The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku SKrap Sejarah Darjah 5 Nawwarah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Toyatoyi Toya, 2021-05-17 04:52:21

Tokoh Pejuang Tempatan

Buku SKrap Sejarah Darjah 5 Nawwarah

TOKOH
PEJUANG
TEMPATAN

BUKU SKRAP
SEJARAH TAHUN 5

NAMA : NUR QATRUNNADA NAWWARAH BINTI
MOHD FARIUS
KELAS
SEKOLAH : 5 CRYSTAL
: SEK. KEB. PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

2

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Penghargaan 5
2. Pendahuluan 7
3. Hasil Kajian
4. RUMUSAN 9 - 19
5. Rujukan 21
23
3

1.

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat
menyiapkan tugasan tentang tokoh
pejuang tempatan ini. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada ibu
dan ayah saya di atas bantuan yang telah
diberikan sepanjang menyiapkan
tugasan ini dalam tempoh PdPR
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

5

2.

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Kajian kes ini bertajuk “Tokoh Pejuang
Tempatan”. Seramai 11 orang pejuang
tokoh-tokoh tempatan dihuraikan secara
ringkas di dalam buku skrap ini. Semoga
perjuangan semua tokoh tempatan ini
akan sentiasa diingati, dihargai dan
disanjungi oleh generasi-generasi yang
akan datang.

7

3.

HASIL KAJIAN

Tokoh 1 – RAJA MAHADI

Perjuangan Raja Mahadi adalah menentang campur tangan
British dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah.
Selain itu, beliau juga tidak berpuas hati dengan perlantikan
Tengku Kudin sebagai Yam Tuan Selangor oleh British. Tengku
Kudin & Raja Abdullah telah bekerjasam untuk menentang Raja
Mahadi.
Pada tahun 1869, Yap Ah Loy telah dilantik secara rasmi sebagai
Kapitan Cina oleh Raja Mahadi yang pada ketika itu menguasai
Kelang.
Raja Mahadi kemudiannya telah mengambil tindakan untuk
menyerang Yap Ah Loy di Kuala Lumpur kerana Yap Ah Loy
telah berpaling tadah dan bekerjasama dengan Tengku Kudin
setelah mereka berjaya menguasai Kelang. Perang Kelang tamat
pada 1874 dan Raja Mahadi melarikan diri ke Johor. Beliau
meninggal dunia di Johor dan dimakamkan di sana.

9

Tokoh 2– HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

Beliau menentang British kerana penguatkuasaan undang-
undang binatang buas, peraturan tanah baharu dan pas
kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian.
Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak
sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong
yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Mereka
telah membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran.
Pihak British juga telah mengancam akan mengambil
tindakan undang-undang ke atas mereka yang enggan
membayar cukai. Ini menyebabkan para petani telah
merampas dan menduduki balai polis dan bangunan kerajaan
di Kuala Berang.
Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul
Rahman Limbong telah ditangkap. Beliau dijatuhi hukuman
buang negeri ke Mekah.

10

Tokoh 3– tok janggut

Haji Mt Hassan Panglima Munas dikenali sebagai Tok Janggut
merupakan pejuang Pasir Puteh, Kelantan.
Tok Janggut menentang British dan membuat bantahan
terhadap pelaksanaan sistem pungutan cukai dan peraturan
tanah baharu yang membebankan. Namun, bantahan tersebut
tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
Pada tahun 1915, Tok Janggut telah melancarkan serangan ke
atas British di Pasir Puteh. Pihak British turut membalas
serangan tersebut dan bertindak menyerang Tok Janggut yang
berkubu di Kampung Saring.
Serangan yang tersusun dan penggunaan senjata yang lebih
moden melumpuhkan perjuangan Tok Janggut. Tok Janggut
terkorban dalam pertempuran tersebut.

11

Tokoh 4– dato’ bahaman

Abdul Rahman Tuanku Imam Nuh lebih dikenali sebagai
"Seman Tahan" kerana pandai bersilat dan mempunyai ilmu
kebal.
Beliau menolak pelaksanaan undang-undang British yang
bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan
seperti kehakiman, penubuhan pasukan polis luar dan sistem
cukai. Dato’ Bahaman juga menentang British disebabkan
kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran sebagai
pembesar.
Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk
Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan bantuan
Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada Tahun 1894, Dato’
Bahaman menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Walau
bagaimanapun, Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan
dan Dato’ Bahaman mendapat perlindungan di Chiengmai,
Thailand.

12

Tokoh 5– YAMTUAN ANTAH

Yamtuan Antah menentang British kerana tidak bersetuju
dengan perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana
Sungai Ujong.
Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato’
Kelana yang mengishtiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu
pertahanan. Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan
Antah.
Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.
Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan
perdamaian. Yamtuan Antah kemudiannya telah diiktiraf
sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

13

Tokoh 6 – dato’ maharaja lela

Merupakan seorang pembesar delapan Perak berketurunan
Daeng Salili dan beliau mengetuai penduduk tempatan
menentang British.
Dato’ Maharaja Lela menentang British kerana British
memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan
dalam adat resam orang Melayu.
Penentangan turut dibuat setelah residennya memungkiri
Perjanjian Pangkor 1874. Beliau juga bersama Seputum
telah membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.
Pada tahun 1877, Dato’ Maharaja Lela, Dato' Sagor,
Seputum, dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung
oleh Raja dan bangsanya sendiri. Sultan Abdullah, Menteri
Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang
negeri ke Pulau Seychelles.

14

Tokoh 7 – DOL SAID

Beliau dilahirkan pada tahun 1773 dan berasal daripada suku
Semelenggang serta dilantik menjadi Penghulu Naning pada tahun
1799.
Tidak bersetuju Naning diletakkan di bawah wilayah British yang
menjadi takluknya. Dol Said menentang British bagi
mempertahankan kedaulatan Naning. Beliau menentang pelaksanaan
undang-undang British dan bayaran cukai.
Pada tahun 1831, Dol Said berjaya mengalahkan British dengan
menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan pembesar
dari daerah Seri Menanti, Sungai dan Muar.
Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran
Naning dan membakar rumah penduduk. British terpaksa
membelanjakan £100 ribu untuk mengalahkan Dol Said. Mereka
hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan yang ketiga dan
membawa Dol Said serta pengikut-pengikutnya ke Melaka.
Dari sudut sejarah, penentangan ini merupakan penentangan yang
paling awal di Tanah Melayu, berlaku dalam tahun 1831.

15

Tokoh 8 – rentap

Rentap atau nama sebenarnya Libau merupakan pemimpin Iban
yang menentang James Brooke pada tahun 1853.
Penentangan berlaku kerana James Brooke menggangap orang
Iban sebagai lanun, menghapuskan petempatan mereka dan
menghapuskan kaumnya di Sungai Skrang.
James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk
mengawasi pergerakan tentara British. Pada tahun 1853, Rentap
menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai
kejayaan.
Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok. Ramai
pahlawan Iban yang menyokongnya. Pertempuran yang sengit
berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit Sadok. Pada
tahun 1861, Rentap dikalahkan oleh tentera Brooke. Beliau
berundur ke Ulu Sungai Entabai kerana serangannya semakin
lemah. Beliau tidak dapat dikesan selepas itu.

16

Tokoh 9 – SHARIF MASAHOR

Merupakan Gabenor Sarikei yang dilantik oleh Sultan Brunei.

Beliau menetang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas
Wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa pentadbir. Pada tahun
1855, Sharif Masahor telah menyerang Mukah. Beliau dan Datu
Patinggi Abdul Ghafor menolak penguasaan James Brooke di Sungai
Rejang pada tahun 1857.

Beliau berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong
James Brooke. Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi
Abdul Ghafor dan Temenggung Hashim telah mengadakan kerjasama
untuk menyerang Kuching. Pada tahun 1858, beliau telah menyerang
kubu James Brooke di Kanowit dan kemudian di Kuching.

Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles
Brooke, anak saudara James Brooke dan berundur ke Mukah. Pada
tahun 1861, beliau ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura.

Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke Selangor untuk
membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali sebagai
Perang Klang.
17

Tokoh 10 – MAT SALLEH

Nama sebenar Mat Salleh ialah Mohammad Salleh Datu Batu.
Beliau berasal daripada Suluk Paitan telah memimpin
penentangan terbesar masyarakat tempatan terhadap Syarikat
Borneo Utara British (SBUB).
SBUB memungkiri perjanjian damai setelah mengambil alih
Pentadbiran Tambunan pada tahun 1899. Mat Salleh turut
membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu
yang membebankan.
Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau
dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong. Mat Salleh
menyerang kubu SBUB dan pasukan tentera SBUB berjaya
membuat serangan balas terhadap beliau.
Beliau tewas di Tambunan dan meninggal dunia pada tahun
1900.

18

Tokoh 11– ANTANOM

Ontoros bin Endoi atau Antanom ialah seorang pahlawan Murut
yang terkenal ketika menentang Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) di Sabah.
Merupakan ketua kaum Murut di Rundum yang menentang
SBUB kerana menindas kaum Murut. Antonam menentang
SBUB kerana kehilangan kuasa dan pengaruh, menentang
pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang Murut
sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang
Murut untuk membina jalan.
Pada bulan April 1915, Antanom telah menyerang Pensiangan
dan membina kubu di Sungai Selangit. SBUB menghantar 400
orang tentera menyerang kubu Antanom di Sungai Selangit.
Beliau dan pengikutnya terkorban semasa mempertahankan
Rundum. Pertempuran berlangsung selama 6 minggu.
Penentangan ini dikenali sebagai Kebangkitan Rundum.

19

4.

RUMUSAN

RUMUSAN

Setelah menyiapkan buku skrap ini, saya dapat
mengetahui perjuangan tokoh- tokoh tempatan seperti
Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato’ Maharaja Lela,
Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat
Salleh, Antanom, Haji Abdul Rahman Limbong dan
Raja Mahadi dengan lebih mendalam.
Saya amat menghargai perjuangan dan pengorbanan
tokoh-tokoh ini kerana kegigihan mereka di dalam
mempertahankan kedaulatan dan maruah negara
daripada ditakhluki oleh penjajah.

21

5.

RUJUKAN

RUJUKAN

✣ Buku Teks Sejarah Tahun 5
✣ https://www.facebook.com/penerangan/posts/10158167

458583884

✣ https://www.facebook.com/myarkibnegara
✣ https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Kelang
✣ https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2

020/08/10/tokoh-pejuang-kemerdekaan

23


Click to View FlipBook Version