MENGHASILKAN FON BAHARU
BERDASARKAN JENIS MUKA TAIP
ELEMEN TIPOGRAFI
TIPOGRAFI
• Tipografi ialah teknik dan seni untuk mengatur
huruf, reka bentuk huruf dan bentuk huruf.
• Digunakan untuk menyampaikan sesuatu
pesanan tertentu ataupun sebagai elemen
grafik yang mendukung suatu reka bentuk.
• Merupakan suatu komunikasi yang menarik.
Elemen tipografi
a) Kontra antara Muka Taip
– Italic atau Roman pada jenis tulisan yang sama
– Kontra pada struktur iaitu antara muka taip serif
dengan san serif
– Kontra pada muka taip yang dilebarkan dan
dipadatkan.
– Kontra antara muka taip bold dan regular.
– Kontra antara ruang huruf.
– Kontra antara saiz yang berbeza.
– Konta antara jenis muka taip.
b) Pembalikan Muka taip (Typeface Reversal)
• Merupakan muka taip yang dicetak putih di
atas latar belakang yang hitam dengan
menggunakan muka taip yang tebal.
• Muka taip yang nipis tidak sesuai kerana akan
menimbulkan masalah percetakan.
(c) Menggantikan huruf dengan imej
– Kita boleh menggunakan imej bagi menggantikan satu
huruf dalam satu tajuk utama (headline) atau logo.
– teknik berkesan kerana menggabungkan muka taip dan
imej pada satu elemen serta memberi kebolehbacaan
pada sesetengah rekaan.
– Pastikan saiz imej selaras dengan skala muka taip lain
dalam perkataan itu.
– Sesuai digunakan untuk reka bentuk logo, tajuk utama
dan iklan dalam reka letak editorial.
• (d) Teks yang mempunyai rupa
– Teks yang mempunyai rupa ialah seperti muka
taip yang membentuk imej bebayang seperti
pagar, lampu, muka manusia dan sebagainya.
– Kaedah ini penting kerana mesej yang ingin
disampaikan dengan menggunakan kaedah ini
mestilah mudah difahami oleh pembaca.
(e) Muka taip berbayang (Drop Shadow) dan
Garis Luar (Outline)
– Muka taip yang ada kesan khas di belakang atau
bebayang digunakan di atas gambar yang
mempunyai pelbagai ton.
– Bayang menjadikan muka taip kelihatan seperti
menonjol keluar dan akan menghasilkan kesan
tiga dimensi (3D).
(f) Permulaan Huruf (Initial Caps)
– Initial caps merupakan huruf permulaan
yang dibesarkan pada baris ayat yang
pertama dalam satu perenggan yang
boleh dihasilkan dengan cara dekoratif
dan juga grafik.
– Cara ini boleh meningkatkan lagi gaya
persembahan pada permulaan teks.
– Initial caps sesuai
digunakan untuk
reka letak majalah.
LATIHAN : Menggantikan huruf dengan imej
• Tuliskan Nama kamu dan Gantikan Salah satu
huruf pada nama kamu dengan imej/ objek
yang sesuai.
• Kamu boleh gunakan objek yang berkaitan
dengan diri kamu/minat/kegemaran kamu
• CONTOH :