2021
Disempurnakan oleh :
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin
Mohd Zain
Presiden Perbadanan Putrajaya
November
15
2021
Rabu
2:00 – 5:00 petang
UCAPAN PERASMIAN
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain
Presiden Perbadanan Putrajaya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis
YBrs. Puan Hajah Farizah binti Haji Ahmad
Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Timbalan-timbalan Pengarah
Ketua-ketua Penolong Pengarah
Penolong-Penolong Pengarah
Tuan-tuan, Puan-puan
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, kita diberi ruang dan kesempatan untuk bersama-sama di majlis
yang cukup bersejarah dan istimewa ini bagi meraikan Anugerah Semarak
Pendidikan (ASeP) Putrajaya Tahun 2021.
Hadirin yang saya hormati,
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Putrajaya (JPWPP) yang diterajui oleh YBrs. Puan Hajah Farizah
binti Haji Ahmad, warga kerja JPWPP dan seluruh pendidik di Wilayah
Persekutuan Putrajaya atas penganjuran majlis ini buat kali ke-2. Undangan
sebagai perasmi bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Semarak Pendidikan
(ASeP) Putrajaya tahun ini, amat saya hargai malah ia merupakan suatu
peluang keemasan buat saya untuk mengenali warga pendidikan di WP
Putrajaya khasnya dengan lebih rapat lagi.
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada JPWPP
khususnya kepada barisan jawatankuasa yang berjaya melaksanakan majlis
ini dalam fasa endemik yang dihadapi negara dan dunia kini. Saya difahamkan
bahawa majlis ini signifikan diadakan seiring dengan perubahan corak
pendidikan sekarang yang lebih berorientasikan hybrid melalui
pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Platform ini
bakal mengangkat karya melalui usaha serta bakat guru, murid dan warga
pendidikan Putrajaya dengan diterjemahkan kepada tiga (3) segmen utama
penganugerahan iaitu Anugerah Sumber Pendidikan, Anugerah
Pengintegrasian Teknologi dan Anugerah Semarak Digital
UCAPAN PERASMIAN
(sambungan)
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain
Presiden Perbadanan Putrajaya
Hadirin yang saya hormati,
Dalam kita menghadapi dunia dengan situasi cabaran volatility, uncertainty,
complexity dan ambiguity (VUCA) dewasa kini, lantaran corak kehidupan
manusia yang menjadi semakin kompleks, tanpa kita sedari, segala ilmu,
kemahiran dan pengalaman ini adalah aset paling ampuh untuk terus kekal
bertahan (resilient) dalam mencorakkan kehidupan yang lebih baik.
Memetik kata Malcom X; “Education is the passport to the future, for
tomorrow belongs to those who prepare for it today”. Kita harus sedar,
sesuatu yang dipelajari hari ini, kemungkinan tidak lagi relevan pada
keesokan hari.
Ketika ini, digitalisasi telahpun menembusi industri pendidikan menerusi
teknologi terkini dan teknik baharu yang kreatif untuk diterokai para guru
dalam menyampaikan pengetahuan serta kandungan pendidikan.
Tidak dapat dinafikan, di samping teknologi video dan animasi, teknologi
kreatif seperti realiti terimbuh (AR), realiti maya (VR), kecerdasan buatan (AI)
dan internet benda (IoT) boleh dimanipulasi secara optimum untuk
menjadikan pendidikan sebagai suatu proses yang amat menghiburkan.
Saya berpendapat, wahana penghargaan sebegini amat bertepatan dan
berimpak tinggi kepada pembangunan kapasiti sumber manusia kelas
pertama seterusnya boleh diangkat sebagai ‘success story’ kepada Putrajaya
dalam menyokong pembangunan bandar pintar. Perkembangan dan
pencapaian cemerlang guru dan murid ini juga boleh diselarikan dengan
pelan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
Hadirin yang dihormati sekalian,
Di usia 25 tahun, Putrajaya terus berkembang maju selari usia anak-anak
murid kita yang telah pun meningkat dewasa. Saya menyeru agar anak-anak
ini mampu berganding bahu dalam merencana satu landskap Putrajaya
baharu suatu hari nanti.
JAWATANKUASA
(sambungan)
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain
Presiden Perbadanan Putrajaya
Dominasi teknologi ke arah pembangunan bandar pintar pastinya menuntut
kepakaran anak tempatan, buah tangan rakyat Putrajaya sendiri amatlah.
dinanti-nanti. Perbadanan Putrajaya sentiasa menyokong dan bersedia untuk
membuka ruang kepada usaha-usaha oleh Jabatan Pendidikan WP Putrajaya
dalam melaksanakan pelbagai inisiatif digital yang pastinya memberi impak
besar kepada pembangunan pendidikan semasa.
Intipati ucap utama itu tadi telah menggariskan bahawa kita berada dalam
dunia yang serba berubah dan mencabar, berlaku ketidaktentuan dan situasi
yang sukar diramal. Justeru, guru-guru dan murid-murid haruslah sentiasa
meningkatkan potensi diri dengan pelbagai kemahiran untuk beradaptasi
dengan perubahan teknologi.
Tahniah kepada semua penerima anugerah dan yang merangkul kejayaan.
Jadikan ia sebagai motivasi dan inspirasi untuk terus bejaya.
Saya sudahi ucapan saya dengan dua rangkap pantun;
Tegak agam Istana Melawati,
Senibina indah ikonik Putrajaya,
Seia sekata pasakkan di hati,
Dambaan warga moga berjaya
Akhir sekali, saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih
kepada seluruh Jawatankuasa Majlis Anugerah Semarak Pendidikan
Putrajaya (ASeP) Tahun 2021 dan semua pihak yang terlibat atas kerjasama
dan komitmen yang diberikan untuk menjayakan majlis yang amat bermakna
ini.
JAWATANKUASA
(sambungan)
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain
Presiden Perbadanan Putrajaya
Semoga tuan/puan semua terus diberi kekuatan dan kesepaduan untuk
bekerja dalam satu pasukan yang mantap dan padu bagi menyempurnakan
segala usaha yang telah direncanakan seterusnya menjayakan transformasi
pendidikan di negara ini.
Yakinlah, usaha murni tuan/puan
dalam memartabatkan sistem
pendidikan negara pasti mendapat
keberkatan-Nya dan mencapai
matlamat dengan jayanya.
Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir
Rahim, saya merasmikan Majlis
Anugerah Semarak Pendidikan
(ASeP) Putrajaya Tahun 2021.
Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh.
Sekian. Terima kasih.
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain
Presiden Perbadanan Putrajaya
JAWATANKUASA
PENASIHAT : Hjh. Farizah binti Hj. Ahmad
PENGERUSI : Dr. Hj. Roslan bin Hussin
PENYELARAS : Hj. Padli bin Saed
SETIAUSAHA : Rimi Mas Adilla binti Mohari
PENOLONG SETIAUSAHA : Azlin binti Moktar
PENGURUS MAJLIS : Mohd Faizal bin Omar
PENOLONG PENGURUS MAJLIS : Noor Arina binti Mohamed Bakri
BIL. JAWATANKUASA NAMA
1 PENDAFTARAN Mohd Hafiz bin Mohamed Ghazali
2 PENGACARA Muhammad Izzul Faiz bin Japri
MAJLIS Hashrul Aidil bin Maslan
3 BACAAN DOA Mohd Shahruddin bin Ismail (K)
Ustaz Nik Farhan bin Nik Ahmad
4 MULTIMEDIA Pn. Nadiah binti Khalid (K) En. Mohamad Raffiuddin bin Yusof
En. Mohd Khairulnashrun bin (SKPP 5(1))
Zainudin (SKPP 8(2)) Pn. Rasyidah binti Khamis
En.Mohd Farhan Bin Brohan (SMKPP 16(1))
(SKPP 8(1)) En. Mohd Rizal bin Omar
Pn. Norsyidah binti Abdullah (SAS) (SKPP 9(1))
Pn. Rumaizah binti Mohamad En. Mohd Haniff Hafszal bin Seman
(SMKPP 9(2)) (SKPP9(1))
5 HADIAH DAN SIJIL Sanisah binti Samad (K) Cik Athirah binti Azizan
Pn. Hasliza binti Abdullah Cik Nurul Syafiqah binti Zulkifli
6 SIARAN LANGSUNG En. Mohamad Fendi Rozaimi bin En. Taufiq Aizuddin bin Abd Rahman
DAN RAKAMAN Mat Hasli (K) En. Muhd Idlan Hakimi bin Mohd Azizi
UCAPAN En. Wan Nazirul Hafeez bin Wan
Shafie
7 TEKS UCAPAN Pn. Nur Salisa Binti Ali (K) Pn. Dihana binti Dardiri (SMKPP 8(1))
Pn. Nooryusma Laily binti Cik Nurul Adila Riza binti Saharudin
Talib (SKPP 8(1)) Cik Fira Hanis Amanina binti Abd
Pn. Saniah binti Mohd Ali(SMKA) Rashid
8 PANEL PENILAI En. Rozaidi bin Idris (K)
ANUGERAH Pn. Khairul Bariyah binti Talib
SEMARAK DIGITAL En Nazrin bin Ismail
9 BUKU PROGRAM Pn. Nor Hana binti Nordin (K) En. Muhammad Zulfiqri bin Razali
DAN PUBLISITI Pn. Shakirah binti Halim Cik Nurul Aklima binti Latfi
En. Faez Nazhan Phang binti En. Mohd Farid bin Ismail (SKPPP 9(1))
Abdullah En. Faizul Hisham bin Haji Mohd
Pn. Salina binti Ahmad Saliman Dahalan (SMKPP 18(1))
En. Bahari bin Mad Noor
10 DOKUMENTASI Pn. Tuan Noazizah binti Tuan Husain (K)
Pn. Farha Adiela binti Awang Adnan
ATURCARA MAJLIS
2:00 petang 2:45 – 5:00 petang
Lagu Negaraku Ucapan Alu-aluan
Lagu Maju dan Sejahtera YBrs. Hjh. Farizah binti Hj. Ahmad
Bacaan Doa Pengarah,
Jabatan Pendidikan WP Putrajaya
Tayangan Multimedia
Ucapan Perasmian
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd
Zain
Presiden Perbadanan Putrajaya
Persembahan Multimedia
Montaj AseP: “Membina Bangsa Digital”
2:45 – 5:00 petang
Penyampaian Anugerah Penyampaian Anugerah Penyampaian Anugerah
• Anugerah Sumber Pendidikan
• Anugerah Pengintegrasian • Anugerah Teknologi Pendidikan
• Anugerah NILAM Tahun 2021
• Pertandingan Bicara Buku Teknologi • Capaian DELIMa Murid Paling Aktif
2021 • Minecraft Challenge Tahun 2021 • Capaian DELIMa Guru Paling Aktif
• Anugerah Pusat Sumber
• Digital Story Telling Animation • Capaian DELIMa Pentadbir
Sekolah (APSS) Tahun 2021
• Ikon Guru Perpustakaan Media (DSTA) Tahun 2021 Sekolah Paling Aktif
Putrajaya Tahun 2021 • Cabaran Keselamatan Siber • Capaian DELIMa Sekolah Paling
• Penulisan Cerpen Pengkarya
Nasional (CAKNA) Tahun 2021 Aktif
Muda
• TV PSS • Smart School Qualification • Anugerah Semarak Digital
Standards (SSQS) Tahun 2020 Perekayasaan Niche Area Sekolah
• Drone Edu Challenge IR4.0 Tahun • Anugerah Semarak Digital Khas
2021 Inisiatif (Studio Sekolah)
• Pertandingan Video Kreatif • Anugerah Semarak Digital DELIMa
• Inovasi Pembangunan Mobile Partnership Award
Apps • Anugerah Semarak Digital Ikon
• DUTA Ikon Murid Digital Pentadbir DELIMa
Cemerlang Putrajaya Tahun 2021 • Anugerah Semarak Digital Kategori
• DUTA Ikon Guru Digital Jabatan
Cemerlang Putrajaya Tahun 2021 • Anugerah Semarak Digital Kategori
• DUTA Pembudayaan Pendidikan Khas: PIBG
Digital Terbaik Putrajaya Tahun • Anugerah Semarak Digital Khas
2021 Individu
• Anugerah Semarak Digital Sekolah
5:00 petang
Bersurai
PENERAJU UTAMA
ASeP
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Ketua Penolong Pengarah
Hj Padli bin Saed
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Noor Arina binti Mohamed Bakri Rimi Mas Adilla binti Mohari
Unit Sumber Teknologi Pendidikan Unit Sektor Teknologi Pendidikan
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Mohd Faizal bin Omar Mohamad Fendi Rozaimi bin Mat Hasli
Unit Sumber Pendidikan
Unit Pengintegrasian Teknologi
PAUTAN MAJILS
https://bit.ly/3juv6N8
MMAAJJLLIISS AANNUUGGEERRAAHH SSEEMMAARRAAK
PPEENNDDIIDDIIKKAANN ((AASSeePP)) PPUUTTRRAAJJAAYYAA
TTAAHHUUNN 22002211
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan terima kasih
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain
Presiden Perbadanan Putrajaya
YBrs. Puan Hajah Farizah binti Haji Ahmad
Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jawatankuasa Anugerah Semarak Pendidikan
(ASeP) Putrajaya Tahun 2021
Warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Pentadbir dan warga pendidik sekolah-sekolah
Putrajaya
PIBG, ibu bapa dan murid serta
semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan
2021