The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-54418145, 2021-09-18 13:22:51

PERTOLONGAN CEMAS

PERTOLONGAN CEMAS

Unit
3

PERTOLONGAN
CEMAS

Standard Pembelajaran

9.1.1 Menerangkan prinsip dan prosedur R.I.C.E
9.1.2
Menerangkan kecederaan yang boleh dirawat dengan menggunakan
9.1.3 prinsip dan prosedur R.I.C.E

Menunjuk cara prosedur R.I.C.E. untuk bertindak mengikut kecederaan

Pengenalan

Apabila berlakunya kecederaan tisu lembut, bahagian yang mengalami kecederaan
akan berdarah secara dalaman dan mula membengkak

Keadaan bengkak ini akibat darah yang terkumpul dan hal ini akan
mengurangkan aliran darah ke bahagian yang tercedera

Rawatan untuk kecederaan tisu lembut ialah R.I.C.E. Rawatan R.I.C.E ialah
singkatan bagi perkataan rest, ice, compression dan elevation

R Apa itu R.I.C.E

R mewakili rest, iaitu merehatkan bahagian yang cedera

Bawa murid ke tempat yang redup, selamat,dan selesa
supaya dia dalam keadaan tenang

Pastikan bahagian yang cedera disokong supaya
pendarahan dan bengkak tidak menjadi parah

Cara ini memastikan pemulihan dapat berlaku dengan
lebih pantas

Jika murid disyaki mengalami fraktur atau patah tulang,
sila hubungi 999 dengan segera

Apa itu R.I.C.E

I mewakili ice, iaitu perlu meletakkan beg ais ke atas
bahagian yang cedera dengan segera

Ais yang digunakan perlu dimasukkan ke dalam beg
plastik atau tuala basah, atau pek sejuk dibalut dengan

tuala basah

I Pastikan satu tuala atau kain anduh diletakkan
di antara bahagian yang cedera dengan beg ais bagi
mengelakkan ais bersentuhan terus dengan kulit.

Ais akan mengecilkan salur darah bahagian yang cedera
dan kaedah ini dapat bantu mengurangkan bengkak,
kesakitan dan pendarahan.

Aplikasi ais ke atas bahagian yang cedera harus
diletakkan. Jika kecederaan adalah ringan, ais
diletakkan antara 10 hingga 20 minit setiap jam,

selama 24 jam.

Apa itu R.I.C.E

C C mewakili compression, iaitu tuaman dengan balutan
anjal ke atas bahagian yang cedera.

Kaedah ini mampu mengurangkan bengkak, pendarahan
serta sokongan ke atas bahagian yang cedera

Balutan boleh dilakukan ke atas pek ais
selama 10 minit pertama

Balutan tidak terlalu ketat atau longgar

Apa itu R.I.C.E

E mewakili elevation, iaitu meninggikan
bahagian yang cedera

Tujuannya untuk mengurangkan bengkak,
kesakitan dan pendarahan

E Jika bahagian yang cedera melibatkan kaki, kaki harus
ditinggikan melebihi paras jantung dengan meletakkan
bantal, bangku atau sokongan di bawahnya

Jika bahagian yang cedera melibatkan lengan, gunakan
anduh untuk meninggikannya dari paras jantung.

PERINGATAN!!

Prosedur R.I.C.E. harus dilakukan selama 48
jam kerana pendarahan ke atas kecederaan
tisu lembut lazimnya berlaku dalam tempoh
ini. Dalam tempoh masa antara 48 hingga

72 jam selepas kecederaan, jangan beri
rawatan lain seperti urutan di bahagian
yang cedera. Ais tidak boleh diletakkan di

atas kulit secara langsung.

Unit
3

TERIMA KAS


Click to View FlipBook Version