PERMAINAN
TRADISIONAL
members
NOR AYU TUAN NOR HAZWANIE
MAISURAH(294020) (293498)
HON(2G95K6H6A6I)QI
latar belakang
Permainan tradisional telah berupaya membentuk
sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang
menjamin kesinambungan permainan tradisional pada
masa lalu ialan keseragaman cara hidup nenek moyang
kita. Malah seiak dari kecil lagi mereka membiasakan diri
dengan keadaan yang demikian.Ada di antara permainan
ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.Tetapi
ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah
wau,congkak,gasing,sepak raga dan selambut.
permainan itu termasuklan congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, maniong, dan lain-
JENIS-JENIS PERMAINAN
TRADISIONAL
Permainan Permainan Permainan
Anjung Halaman lasak
Dimainkan di anjung Memerlukan kawasan Memerlukan
atau di dalam rumah yang luas kawasan lapang
Pergerakan yang Pergerakan lincah yang luas
terbatas dan aktif
Pergerakan yang
Contoh:batu Contoh:ketingting lincah,aktif dan lasak
seremban,congkak gasing,sepak raga
dan sepak manggis Contoh:wau dan
dan dam haji menarik upih
4.0 Peranan Kerajaan Dalam Memupuk Semangat Perpaduan
Menerusi Permainan Tradisional
Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang
berbilang kaum dan kejayaannya dalam pembentukan perpaduan di kalangan masyarakat
majmuk telah menjadikannya sebagai contoh kepada negara-negara lain di dunia ini. Demi
mengukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat, pihak kerajaan telah
menggunakan permainan tradisional sebagai satu alat untuk memupuk semangat perpaduan.
Permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan antara kaum dan mewujudkan semangat
perpaduan kerana semua kaum turut terlibat ketika aktiviti-aktiviti dijalankan.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) merupakan
agensi kerajaan di bawah Kementerian Perlancongan, Seni dan
Budaya Malaysia. Tanggungjawab JKKN adalah melaksanakan
aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.
Aktiviti Yang Telah Dijalankan oleh JKKN
Pada tahun 2017, JKKN telah menganjurkan satu program yang bernama Program Permainan
Tradisional Malaysia@Kepong 2017 di Taman Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur. Selain
menjadi satu platfrom untuk mengeratkan hubungan antara kaum serta memupuk semangat
perpaduan antara masyarakat, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti
dan permainan tradisional rakyat Malaysia dalam kalangan masyarakat bandar dan juga pelancong asing.
Pelbagai permainan tradisional seperti sepak takraw, ‘coconut games’ (bowling kelapa), silambam, diabolo (yoyo
masyarakat Cina), sumpit dan sebagainya telah disediakan bagi para pengunjung untuk menyertai. Semasa aktiviti
dijalankan, para pengunjung bermain bersama-sama secara beramai-ramai tanpa mengira bangsa, agama dan
budaya. Mereka juga dapat berkongsikan idea, pendapat dan pengalaman mereka tentang permainan-permainan
tradisional yang telah dimain. Tambahan pula, mereka juga berpeluang untuk menyaksikan pertandingan permainan
tradisional yang disertai oleh 10 unit badan berseragam, antaranya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis
Sukan Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia.
Menerusi program ini, semangat perpaduan diwujudkan dalam kalangan masyarakat dan suasana yang muhibah dan
harmoni turut dicetuskan dalam kalangan masyarakat. Permainan traidisional juga mampu mewujudkan suasana yang
menceriakan dan menghiburkan. Perasaan gembira merupakan perasaan yang terpenting dalam mewujudkan sebuah
negara yang harmoni dan aman. Di samping itu, masyarakat dari kaum lain juga dapat mengenali seni budaya bangsa lain
dengan lebih mendalam. Oleh sebab itu, JKKN haruslah mengadakan lebih banyak aktiviti yang berkaitan dengan
permainan tradisional dan memerlukan penglibatan masyarakat.
Martabatkan permainan tradisional menerusi kokurikulum
Pihak kerajaan menyarankan supaya warisan seni bangsa boleh dimartabatkan semula dan kegemilangan
permainan tradisional dapat dikembalikan melalui aktiviti kokurikulum. Pada tahun 2016, Festival Permainan
Tradisional Muafakat Johor 2016 telah dianjurkan oleh JKKN negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Menerusi program ini, sebanyak enam jenis permainan tradisional telah dipertandingkan iaitu batu seremban,
congkak, sepak raga bulatan, yoyo cina dan kabbadi. Kira-kira 1000 pelajar dari seluruh negeri telah
mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan tersebut.
Program yang dilancarkan ini dapat mengimbau kembali permainan tradisional yang ada di Malaysia dan pada
masa yang sama, secara tidak langsungnya program ini juga dapat mengukuhkan hubungan dan perpaduan di
kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Dengan ini, jelaslah bahawa ini merupakan keunikan permainan tradisional
di Malaysia, ia dapat menyatukan masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum menjadi satu negara bangsa.
Usaha-usaha yang ingin diambil boleh dimulakan sejak di bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Pihak sekolah haruslah mengalakkan pelajar untuk melibatkan aktiviti-aktiviti seperti festival yang
dianjurkan oleh JKKN ini. Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti Minggu Permainan Tradisional turut boleh dianjurkan
di peringkat sekolah supaya boleh dijadikan sebagai titik permulaaan kepada usaha untuk menarik minat generasi
muda dalam melibatkan diri mereka dalam permainan tradisional. Seterusnya, generasi muda yang bersemangat perpaduan barulah
dapat dilahirkan. Bah kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kelahiran pemuda dan pemudi yang mempunyai
semangat perpaduan yang tinggi akan mewujudkan satu negara bangsa yang kukuh.
4.0 SEJAUHMANAKAH DASAR TERSEBUT MEMBERI KESAN
KEPADA PERMAINAN TRADISI DAN PERPADUAN
permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh
sebab masyarakat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara masyarakat tanpa
mengira kaum mengisi masa lapang. Hal ini kerana tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional
dilihat sebagai permainan masyarakat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan
sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara
kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan tertarik dengan warisan bangsa kita dan mereka sanggup
tinggal lebih lama di Malaysia bertujuan untuk mempelajari permainan tradisional.
Hal ini disebabkan oleh mereka ingin merasai dengan sendiri betapa kuatnya semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat apabila menyertai satu Festival Permainan Tradisional
yang diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 23 September 2022. Festival ini
dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN). Oleh itu,jelaslah bahawa negara kita
berjaya memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Festival tersebut juga dapat mengeratkan hubungan antara pemain dengan penonton yang tidak
kira apa latar belakang masing-masing maka usaha untuk memupuk dan memperkukuhkan
semangat nasionalisme, integrasi sosial, saling menghormati dan toleransi seharusnya
dikekalkan bukan sahaja di dalam gelanggang bahkan juga di luar gelanggang. Sudah jelas
permainan tradisional benar-benar menjadi salah satu lambang untuk menyatupadukan
masyarakat di Malaysia.
Permainan tradisional sangat penting di Malaysia yang perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat kerana ia
merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita
dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa
memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak dapat menguji kebijaksanaan dan
kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Keadaan ini, kita
dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan masyarakat sesebuah negara supaya lebih cinta
akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan
tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat supaya mereka sedar
bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Akhir Sekali, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan
diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita
kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan
nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan
tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan masyarakat dan terus diminati sebagai
hobi yang berfaedah.