The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL 2 (2.1A) : ELEMEN REKAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26292491, 2021-03-01 22:45:02

ELEMEN REKAAN GRAFIK

MODUL 2 (2.1A) : ELEMEN REKAAN

7407/1
REKABENTUK
GRAFIK DIGITAL

ASAS REKAAN
GRAFIK

MODUL 02 (2.1)
: ELEMEN DAN PRINSIP REKAAN GRAFIK
Tingkatan 4GD
SMKE 2021

Elemen Rekaan Dalam Karya Grafik

Elemen Rekaan Grafik
• dihasilkan melalui pengolahan elemen dan

prinsip rekaan Seni Visual.
• Elemen-elemen ini terbahagi kepada enam

iaitu:

Elemen Rekaan Grafik

• 1. GARISAN Definisi : satu siri titik-titik yang
bersambungan

Elemen Rekaan Grafik
(1. GARISAN)

Fungsi garisan :

i. Menimbulkan rupa
ii. Menimbulkan ilusi cahaya dan bayang
iii. Mewujudkan ruang
iv. Menghasilkan jalinan
v. Menghasilkan motif pada reka corak
vi. Mewujudkan tona

Elemen Rekaan Grafik

• 2. RUPA  Definisi : hasil pertemuan hujung
garisan dengan permulaannya.

• Ia juga merupakan kawasan rata yang
dilingkari oleh satu garisan luar dan tidak
mempunyai jisim dan bersifat 2D

Jenis-jenis RUPA

• A. Rupa geometri lebih kepada rupa yang
mempunyai sudut dan penjuru.

Jenis-jenis RUPA

• B. Rupa organik adalah rupa bebas dan tidak
terikat pada bentuk yang khusus.

Jenis-jenis RUPA

• C. Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang
terletak di dalam satu kawasan tertentu.

Jenis-jenis RUPA

• D. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa
objek tersebut.

Elemen Rekaan Grafik
(2. Rupa)

• Fungsi rupa:

i. Aplikasi rupa geometri menghasilkan gambaran
yang tersusun.
ii. Ia juga dapat diaplikasikan di dalam seni reka
grafik dan seni halus.

Elemen Rekaan Grafik

3. BENTUK  Definisi : merupakan satu unsur
penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat
realistik.
• Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu.
• Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan

dan bersifat 3D.
• Mempunyai struktur dalaman.
• Gabungan daripada olahan garisan, rupa, tekstur

dan warna dapat menghasilkan bentuk.
• Objek 3D kelihatan berbeza mengikut sudut

pandangan pada garis satah yang berbeza.

Elemen Rekaan Grafik
(3. BENTUK)

• Ciri-ciri bentuk

i. Bersifat 3D – mengandungi ketinggian, kelebaran
dan kedalaman.
ii. Berstruktur - mempunyai rangka yang
membentuk isipadu dengan tepat dan sempurna.
iii. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai
lebih dari satu permukaan.

Jenis-jenis BENTUK

Elemen Rekaan Grafik

• 4. WARNA Definisi : spektrum tertentu yang
terdapat di dalam suatu cahaya sempurna
(warna putih).

– Warna dan cahaya merupakan dua perkara yang
berkait rapat.

Elemen Rekaan Grafik
(4. WARNA)

Fungsi-fungsi warna:

i. Memberikan pelbagai pengertian estetik dan
psikologi.
ii. Menimbulkan suasana yang dikehendaki
(tenang, ceria, damai, sayu, bersih dan sebagainya).
iii. Olahan warna dapat menimbulkan bentuk.
iv. Mewujudkan kesan harmoni dan kontra.

Elemen Rekaan Grafik

• 5. RUANG  Definisi : kawasan kosong di
sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua
objek dan di dalam sesuatu objek.

• Ruang wujud di alam nyata dan dalam
sesebuah karya seni.

– Contoh situasi : Objek yang sama saiz akan
kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan
akan kelihatan semakin kecil apabila berada di
belakang/jauh.

Elemen Rekaan Grafik
(5. RUANG)

Elemen Rekaan Grafik
(5. RUANG)

Peranan ruang dalam reka letak sesuatu
paparan grafik:

i. Menimbulkan keselesaan dan keharmonian.
ii. Memberi imbangan pada reka letak grafik.
iii. Memberi kesan penegasan pada imej atau teks
dalam sesuatu reka letak.
iv. Menimbulkan kesan perspektif.

JENIS-JENIS RUANG

1. Ruang fizikal – wujud di persekitaran
sebenar

2. Ruang ilusi – wujud dalam karya seni seperti
lukisan, catan, cetakan, fotografi dan grafik.

JENIS-JENIS RUANG
(1. RUANG FIZIKAL)

• (I) Ruang terbuka – bagi kawasan lapang seperti
padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.

JENIS-JENIS RUANG
(1. RUANG FIZIKAL)

• (II) Ruang tertutup – ruang bagi kawasan di
dalam bilik atau di dalam sesebuah bangunan.

JENIS-JENIS RUANG
(1. RUANG ILUSI)

• (I) Ruang dalam – ruang yang memperlihatkan kesan
perspektif hasil daripada penggunaan elemen asas seni
reka seperti catan dan landskap.

JENIS-JENIS RUANG
(1. RUANG ILUSI)

• (II) Ruang cetek – ruang dalam kawasan
terbatas seperti di dalam bilik.

JENIS-JENIS RUANG
(1. RUANG ILUSI)

• (III) Ruang rata – karya seni grafik yang
memperlihatkan olahan pada satah atau
permukaan yang sama.

Elemen Rekaan Grafik

• 6. TEKSTUR Definisi : Tekstur ialah jalinan
yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.

Fungsi jalinan :

i. Sebagai hiasan contohnya corak pada kain dan
tembikar.

ii. Sebagai manipulasi pelukis contohnya catan,
cetakan dan lukisan.

iii. Untuk mencipta ruang contohnya lukisan atau
catan yang menunjukkan ruang.

iv. Sebagai perlindungan dan keselamatan seperti
corak tayar dan penyamaran binatang atau serangga.

(JENIS-JENIS TEKSTUR
(1.TAMPAK)

• (I) Tampak - Jalinan yang dapat dilihat tetapi
tidak dapat dirasa dengan deria sentuh.

• Contohnya kulit tembikai, kulit buku, batik dan
sebagainya.

JENIS-JENIS TEKSTUR
(2.SENTUH)

• (II) Sentuh - Jalinan sentuh yang dapat dikesan
melalui deria sentuhan.

• Contohnya : permukaan tayar, kulit durian, kulit
kayu, kulit nanas dan permukaan kulit kerang.

LATIHAN










Click to View FlipBook Version