The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazirah.gafa, 2022-06-24 18:15:06

BUKU PROGRAM MAT PIBG SKSR biru

BUKU PROGRAM MAT PIBG SKSR biru

Keywords: PIBG

2022

SK SUNGAI RAYA, MUAR

Sabtu • 25 Jun 2022 • 8:30 pagi • Dewan Arena Raya

DIRASMIKAN OLEH:

ENCIK ISKANDAR BIN ABD GHANI

PENOLONG PEGAWAI (SISC+ TVET)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR

BIL. PERKARA HALAMAN

1. Notis Mesyuarat Agung Kali ke-43 1
2. Atur Cara Mesyuarat PIBG 3
3. Kata Alu-aluan Guru Besar 4
4. Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 6
5. Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 8
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-42 9
7. Laporan Aktiviti PIBG 12
8. Laporan Kewangan Berakhir 28 Februari 2022 13
9. Bayaran Sumbangan PIBG 2019 15
10. Cadangan Bayaran Sumbangan PIBG 2022/2023 16
11. Usul dan Cadangan 17
12. Jawatankuasa PIBG 2022/2023 18
13. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat PIBG Kali Ke-43 19
14. Konsep Sekolahku SEJAHTERA 21
15. Catatan 23
16. Sekalung Budi 24

1

2

8:30 pagi - Ucapan alu-aluan pengacara majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Yang Dipertua PIBG
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG oleh:

Encik Iskandar bin Abd Ghani
(Penolong Pegawai SISC+ TVET)
- Simbolik Penyerahan duit Bantuan Awal Persekolahan Johor
- Cabutan bertuah
- Jamuan VIP

9:00 pagi - Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-42

- Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG
- Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG berakhir

28 Februari 2022
- Membentang dan menerima cadangan sumbangan PIBG 2022
- Membentang dan membincangkan usul dan cadangan
- Pembubaran AJK sesi 2020/2021
- Penyerahan sijil kepada AJK PIBG sesi 2020/2021
- Cabutan bertuah
- Pelantikan Pengerusi Sementara
- Pelantikan AJK PIBG sesi 2022/2023
- Pelantikan Juru Audit Dalaman
- Ucapan Penangguhan (YDP baharu)
- Cabutan bertuah
- Penyerahan duit BAPJ
- Bersurai

3

Pn. Wan Noraini binti Wan Ali

Guru Besar SK Sungai Raya

‫الحمدلله رب العالمين والصلوات والسلام على سيدنا محمد‬
‫اسرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه وسلم‬
‫السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT dengan segala nikmat yang diberi
dapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan dan mengucapkan jutaan
terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat hadir dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa-Guru, SK Sungai Raya Kali Ke-43 ini.

Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Kini kita telah berada di
tahun 2022 dan dalam suasana kembali normal. Selari dengan itu, Keazaman dan
tekad pihak pengurusan sekolah dalam menjadikan murid-murid SK Sungai Raya
terus cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum sedang dicanai.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru
mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan
komitmen ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan
mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu
segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah laku umpamanya datang
lewat kepada sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan harta benda
sekolah, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap
anak-anak.

4

Pesanlah selalu kepada anak-anak untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah
seperti menjaga harta benda di rumah sendiri. Konsep Sekolahku Sejahtera yang
telah dilancarkan pada dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr. Radzi bin
idin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya adalah salah satu usaha KPM dalam
membentuk sikap, adab dan nilai murid-murid melalui PdP.

Oleh itu. sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan
pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama
kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama.
Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil
tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab.
Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan
disiplin anak-anak di sekolah.
Akhir kalam, saya mendokan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat
rahmat daripadaNya.

Sekian, terima kasih.

(WAN NORAINI BINTI WAN ALI)
Guru Besar
SK Sungai Raya

5

En. Mohd Fuad bin Samingon

Yang Dipertua PIBG
SK Sungai Raya

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita semua merafakkan rasa syukur kita ke hadrat
Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka pada hari ini kita semua dapat
bersama-sama menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat di dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ini. Tanpa sumbangan,
sokongan dan komitmen yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan, sudah tentu
majlis yang diadakan ini tidak terlaksana dengan jayanya.

Seperti yang kita sedia maklum, objektif penubuhan PIBG ini adalah untuk
merapatkan hubungan ibu bapa dan guru-guru serta menyalurkan segala maklumat
mengenai kegiatan atau rancangan sekolah demi mempertingkatkan kemajuan dan
kecemerlangan murid-murid sama ada di bidang kurikulum atau ko-kurikulum.
Sehubungan itu, PIBG SK Sungai Raya sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah
untuk mempertingkatkan kemudahan fizikal dan kemudahan pelajar.

PIBG adalah sebuah persatuan yang keanggotaannya adalah secara
sukarela. Pelbagai aktiviti PIBG memerlukan kerjasama lebih ramai ibu bapa dan
guru-guru. Aktiviti PIBG haruslah ditumpukan untuk membantu pihak sekolah dalam
mempertingkatkan kualiti pelajar dalam bidang ilmu pengetahuan,
berketerampilan, bersahsiah dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

6

Justeru itu, untuk mencapai sasaran ia memerlukan usaha berterusan dan
anjakan paradigma ke arah kecemerlangan diri bukan sahaja di kalangan
murid, malah di kalangan ibu bapa dan guru-guru. Oleh itu, saya memohon
kerjasama semua ibu bapa dan guru-guru agar dapat berusaha secara lebih
bersungguh-sungguh untuk menjayakan usaha murni ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada
semua jawatankuasa PIBG 2020/2021 dan juga ibu bapa yang berusaha
dengan gigihnya bagi menjayakan semua program dan aktiviti sekolah yang
melibatkan PIBG, sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.

Sekian,terima kasih.

(MOHD FUAD BIN SAMINGON)
Yang Dipertua PIBG
SK Sungai Raya

7

PENASIHAT : CIKGU WAN NORAINI BINTI WAN ALI
YANG DIPERTUA : EN. MOHD FUAD BIN SAMINGON
NAIB YANG DIPERTUA : EN. MOHD FADHIL BIN KASIM
SETIAUSAHA : CIKGU NUR NAZDIRA BINTI AZHAR
BENDAHARI : CIKGU FARHANIS BINTI OMRAN
AJK IBU BAPA : PN. NORZIYANTI BINTI MOHD YASIN
: PN. MASHILA BINTI AHMAD
AJK GURU : PN. FARIHA SYUHADA BINTI MOHD FADLY LIM
: PN. NORAZIZAH BINTI SAMAD
PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN. JUNAINAH BINTI MOHD DIAH (telah berpindah)
: USTAZ ABD WAHID BIN JAMIL
: CIKGU MOKHTAR BIN LUN
: CIKGU ROZIAH BINTI OTHMAN
: CIKGU SAZILA BINTI RAHMAT
: CIKGU NOR HASRIKIN BINTI HAMDAN
: CIKGU FAUZIYANA BINTI MUSTAPHA
: USTAZ MOHD SAHRIL BIN SURIB

8

9

10

11

BIL. AKTIVITI TARIKH
1. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil.1/2022 09.01.2022

2. Projek Keceriaan Sekolah (WE LOVE SKSR) 14.02.2022

3. Projek Pemasangan Jaring Nyamuk 28.02.2022

4. Program Townhall PICKids 24.03.2022

5. Program Bubur Lambuk Sempena Ihya Ramadan 21.04.2022

6. Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Murid Yatim 28.04.2022
dan Miskin

7. Sambutan Hari Guru 16.05.2022

8. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil.2/2022 16.05.2022

9. Kejohanan Merentas Desa SK Sungai Raya 29.05.2022

10. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil.3/2022 19.06.2022

12

13

14

Keterangan pembayaran bagi setiap keluarga murid adalah seperti
berikut :

BIL BAYARAN KETERANGAN JUMLAH

1. Sumbangan PIBG 1 – 2 orang anak RM20.00 seorang

(RM20 x 2 =

RM40.00)

3 orang anak dan ke RM50.00

atas /keluarga

2. Sumbangan Pengawal (hanya 3 anak dan ke

Keselamatan atas perlu bayar RM2.00 seorang
(Lalulintas) anak
RM2.00 sahaja

keseluruhan bagi 1

keluarga)

3. Sumbangan Program RM 5.00 x 9 bulan RM45

Sekolah sahaja /keluarga

JUMLAH 1 orang anak RM20.00 + RM2.00 +
PERLU RM 45.00 = RM67.00
BAYAR 2 orang anak
RM40.00 + RM4.00 +
3 orang anak dan RM 45.00 = RM89.00
ke atas
RM50.00 + RM2.00 (sahaja) +
RM 45.00 = RM97.00

15

Keterangan pembayaran bagi setiap keluarga murid adalah seperti
berikut :

BIL BAYARAN KETERANGAN JUMLAH
1. Sumbangan PIBG
1 – 2 orang anak RM_____ seorang

3 orang anak dan ke RM________
atas /keluarga

2. Sumbangan Pengawal
Keselamatan
(Lalulintas)

3. Sumbangan Program RM_____ x ____ bulan RM________

Sekolah sahaja /keluarga

JUMLAH 1 orang anak RM________ + RM_______ +
PERLU RM ________ = RM_________
BAYAR 2 orang anak
RM________ + RM_______ +
3 orang anak dan RM ________ = RM_________
ke atas
RM________ + RM_______ +
RM ________ = RM_________

16

BIL. USUL/CADANGAN MAKLUM
BALAS
1 Pn. Hernyrosanty binti Mohamed Rashid
(Anak: Nur Alisha binti Samsudin, Tahun 3)

Usul:
Murid membawa buku yang terlalu banyak
sehingga membebankan untuk dibawa.

Cadangan:
1. Buku Teks diletakkan di dalam meja sekolah
2. Buku Aktiviti diletakkan dalam meja sekolah
3. Murid bawa balik jika ada kerja sekolah

2 Pn. Nor Hapiszah binti Zinal
(Anak: Mohammad Zafran bin Mohd Zamri,
Tahun 1)

Usul:
Perbanyakkan menu makanan di kantin

17

YANG DIPERTUA : ………………………………………………………...

NAIB YANG DIPERTUA : ………………………………………………………...

SETIAUSAHA : …………………………………………………............

BENDAHARI : ………………………………………………………...

AJK IBU BAPA : ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

AJK GURU : ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: …………………………………………………………

PEMERIKSA KIRA-KIRA : …………………………………………………….........

……………………………………………………..........

18

PENASIHAT : CIKGU WAN NORAINI BINTI WAN ALI
(GURU BESAR)

PENGERUSI : EN. MOHD FUAD BIN SAMINGON
(YANG DIPERTUA PIBG)

NAIB PENGERUSI : EN. MOHD FADHIL BIN KASIM
(NYDP PIBG)

SETIAUSAHA : CIKGU NUR NAZDIRA BINTI AZHAR

BENDAHARI : CIKGU FARHANIS BINTI OMRAN

PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA
CIKGU ROZIAH BINTI OTHMAN USTAZ MOHD SAHRIL BIN SURIB
USTAZ ABD WAHID BIN JAMIL
PROTOKOL/SAMBUTAN
PERSIAPAN TEMPAT CIKGU WAN NORAINI BINTI WAN ALI
CIKGU MOKHTAR BIN LUN EN. MOHD FUAD BIN SAMINGON
CIKGU SHAMSUL ARIF BIN ABD WAHAB EN. MOHD FADHIL BIN KASIM
CIKGU AHMAD FADZLIN BIN MOHD SALLEH CIKGU RUKIMIN BIN ABU KAHAR
PEKERJA PEMBERSIHAN CIKGU SAIFUL RIZAN BIN ABDUL RAHMAN
CIKGU NAZRI BIN HASHIM
TEKNIKAL DAN SIARAYA
CIKGU MOKHTAR BIN LUN BUKU PROGRAM
USTAZ MOHD SAHRIL BIN SURIB CIKGU NUR HAZIRAH BINTI A.GAFA
USTAZ ABD WAHID BIN JAMIL CIKGU SUHAIDA BINTI ABDUL MAD

19

BACKDROP/HIASAN PENTAS MAKANAN
CIKGU NORHASRIKIN BINTI HAMDAN CIKGU FAUZIYANA BINTI MUSTAPHA
CIKGU FARHANIS BINTI OMRAN CIKGU SALIMAH BINTI SALAM
CIKGU SUHAIDA BINTI ABDUL MAD PN. NORZIYANTI BINTI MOHD YASIN
PUAN MASHILA BINTI AHMAD
PUAN FARIHA SYUHADA BINTI MOHD FADLY LIM PENDAFTARAN
PN. NORAZIZAH BINTI SAMAD
JURUKAMERA/DOKUMENTASI CIKGU ROSLINA BINTI IBRAHIM
CIKGU SHAMSUL ARIF BIN ABD WAHAB CIKGU SAZILA BINTI RAHMAT
CIKGU NUR NAZDIRA BINTI AZHAR
HADIAH/CABUTAN BERTUAH
PENCATAT MINIT MESYUARAT CIKGU SAZILA BINTI RAHMAT
CIKGU HAMIDAH BINTI SARIF@MD. SARIP CIKGU MURSYIDAH BINTI KATIMAN
CIKGU SITI NURUL SHAHIDA BINTI ABDULLAH CIKGU ZURAIDA BINTI MOHDIR

BORANG USUL/SIJIL/PUBLISITI
CIKGU NUR NAZDIRA BINTI AZHAR

20

Konsep Sekolahku SEJAHTERA ini dilancarkan oleh Menteri
Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di
Putrajaya.

Pelaksanaan konsep ini adalah bagi memberikan penekanan
terhadap nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan di sekolah. Konsep ini akan diperkenalkan
pada sesi persekolahan akan datang (21 Mac 2022) dan
tidak akan membebankan guru serta murid kerana konsep ini
akan diterapkan secara semula jadi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang
dilaksanakan menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan
secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan
budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid.

Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana
sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan,
membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan
masyarakat. Ini juga akan membolehkan para murid akan
meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu
yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam
penyelesaian masalah.

21

S Selamat, Seronok dan Sihat
E Etika dan Empati
J Jati diri
A Adab sopan
H Harmoni
T Tekun, Teliti dan Terampil
E Eksplorasi

R Rasional
A Artikulasi

22

23

PIBG SK Sungai Raya mengucapkan jutaan

kepada :
• Encik Iskandar bin Abd Ghani, Penolong

Pegawai (SISC+ TVET), Pejabat Pendidikan
Daerah Muar
• semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-43.
• semua guru, ibu bapa / penjaga yang sudi hadir
serta menjayakan majlis ini.
• semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam majlis yang penuh
dengan usaha permuafakatan ini.

24


Click to View FlipBook Version