulum) SETIAUSAHA Pn. Suriyani binti Ali PENGACARA MAJLIS Pn. Suriyani binti Ali Cik Nur Baiti binti Mohd Rizal JK BROSUR Pn. Siti Zaleha binti Hamid @ Ismail JK HIASAN PENTAS & GIMIK PELANCARAN Pn. Siti Aishah binti Mohamad JK PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Pn. Wan Rohaya binti Wan Chin JK PERSEMBAHAN MURID Pn. Normi binti Azmi JK SIARAYA En. Salleh bin Ahmad @ Hassan JK PERSIAPAN TEMPAT En. Mohd Zaki bin Aon JURUFOTO & KAWALAN MURID Pn. Rozana binti Hadziar Pn. Siti Syeridatulnur binti Ahmad Shater PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SERI INDERA PUTERA Peringkat sekolah 10 APRIL 2023 ISNIN 7.45 PAGI – 8.15 PAGI DEWAN PUTERA


APA ITU AUTISME ? Jom ambil tahu APA ITU SINDROM DOWN ? Istilah ‘autisme ’ berasal daripada perkataan bahasa Greek, ‘autos’ yang bermaksud ‘diri sendiri’. Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran. Justeru, istilah ‘Autisme’ adalah merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Autisme adalah kecelaruan neurologi yang mengganggu otak secara kekal dan yang memberi kesan kepada seseorang itu seumur hidupnya. Kecelaruan ini akan mengakibatkan masalah komunikasi, interaksi sosial dan tingkahlaku. Bagi kanak -kanak yang mempunyai Autisme, kebolehupayaan mereka untuk memahami sesuatu input adalah berbeza daripada kanak -kanak tipikal. Begitu juga dalam aspek tingkahlaku dan tutur percakapan, kebolehan mereka adalah berbeza mengikut tahap masing - masing. Walau bagaimanapun, murid autistik akan menunjukkan tingkah laku yang berulang bagi sesuatu yang mereka minat dan cenderung. CIRI -CIRI AUTISME Sindrom Down ialah keadaan di mana seseorang itu mempunyai kromosom tambahan pada kromosom ke 21. Kromosom ialah ‘pakej -pakej’ kecil gen dalam badan. Ini menyebabkan kelewatan perkembangan fizikal dan mental serta ketidakupayaan. Sindrom Down berbeza -beza dari segi keterukan bagi setiap individu menyebabkan ketidakupayaan intelektual sepanjang hayat dan kelewatan perkembangan. Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak -kanak tipikal. Nisbah kelahiran keseluruhannya ialah satu daripada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil. CIRI -CIRI FIZIKAL SINDROM DOWN Tiada hubungan mata Tidak memberi maklum balas ketika dipanggil Suka mengasingkan diri Komunikasi satu hala Kurang kemahiran bersosial Melakukan perkara yang sama berulang - ulang Hiperaktif Tidak memahami keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk. Tubuh yang rendah. Kepala bersaiz kecil. Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas. Lidah terjelir. Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki. Pertumbuhan yang lambat. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.


Click to View FlipBook Version