HUSNI AMIEZA BINTI MAT HASAN KPM-Guru Download PDF
  • 1
  • 0
PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT DAERAH BINTULU TAHUN 2025
Pertandingan Bicara Berirama Karnival e-Mas Peringkat Daerah Bintulu bertemakan Alam Sekitar Sektor Sawit merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar dalam industri kelapa sawit. Pertandingan Bicara Berirama ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidkan Daerah (PPD) Bintulu dengan kelolaan Sekolah Kebangsaan Kidurong serta kerjasama Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kidurong.Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk memupuk minat murid terhadap alam sekitar melalui penyampaian yang kreatif dan berirama. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membangunkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, dan daya kreativiti dalam kalangan murid sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Bintulu.Penglibatan pelbagai pihak termasuk sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah sekitar Bintulu diharapkan dapat menjadi platform bagi murid-murid untuk menyampaikan mesej kepentingan penjagaan alam sekitar, khususnya dalam konteks industri kelapa sawit, secara berkesan dan menarik. Program ini juga menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah rendah dan menengah serta menyebarkan kesedaran tentang amalan lestari dalam sektor perladangan.
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications