The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-54418145, 2021-10-17 09:52:52

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat Tahukah Anda?

Ngajat juga dikenali sebagai “kajat”atau “ajat”, berasal daripada Engkerumong
perkataan “engkajat” yang bermaksud “lompat setempat”, Terdiri daripada satu peranggu
merupakan satu tarian etnik kaum Iban yang unik. Tarian ini gong kecil berbentuk mangkuk
dilakukan apabila mengadakan sesuatu majlis dan masih bercembul, biasanya lima hingga
ditarikan mengikut perayaan kaum Iban. sembilan biji dan diletakkan secara
mendatar di atas bingkai kayu.
Penari lelaki dan perempuan mempunyai gaya Ngajat yang
berbeza dan melibatkan banyak pergerakan pusingan yang
tepat. Ngajat untuk golongan lelaki adalah lebih agresif dan
menggambarkan seorang lelaki yang perkasa atau burung
sedang terbang. Corak Ngajat perempuan pula terdiri daripada
pergerakan yang lembut dan anggun.

Mari kita belajar beberapa langkah asas tarian Ngajat
dengan muzik “Taboh Ngajat” yang dimainkan dengan
menggunakan alat instrumen yang bernama Engkerumong.

Sumber: Persatuan Ngajat Asal Iban (NGASI).

1 Langkah Burung Semalau

LR LR UNIT 2 Pergerakan Berirama

1 Kedua-dua tangan diayunkan 2 Kaki kiri dienjut lebih kuat daripada
serentak di hadapan badan. kaki kanan.

Petunjuk: Pacak hujung kaki
(perempuan)
Pacak tumit
kaki (lelaki)

L Kaki kiri R Kaki kanan Langkah Burung Semalau

17 17

2 Langkah Bersilang

R R

1 Kaki kanan bersilang di hadapan kaki kiri dan fleksi. Langkah Bersilang
2 Kaki kiri dibuka ke sisi kiri.
3 Kaki kiri bersilang di hadapan kaki kanan dan fleksi.
4 Kaki kanan dibuka ke sisi kanan.

3 Langkah Burung Kenyalang (Lelaki dan Perempuan)

UNIT 2 Pergerakan Berirama

1 Kaki kanan bersilang di hadapan kaki kiri dan fleksi. Tangan diayun Langkah Burung Kenyalang
berselang-seli ke atas dan ke bawah secara lembut dengan mata
memandang ke tangan atas.

2 Tangan lelaki dibuka luas, tangan perempuan rapat pada badan.

3 Kaki kiri bersilang di hadapan kaki kanan dan fleksi.
4 Pergerakan tangan seperti langkah 1 dan 2.

18 18

4 Langkah Burung Merak

RR

1 Kaki kanan bersilang di hadapan kaki kiri dan fleksi. Kedua-dua Langkah Burung Merak
tangan ditarik ke dada.

2 Kaki kiri dibuka ke sisi kiri. Kedua-dua tangan ditolak ke hadapan.

3 Kaki kiri bersilang di hadapan kaki kanan dan fleksi. Kedua-dua
tangan ditarik ke dada.

4 Kaki kanan dibuka ke sisi kanan. Kedua-dua tangan
ditolak ke hadapan.

5 Langkah Bunga Ajat

R R R R UNIT 2 Pergerakan Berirama
L L L R
L

1 Berat badan pada kaki kanan, tumit kaki kiri dinaikkan dan
mengenjut. Kedua-dua tangan dibawa ke dada.

2 Tangan kanan diangkat ke atas dan tangan kiri ditolak ke bawah. Langkah Bunga Ajat

3 Berat badan pada kaki kiri, tumit kaki kanan dinaikkan dan mengenjut.
Kedua-dua tangan dibawa ke dada.

4 Tangan kiri diangkat ke atas dan tangan kanan ditolak ke bawah.

19 19

6 Langkah Pusing ke Baruh (Bawah)

L LR

LR LR

R R Langkah Pusing ke Baruh
L

1 Kaki kanan bersilang di hadapan kaki kiri.
2 Badan berpusing 360° ke arah lawan jam.

3 Badan diturunkan. Kedua-dua tangan ditarik ke dalam.

4 Duduk di atas kedua-dua kaki. Kedua-dua tangan diletakkan
di atas paha.

UNIT 2 Pergerakan Berirama 7 Langkah Mengaut Air

1 Duduk di atas kaki, kedua-dua tangan bertemu seperti aksi Langkah Mengaut Air
menadah air.

2 Tangan kanan dibawa ke belakang dan membuat lakuan seperti
mengaut air. Badan mencondong ke kiri.

3 Kedua-dua tangan bertemu di hadapan dada seperti langkah 1.

4 Tangan kiri dibawa ke belakang dan membuat lakuan seperti
mengaut air. Badan mencondong ke kanan.

20 20

8 Langkah Titi Tiung (Lelaki dan Perempuan)

LR R LR R L LR L LR

1 Melompat kecil ke arah kanan seperti burung tiung. Langkah Titi Tiung
2 Tangan ke atas dan ke bawah secara berselang-seli.

3 Bergerak ke arah kiri dengan kaki kiri dihentak-hentakkan.

4 Tangan lelaki dan perempuan sama seperti dalam langkah
Burung Terbang.

9 Langkah Titi Batang (Lelaki dan Perempuan)

LR LR LR LR UNIT 2 Pergerakan Berirama

1 Bergerak ke kanan dengan langkah “step-close”. Langkah Titi Batang

2 Tangan diayun ke sisi secara berselang-seli seperti dalam
langkah Burung Terbang.

3 Bergerak ke kiri dengan langkah “step-close”.

4 Tangan seperti dalam langkah 2.

Glosari 21
Step-close: Satu langkah ke sisi kanan, rapatkan kaki kiri
ke kaki kanan (2 ×). Tukar ke sisi kiri dengan kaki kiri.

21

TABOH NGAJAT

Secara berpasangan, mari kita berlatih tarian Ngajat mengikut muzik dengan
menonton rakaman video yang disediakan melalui kod AR. Kenal pasti pergerakan
lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam tarian
Ngajat tersebut.

Bil. Jenis Langkah Ngajat Kiraan Formasi
Intro Setempat 1× 8
XO
1. Burung Semalau 2× 8
XO

2. Burung Merak 2× 8

3. Bunga Ajat 2× 8 XO

UNIT 2 Pergerakan Berirama 4. Burung Kenyalang 2× 8 XO

5. Titi Tiung 2× 8 XO
6. Pusing Baruh ke Bawah 1× 8 XO
7. Mengaut Air 2× 8 XO
8. Pusing Baruh Naik 1× 8 XO
9. Bersilang 2× 8
XO
10. Titi Batang 2× 8
11. Burung Semalau 1× 8 XO
XO

Apakah perbezaan antara tarian tradisional dengan tarian etnik?

Video: Tarian Ngajat Muzik instrumental:
Taboh Ngajat
22
21

1.2.2, 2.2.2, 5.2.4

23 21


Click to View FlipBook Version