The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jubaidah Madjabil, 2024-01-13 01:39:54

3C BAB 11 KUMP

3C BAB 11 KUMP

GEOGRAFI TINGKATAN 3 Koleksi Jawapan Esei Bab 11


AMALAN KITAR SEMULA PENTING TERUTAMA DI KAWASAN BANDAR SEPERTI PUTRAJAYA 3 GIGIH M ARIB IMTIYAZ Memelihara sumber alam semula jadi • Pemeliharaan sumber alam semula jadi adalah falsafah moral dan gerakan pemuliharaan yang bertujuan untuk melindungi spesies daripada kepupusan, mengekalkan dan memulihkan habitat, meningkatkan perkhidmatan ekosistem, dan melindungi kepelbagaian biologi. • Kempen-kempen seperti Kempen Pemuliharaan Alam Sekitar dan Kempen Pemuliharaan Hutan dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Menjimatkan perbelanjaan • Amalan kitar semula sangat penting terutama di kawasan bandar seperti Putrajaya kerana ia membantu mengurangkan pencemaran alam dan memelihara sumber alam semula jadi. Selain itu, amalan ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan secara mikro dan makro. • Dari segi mikro, masyarakat tidak perlu berbelanja lebih sekiranya mereka mengitar semula barangan keperluan seperti pakaian dan buku. Dari segi makro, amalan kitar semula dapat membuka industri dan sumber baharu. Ekosistem menjadi stabil • Ekosistem menjadi stabil apabila amalan kitar semula dilakukan secara berterusan, Ekosistem merujuk kepada interaksi hidupan dengan unsur-unsur yang merupakan asas kepada alam dalam hubungan yang saling berkait rapat. Ekosistem terdiri daripada dua komponen utama iaitu komponen biotik (organisma hidup) dan komponen abiotik (faktor bukan hidup seperti udara, air, dan tanah). • Hutan hujan tropika menyediakan habitat untuk pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan, mengawal iklim global, dan mengurangkan kesan banjir.


F2- Guna Semula H2-Guna semula bermaksud penggunaan semula barangan secara berulang kali. Sweden amat menggalakkan amalan membaiki dan tidak menggantikan barang yang rosak. Amalan ini boleh membantu mengurangkan jumlah pembaziran sisa yang dihasilkan dengan membuang barang yang rosak dan juga boleh menjimatkan wang. Sweden juga menggalakkan amalan berkongsi dan menyewa barangan. C2- Contohnya, terdapat beberapa pusat guna semula yang ditubuhkan di seluruh Sweden ,dimana orang boleh membawa barang mereka seperti perabot dan pakaian yang rosak atau masih elok untuk dibaiki dan diguna semula serta dikongsi. M/S 86 2.b) Jelaskan mengenai amalan kitar semula yang di amalkan di negara Sweden. F1- Waste to Energy(WTE) H1- •WTE adalah amalan pemulihan tenaga yang diamalkan di Sweden,dimana sisa buangan domestik di Sweden,terutamanya sisa yang tidak boleh dikitar semula digunakan untuk menjana tenaga baharu seperti tenaga elektrik.Sweden juga mengimport sisa dari negara lain untuk menjana tenaga elektrik melaluinya. •Amalan ini dapat mengurangkan lambakan sisa, mengurangkan isu masalah ruangan kawasan pelupusan sampah dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. C1- Contohnya, sisa buangan domestik ,iaitu sampah sarap seperti sisa makanan akan dihantar ke suatu kawasan pemulihan tenaga.Kemudian,sisa domestik ini akan dibakar dalam incinerator untuk menjana tenaga, terutama untuk sistem pemanasan rumah. F3- Kitar semula H3- Amalan kitar semula di Sweden sangat efisyen.Amalan ini menggalakkan setiap penduduk untuk mengasingkan sampah dan membuang sisa yang boleh dikitar semula seperti kertas,kaca,besi di tong kitar semula yang berasingan mengikut kategori untuk diproses semula dan digunakan dalam pengeluaran produk baru. Sisa yang tidak boleh dikitar semula pula akan diasingkan dan dibuang ke dalam tong sisa yang tidak boleh dikitar semula atau tong sampah am. C3- Contohnya,terdapat banyak tong kitar semula mengikut kategori yang disediakan di setiap kawasan petempatan untuk memudahkan penduduk. Pusat pengumpulan kitar semula juga yang diwujudkan bagi memudahkan penduduk menghantar barangan yang boleh dikitar semula.Di pusat pengumpulan kitar semula,mesin-mesin khas yang canggih dibangunkan untuk mengasingkan sisa berdasarkan beg sisa mengikut warna dan jenisnya seperti kertas,besi,plastik dan lain-lain.Terdapat juga Reverse Vending Machine(RVM) yang dibangunkan untuk membenarkan pengguna memasukkan botol kaca terpakai atau kosong , botol plastik atau tin aluminium sebagai pertukaran dengan ganjaran seperti wang tunai atau kupon.


F1:Pendedahan kepada golongan kanak-kanak dan remaja melalui pendidikan tentang amalan kitar semula di sekolah. H1:Peranan sekolah yang bertanggungjawab untuk memupuk amalan ini dapat direalisasikan melalui aktiviti kokurikulum ,iaitu pembelajaran di luar bilik darjah dan pengenalan konsep kitar semula dalam mata pelajaran,iaitu dalam subjek Geografi dan Sains.Perkara ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar tentang pengamalan kitar semula bahan buangan yang terdapat di persekitaran sekolah mahupun di rumah sekali gus lebih peka dan prihatin mengenai alam sekitar. C1:Penubuhan kelab alam sekitar di sekolah dan menyediakan tong kitar semula di setiap sudut mengikut jenis yang diperlukan . M/S 85 1)C)CADANGKAN LANGKAH UNTUK MENGGALAKKAN AMALAN KITAR SEMULA DI MALAYSIA. F2:Menggunakan bahan mesra alam H2:Bahan mesra alam merujuk kepada penggunaan barang yang tidak mendatangkan kemudaratan terhadap alam sekitar atau ekosistemCiriciri bagi produk yang menerapkan konsep mesra alam adalah boleh dikitar semula,mudah digunakan,menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui dan banyak lagi.Salah satu kebaikan pengunaan bahan ini adalah dapat menjimatkan penggunaan air,tenaga,kesihatan manusia lebih terjamin dan sebagainya. C2:Bekas makanan dan beg kertas F3:Kerajaan menguatkuasakan peraturan khas untuk amalan kitar semula. H3:Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar perlu diambil tegas supaya masyarakat mempraktikkan amalan kitar semula,iaitu mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis yang ditetapkan dan mengenakan hukuman penjara atau denda kepada individu yang didapati melakukan pengurusan sampah dengan cara yang tidak betul C3:Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974(akta 127) ANNA HASMAWATE HANUM FATEHAH


2.C)BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MEMPRAKTIKKAN KONSEP AMALAN "REDUCE" DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN F1:Menggunakan kain atau tuala kecil. H1:Gantikan penggunaan tisu dengan kain atau tuala kecil bagi mengelakkan pembaziran. C1:Harga bagi tuala lebih murah dan boleh digunakan semula tetapi tisu melibatkan kos dan pembeliannya lebih kerap. F2:Kurangkan penggunaan kertas. H2:Menggunakan teknologi seperti e-mel bagi mengurangkan penggunaan kertas. C2:Menghantar surat melalui e-mel kepada rakan yang jauh. F3:Mengelakkan pembaziran. H3:Membeli makanan mengikut keperluan untuk mengelakkan pembaziran. C3:Jangan membeli makanan yang berlebihan. Kumpulan 5 : Aimiza Hanna Syazwana Syamila


- audrey , nicol , thirishaa 1.a) Huraikan kepentingan amalan kitar semula kepada alam sekitar di Malaysia F1: Kepupusan sumber alam dapat dielakkan merupakan antara kepentingan amalan kitar semula. H1:Hal ini demikian kerana sebanyak 17 pohon pokok yang matang terpaksa ditebang untuk menghasilkan satu tan kertas. Oleh yamg demikian, masyarakat perlulah mengguna semula barang terpakai atau barang-barang buangan selain dapat mengubah fungsinya dengan mereka cipta sesuatu yang baru dan boleh memberi manfaat C1: Kitar semula membantu mendapatkan semula bahan berharga daripada barangan yang biasanya dianggap sampah. Ia juga mengurangkan jumlah sisa yang didepositkan di tapak pelupusan sampah.Proses kitar semula membolehkan kita mendapatkan semula bahan mentah yang boleh digunakan semula dalam proses pengeluaran, yang mengurangkan penggunaan sumber baharu. F2: Mengurangkan pencemaran apabila sisa diurus dengan sistematik H2 : Amalan kitar semula dapat membantu mengurangkan sisa buangan yang dikempiskan dan tidak berguna bagi mengurangkan pencemaran. Ini dapat membantu menjimatkan tenaga dan dana yang digunakan untuk urusan sisa buangan. Ini juga dapat memastikan bahawa sisa buangan yang diuruskan dengan sistematik tidak mengandungi bahan-bahan beracun atau bahan yang boleh menyumbang kepada pencemaran. Hal ini dapat membantu memastikan keselamatan dan keselamatannya bagi manusia dan alam sekitar. C2 : Penggunaan bahan-bahan organik yang ramah alam untuk pakaian, makanan, atau produk-produk sehari-hari serta Penggunaan teknologi yang lebih canggih dalam industri-industri yang menghasilkan sisa-sisa bahaya, agar dapat mengurangkan pencemaran. F3: menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. H3: kita dapat menjimatkan sumber mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkan oleh bahan seperti plastik. C3:aktiviti kitar semula kertas-kertas lama, dapat mengelakkan penebangan pokok bagi menghasilkan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis


2(a) Taiwan merupakan sebuah negara yang berpenduduk padat. Bagaimanakah kaedah yang digunakan oleh Taiwan untuk menguruskan sisa pepejal? F1 : Akta Pelupusan Sisa H1 : Pihak kerajaan Taiwan mewajibkan pengilang dan pengimport bertanggungjawab ke atas produk yang dihasilkan . Hal ini demikian agar jumlah sisa pepejal yang terhasil semakin berkurangan . Akta ini bermatlamat untuk memastikan keseragaman undang - undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara - perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam . C1 : Akta Pengurusan Sisa Pepejal atau lebih dikenali sebagai Akta 672 F3 : garis panduan kitar semula H3 : panduan ini menerangkan cara pengurusan sisa pepejal termasuklah kaedah menyimpan, panduan kitar semula, mengumpul dan memproses. C3 : contohnya, mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis di dalam bekas yang sesuai. F2 : Kempen Kitar Semula H2 : Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan pembuangan sisa pepejal sekaligus dapat mewujudkan produk - produk baharu tanpa memerlukan sumber bahan baharu . C2 : Kempen kitar semula dijalankan oleh agensi induk , iaitu Agensi Perlindungan Alam Sekitar


1,B)Jelaskan peranan anda bagi menjayakan konsep amalan kitar semula di kawasan kediaman anda. F1:Membantu untuk memperkenalkam amalan 3R di kawasan kediaman H1:Amalan 3R sangatlah penting kerana amalan 3R dapat membantu mengurangkan sisa pepejal di kawasan kediaman kita C1:Membuang sisa pepejal seperti kertas dan kaca ke tong sampah yang berbeza F2:Membantu untuk menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar H2:Alam sekitar yang bersih boleh menjamin kesihatan kita di kawasan kediaman kerana kita merupakan makhluk yang lemah dan mudah untuk dijangkiti penyakit ketika alam sekitar tidak dijaga C2:Penyakit denggi telah mengancam kesihatan masyarakat F3:Mengajar kanak kanak untuk melakukan aktiviti kitar semula H3:Kita haruslh mengajar kanak kanak untuk melakukan aktiviti kitar semula agar mereka akan terbiasa dengan amalan tersebut C3:Mengasingkan bahan buangan yang boleh dikitar semula


Click to View FlipBook Version