MUKA SURAT | 1 DEPARTMENT OF TOURISM AND HOSPITALITY DTA40124 HOSPITALITY PROJECT SEMESTER 5, SESSION I 2022/2023 PROPOSAL TITLE MINYAK URUT BERASASKAN KULIT PISANG GROUP MEMBERS NO NAME MATRIC NO 1. WARDINA SAFIYA BINTI LATIF 07DHR20F1009 2. NURUL FIELZA IZZARA BINTI MOHD HASAN 07DHR20F1007 SUBMIT TO MDM ANIPAH BINTI SAMARI SUBMISSION DATE 26TH AUGUST 2022
MUKA SURAT | 2 SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Senarai Kandungan 2 1 Pengenalan 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Skop Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Takrifan Istilah / Definisi Operasi 1.9 Jangkaan Dapatan / Keputusan Kajian 1.10 Rumusan 3 4 5 6 6 7 7 7 8 8 2 Kajian Lapangan 2.1 Sejarah Produk 2.2 Potensi Produk 2.3 Impak Produk 2.4 Kebolehlaksanaan Produk 9 10 11 12 3 Rekabentuk Produk 3.1 Pengenalan 3.2 Rekabentuk Projek 3.3 Perancangan Pelaksanaan Projek 3.4 Pelan Pembungkusan Produk 3.5 Perancangan Dan Spesifikasi Bahan 3.6 Pelan Kos Projek 3.7 Maklumbalas Pasaran / Data Analisis 13 13 14-15 16 11 18-19 20 Rujukan Lampiran 21 22-25
MUKA SURAT | 3 BAB 1 : PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Dalam kajian ini pengkaji telah membuat satu kajian tentang khasiat daripada kulit pisang pengkaji telah membuat kajian tentang produk dipasaran yang berasaskan kulit pisang belum dimanfaatkan sepenuhnya dalam industri. Oleh itu, pengkaji ingin menghasilkan satu produk kesihatan yang berasaskan kulit pisang untuk dimanfaatkan khasiatnya. Justeru itu, pengkaji ingin membuat satu produk yang memanfaatkan khasiat daripada kulit pisang dan dijadikan satu produk iaitu minyak urut berasaskan kulit pisang. Pengkaji memilih kulit pisang ini kerana kulit pisang diperkaya dengan vitamin B6, vitamin B12, vitamin E, protein, kalsium, besi, magnesium, dan mangan. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menimaliskan pembuangan kulit pisang yang berlebihan justeru memanfaatkan khasiatnya.
MUKA SURAT | 4 1.2 LATAR BELAKANG PROJEK Kulit pisang merupakan salah satu buah tempatan yang kaya dengan khasiat tersendiri dari segi kesihatan mahupun kecantikan. Tetapi khasiat dan manfaat dari kulit pisang kurang dimanfaatkan oleh masyarakat mahupun industri. Justifikasinya, menurut Berita Media Corp (2018) menurut kajian, pisang dan kulitnya mempunyai pelbagai kegunaan untuk kulit dan kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh semua. Sebaliknya, selepas makan pisang, simpan kulitnya untuk dijadikan sebagai bahan rawatan. Inilah yang ditekankan dalam artikal tersebut. Seiring perkembangan zaman, pencemaran bahan buangan yang berlaku kini mengundang pelbagai krisis dalam kehidupan harian manusia. Tanpa disedari, kita merupakan penyumbang kepada pencemaran air, udara, tanah dan sisa buangan peningkatan penduduk di Malaysia juga menjadi penyumbang kepada sisa buangan di dalam negara. Sisa buangan pepejal boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis, iaitu; sisa buangan isi rumah, sisa buangan industri dan sisa buangan bioperubatan (3). Merujuk buku “Pengurusan Sisa Pepejal: Isu Kritikal bagi Negara-negara Membangun”, pengurusan sisa pepejal dianggap sebagai salah satu masalah persekitaran paling kritikal dan serius yang dihadapi oleh pemerintah di negaranegara membangun dan kawasan membangun negara dengan ekonomi campuran (4) (Saiful bahari ,2021). Oleh sebab itu, pengkaji ingin mengurangkan pencemaran bahan buangan atau sisa domestik agar tidak menjadi lebih kritikal, dengan menghasilkan satu produk iaitu minyak urut berasaskan kulit pisang dan dalam masa yang sama juga pengkaji dapat memanfaatkan khasiat daripada kulit pisang untuk kegunaan semua dalam aspek kesihatan.
MUKA SURAT | 5 1.3 PENYATAAN MASALAH Pengkaji telah membuat kajian tentang permasalahan sebelum ingin menghasilkan satu produk. Antara permasalahan yang timbul yang telah pengkaji kenalpasti adalah seperti berlakunya pembaziran kerana kulit pisang dibuang dan tidak dimanfaatkan khasiatnya yang diperkaya dengan pelbagai vitamin dan zat. Selain itu, kulit pisang tidak dimanfaatkan oleh pengkonsumsi disebabkan tiada pendedahan tentang khasiat kulit pisang. Lain daripada itu, berlakunya pencemaran sisa buangan makanan yang tinggi setiap tahun. Ini adalah antara permasalahan dari projek yang ingin dijalankan. Menurut noor atiqah sulaiman (2022) sebanyak 38,000 tan sisa pepejal sehari dan daripada jumlah itu sebanyak 17,000 tan adalah sisa makanan merangkumi 44.5 peratus daripada keseluruhan komposisi sisa pepejal. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata daripada jumlah sisa makanan berkenaan, sebanyak 76 peratus merangkumi sisa makanan yang tidak dapat dielakkan dan tidak boleh dimakan oleh manusia seperti sisa tulang, kulit buah-buahan dan akan sayuran. Sebanyak 24 peratus lagi adalah sisa makanan yang boleh dielakkan iaitu lebihan makanan seperti nasi, pasta, daging dan sayur-sayuran. Oleh itu, pentingnya pendedahan tentang khasiat kulit pisang ini kepada masyarakat agar dapat mengurangkan pencemaran sisa buangan makanan ini, dan juga sangat berkesan sekiranya produk minyak urut berasaskan kulit pisang ini dipasarkan kerana masyarakat akan lebih mudah melihat manfaat, kebaikan dan khasiat dari kulit pisang. Pada waktu yang sama, tidak lagi berlaku pembaziran atau pencemaran diseluruh pelusuk negara.
MUKA SURAT | 6 1.4 OBJEKTIF PROJEK Objektif projek minyak urut berasaskan kulit pisang adalah untuk menghasilkan satu produk kecantikan yang boleh digunakan di bahagian spa atau pusat urutan. Projek ini juga dapat mengurangkan permasalahan isu tentang pembuangan kulit pisang oleh sebilangan masyarakat. Dalam masa yang sama hasil dari produk ini juga dapat membantu mengurangkan isu permasalahan yang timbul setiap tahun iaitu pencemaran sisa buangan makanan yang semakin meningkat setiap tahun. Seterusnya, dapat memberi pendedahan tentang khasiat dan manfaat dari kulit pisang. Oleh itu, terdapat beberapa objektif yang dikenal pasti akan membawa kepada pencapaian matlamat ini. i. Mengurangkan pembuangan kulit pisang. ii. Memanfaatkan kulit pisang menjadi minyak urut. iii. Memperkenalkan kulit pisang sebagai bahan berkhasiat untuk kecantikan. 1.5 PERSOALAN PROJEK Bagi mencapai objektif kajian projek ini, terdapat tiga persoalan kajian ditimbulkan bagi membantu pengkaji mencapai objektif kajian. Soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut : Soalan 1 : Adakah produk minyak urut berasaskan kulit pisang dihasilkan dapat mengurangkan pembuangan kulit pisang ? Soalan 2 : Adakah kulit pisang dapat dimanfaatkan untuk dijadikan sebagai minyak urut ? Soalan 3 : Adakah kulit pisang dapat diperkenalkan sebagai bahan berkhasiat untuk kecantikan ?
MUKA SURAT | 7 1.6 SKOP PROJEK Bagi pelaksaan projek ini minyak urut ingin dihasilkan dari kulit pisang mengambil masa sekitar tiga ke empat bulan untuk menyiapkan produk ini. Minyak urut yang ingin dihasilkan menggunakan cara tradisional dan cara moden. Ianya perlu melalui beberapa proses pembuatan dan kemudiannya dilakukan ujian makmal untuk memastikan produk ini selamat digunakan. Minyak urut berasaskan kulit pisang ini juga akan dihasilkan untuk kegunaan di bahagian spa atau pusat urutan. Akhir sekali, anggaran kos pembuatan produk adalah sekitar RM500 dan keatas. 1.7 KEPENTINGAN PROJEK Kepentingan untuk menghasilkan produk; minyak urut berasaskan kulit pisang ini yang utamanya tentulah untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. Ini kerana kebanyakkan masyarakat khususnya peniaga tidak memanfaatkan kulit pisang sebaliknya mereka membuang kulit pisang dan hanya mengambil atau memakan isi buah pisang sahaja. Selain itu, kulit pisang diperkaya dengan vitamin dan mineral yang sangat baik untuk kulit seperti vitamin C, E, kalium, zink, mangan, dan banyak lagi. Antara manfaatnya dapat mengurangkan jerawat, menghilangkan kegatalan dan parut luka. Sangat baik untuk diproseskan menjadi minyak urut daripada dibuang begitu sahaja. 1.8 TAKRIFAN ISTILAH / DEFINISI OPERASI i. MARDILAB : MARDILab atau The Malaysian Agricultural Research and Development Institute Laboratory adalah sebuah organisasi yang menawarkan ujian makmal khususnya untuk penyelidikan dan kemajuan pertanian.
MUKA SURAT | 8 1.9 JANGKAAN DAPATAN / KEPUTUSAN PROJEK Pada akhir projek ini pengkaji menjangkakan bahawa minyak urut telah terhasil dari kulit pisang yang digunakan sebagai bahan utama. Selain itu, pengkaji juga menjangkakan produk ini dapat dikomersialkan di pasaran untuk digunakan dalam industri spa atau pusat urutan mahupun kegunaan peribadi. Akhir sekali, pengkaji mengharapkan produk yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pengguna. 1.10 RUMUSAN Bab ini telah menerangkan sedikit sebanyak tentang latar belakang produk yang ingin pengkaji hasilkan, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, kepentingan kajian, takrifan istilah, dan jangkaan dapatan. Banyak lagi tentang kajian lapangan akan diterangkan dalam bab berikutnya. Secara keseluruhannya, pengkaji mengharapkan bahawa projek ini dapat dijalankan seterusnya dapat mencegah pembuangan sisa kulit pisang.
MUKA SURAT | 9 BAB 2 : KAJIAN LAPANGAN 2.1 SEJARAH PRODUK Buah pisang ini merupakan buah tempatan yang mudah untuk didapati di Malaysia dengan harga berpatutan dan tidak bermusim. Buah pisang ini juga memiliki nilai sosial dan ekonomi yang tinggi di Malaysia, terdapat juga beberapa jenis buah pisang antaranya ialah pisang sabah, pisang emas, pisang tanduk, pisang berangan, pisang raja, pisang abu dan banyak lagi. Menurut M Anem (2016) Kebanyakan pisang yang kita makan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Daripada buku rujukkkan menyatakan Genom yang disumbangkan jenis Musa acuminata diberi simbol A, manakala genom sumbangan jenis Musa balbisiana diberi simbol B. Proses kacukan bersilang semulajadi diantara kedua jenis spesies ini menyebabkan pada masa ini terdapat pelbagai jenis subspesies pisang yang wujud diseluruh dunia. Antara manfaat dari buah pisang ini adalah, buah pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium. Selain itu, buah pisang juga kaya dengan vitamin dan serat kerana Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung. Selain itu, tidak lupa juga dengan khasiat kulit pisang, kulit pisang juga dapat memberikan manfaat dan khasiat yang bagus kepada pengguna untuk kesihatan dan kecantikan. Antara manfaat kulit pisang juga adalah kulit pisang ini diperkaya dengan vitamin B6, vitamin B12, vitamin E, protein, kalsium, besi, magnesium, mangan jelasah bahawa kulit pisang juga dapat memberikan manfaat dan khasiatnya kepada pengguna. Pengkaji projek ingin menwujudkan satu minyak urut berasaskan kulit pisang untuk menambah kepelbagaian produk berasaskan kulit pisang yang terbuang. Ini kerana penggunaan kulit pisang belum secara optimum di dalam industri kecantikan mahupun kesihatan.Oleh itu, pengkaji ingin menghasilkan satu produk minyak urut berasaskan kulit pisang dalam masa yang sama produk ini dapat mengurangkan pencemaran dan pembuangan sisa domestik yang berlaku kepada alam sekitar. Secara tidak langsung juga produk ini dapat memberi pendedahan kepada semua masyarakat tentang manfaat dan khasiat dari kulit pisang.
MUKA SURAT | 10 2.2 POTENSI PRODUK POTENSI 1 : Mengurangkan pembuangan kulit pisang. Dengan penghasilan minyak urut berasaskan kulit pisang terbuang, pembuangan dapat dielakkan justeru memberi kesan terhadap pengurangan sisa domestik dalam negara. Ini kerana, pembuangan sisa domestik dalam negara kini semakin bertambah. Menurut Metro (2021), purata 8,547.76 tan sisa pepejal dikutip setiap hari oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). POTENSI 2 : Mendedahkan tentang manfaat kulit pisang untuk kegunaan luaran (kulit). Kulit pisang banyak manfaat dan khasiat yang boleh diperolehi, akan tetapi ianya kurang dimanfaatkan oleh masyarakat kini. Buktinya, peniaga yang menjual pisang goreng hanya menggunakan isi pisang dan kulit pisang mereka buang, sedangkan kulit pisang yang mereka buang itu boleh menghasilkan sesuatu produk. Dengan menghasilkan produk daripada kulit pisang terbuang, masyarakat akan terdedah tentang kebaikan kulit pisang itu sendiri dan akan lebih memanfaatkannya di masa hadapan. POTENSI 3 : Memperkenalkan kulit pisang sebagai bahan berkhasiat untuk kecantikan. Dengan menghasilkan minyak urut yang unik kerana berasaskan kulit pisang terbuang, dapat memperkenalkan sedikit sebanyak tentang kebaikan kulit pisang sebagai bahan berkhasiat untuk kecantikan.
MUKA SURAT | 11 2.3 IMPAK PRODUK Produk minyak urut berasakan kulit pisang ini telah dikenalpasti akan dapat memberikan impak yang positif terhadap pihak yang berkaitan, Antaranya adalah seperti berikut : i. Impak terhadap individu Dapat memberikan kesedaran dan pendedahan kepada pengguna untuk memanfaatkan setiap bahan buangan yang boleh diguna untuk menjadikan bahan tersebut kepada sesuatu penghasilan untuk kesihatan dan kecantikan. Dalam masa yang sama juga pengguna dapat menjimankan kos pembelian untuk membeli produk kecantikan dan kesihatan dipasaran. ii. Impak terhadap industri Secara tidak langsung produk minyak urut berasaskan kulit pisang ini dapat memberikan kepelbagaian minyak urut yang ada dipasaran pada masa kini. Dalam masa yang sama juga produk ini dapat menepati cita rasa pengguna yang inginkan minyak urut berasaskan kulit pisang ini kerana manfaatnya yang bagus dengan diperkaya vitamin dan kandungan khasiat yang baik untuk kesihatan justeru dapat memberikan kesan kecantikan kepada pengguna secara langsung. Dalam pada itu, produk ini dapat memberi kepelbagaian minyak urut dalam industri spa. iii. Impak terhadap negara Wujudnya produk minyak urut berasaskan kulit pisang ini dapat mengurangkan pembaziran atau pencemaran pembuangan sisa domestic. Jeslaslah bahawa bahan yang digunakan dalam pemprosesan produk ini adalah kulit pisang yang terbuang, yang belum secara optimum digunakan di dalam negara. Dalam masa yang sama impak produk ini dapat mengurangkan peratus sisa buang domestic yang semakin meningkat . menurut atuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata (2022) Rakyat di negara ini menghasilkan sebanyak 38,000 tan sisa pepejal sehari dan daripada jumlah itu sebanyak 17,000 tan adalah sisa makanan merangkumi 44.5 peratus daripada keseluruhan komposisi sisa pepejal .jelaslah bahawa produk ini membawa impak yang positif terhadap negara pada masa kini dan pada masa hadapan.
MUKA SURAT | 12 2.4 KEBOLEHLAKSANAAN PRODUK i. POTENSI PASARAN Produk ini dapat di pasarkan khususnya dalam industri spa dan kecantikan kerana terdapat banyak khasiat dan diperkaya dengan vitamin dan zat yang baik untuk penggunaan kulit. ii. SASARAN PEMASARAN Pengkaji menyasarkan atau memfokuskan produk minyak urut berasaskan kulit pisang ini kepada lelaki dan wanita dewasa sekitar 20 tahun dan keatas. Demikian kerana sekitar umur ini kebanyakkan melakukan urutan (massage) di spa pilihan masingmasing. iii. PESAING Saingan terhadap minyak urut sedia ada kerana kini minyak urut banyak dipasaran dengan pelbagai jenis dan mempunyai kebaikan tersendiri. iv. PENENTUAN HARGA Harga ditentukan mengikut kos bahan mentah, kos pemprosesan produk, tenaga kerja, kos utiliti, kos ujian makmal untuk menentukan produk ini selamat digunakan ataupun tidak serta kos-kos lain yang berkaitan v. SUMBER / BAHAN MENTAH Untuk menghasilkan minyak urut berasaskan kulit pisang, bahan mentah yang tentunya menjadi keutamaan ialah kulit pisang itu sendiri. Pengkaji mengumpulkan kulit pisang daripada peniaga pisang goreng. Antara jenis pisang yang akan digunapakai ialah pisang saba dan pisang tanduk. Selain itu, minyak sunflower turut digunakan dalam pemprosesan minyak urut ini. Penggunaan pelarut juga penting untuk sebatikan minyak dan pati daripada kulit pisang. Pelarut yang digunakan adalah pelarut yang biasa digunapakai dalam produk kosmetik serta diyakini keselamatannya, dan yang penting tidak menimbulkan kerengsaan pada kulit pengguna.
MUKA SURAT | 13 BAB 3 : REKA BENTUK PROJEK 3.1 PENDAHULUAN Dalam bab ini, pengkaji akan melaksanakan beberapa proses untuk mengkaji metodologi / reka bentuk projek yang sesuai digunakan untuk produk minyak urut berasaskan kulit pisang ini . Dalam bab ini juga pengkaji akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang produk minyak urut berasaskan kulit pisang ini dari aspek reka bentuk produk, kaedah perlaksanaan produk, prosedur projek, teknik perlaksanaan projek. Selain itu, pengkaji projek akan menjelaskan tentang pelan perlaksanaan projek, pelan pembungkusan produk, perancangan dan spesifikasi bahan, pelan kos projek dan maklumbalas pasaran ataupun data analisis. 3.2 REKA BENTUK PROJEK 3.2.1 Kaedah/ Prosuder/ Teknik Penghasilan Projek Proses Projek minyak urut berasaskan kulit pisang ini akan dilaksanakan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza agar pengkaji mendapatkan minyak urut berasaskan kulit pisang yang dapat memberikan kepuasan kepada pengguna dengan terhasilnya satu minyak urut berasaskan kulit pisang yang sempurna dengan khasiat kandungan yang menepati cita rasa pengguna agar pengguna mendapatkan hasil yang memuaskan dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, pengkaji telah menepatkan ingin mengguanakan dua kaedah penghasilan iaitu kaedah tardisional dan kaedah moden iaitu kaedah maceration. Pengkaji akan membuat ujian percubaan awal terhadap dua kaedah ini terlebih dahulu sebelum melakukan pemprosesan selanjutnya. Pengkaji akan memilih salah satu kaedah yang tepat dengan penghasilan akhir produk minyak urut berasakan kulit pisang terdahulu agar minyak urut berasaskan kulit pisang ini terjamin dan selamat untuk digunakan oleh pengguna. Di akhir proses ini, pengkaji akan mendapatkan satu kaedah yang tepat untuk pengkaji Mendapatkan minyak urut berasaskan kulit pisang dengan kandungaN khasiat yang bagus dan terjamin keselamatannya pada pengguna dan akan mendapatkan hasil yang memuaskan.
MUKA SURAT | 14 3.3 RANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK 3.3.1 KAEDAH TRADISIONAL Menyediakan bahan dan peralatan melakukan pemprosesan membersihkan kulit pisang menggunakan kapur proses melakukan minyak urut berasaskan kulit pisang panaskan air dalam periuk sehingga mendidih setelah air mendidih letakkan bekas ke atas periuk lakukan seperti "double boiler" masukkan minyak sunflower ke dalam bekas tadi dan jangan sampai air kering kemudian masukkan kulit pisang yang telah dicuci bersih dan gaul selama 1 jam setelah cukup masa tutup api dan biarkan campuran tadi sejuk. tapis campuran tadi untuk memisahkan hasil dan bahan kasar tadi letakkan hasil minyak yang telah siap ke dalam botol dan lekat pelekat di hadapan botol minyak tersebut produk akhir siap
MUKA SURAT | 15 3.3.2 KAEDAH MODEN (MACERATION) step 1 :sediakan bahan dan peralatan yang diperlukan step 2 : bersihkan kulit pisang terlebih dahulu menggunakan kapur step 3 : biarkan selama 30 minit selepas kulit pisang dibersihkan step 4 : kulit pisang dipotong halus atau dikisar sederhana halus step 5: kemudian letakkan kulit pisang ke dalam bekas yang bertutup step 6 : letakkan sunflower ke dalam bekas kulit pisang tadi step 7 : campurkan sedikit pelarut ke dalam bekas tadi step 8 : campuran tadi biarkan selama 1 minggu dan digoncang sekali sekala step 9 : selepas 1 minggu campuran tadi , tapis untuk memisahkan penghasilan minyak urut dan bahan campuran step 10 : letak hasil dapatan minyak itu ke dalam botol kaca dan letak pelekat di hadapan botol kaca. step 11 : produk akhir siap
MUKA SURAT | 16 3.4 PELAN PEMBUNGKUSAN PRODUK Pembungkusan produk adalah penting bagi sesuatu produk. Tujuan utama pembungkusan adalah untuk melindungi produk daripada rosak ketika pengendalian dan pengedaran. Selain itu, tujuan pembungkusan produk adalah untuk menarik perhatian pengguna justeru produk pengkaji kelihatan kemas dan mempunyai nilai komersial. Oleh itu, pembungkusan bagi produk minyak urut berasaskan kulit pisang ini adalah mengunakan botol kaca. Pelekat juga adalah salah satu kaedah menarik perhatian pengguna untuk produk kelihatan kemas, cantik dan dapat menarik perhatian pengguna. Pengkaji produk memilih warna pelekat yang bertemakan kulit pisang dan berwarna kuning. Selain itu, saiz botol kaca juga bersesuaian kerana ianya senang dibawa kemana juga pengguna berada. RUJUK LAMPIRAN I
MUKA SURAT | 17 3.5 PERANCANGAN DAN SPESIFIKASI BAHAN Berikut antara bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan produk minyak urut berasaskan kulit pisang : 1. Kulit pisang Sumber kulit pisang boleh didapati daripada peniaga yang menjual pisang goreng di sekitar kawasan berdekatan Politeknik Kota Kinabalu. Pengkaji juga meminta kepada peniaga untuk mengasingkan kulit pisang agar tidak bercampur dengan sampah bagi mengutamakan kebersihan. 2. Minyak urut sunflower Minyak urut sunflower terkenal dengan khasiatnya dan sering digunakan untuk kegunaan peribadi, seperti berurut di rumah. Pengkaji menggunakan minyak urut sunflower sebagai minyak asas bagi pemprosesan minyak urut. Minyak urut sunflower mudah didapati di pasaran tambahan pula harganya yang berpatutan. Minyak urut sunflower juga selamat digunakan dan tidak membahayakan kepada pengguna selain tiada kesan sampingan kepada kesihatan pengguna. 3. Minyak makan sunflower Minyak makan sunflower digunakan sebagai minyak asas bagi pemprosesan minyak urut berasaskan kulit pisang ini. Selain kegunaan untuk masakan, minyak makan sunflower juga boleh digunakan sebagai minyak asas bagi minyak urut mengikut kaedah tradisional.
MUKA SURAT | 18 3.6 PELAN KOS PROJEK a. Kos bahan dan alat Bahan Kuantiti Harga Jumlah (RM) (Kuantiti x harga) Kulit pisang 1kg RM 0 RM 0 Minyak makan sunflower 1kg RM 17.80/unit RM 17.80 Minyak bunga matahari 1 unit (410ml) RM 9.90/unit RM 9.90 Cawan penyukat 1 unit (500ml) RM 10.90/unit RM 10.90 Balang 1 unit RM 4.00/unit RM 4.00 Botol plastik sederhana 1 unit RM 4.20/unit RM 31 Botol plastik 2 unit RM 1.20/unit RM 2.40 Jaringan 1 set RM 4.20/unit RM 4.20 Periuk 1 unit RM 23.50/unit RM 23.50 Jumlah RM 103.70 b. Kos upah Kos upah = Bilangan pekerja x masa (jam) x kadar upah sejam Mengira kos upah untuk 15 unit projek Masa digunakan untuk 1 unit = 2 jam Kadar upah sejam = RM2 Kos upah 2 orang x 2 jam x RM2 x 15 unit = RM120
MUKA SURAT | 19 c. Kos overhead Bil Perkara Kos 1 Api RM 10 2 Air RM 5 3 Ujian makmal RM 200 Jumlah RM 215
MUKA SURAT | 20 3.7 MAKLUM BALAS PASARAN / ANALISIS DATA Pengkaji telah membuka satu borang maklum balas untuk diisikan oleh orang sekitar. Antara soalan yang diajukan ialah tahukah tentang khasiat kulit pisang. Mengikut daripada analisis, individu cenderung memilih “tidak”, bermaksud mereka tidak atau kurang tahu tentang khasiat kulit pisang. Menurut salah seorang responden, beliau selalu membuang kulit pisang tanpa mengetahui kulit pisang itu berkhasiat. Selain itu, soalan lain yang pengkaji soalkan di borang maklum balas ialah adakah produk ini berpotensi untuk dikomersialkan. Majoriti responden bersetuju kerana produk ini dianggap unik, juga mampu merawat dan memberi manfaat pada kulit, dan kandungan dikatakan menarik dan selamat kerana diperbuat dari bahan semulajadi. Apa yang dapat disimpulkan dari borang maklum balas yang telah dibuat oleh pengkaji, jawapan atau maklum balas yang diberikan oleh para responden sangatlah positif. RUJUK LAMPIRAN II
MUKA SURAT | 21 RUJUKAN 8 tips kecantikan dan kesihatan gunakan kulit pisang. (2018, October 7). Berita. https://berita.mediacorp.sg/gaya-hidup/8-tips-kecantikan-dan-kesihatan-gunakankulit-pisang-217511 [MARDILab].Facebook. (n.d.). Facebook. https://m.facebook.com/profile.php?id=100068813546145 M Anem. (2016, October 15). Pisang - Pelbagai kisah. Anim Agro Technology. https://animhosnan.blogspot.com/2016/10/pisang-pelbagai-kisah.html?m=1 Noor Atiqah Sulaiman. (2022, April 25). 17,000 tan sisa makanan setiap hari. BH online. https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/04/949530/17000-tan-sisamakanan-setiap-hari Resepi Bonda Team. (2019, June 19). Resepi Minyak Urut Warisan Nenek • Resepi Bonda. Resepi Bonda. https://resepibonda.my/resepi-minyak-urut-warisan-nenek/ Wahyu, A. (2020, October 21). 18 Manfaat Kulit Pisang Bagi Kesehatan Dan Kecantikan. Orami - One-stop Solution for Parents. https://www.orami.co.id/magazine/amp/manfaat-kulit-pisang
MUKA SURAT | 22 LAMPIRAN I REKA BENTUK PELEK BOTOL KACA LAMPIRAN II
MUKA SURAT | 23
MUKA SURAT | 24
MUKA SURAT | 25
Bab 4 Result i. Introduction Bagi tujuan uji kaji keberkesanan produk, pengkaji telah membuat eksperimen terhadap beberapa orang yang sudi untuk menjadi responden. Eksperimen yang dilakukan langsung pada kulit responden disertakan sekali dengan borang penilaian produk. Borang disediakan menggunakan kaedah paperless iaitu disebarkan melalui Googleform. Borang penilaian produk ialah satu analisis data yang mengumpulkan data-data bagi penilaian minyak urut yang mengambil kira dari segi bau, warna, tekstur, kesan terhadap kulit, dan persoalan lain yang berkaitan dalam penggunaan minyak urut berasaskan kulit pisang, dan telah berjaya menerima sebanyak 96 orang responden. ii. Project outcomes (reporting and interpreting data) Dari segi bau, sebanyak 83.3% bersamaan 80 orang responden menjawab sangat suka dengan bau minyak urut tersebut yang beraroma semula jadi kulit pisang. Seterusnya, diikuti dengan 8 orang responden mengatakan suka dan 1 responden mengatakan tidak suka, selebihnya neutral. Untuk warna, warna minyak urut berasaskan kulit pisang ialah warna kuning terang. Sebanyak 75 orang responden, mengatakan sangat suka dengan warna daripada minyak urut, 12 orang responden; suka, 7 orang responden menjawab neutral dan 2 orang lagi responden menjawab tidak suka. Pada bahagian tekstur, majoriti sebanyak 76% responden menjawab sangat suka dengan tekstur minyak urut berasaskan kulit pisang ini dan selebihnya sebanyak 14.6% responden menjawab suka, 7.3% menjawab neutral dan 2.1% tidak suka akan tekstur minyak urut berasaskan kulit pisang.
Produk minyak urut berasaskan kulit pisang, testimoni telah dilakukan pada kulit para responden. Bagi kerengsaan pada kulit, 98.9% responden menjawab tiada berlaku apa-apa kerengsaan pada kulit mana-mana responden dan ini menunjukkan bahawa produk tersebut selamat untuk disapukan pada permukaan kulit pengguna. Oleh kerana tiada berlaku kerengsaan pada kulit responden, secara langsung untuk pernyataan kesan sekiranya ada kerengsaan, responden menjawab tiada. Kemudian, beralih kepada soal kaji bahagian B, soalan pertama yang diajukan di bahagian ini ialah; Pernahkah anda menggunakan minyak urut dari kulit pisang? Soalan ini diajukan untuk mengetahui sekiranya produk yang ingin pengkaji hasilkan terdapat di pasaran ataupun belum. Untuk soalan ini, responden menjawab TIDAK, menandakan bahawasanya mereka belum pernah menggunakan minyak urut dari kulit pisang. Akan tetapi, 5.2% responden menjawab YA, pernah menggunakan ia. Kemudian, bagi tujuan penerimaan produk, terdapat 95.8% responden bersetuju menerima produk sekiranya kulit pisang dijadikan minyak urut.
Seterusnya, adakah responden bersetuju produk ini dapat memberikan manfaat kepada pengguna. Majoriti sebanyak 94.8% responden bersetuju. Selain itu, pengkaji juga mengajukan pernyataan adakah kulit pisang mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kecantikan kulit. Ini merupakan soalan pengetahuan, sekiranya pengguna tahu akan khasiat kulit pisang untuk kecantikan. Dan sebanyak 83 orang responden bersamaan 86.5%, menjawab sangat setuju dengan pernyataan yang diajukan. 3 orang responden (9.4%) lagi menjawab setuju, dan 4.2% responden mewakili 4 orang, menjawab neutral. Pengkaji telah menanyakan persetujuan responden jika mereka berminat untuk menggunakan produk ini khususnya dalam industri spa atau pusat rawatan. Majoriti bersetuju untuk menggunakan ia.
Bagi tujuan komersial, persoalan sekiranya responden berminat untuk membeli produk ini, secara kasarnya hampir semua responden berminat untuk membeli produk ini, dan terdapat 6.3% menjawab neutral. Kecuali 1% mewakili 1 orang daripada responden menjawab tidak berminat.